Jan 3, 2013

First medical check up di tahun baru


Assalammualaikum w.b.t...

Pagi nie aku ada check up dekat hospital.. Sebelum keluar rumah haruslah isi perut kenyang-kenyang dulu.. Fil pun dah siap belikan 2 bungkus nasi lemak untuk aku.. Hamek kau, kiranya hari ni hari ke 4 aku sental nasi lemak.. kalau dulu sebungkus tapi tidak lagi sekarang... hahahaha! makan punya la banyak tapi berat badan tetap sama je, camner???? huhu!

Alhamdulillah, patient hari nie x ramai.. Jumpa doktor cepat..Giliran ambil ubat pun x sampai 5 minit menunggu.. Sukanya sayaaaaa.. Lagi buat aku suka, bila doktor bagitahu keadaan diri aku dah semakin ok. ALHAMDULILLAH. x sia-sia minum jus delima.. aceh! bukan nak promote ok sebab aku x jual pun tapi hakikatnya.. jus delima memang bagus untuk kesihatan.

Hurmmm.. Ok bila sebut mengenai hospital, terutama hospital kerajaan, aku yakin ramai yang merugut dan tidak puas hati dengan perkhidmatan dan layananya.. perkhidmatan yang agak lambat dan tidak berkualiti. Tapi bagi aku tidak semua hospital kerajaan begitu. Jangan hanya kerana ada sebahagian kita yang sudah mampu mendapatkan perkhidmatan di hospital swasta.. maka kita memiliki kecenderungan yang tinggi untuk memandang rendah pada hospital kerajaan.

Betul memang tidak di nafikan hospital kerajaan memang ada kelemahan..Terutama sekali kalau bab perkhidmatan yang di berikan. Tapi alhamdulillah sepanjang aku mendapatkan rawatan di hospital kerajaan,  layanan yang di berikan sangat memuaskan samaada dari segi doktornya mahupun nursenya...

Setiap kali ada temujanji, nurse yang menjaga rekod kesihatan aku akan call untuk ingatkan aku. Macam petang semalam, nurse HUSM ada call aku tapi dik kerana aku x pick up fon, makanya hari nie seawal pagi lagi dia dah call ingatkan aku. Kiranya kalau lupa temujanji pun x pe sebab ada orang yang akan ingatkan.. aceh! suka sangat...

So hospital swasta ke ,kerajaan ke semuanya sama je..kalau ada yang x sama tue, bukan hospitalnya yang bermasalah tapi orangnya yang bermasalah. Untuk staff HUSM, aku bagi kredit..sangat puas hati dengan layananya..Nurse semua baik dan x sombong.. manakala doktor dan prof pula semuanya mesra alam..


Note: Lawak sengal di hospital tadi.. Dik kerana sejuk yang melampau maka dua tiga kalilah aku berulang alik ke toilet. Sampaikan aku x sedar yang aku terlupa nak tukar selipar dan pakai selipar toilet ke sana ke mari, sehinggalah di tegur oleh nurse di situ.. merah padam muka aku, camner la aku leh pakai selipar toilet yang besar macam badut tue.. patut la orang dok pandang je..ingatkan pasal apa rupanya pasal selipar hu hu hu...









8 comments:

Kakcik Seroja said...

kakcik doakan kesihatan Amy terus baik dan stabil sepanjang masa. Amin. :)

anyss said...

Assalamualaikum,
Alhamdulillah. Semoga semuanya baik2 aje ya...

Sebenarnya, tindakbalas org lain tu bersandarkan cara kita juga. kalau kita payah nak senyum, janganlah marah orang tak senyum kat kita kan?

yg keja di hospital kerajaan itu (@ mana2 tempat pun) manusia juga, bila kita positif, merekapun positif. kenalah kita dulu cuba faham situasi mereka, ya dak?

Selamat ceria Amy, seronok dengar Amy sihat2 n hepi2 ;)

Liza @ Adzriel AB said...

kalau kita tak cerewet & ramah, insyaallah mereka happy nak bagi layanan yg baik.

Kakzakie Purvit said...

Doa kakak moga Amy terus sihat. Kalau dah serasi dgn jus delima tu teruskanlah..

citarasa rinduan said...

alhamddullilah.

berita baik u tahun baru.

syukur ya Allah.

dik... sis selalu nantikan wshup dan khabar kamu...

ps:
entry bwh ttg nestum popia. kwn sis ada.. tapi klu sikit dia xamik order

eima said...

biasa la tu .. kadangkan sbb org buat taik satu tempat berbau kan ...

ade ok ade yg tak ok .. swasta pun sama je

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam Amy..
huhu..medical check up utk ape ni?
semoga semuanya baik2 shje ye..

hihih...nasib bek selipar tu x bwk balik umah.. ;p

ahmad humairi said...

Macam badut????Ramai yang boleh bayangkan camana....hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign