Apr 29, 2011

Jumaat penghulu segala hari..

Salam Jumaat semua..

Apa kata luangkan sedikit masa untuk kita renung, fikir dan timbang-timbangkan perkongsian hari ini.

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apa pun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk dipertemukan jodoh dan diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal dunia terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak terlepas dari melakukan kesalahan

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepadaNYA kerana kita masih mampu untuk terus hidup !


Note: Hari nie en.hubby datang ke Ipoh untuk menjemput ku pulang pada hari ahad ini. Semoga perjalanan en.hubby selamat sampai ke rumah Bonda..amin

17 comments:

nurkass said...

hurmm..
info yg memberi kesedaran buat kita semua..thanks amy..

amboiii...sukelah tu hubby dia dtg jemput...senyum sampai telinga..hehe

ANDAIANNYA said...

hari jumaat sangat2 dinantikan utk balik kg..huhuhuhuhu

norhidana said...

biasalah kite selalu lupe... sering teralpa...

Kakzakie Purvit said...

Mahu yg baik-baik itulah kita. Tapi kena sedar banyak yg tidak bernasib baik....

Anonymous said...

As.salam amy..

lama tak menjengah kesini, semoga amy sihat sokmo..

minggu ni turn MDT plak balik perak..weehu!

eelobor said...

yer...betul & setuju. sama2 fikir & renungkan

kurus said...

setuju dik ...
pelihara hati utk jadi insan yg terbaik :)

munna said...

Bersyukurlah dengan diri dan hidup kita yg cukup sempurna ini

Sheherazade said...

insyAllah akn cube tak mengeluh

be safe for both of u ;)

Fazleyatul Aini said...

salam. lama tak singgah sini. harap kak amy sihat2 hendaknya

Akak Kembang said...

Semoga semuanya berjalan lancar ye mi..

Noor Fatin said...

harini asyik bergado je dgn si dia :(

dwatyKNY said...

betul tu... dalam dunia ni bukan semua kita boleh dapat... walaupun kita dah rasa cukup senang.. perlu diigat.. masih ada org yang susah...

jom baca entri terbaru saya...

IMANSHAH said...

thanks Amy perkonsian ini

lama tak jenguk sinar raudah

bila balik ipoh?

Sarah Syazwani said...

salam singgah...kata-kata yang bileh dijadikan panduan hidup..selalunya manusia ni x pernah bersyukur dengan apa yang ada

Sheherazade said...

harus bersyukur dgn lebih lagi,thanks dear

SHM said...

suka entry ni . dpt mengingatkan org yg slalu lupa mcm SHM ni .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign