Jan 6, 2013

Rebat RM200 Pembelian telefon pintar dan cara memohon


Salam hujung minggu...

Sedikit info mengenai rebat RM200 pembelian telefon pintar.. Syarat kelayakkan , cara memohon , jenis telefon dan cara untuk menuntut rebat.

Pakej Komunikasi Belia

Pakej Komunikasi Belia adalah salah satu projek kerajaan Malaysia melalui SKMM di bawah bajet 2013 dan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) untuk mempertingkatkan taraf hidup rakyat terutamanya golongan belia. Kerajaan menyasarkan golongan belia ini sebagai golongan yang mampu memberi impak yang besar dalam memacu pertumbuhan ekonomi terutamanya dalam bidang e-perdagangan (e-commerce).

Pakej ini dilaksanakan pada 1 Januari 2013 dan dijangka dapat memanfaatkan 1.5 juta belia di Malaysia. Program ini menawarkan rebat sebanyak RM 200 untuk pembelian telefon pintar tahap permulaan melibatkan peruntukan sebanyak RM 300 juta.

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti di bawah :
1. Pemohon berumur di antara 21-30 tahun (pelajar pun boleh)
2. Berpendapatan kasar bulanan RM 3000 dan ke bawah
3. Hanya satu telefon pintar untuk seorang
 
Cara memohon

Bagi memudahkan proses permohonan, borang pra-pendaftaran perlu diisi secara dalam talian di laman sesawang www.skmm.gov.my. Sekiranya tiada akses internet, pemohon boleh hadir ke Pusat Internet 1Malaysia yang berhampiran atau wakil-wakil penyedia perkhidmatan terlibat.Permohonan boleh dibuat dari 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013, atau sehingga peruntukan sebanyak RM 300 juta telah dipenuhi yang mana terdahulu.

Jenis Telefon :

 *UPDATE : Jemaah Menteri telah bersetuju agar belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan.Tujuh syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim PKB di bawah koordinasi SKMM adalah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications.

Dokumen yang perlu dikemukakan kepada wakil-wakil penyedia perkhidmatan semasa membuat tuntutan..

1. Salinan MyKad / Kad Polis / Kad Tentera
2. Salinan kad pelajar bagi pelajar sepenuh / separuh masa

Cara untuk menuntut rebat

 Selepas pengesahan dilakukan di wakil-wakil penyedia perkhidmatan , anda boleh memilih telefon pintar yang ditawarkan dan rebat RM 200 akan diberi dengan serta merta. Pemohon hanya perlu membayar baki harga telefon tersebut.

Anda diberi masa selama 1 (satu) bulan daripada tarikh pra-pendaftaran untuk membuat tuntutan. Pra-pendaftaran akan dianggap terbatal sekiranya tiada tuntutan dibuat dalam jangka masa tersebut. Anda dibenarkan untuk mendaftar semula selepas 1 bulan.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui email iaitu komunikasibelia@cmc.gov.my atau telefon 1-800-88-4040 (Isnin sehingga Jumaat kecuali cuti umum dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang) mulai 1 Januari 2013. Selain itu anda juga boleh menghubungi penyedia perkhidmatan yang terlibat atau hadir terus ke wakil-wakil penjual yang sah.









4 comments:

kurus said...

tulah .. tq info dik !
katanya dah ramai yg mohon ;)

aSmiDar said...

Yg dh kwen xbleh eh?

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam amy..
gud info..tq for sharing :)

shida said...

tq 4 da info...mmg sy nk bli phone dalam mse terdekat nie..claim rebat dpt jimat sket.. :)
~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign