Lagi entri mengisahkan video yang di paparkan di facebook..Kali nie bukan video kena tangkap khalwat , bukan juga video aksi lagak ngeri mahupun aksi tak senonoh tapi ianya video tentang kelahiran seorang bayi yang tidak cukup sifat. Aku yakin mesti ramai di antara korang dah melihatnya. Serius aku tak sanggup nak lihat video itu. Ianya sungguh menyayat hati...
Kenapa la ada manusia yang sanggup mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain. Aku sendiri pun tak faham. Jujur aku katakan , orang yang mengambil video tue sama sekali tidak mempunyai perasaan. Ini pendapat peribadi aku , kalau ada di antara korang yang kurang senang aku mohon maaf...
Aku yakin orang yang mengambil video itu sudah pasti jururawat yang merawat bayi berkenaan. Bayi yang di lahirkan tidak sempurna itu telah di lahirkan oleh seorang wanita di salah sebuah hospital di Malaysia. Apa perasaan orang yang mengambil video itu , sekiranya terjadi kepada dirinya atau pun ahli keluarganya. Sudah tentu hatinya akan tersentuh kan! Manakan nak menghadap ujian besar yang di berikan oleh Allah s.w.t lagi. Tambah dengan kurniaan yang maha Esa itu di jadikan bahan tontonan umum pula di atas ketidak sempurnaanya di lahirkan. Dia sendiri tidak pernah pinta bayinya di lahirkan begitu. Jadi kita sebagai manusia yang di beri akal yang waras , fikir la terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu perkara. Jangan la sampai tindakkan kita itu akan menyakiti orang lain.
Tak dapat aku bayangkan bagaimana perasaan ibu tue , apabila melihat video rakaman anaknya di paparkan kepada umum. Mesti hancur luluh hati dia hanya di sebabkan tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab nie. Nasihat aku kepada mereka2 yang mempunyai video itu di facebook , sila padamkan. Kesian la pada si ibu , bapa serta ahli keluarga dia. Jangan la di sebabkan ini si ibu mendapat tekanan yang hebat. Jadi fikir2kan lah ye....
23 comments:
tak tgk lagi...tapi kalau blh tak perlu la tgk..betull kta kan pikir perasaan ibu tu..cuba letak diri kita dtmpat ibu tu
sedih bla jd mcm ni
kesiannyer...manusia akhir zamn selalunya bertindak bukan berpandukan akal fikiran..tetapi berpandukan nafsu semata2...inginkn pupulariti, nama dan kehendak yg pelik2..
hah saya tak tengok lagi. apa2 pon memang x patut buat macam tuh. kene la jaga sensitiviti ibu tersebut kan
subhanallah..
ada juga member cerita pasal tu..
kenapa lah tak digunakan akal yg tuhan bagi tu..haihhh..
assalamualaikum Amy,
video tentang apa Amy?
kecacatan bayi itu ke.... kalau camtu memang tak bermoral dan berperasaan la orang yg memaparkannya
takde prasaan
Ujian buat penjaga yg dikurnia anak tidak sempurna. Tapi besar ganjaran yg diperolehi sejajar tangggunjawab yg dipikul.
tak tgk lagi la. kesian baby tu.. sebenarnya Allah sayangkan dia...
tak pula suya tgk kak.
tp macam akak kata.. tak ada sensitiviti la orang macam ni.. Mana moralnya pun kita tak tahu~
kak mas pun tak tengok...
ada juga org macam tu..memang tak de perasaan...
macam kak zakie katakan,
Ujian buat penjaga yg dikurnia anak tidak sempurna. Tapi besar ganjaran yg diperolehi sejajar tangggunjawab yg dipikul..
salam
saya tak tahu pula pasal video ni,,tambah2 sy kurang layan benda macam ni...
video tentang apa yer??? tapi manusia ni... kalau tak kene batang hidung sendiri.. memang tak tau apa rasanya. biarlah allah membalas perbuatan dia..
Manusia sekarang dah kurang rasa belas kasihan, rasa hormat menghormati..itulah hakikat dunia, Amy...
semoga kita sama2 tidak tergolong dalam golongan sebegitu
manusia jenis tu memang takkan ada apa2 rasa selagi tak kena batang hidung sendiri. Apa hak dia nak paparkan anak orang utk tontonan ramai kalaupun baby tu sempurna sekalipun.
sue xtgk lg vdeo tu n rs nyer xperlu tgk la....setiap ciptaan tuhan ade hikmahNYER
video apa ni..cam blur lah..hehe
manusia semakin hilang sifat kemanusian
hai sis amy...apa khabar??
"tak tengok pun..malah jenguk ke fb pun dah jarang..tapi org yg buat tu mmg takde hati perut.."
oh tak tau menahu ttg video tu..tp mmg kejamlah org yg buat mcm tu..moga Allah membalas perbuatannya..sedih bayangkan perasaan ibu bapa bayi tu..
Kak, tak pnh tgk ar video tue.. sbb FB pun dah jrg bukak...
Apapn mmg sedey kalau dibuat gitu..huhuu, kesian pada si ibu..
mmg xde hati perut sungguhla..cuba kalo org lain buat mcm tu..eeeii geramm btl la
cma x tgk lagi video tu dan harp2 xmau tgk..tp betulla amy..ade video yg rakam kejadian kemalangan ngeri..kesian kat mangsa tu..camana lah kalau perakam tu sendiri terkena??
Post a Comment