Feb 7, 2014

Amsyar tertelan plastik bedak

As'salammualaikum w.b.t..

Hari nie Amsyar banyak sangat mulut.. Pot Pet Pot Pet mulut dia bercerita.. Penat bermain dia merangkak kat aku tanda dia nak susu.. So aku pun bagi la Amsyar menyusu sambil di tangan Amsyar pegang botol bedak pureen yang masih belum guna..

Habis menyusu dalam 20 minit gitu, aku pun biarkan Amsyar bermain di atas tilam dan tinggalkan sebentar untuk ke toilet.. Masa keluar toilet, aku lihat Amsyar dok mengunyah.. Aku pun terus melulu ke arah Amsyar sambil aku masukkan jari ke dalam mulutnya... Tapi malangnya x de jumpa apa-apa.. Amsyar cuma sendawa je..

Masa dukung Amsyar aku pun cium pipi  dia.. tiba-tiba aku terbau bedak.. Cium lagi pipi ada lagi bau, lagi kuat kat mulutnya.. Aku pun terfikir Amsyar makan bedak ke.. Tengok pada bedak, bedak x buka lagi.. Mane Amsyar taw nak pusing tutupnya.. Tapi plastik bedak dah x de...

Berderau darah aku.. Pas pada tue Amsyar dok sendawa je lebih 4 kali jugak la.. Lagi la aku cuak + panik.. Aku call hubby bagitahu.. Hubby cakap x mungkin sebab plastik kot.. Masa ni badan aku dah mengigil.. Risau x hingatnya huhu!!

Call adik pempuan aku bagitahu.. adik cakap x de la, dia pun sedapkan hati aku.. X puas hati bagitahu lak kat MIL dan FIL.. FIL bagitahu x mungkin kalau telan plastik mesti dah jerit sakit kat kerongkong dia.. Aku tetap x puas hati sebab plastik botol bedak tu dah x de.. Aku cari merata habis cadar semua aku kibas tetap x jumpa..

Mesej hubby lagi bagitahu.. Hubby suruh aku releks, jangan panik.. Amsyar pun ok je x de nangis malah banyak kecek lagi ada..

Aku tetap degil juga, sebab plastik tue x jumpa.. So aku soh mil pengangkan amsyar jap aku nak mandi siap-siap nak bawa ke klinik.. Sekali nampak plastik tu lekat kat perut aku.. Adeh!!! masa bila pulak la Amsyar gi letak plastik ni kat perut aku...

Mesej hubby bagitahu.. x nak call nanti sure hubby gelakkan aku.. Mesej adik bagitahu Amsyar ok dah.. Adik pula call nak taw cite, nak x nak aku cite la.. Pecah perut adik aku gelakkan aku huhuhu!...

Keluar bilik bagitahu MIL dan FIL aku.. sekali lagi kena gelak.. Call mak kat kampung bagitahu, mak pun gelakkan aku.. Cerita kat kawan-kawan kat group sebab dorang dok tanya apa jadi.. Dorang pun gelakkan aku. huhuhu! sian aku kan..panik sangat sampai jadi gitu...

Uolss yang baca ni jangan gelak ye.. simpati la dengan nasib ku hari ni.. memalukan diri sendiri betul. Panik punya pasal habis semua orang risau.. Endingnya daku yang terover panic.. Menurut kata rakan ku tadi, budak gatal gusi memang akan selalu mengunyah.. Sendawa tu sebab dia baru lepas menyusu..

Aku x terfikir langsung, apa yang aku fikirkan plastik bedak je.. Tu yang sampai menangis bagai huhu.. Oklah sekian saja story hari ni...  bye!









Feb 4, 2014

Telatah Amsyar sejak dah pandai merangkak dan ada gigi 4 batang


As'salammualaikum w.b.t...

Entri keempat bagi tahun nie.. Punya la payah nak update blog. Kalau dulu sehari boleh buat 2, 3 entri tapi kini tidak lagi.. Semangat tu ada, idea pun datang mencurah-curah tapi mak cik M pulak datang, jawabnya simpan je la hasrat di hati nak update Sinar Raudah..

Just nak cite pasal budak tenet saya.. Amsyar macam kurang cergas je hari ni.. Maybe sebab gigi kapak tumbuh buat dia kurang selesa.. Kejap-kejap merengek.. kejap-kejap menangis.. ada je yang x kena.. Makan pun x nak.. Asyik kena paksa je.. Mujur la menyusu dia nak..

Bila umur Amsyar dah 8 bulan ni, banyak perubahan kat dia. Kata mak tu peel budak akan berubah-rubah.. Amsyar sekarang banyak main.. Tubuh dia pun dah susut sikit.. Makan kurang, tido kurang.. asyik nak main je...Tambah sekarang dah ligat merangkak.. Jenuh wei! habis semua benda dia kutip masuk dalam mulut...

Kalau kita makan apa-apa jangan la nak makan atau tayang kat dia.. Mesti dia pun nak sama.. Baru-baru nie ada berhenti makan kat Tasek Raban.. Dia nampak air atuknya menjerit-jerit cakap air air... Bila dah bagi sikit nak lagi..last air atuk jadi air dia...Makan pun sama, orang makan laksa dia pun nak makan.. tapi yang pelik kita bagi rasa nak lagi walaupun makanan tue pedas.. Alhamdulillah la.. setakat hari ini x de lagi dia sakit perut ke apa..

Amsyar nie seorang baby yang aktif.. x reti dok diam dan sangat ramah dengan orang.. Kalau nak dengar dia banyak kecek, dengar la time dia makan.. masuk je makanan dalam mulut, dia pun mulalah membebel.. Dah pandai minta air...Suka dengar lagu.. dalam kereta kita pasang lagu, dia pun sibuk nyanyi tapi versi dia la sambil kaki kanan dia goyang-goyang sama..

Sangat lucu.. lagi lucu dia dah pandai buat memek muka.. kedip-kedip mata dan ada style gelak tersendiri, aku panggil gelak semput yang bunyi sangkut-sangkut tu hahahaha!.. kalau kita marah dia cepat-cepat dia rebahkan kepala kat bahu kita.. Terus mama x jadi marah.. Bukan pe sejak dah ada gigi nie kejenya asyik nak mengigit je.. Paling x best time menyusu adoi sakitnya la... Baru ni ada 2 batang gigi bawah, ni dah kuar lagi 2 batang gigi atas.. adeh seriau wei kalau time nak bagi susu..

Perkara yang buat aku suka sangat bila kita ajar satu-satu benda kat Amsyar, dia dah mula mengikut.. contoh say bye.. dia terus angkat tangan lambai.. excited dah boleh bye bye sampaikan kapal terbang lalu kita cakap bye bye cepat je dia lambai tangan, padahal kapal terbang lalu kat belakang tapi dia lambai kat depan hahaha! x pe la asalkan dia boleh bagi respon, ok dah. Amsyar dah pandai tepuk tangan, dah pandai tunjuk 1, flying kiss, tutup buka mulut dengan tangan dan beberapa perkara lain. Setiap hari aku jadi x sabar nak lihat keletah Amsyar..




Jan 19, 2014

Muhammad Amsyar Rizqin di usia 8 bulan

As'salammualaikum w.b.t..

Salam hujung minggu.. Terima kasih di atas komen kalian.. maaf kerana masih x sempat nak balas kunjungan semua, berikutan tuan tanah baru baik dari demam.. Last week daku dan family pergi bercuti ke Langkawi, balik dari sana terus demam dan batuk-batuk.. Alhamdulillah sekarang dah semakin ok.. SYUKUR!!!

Tahun nie memang dah niat nak kembali aktif berblogging tapi tue la ianya sekadar niat je la.. Daku x dapat nak bahagikan masa lagi.. harap sangat ada masa untuk aku update di sini dan blogwalking di blog kawan-kawan.. jangan terasa hati kalau masih tiada kunjungan balas.. InshaAllah ada kelapangan waktu sure aku singgah ye... SENYUM!!!

Thanks pada blogger Cik Tom dan Kak Diana.. Bila baca komen kedua blogger hebat ni, rasa semangat kaw.. jam-jam tu jugak la idea datang mencurah-curah.. Tapi!!!!  baru taip salam dah Amsyar ajak main.. Adeh! x pe la Amsyar harus di beri keutamaan... pape pun thanks sis, inshaAllah kalau ada masa amy akan update cerita-cerita berkenaan Amsyar...

Hari ini 19/1/2014 genap usia Amsyar 8 bulan.. Bila dah masuk 8 bulan nie lain pulak peelnya.. Kalau 7 bulan dulu Amsyar asyik menangis je.. Jenuh la panggil ustaz datang rumah, tengokkan Amsyar.. Pulihkan rumah.. Sekejap je ok pastu nangis balik... Amsyar x nak duduk dalam rumah asyik nak dok kat luar rumah je.. Memang kesian tengok Amsyar time tue nangis sampai bengkak-bengkak mata, kadang tue sampai tertido..

Lastnya dengan atuk perak juga baru ok.. Ayah kata sawan tangis.. lepas ayah buatkan untuk hilangkan sawan tangis, alhamdulillah Amsyar dah ok dan x nangis lagi.. YEAHHHH!!! mama x susah hati lagi.. Hilang rindu mama dengan telatah Amsyar sebelum ni, yang manja dan suka buat muka sweet yang kadang kala buat mama rasa nak gigit je pipi bambam dia hihi...

Amsyar dah ada gigi dan kerana itu dia suka sangat mengigit time menyusu.. Sakit ow! huhu... sekarang dah kuat makan..Daging pejal-pejal sampaikan baru ni gi kenduri orang dok ingat Amsyar dah setahun.. Sangat peramah orangnya.. macam mama dia la kan haha! kalau ikut hubby sure pemalu... Bawa gi jalan, suka tegur orang dan mudah lemparkan senyuman... Banyak mulut pot pet pot pet.. panggil mama dah boleh tapi panggil abi jadi ABU.. APTB! hahaha..frust abinya ngeee...

Baru ni risau jugak sebab Amsyar x nak menyusu sangat.. Hari-hari mama paksa sebab x nak bengkak susu.. Nak punp letak dalam frizer, Amsyar x nak minum nanti sebab dia x suka dengan botol susu.. tapi Alhamdulillah la mujur x lama.. lepas baik demam dia mula nak menyusu balik.. Kalau x, jenuh la mama menahan sakit bengkak susu huhu!

Amsyar x suka menyusu botol.. Dah jenuh ajar dari puting biasa sampai la yang mahal tapi tetap sama.. Dia cam jijik je nak hisap dan kerana itu sehingga hari ini Amsyar x hisap puting. YES!!! itu memang aku dah niat dari awal x nak ajar Amsyar hisap puting kosong.. Buaian pun sama..aku memang x ajar Amsyar tidur buai, walaupun tok wan dia ada belikan buai tapi Amsyar x nak tidur buai..dia lebih selesa tidur atas tilam.Alhamdulillah.. kalau x, jenuh jugak la mama gan abi bawa buai kalau travel jauh-jauh kan huhu!

Ada 2 peel Amsyar yang masih x hilang sehingga kini.. Suka naik kereta dan dengar bunyi Azan... Kalau nangis teruk macam mane pun, bawa naik kereta mesti senyap.. kereta x jalan pun x apa, janji boleh duduk dalam kereta.. Bunyi azan pun sama.. Kalau tengah tidur, dengar bunyi azan boleh bangun tengok tv dulu pastu sambung tidur balik.. Abinya pun suka pasang volume kuat-kuat, setiap kali bunyi azan..Amsyar kalau tengah nangis pun automatik boleh senyap..

Sekarang Amsyar dah pandai nak mengikut. Kesian abi, pagi-pagi nak gi kerja.. bangun kena senyap-senyap.. takut Amsyar sedar nanti dia jerit nak ikut. Amsyar pantang lihat orang pakai cantik-cantik, mesti dia nak ikut. Kalau mama pakai tudung, cepat-cepat dia hulur tangan soh dukung.. Kalau x ambil, mesti jebek.. haha! Amsyar- Amsyar..

Ok la cukup dulu cerita pasal Amsyar.. Jom layan gambar kami 3 beranak..

Nama saya Muhammad Amsyar Rizqin.. Ramai yang panggil saya Amsyar tapi atuk Nan dan Oma Aisyah panggil saya Rizqin.. Saya dah 8 bulan sekarang..
Saya sudah 8 Bulan 

Our Family.. sekarang bertiga InshaAllah nanti berempat hihi...

Mama x sabar nak adik pempuan, Amsyar di jadikan mangsa..

Abi kata muka saya macam dia? Betul ke.. TAPI!!!
Ramai yang kata saya macam mama, see terserlah hidung mama hahaha! ;)

Pelik-pelik mama saya sekarang.. Mujur ayah usu ada..

Abi dah ada geng sekarang..

Sekian....









Jan 4, 2014

3 tahun lebih menyulam kesedihan

As'salammualaikum.w.b.t...

Permulaan tahun baru yang kurang baik.. Baby Amsyar demam, hubby selsema, aku x sihat.. Mak datang dari kampung nak jaga aku, last Mak pun x sihat, demam.. Mujur la demam Amsyar x lame, cuma tinggal selsema je sikit lagi.. Hari nie nampak hubby macam dah ok sihat.. Demam mak pun dah kebah.. Alhamdulillah syukur..

Pagi nie buka FB sekali terbaca status sedih di wall rakan.. Tiba-tiba teringat masa lalu.. hahaha! masa lalu la sangat..

Dulu aku rajin update status gitu.. Semua cerita-cerita sedih, aku kongsikan di sini.. Orang yang baca dah naik menyampah agaknya sebab aku asyik update status yang sama berulang-ulang kali.. Menyampah ke?? Hurm ada aku kisah.. x suka kuarkan saja aku dari freindslist mu.. aceh dah macam tajuk lagu pulak hihi...

Ingat jari di tangan anda bukan di tangan ku... TEKAN BUTTON REMOVE habis cerita x yah sembang banyak buat sakit kepala buat pe kan... huh! tapi kalau rasa nak sakitkan kepala, nak sakitkan hati meh la baca sini..confirm sepapan panadol korang telan pun masih x hilang sakit kepala hahaha! sapa suruh cari penyakit dah di suruh remove x nak.. jadi terima la padahnya ngeeee ;) Dah dah jauh merapu dah nie..

Tadi masa baca status rakan tiba-tiba hati rasa sayu je..Ye la dulu hari-hari aku sedih.. hari-hari aku stress dengan mulut orang.. rasa tercabar je bila orang menghina.. rasa macam nak gigit je telinga orang yang dok cakap aku MANDUL.. rasa macam nak bagi penampar je pada orang yang saja suka-suka mak nenek dia dok tanya soalan yang sama banyak-banyak kali.. rasa macam nak bagi makan budu je kat mak jemah yang suka sindir-sindir tue..

TAPI bila aku fikirkan balik buat apalah aku nak amek pusing semua tue, buat bertambah stress je.. Sedih memang la sedih, sapa x sedih.. x de sapa dalam dunia ni nak sedih tapi x taw la pulak kalau ada orang yang x pernah rasa sedih dan nak rasa macam mane rasanya.. ada ke orang gitu???

Alhamdulillah 3 tahun lebih menyulam kesedihan dengan kisah duka yang silih berganti ,hadir dalam kehidupan aku, akhirnya ALLAH swt berikan aku sinar kebahagian dengan lahirnya Muhammad Amsyar Rizqin.. Siapa sangka aku boleh jadi ibu.. Setelah 3 kali kecundang, harapan untuk ke arah itu memang amat sukar sekali. Tapi itulah perancangan ALLAH tak siapa tahu..

Aku harap sangat pada rakan-rakan yang masih menunggu untuk memiliki zuriat sendiri.. Banyakan bersabar, cuba muhasabah diri dan redha di atas ujian yang di berikan.. Di samping itu cuba ikhtiar, sehabis yang boleh dan selebihnya serahkan saja pada yang maha Esa...InshaAllah bila sampai waktunya, Allah pasti akan makbulkan doakan kita.

Lepas ni dok update gambar anak je sure ada yang menyampah opss!!









Jan 1, 2014

Tahun baru 2014 di SINAR RAUDAH


Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang.. Hari ini bermulalah perjalanan hidupku di tahun baru 2014...semoga seluruh ahli keluargaku sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan berada dalam lindungan ALLAH s.w.t.

Selamat tinggal 2013 dan selamat datang tahun baru 2014... Syukur alhamdulillah kerana kita masih di beri peluang untuk bernafas dan berkesempatan hidup di bumi Allah ini.. Jangan sia-siakan peluang yang ada.. Berbanyakkan amalan baik di dunia mahupun bekalan di akhirat.. Semoga hidup kita semua lebih diberkati...

Masih ada azam tahun 2013 yang belum tercapai sepenuhnya. Semoga ALLAH s.w.t terus memberi kekuatan untuk ku melaksanakannya. Semoga terus istiqamah membuat perubahan besar dalam hidup ini. Biar secara beransur-ansur dan perlahan-lahan, janji yang penting ia berkekalan. Semoga dikurniakan hati yang ikhlas untuk jihad ini. InshaAllah..






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign