Nov 20, 2015

MV Sure Ketat


1) MASALAH KEPUTIHAN
 Keluar cecair putih, hijau atau kuning yang berlebihan pada kemaluan? 
☛ Keluar cecair yang likat dan berbau busuk pada kemaluan? 
☛ Rasa gatal yang teramat sangat pada kemaluan?
 Terpaksa memakai ‘panty-liner’ tiap-tiap hari?
 Suami mengadu bau faraj anda yang terlalu busuk ketika hubungan seks? 
 Ketidakselesaan apabila “bersama” suami?
 Anda menjadi kurang keyakinan diri dan hubungan anda dengan suami semakin dingin? 
☛ Telah mencuba pelbagai produk tetapi tidak berkesan?

♛ JIKA JAWAPAN ANDA YA !!!
Bayangkan dalam masa beberapa hari lagi…
✔ TIADA lagi keputihan!
✔ TIADA lagi bau busuk dan hanyir!
✔ TIADA lagi rasa malu!
✔ TIADA lagi perasaan sakit hati!
✔ TIADA lagi ejekan dari suami!
“...Kini, Bersedialah Untuk Mengucapkan Selamat Tinggal kepada Keputihan, Kegatalan Dan Bau Yang Kurang Menyenangkan!...”saya pasti kerunsingan dan keresahan anda terhadap perkara tersebut akan lenyap selama-lamanya dengan pengambilan "MV SURE KETAT"..

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

2) MASALAH HUBUNGAN SUAMI ISTERI
 BILA KATIL BERHENTI BERGOYANG!
☛ Suami stress fikirkan hubungan intim bersama isteri tidak seperti dulu lagi. isteri DINGIN dan sering menggelak jika di ajak bersama. Isteri sering beri alasan tiada mood dan hubungan rumahtangga semakin renggang gara-gara suami tidak dapat layanan yang di inginkan...
♛ JANGAN BIARKAN INI TERJADI?
☛ kerana potensi untuk suami kahwin lain atau mencari teman wanita baru itu sangat la tinggi! tambah-tambah lagi si suami ada alasan yang kukuh untuk beliau buka cawangan baru.
♛ NAMPAK MACAM ALASAN X LOGIK..
☛ tapi ketahuilah, hubungan intim suami isteri adalah sangat penting bagi sesebuah perhubungan untuk mengeratkan lagi hubungan kasih sayang antara satu sama lain..
♛ TUNGGU! jangan risau..
☛ MV SURE KETAT sedia membantu anda, ketahui rahsia di sebalik kehebatan MV SURE KETAT seperti malam pertama perkahwinan.. BUKAN JANJI TAPI KAMI BUKTIKAN....

             --------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jangan risau, sebotol MV ini dilindungi oleh PENAWAR selama 60 hari. Sekiranya MV ini tidak BERKESAN, kami sedia refund TANPA SOAL BANYAK smile emoticon
.
.
.
.
MV ini dapat membantu para wanita untuk menyelesaikan masalah dalaman anda kurang daripada 12 jam dengan kesan yang sangat luar biasa. Tidak perlu sakit, selesa di gunakan samaada secara makan mahupun secara insert..

♛ Khasiat Mv Sure Ketat 
☛ Kesuburan wanita
☛ Merawat masalah keputihan dan sengugut
☛ Menyempitkan rahim
☛ Memberi kemutan yang luar biasa
☛ Menghilangkan gatal-gatal di faraj
☛ Melancarkan peredaran haid
☛ Menegangkan payudara dan bibir faraj
☛ Memulih dan mengetatkan saluran otot vagina
☛ Mencegah barah rahim dan payudara
☛ Menambah tenaga batin
☛ Memberi kepuasan bersama
☛ Menjadikan hubungan suami isteri seperti malam pertama setiap hari
☛ Mengubati perut kembung dan sakit pinggang
☛ Menghilangkan bau yang kurang menyenangkan
☛ Mengempiskan perut
☛ Mengurangkan berat badan

♛ Cara pemakaian 
☛ Letakan 1 biji MV SURE KETAT ke dalam faraj pada waktu pagi. Biarkan dalam beberapa minit, kemudian  bersihkan. Khasiatnya dapat di rasai pada sebelah petang atau malam harinya.. MV SURE KETAT boleh di ambil secara rutin dan ianya tiada kesan sampingan. Sekiranya ada pengeluaran lendir, ketulan darah lame, ketulan cebisan berwarna putih.. ini merupakan tindak balas ubat dan anda di nasihatkan agar meneruskan pemakaian sehingga penyakit betul-betul sembuh dan lendiran kering dan tiada lagi.

♛ Aturan makan
☛ 2 biji 2 kali sehari
☛ Sekiranya anda mengalami masalah yang serius anda di nasihatkan untuk menambah dos pengambilan dari 2 biji ke 4 biji sekali makan..
☛ Banyakan minum air masak

♛ Kandungan
☛ Kacip fatimah, akar serapat, manjakani, mas cotek, pinang muda, cendawan emas
☛ 60 biji tahan sebulan
☛ MV Sure Ketat 2 in 1 boleh di makan dan boleh juga insert ikut bawah.

♛ Peringatan
☛ Wanita hamil sebaiknya tidak mengambil jamu ini..
☛ Masa haid tidak perlu ambil sehingga darah haid kering




Oct 27, 2015

Check Out Hospital




As'salammualaikum..

Alhamdulillah dah check out Hospital Kota Bharu, now tunggu masa untuk check in HUSM pulak.. Terima kasih pada semua yang mendoakan saya.. Alhamdulillah keadaan saya dah ok sikit dari sebelum ni.

Actually kena stay kat hospital lagi sehingga pakar dapat detail laporan aku dari HUSM. tapi di sebabkan aku x sanggup nak tinggalkan amsyar lama-lama jadi aku putuskan untuk keluar hospital dengan alasan 5hb aku memang dah ada appoitment dengan HUSM.

Alasan yang x berapa kukuh. Alasan yang kukuhnya, aku x sanggup dok spital lame-lame.. Bila doktor atau pegawai perubatan datang check, sakitnya Allah je tahu.. Perut ni dari sakit sikit terus jadi sakit kuat..

Korang imagine je la, luka kena belah.. dekat parutnya merekah dan bila di henyak-henyak x ke sakit.. Jadi berdenyut-denyut.. Nak baring x boleh, nak duduk x boleh, nak berdiri x boleh.. serba x kena rasanya...




Sep 21, 2015

Masih berharap agar dapat bersalin normal


As'salammualaikum..

Last weeks, 2 kali pergi klinik.. semalam check up 32 minggu.. Serius aku betul-betul x kira berapa minggu dah sekarang dik kerana dah lebih seminggu aku sakit pinggang teruk.. Rasa mengilu membataskan pergerakan aku. Stress rasanya, nak tido x boleh, nak baring lame sikit x boleh, nak duduk x boleh, nak berjalan lagi la terasa sakitnya huhu!..

Hari-hari nak nangis menanggung sakit. Pergi klinik swasta doc bagitahu kencing kotor dan maybe ada jangkitan kuman. Ok fine! telan ubat yang dia bagi.. Dah makan ubat, udah pening dan muntah-muntah pula. Maybe body aku x tahan dengan ubat yang di beri atau maybe tindak balas ubat tersebut.. X pasti.. Semalam pergi check up bulanan, air kencing ok.. CONFUSE sudah! jawabnya tahan saja, bila tanya aku boleh ambil ubat tahan sakit, misi bagitahu tidak boleh sama sekali. Jadi jawabnya , sabar menangung sakit.

Semalam HB dah naik banyak, Alhamdulillah syukur sangat.. x sia-sia papaboo ambil cuti untuk teman aku ke klinik, ye la risau kalau aku kena refer ke hospital. HB naik dah ok tapi , berat badan pulak naik mendadak.. Serius tang ni memang aku pelik sikit coz sejak kandungan masuk minggu ke 24 aku memang dah kurang makan. Nasi kadang sampai 3 hari aku x jamah.. Last check up berat baru 51kg, tu pun masa 23/8 hari tue, semalam pergi berat dah naik ke 55.5kg.. Nampak x kat situ, rasa nak tercampak biji mata aku kuar.. lebih 4 kilo naiknya.. So di sebabkan berat naik lebih 2kg maka hari rabu ini kena pergi klinik balik untuk minum air gula..

Ok la x de masalah sebab masa kandungan 16 minggu aku dah minum air gula.. Not bad, boleh telan walaupun dengar orang cakap rasanya sungguh x sedap... Tetiba x ingat time Amsyar dulu ada minum ke x, rasanya memang x de minum sebab tu x taw rasanya.. mengandung kali ni je baru taw macam mane rasa air gula yang rata-rata ibu-ibu x suka minum huhu!..

4hb lagi sekali kena gi klinik dan 6hb kena ke hospital pulak.. Tang nie aku x berapa nak gembira sangat kerana awal-awal lagi telah di beritahu maybe untuk kali kedua nie juga aku kena operate.. OMG! bila dapat tahu mula la rasa x senang duduk, kepala otak ni dok fikir je.. Memang la orang cakap operate ni best x payah susah-susah nak tanggung sakit nak bersalin, tapi azabnya selepas pada tu.. Now kandungan dah masuk 32 minggu tempat belah dah mula rasa sakit dan perit-perit, seolah-olah seperti daging nak terkoyak...

Apa pun tunggu la 6hb nanti keputusannya.. Kalau boleh biarlah untuk kali kedua ni dapat aku merasa bersalin normal tapi kalau sebaliknya aku REDHO asalkan aku and baby sihat dan selamat.






Sep 13, 2015

2 tahun 4 bulan baru nak pijak kaki ke dapur


As'salammualaikum...

Feeling CONFUSE !!! asal la anak bujang aku jadi lagu nie.. Kadang sampai naik segan lak aku nak bawa gi rumah orang.. Risau nanti orang cakap aku ajar dia jadi lagu tue.. Banyak kali juga aku cakap gan amsyar tapi ye la budak-budak kan, masa cakap ok je! tapi bila sampai waktu KO jadinya huhu! 

Aku perasan sejak umur amsyar setahun lebih lagi.. Dia seorang yang penggeli.. Makanan, bekas minuman atau apa saja yang ada kaitan dengan orang lain dia x kan nak kongsi.. Paling ketara masa stay rumah abang hari tue, anak abang dan anak aku sebaya.. Tapi beza dorang nie, anak abang menyusu pakai botol, manakala anak aku lak sepenuhnya BF.. Masa nak ajar dia menyusu botol mati-matian dia x nak.. Jadi aku ajar pakai cawan yang ada straw boleh sedut tue.. Bila anak abang aku sedut sikit air dia, laju dia jawab minum minum minum... Pastu confirm la dia x kan usik dah minuman tue..  

Aku ingat ianya peel dia saja! x sangka lak dah 2 tahun lebih pun macam tue.. Pakai baju x nak kotor, kalau kotor sure time tu juga dia suruh buka.. Makanan pulak tengok-tengok orang dia nak kongsi, kalau x jangan harap la dia nak.. 

Terbaru bulan lepas, aku balik rumah mak dan abang sebab time tue adik aku nak operation.. Sepanjang berada di sana dia asyik nak pakai stokin je.. Sampaikan tido malam pun pakai stokin.. Bila kita buka stokin dia mula menjengket kakinya, konon-konon geli la.. Padahal x de kotor apa pun, hanya sebab lantai x berkarpet je.. Rumah abang memang x pakai karpet sebab anak abang ada lelah.. Rumah mak pulak , x pe la kalau dia nak berstokin sebab mak baru pindah rumah, banyak barang x siap kemas lagi...

Timbul perasaan pelik! kat rumah nak suruh pakai stokin pun susah.. Kadang kalau malam.. sejuk aku sarungkan stokin, menangis-nangis x nak.. Kat umah orang dia buat hal pulak! adoi..

Tapi ada 1 part nie, dah 2 tahun 4 bulan baru amsyar nak.. Tue pun abinya tipukan dia.. Amsyar x pernah jejak kaki kat dapur, samaada dapur kering mahupun dapur basah.. Duduk kat meja makan pun x nak.. Kalau dia nak mama atau abi, dia hanya akan jerit dari ruang tv je, dia x kan pergi cari kami di belakang.. Sampai la baru-baru ni, hubby cuba ajar dia tapi terpaksa menipu sikit huhu! kalau x sampai bila kan..

Hubby cakap "abi dah sapu ni amsyar, bersih dah nie sambil tunjuk lantai".. sama juga atas kerusi makan, hubby siap sapu-sapu kerusi then baru dia nak duduk.. Kalau tidak atas dukung la.. Bila kita nak letak dia kat lantai atau atas kerusi, laju dia manjat kita.. Kalau kita paksa jugak menangis la jawabnya..

Alhamdulillah tektik hubby berjaya.. Amsyar dah boleh pijak tempat makan dan boleh duduk kerusi makan sendiri, harap ianya akan berterusan la.. Serius aku x pernah ajar taw macam tue.. penggeli naw.. Cerewet pun ye haha! Kalau cerewet tue apaknya memang x la, maybe nurun aku la sebab aku agak cerewet sikit tapi x de la teruk sangat cerewetnya, cerewet aku bertempat hihi...

1 tempat lagi, mandi dalam bathtub.. sehingga ke hari ini dia x nak mandi dalam bathtub.. Try tunjuk video budak-budak mandi dalam bathtub sambil main buih sabun.. Time tengok je la dia nak, tapi bila time mandi.. jangan harap la nak.. jerit-jerit x nak...X pe la nanti kita cari idea camner nak buat dia berani and nak mandi dalam bathtub.. Actually x penting pun, as long as dia nak masuk and mandi dalam bilik air ok dah... tapi nak ajar juga kalau x sampai bila kan..



Aug 21, 2015

ORIGINAL dan FAKE Glutacaps

As'salammualaikum...

Lame x update entri, hari nie tergerak hati nak buka belog nak share jugak benda nie dengan uolsss.. Sumpah rasa terkilan sangat! Frust pun ada.. Inilah salah satu sebab kenapa semakin hari mood nak berniaga produk semakin hari semakin hilang.. Bukan aku saja yang lahirkan rasa macam nie, tapi 2 3 orang rakan seperjuangan pun dah mula rasa seperti aku..

Produk kesihatan dan kecantikan sekarang nie bagaikan seperti cendawan tumbuh selepas hujan.. Rasa x terkejar kaw.. Tambah pulak kalau produk tu meletops-letops, mula la rasa tamak , habis semua nak serbu.. nak beli banyak-banyak buat stock.. ye la takut la kot-kot nanti stock dekat HQ habis, dah terputus bekalan, at least kita masih ada simpan stock lagi.. Sure orang akan cari kita kan.. kan.. tue la niat x betul.. tamak x bertempat.. lastnya rugi yang dapat..

Bukan apa dah biasa sangat terkena gitu sampaikan datang kesedaran dalam diri, maybe sebab niat aku x betul kot.. dah untung nak untung lagi, kalau boleh nak untung banyak-banyak.. nak cepat kaya huhu! nak tunggu orang derma entah bila kan acecece! opsss!! sorry hihi... lastnya rugi yang dapat.. kenapa aku cakap rugi, sebab marketing sesuatu produk.. 

Bila kita dah beli produk tue banyak-banyak, x habis jual kaw tanggung la sendiri.. nak nangis tengok produk tue ke, nak marah ke, nak jerit-jerit ke x guna derrrr.. pandai-pandai kaw la nak handle.. kenapa aku cakap macam tue,.. mesti korang cakap ala dah x laku nak jual, bising-bising lak..?? what ever?? aku x kisah pun tapi yang aku sedis bila rakan dropship aku pun turut sama terkena tempiasnya huhu! 

Kau buat la iklan bayar macam mane pun, minta la blogger-blogger top reviewkan?? Tapi kalau dah tuan empunya produk terang-terang dah buat perbezaan produk A dan produk B, macam mane nak laku... Dorang sedap la untung juta-juta.. kita nie la yang parah.. nangis air mata darah pun x  guna derrr.. lastnya kaw telan , kaw gunalah produk tue semua sendiri sampai habis.. RM??? hangusss.. nak untung sangat kan... Bila jual orang mula pertikaikan.. x ke sedih, x ke terkilan.. huh!

Sebab apa sebab gara-gara pertukaran packaging.. Packaging lame tukar yang baru.. pastu bila yang baru terjual, pasti jadi masalah pada packaging lame.. Mula orang claim FAKE, mula la buat perbandingan, produk Original dan FAKE.. Kaw nak explain camner kat orang, nak explain satu-satu, dalam 100 mungkin 10 orang je yang percaya cakap kaw.. selebihnya mesti orang akan cakap kaw jual barang tiruan.. sapa nak beli.. phuiii??... Padahal terang-terang produk kaw tu original.. Bila minta pihak berkenaan explain secara public, jawabnya pun x.. tapi kalau mesej secara private, ok je jawab.. Maaf bukan nak salahkan mane-mane pihak ye! cuma aku rasa x puas hati je kat sini, apa salahnya bantu orang melayu.. kaw naik orang lain pun boleh naik sama.. kaw untung orang lain pun untung sama tapi bukan makan sorang-sorang..Huhu! sumpah sedih dowh!  

Dulu sekali produk BB blink, asyik bertukar-tukar packaging.. sampai jenuh nak explain pada customer.. Lastnya kita yang bergaduh gan orang.. mane x nya jual-jual pastu semua minta refund , konon barang x ori.. Nie yang terbaru orang dah mula perkatakan berkenaan produk GLUTACAPS! haish.. jenuh wei nak explain... tue yang rasa malas nak niaga dah, kang x niaga x masyuk lak.. ekonomi kita dah la teruk sekarang ni, apa lagi yang aku boleh buat melainkan berniaga...

Aku x reti dah nak explain macam mane, korang baca korang fikir la sendiri adakah produk ni FAKE atau sebaliknya.. Stock aku ni kadang jadi pekasam bukan sebab x nak jual tapi kadang masalah kesihatan aku ni, mengandung kali ni banyak sangat dugaannya ha! sabor je la...


Kat atas nie adalah packaging lama dan packaging baru GLUTACAPS.. Banyak juga perbezaan pada packaging lama dan baru ni.. Sebelum nie Glutacaps x ada KKM, so no MAL dan hologram meditag pun x ada tercetak pada kotak.. Hanya untuk packaging baru sahaja ada.. Itulah yang menjadi ISU sekarang ni.. Padahal yang x ada cetak KKM dan hologram meditag itu adalah keluaran mula-mula sebelum produk Glutacaps ini mendapat kelulusan dari pihak kementerian kesihatan.. Biasa bila produk dah mendapat kelulusan, maka no pendaftaran produk harus di paparkan di packaging produk bagi membuktikan yang produk tersebut telah berdaftar dan selamat di ambil..


Ok ini pun satu masalah jugak, packaging yang lame kapsulnya kosong x ada tulis apa-apa.. Manakala bagi packaging yang baru ada tertera tulisan glutacaps pada kapsulnya.. Sila rujuk gambar ye! korang rasa macam mane?? Aku faham semua orang takut terbeli dengan produk tiruan tapi kalau dah sah-sah produk tu asli tapi hanya di sebabkan faktor-faktor tertentu seperti di atas nun.. agak-agak camner korang nak explain pada orang...?? rasanya ada yang nak percaya ke.. sedangkan kita sekadar penjual kecil2an nak di bandingkan dengan orang lain huhu!..  

Sat na, nak kesat ayaq mata jap.. touching dowh.. bab part yang seterusnya ni.. aduhai la eshah gayah gendong.. kaw jual goreng pisang x de sapa pertikaikan pun tapi aku jual supplement, jual krim macam-macam nak menjawab eshah gayah oiiiii.................


Hat nie seperti tunggu buah x jatuh.. tunggu dok tunggu, x ada apa-apa respon sampai ke hari ni tiada apa-apa pencerahan yang di beri.. Tipah REDHO! pasni menjawab la kaw dengan customer-customer kaw tipah oi... Pekak kan telinga, layan je la mesej2 yang masuk nanti... 


Apa yang buat aku terasa hati dan terkilan, kenapa masa aku tanya hari tue ok je jawabnya.. sedap je aku baca?? lega rasanya seperti seminggu menahan kentut x lepas keluar, bila dah lepaskan fuhhh!!! legaaaaa sangattttt!!!!... ha sampai macam tu sekali aku nak gambarkan perasaan aku kat korang.. Betapa leganya rasa.. Tapi sekejap je la, pastu mula rasa macam nak meletup dalam perut ni, angin x lepas nak keluar, selagi tu la rasa x tenang jiwa ni.. aduhai!!! nasib badan.. agak ada x yang senasib dengan aku ni huhu!

Ok la sekian dulu untuk hari ni.. Moral of the story, jangan nak tamak bin haloba, berpada-pada la selepas ini.. jangan kerana nak mengaut untung lebih rugi yang dapat... Orang x kan pandang awak dah derrr!! kaw pandai-pandai la handle sendiri...huhu! Jadi tuan besar aku cakap jangan nak menuding jari pada orang lain, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. kadang kita x dapat jawapan yang kita cari x bermakna kita x betul kan.. mereka ada hak dan aku faham bukan senang nak jaga sesuatu produk , tambah-tambah lagi x nak ada pihak lain main harga.

p/s: entri ini x de niat nak jatuhkan mane-mane pihak, ia lebih kepada meluahkan rasa hati kerana jawapan yang di cari masih tergantung!!!sekian As'salammualaikum... 





Jun 30, 2015

Berkongsi kehamilan bukan tanda riak mahupun bangga


As'salammualaikum...

Alhamdulillah masih di beri kesihatan yang baik dan masih mampu meneruskan ibadah puasa. Last week check up, alhamdulillah mama and baby sihat.. Baby pun dah mula bergerak-gerak.. Sekejap je masa berlalu, sedar x sedar dah masuk 4 bulan lebih awak membesar dalam rahim mama.. mama, abi dan abang amsyar x sabar nak lihat awak sayanggg...

Mengandung kali nie, terlalu banyak dugaan yang harus aku lalui.. Di awal kehamilan je terasa teruk alahan tapi alhamdulillah ianya tidak mengambil masa yang lame, cuma sebulan je iaitu masa kandungan masuk ke 8 weeks hingga ke 12 weeks.. Kalau time amsyar dulu sampai 4 bulan baru ok.. Ramai yang kata baby girl, tapi mama ok je.. girl ke boy ke janji anak mama sihat dan selamat sehingga melahirkan..

Kalau di ikutkan hati ni, memang aku x nak share perkara ni.. Amsyar dulu pun dah 7 bulan baru la orang tahu.. Tapi kali ni aku terpaksa share awal berikutan hari-hari dapat makian daripada orang berikutan aku x dapat nak reply mesej dorang, x dapat nak proceed order-order dorang.. Jadi untuk tidak berlaku salah faham, aku sharekan juga berita ini.. 

Tapi tue la, bila dah share berita kehamilan ini, ada pula yang kurang senang.. Cakap aku nak menunjuk-nunjuk tanpa fikirkan perasaan orang lain yang masih belum di beri peluang untuk hamil.. ALHAMDULILLAH! aku terima apa orang kata, walaupun niat aku hanya ALLAH s.w.t saja yang tahu.. Mane mungkin aku lupa, saat dan ketika aku dulu di mana hari-hari berdoa agar aku di beri peluang itu... Aku tidak pernah lupa malah aku bersyukur kerana di beri peluang melalui itu semua. Peluang di mana aku belajar lebih bersabar, lebih tabah dan redho dengan ketentuan ALLAH s.w.t.. 

Sejujurnya aku dah malas nak ambil pusing cakap-cakap orang.. Biarkan la, selagi dorang boleh bercakap dorang akan terus bercakap, nanti bila dah penat stop la tue.. Aku dah x nak semakan otak dengan perkara-perkara yang remeh temeh. Cukup la dengan pengalaman lalu banyak menyedarkan aku agar lebih berhati-hati dalam memilih kawan.. Susah sebenarnya nak mempercayai orang nie.. Jadi biarlah buat hal sendiri, x perlu sibuk nak tahu hal si nun mahupun hal si nin.. Dan aku pun x berminat nak tahu.. 

Seperkara lagi yang aku belajar. Media sosial ini cukup la sekadar tempat untuk aku mencari rezeki tapi bukan tempat di mana aku nak menunjuk-nunjuk mahupun tempat aku nak menjejak kasih.. mencari kenalan lame yang boleh bergosip bagai.. X nak dah nak kongsi-kongsi bagai perkara yang boleh mendatangkan bualan mulut orang.. Kadang niat kita sekadar nak berkongsi dengan adik beradik tapi orang lain pulak salah ertikan, maka jadilah bualan mulut sehingga boleh mendatangkan fitnah.. 

Hush! panjang dah aku taip ni, cukup dulu sampai di sini.. Doakan yang baik-baik untuk aku dan baby.. Semoga semuanya di permudahkan sehingga melahirkan... Selamat menunaikan ibadah berpuasa, moga ibadah puasa kita di terima ALLAH s.w.t..









Jun 18, 2015

Salam Ramadhan



As'salammualaikum...

Salam Ramadhan Al Mubarak! bagi seluruh umat islam di dunia ini.. Alhamdulillah masih di beri peluang untuk menjalani ibadah puasa pada tahun ini.. Semooga ibadah puasa kita semua dapat di laksanakan dengan sempurna dan di rahmati ALLAH s.w.t... 

Di kesempatan ini aku ingin memohon maaf pada semua, samaada yang mengenali diri ini mahupun tidak.. Maaf jika ada salah dan silap, atau bait2 kata yang sengaja mahupun tidak di sengajakan.. Aku hanya insan biasa yang tidak lepas dari melakukan kesalahan.. Moga di bulan yang mulia ini, ALLAH s.w.t terima segala ibadah puasa kita semua.. 

AminAllahuma Soli alaa Saiyidina Muhammad wa alaa alihi wasobihi wasallam.. amin 





May 27, 2015

Pengasas Produk Tabita Skincare, Ibu Desi Damayanti Meninggal Dunia


As'salammualaikum...

Baru berkempatan menulis di sini.. Saat dan tika ini, aku masih lagi terasa sedih akan kehilangannya, seorang ahli pernigaan, rakan niaga dan juga merupakan mentor aku.. Aku mula mengenali diri beliau apabila aku mengambil keputusan untuk menjadi sebahagian daripada pengedar produk kecantikannya.. Banyak perkara yang beliau ajar, malah beliau juga seorang yang tidak pernah loket berkongsi ilmu..

Innalillahi Wa Inna illaihi Rojiun.. 

Pagi semalam di kejutkan dengan berita sedih pemergian pengasas produk Tabita Skincare iaitu Ibu Desi Damayanti Skincare.Setiap yang hidup pasti akan kembali kepada penciptaNya. Hanya waktu dan masa saja yang belum kita ketahui akan tiba, di jemput oleh sang pencipta.. Moga arwah Ibu Desi tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. 

Al fatihah 



Beberapa keping gambar di sekitar upacara penghormatan terakhir pengkebumian wanita tersohor pengasas produk kecantikan tabita.. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarhamah.









Mar 7, 2015

Happy Birthday PapaBoo Amirul Ridzuan


To the man of my life, the king of my dreams and the mate of my soul.. Happy Birthday Papaboo AMIRUL RIDZUAN .. Happy Birthday Abi, Amsyar love you so much..smile emoticon 




Mar 5, 2015

Carburetor motor Amsyar kena curi


Assalammualaikum..

Selamat pagi dan salam sejahtera serta salam 1 malaysia buat para blogger serta reader yang cantik lagi hensem bergaya, yang macho lagi chomel dan kacak jelita.. Wahhh! bukan main semangat lagi aku nak update belog hari ni...


Opsss!! Actually aku sakit hati sebenarnya.. Harapan aku bile tulis dekat sini dapat la aku lepaskan perasaan gerammmm dan marah aku pada si pencuri durjana.. Malam semalam x sedar ada malaun mane yang dok projek motor si Amsyar... Pagi nie bangun baru perasan motor dah habis kena operate semalam.. Dapat la si lahabaw tue larikan carburetor motor..

Motor ni baru lagi beli.. Beli pun sebab gara-gara nak kan no plate kereta lame.. Sayangkan dengan DR 6565 lalu me and hubby buat keputusan untuk beli motor baru dengan harapan dapat la letak no plate kereta di situ..

Gara-gara carburator motor kena curi, jadi semalam pusing la satu kota bharu mencari carburetor motor. Tapi sayangnya x ada spare part.. Nak try EX 5 punya tapak x ngam jadi kena la order dulu... adoi! x pasal-pasal terbang la 2 ratus lebih...

Menyusahkan orang betul.. apa la faedahnya mencuri, kalau cari duit dengan cara yang betul x boleh ke.. X selamat hidup taw kalau terus terusan buat keje gini...










Mar 3, 2015

Amsyar Jatuh Sofa


Kalau x jatuh..x luka..x tanda..
Bukan anak laki namenya.. adoi! Baru baik luka di lutut dah ganti stem baru...

#amsyarjatuhdrsofa
#dahilukaberdarah
#buahatimamadnabi
#amsyarizqin

Mar 2, 2015

Kambing Grill, Ayam grill


Menu petang tadi..
Kambing grill dan ayam grill
Nie lebihan masa family day bank hubby baru nie

Hurmm Orang nak makan kambing, 
Awak pun nak makan kambing, 
Bila dah makan, udoh pening tertonggeng-tonggeng 
Sampai rasa nak muntah la.. 
Habis terik urat-urat tengkok.. 

Pelik masa makan baru ni x de rasa apa pun
Maybe sebab makan tang lemak je kot
Petang tadi makan 1 ketul
Malam udah tumbang
Berpusing-pusing kepala
Jadi serba x kena

Salah kambing ke..
Atau aku yang x tahan nak makan
Jadi serik lak
Pasni x de la nak makan kambing lagi huhu...




Pukau Dalam Talian

.
Selalu dengar dan tidak pernah terfikir akan terjadi pada diri.. Semalam tiba-tiba name saya di kaitkan dalam satu kes PUKAU TALIAN.. Seorang ahli keluarga sebelah suami, telah tertipu dalam talian sebanyak 5 ribu lebih. Mangsa memberitahu beliau telah berurusan dengan seseorang yang mengajak beliau untuk menyertai satu business dan di dalam perbualan tersebut Scammer ada mention name saya yang kononnya telah menyertai business tersebut.

Mangsa terpengaruh apabila nama saya telah di sebut menyertai businessnya dan membuat keputusan tanpa berfikir panjang mengikut apa saja yang scammer inginkan.. LAGI bertambah pelik perbualan yang langsung tidak pernah kenal seolah2 beliau sudah kenal lame, dan LAGI bertambah pelik apabila name saya telah di guna pakai bagi tujuan mempengaruhi orang untuk menipu..

Mangsa telah membuat laporan polis di balai polis berhampiran dan sekarang masih dalam keadaan trauma.. Minta rakan-rakan berhati-hati sekiranya ada menerima panggilan telifon daripada salah satu nombor ini 0172805497 & 0142643631 atau maybe dari nombor lain yang ada mention name saya as a business partner or apa saja SILA ABAIKAN..

SAYA TIDAK PERNAH MENJALANKAN PERNIGAAN YANG DI MAKSUDKAN, DAN SAYA TEGASKAN DI SINI SAYA TIDAK ADA MENYERTAI MANE2 SKIM CEPAT KAYA, PELABURAN , MLM ATAU SEANGKATAN DENGANNYA.. Saya hanya pemborong & peniaga online dan pemilik butik dmarz bridal sahaja! selain daripada itu bukan saya.. harap maklum, sebarang penipuan yang menggunakan name saya adalah bukan tanggungjawab saya.. Harap maklum..

# Baca dan kongsi kalau x nak ada ahli keluarga atau rakan anda turut sama terkena... terima kasih!




Mar 1, 2015

Replica Type R Sport Rim 5 Hole


Kurang lagi 6 hari saja, BFF & merangkap teman sehidup semati ku akan menyambut ulangtahun kelahirannya.. Jadi aku berhajat nak hadiahkan benda alah ni kat dia sebab tahu dia memang sedang cari sport rim nie.. Jenuh juga la aku hello sana sini tapi masih belum jumpa lagi.. Kebanyakanya yang biasa punya je.. Alahai susah jugak ye sebab, papaboo minat yang macam dalam gambar nie.. replica type R sport rim , 5 hole..

X pe la kalau kata x sempat nak bagi time birthday nanti, kira belated present je la hihi. hopefully dapat la jumpa dalam masa terdekat nie..

Feb 28, 2015

Amsyar Hisap Ibu Jari Kaki


Malam tadi punya cerita.. 
Budak tak sihat ni tido.. 
Asyik dok layan ipad je sambil hisap ibu jari kaki..

Kalau orang tua-tua cakap
Hisap ibu jari kaki
Tu tandanya dia minta adik

Ini fakta ke atau auta saje
Hurmmmm....



Feb 26, 2015

Amsyar Tuntut Janji


Amsyar suka tido lewat.. 
Setiap malam mama terpaksa bercerita pasal ikan untuk bagi amsyar tido.. 
Kalau sebelum-sebelum ni dia ok je 
Tapi hari ni amsyar dah pandai tuntut janji pada mama.. 
haha! padan la semalam masa mama mula bercerita, 
abi Amsyar dah ketawakan mama... 
Rupanya amsyar dah hafal cerita mama hahaha!

"Mama 
Amsyar kena tido awal taw, esok pagi-pagi amsyar kena bangun awal sebab nak bagi fish makan. Kalau amsyar bangun lewat, macam mane amsyar nak bagi fish makan.. sian fish, laparrrr..

"Amsyar
Oooo ( x reti sebut ok dia hanya sebut Ooo )

Sambil dodoikannya, mama akan ulang 2 3 kali cerita pasal fish, lastnya amsyar tido.. Bangun pagi ni, amsyar panggil mama, luwa luwa.. sambil tunjuk luar pastu turun katil, dia pergi kat meja tulis tunjuk gambar fish..

"Mama 
adeh! terus fikir malam ni nak buat cerita apa pulak huhu..



Feb 21, 2015

Honda HRV


Jatuh cinta pandang pertama, adeh lawanya la !!!! BERANGAN dulu.. X salah nak berangan, bukan kena bayar pun kan hihi.. Mane tahu dengan berangan boleh jadi kenyataan, dengan berangan boleh tanam semangat untuk mendapatkannya hihi.. InshaAllah ada rezeki lebih boleh la, kena berkerja keras lagi smile emoticonChaiyokkkkk!!!!

Feb 20, 2015

Bapa Saudara Kembali KerahmatuAllah


Satu-satunya abang ayah ku telah kembali ke rahmatuallah malam tadi..moga roh bapa saudara ku di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman... 

al fatihah


Feb 18, 2015

Amsyar Rindu Mummy


Bangun pagi tadi amsyar cari baby (abi)
Mama bagitahu abi work... 
Amsyar jawab Ooo... (ok).. 

X lame pastu amsyar cari mimi (mummy) 
Sambil tunjuk luar dan buat muka sedih.. 
Mama bagitahu mummy x de la... 
Amsyar nangis.. 

Mama pujuk tunjuk gambar ni, 
Amsyar terus senyum n kiss kat hp mama..
Alahai amsyar rindu mummy ye. 
Sian anak mama..



Feb 9, 2015

Pendaftaran Dropship 2015


----------------------------
PENDAFTARAN DROPSHIP 
FEB 2015 KINI DI BUKA !!!
----------------------------

Tambah pendapatan dengan mendaftar sebagai agen dropship sekarang!

Keuntungan lumayan 4 ke 5 angka sebulan hanya bekerja dari rumah sahaja.. bahan promosi di sediakan anda hanya perlu promote di laman sosial spt fb, tw, wechat, blog dll..

Rebut peluang untuk anda mulakan bisness secara kecil-kecilan tanpa memerlukan modal permulaan.

Whatsapp :
ke 01139142561

Pendaftaran akan di tutup jika kuota sudah mencukupi. SAYA memerlukan orang yang betul-betul komited untuk jana pendapatan... mestilah rajin, berfikiran positif dan tidak mudah putus asa inshaAllah..

EGEN-EGEN DROPSHIP ADALAH DIBAWAH SELIAAN EGEN *RESELLER HAIRANA'Z* YANG BERDAFTAR SAHAJA!




My Workhaholic Day Goes On!


Took me so long to update and wipe clean all the dusts on this blog..
Wonder why?

Work and work and work..
So if you are a student, please enjoy your student life well!
Coz when you are entering work life..you will not have time to practice the ways of how to relax/ get rid of stress as below:



And sometimes sampai tak tahu sama ada weekend or weekdays as need to kerja every day!


And last but not least.. Food will be your great companion!

Aloha.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign