Apr 13, 2011

Perak menang besar Kelantan gigit jari.. Suami isteri bertikam lidah dapat sms berbaur hinaan..




Selamat pagi..

Hari nie aku nak story pasal game bola sepak semalam. Walaupun ramai yang dah tahu tapi aku pun tak nak terlepas sama untuk berkongsi kegembiraan ini di Sinar Raudah...:)

Sedikit berita rasmi yang aku perolehi...

Perlawanan antara Perak dan Kelantan malam tadi lebih menyebelahi tuan rumah iaitu Perak dengan jaringan gol 4-0. Perlawanan yang di saksikan lebih ribuan penonton cukup memuaskan hati para penyokong Seladang apabila Perak berjaya menumpaskan Kelantan dengan menang besar dalam perlawanan bola sepak malam tadi.Tahniah buat pasukan Perak! Kepada pasukan Kelantan jangan bersedih , adat pertandingan ada menang ada kalah. Baru nie u all berkenduri gol di Kelantan so malam tadi kasi la peluang kat orang lain pula kenduri gol ahaks...wakakaka~ gelak jahat sikit..:P

Di atas kekalahan semalam Kelantan yang selama ini mendiami kedudukan takhta liga sebelum ini sudah jatuh ke tangga no 4. Nampak gayanya kekebalan penjaga gol no 1 negara Khairul Fahmi Che Mat di depan gawang berjaya di robek penyerang Perak.Kekalahan ini juga mengejutkan ramai pihak terutama di kalangan penyokong Kelantan,termasuklah en.hubby aku. hahahaha~:P Namun mereka menerima kekalahan itu seadanya walaupun ada sesetengah penyokong Kelantan yang tidak dapat menerima kekalahan itu sehingga berlaku perkara yang tidak sepatutnya~ Hope lepas nie penyokong Kelantan akan lebih profesional lagi , jangan la bila kalah je nak gaduh nak bakorrr...;)

Ok stop cerita pasal perlawanan , kita berbalik kepada cerita sebelum perlawanan ini berlangsung pula. Berita tak rasmi ini di sampaikan oleh Amy Syaquena...

Ada sedikit kekecohan berlaku di Kota Bharu. Berikutan sepasang suami isteri yang sangat fanatik dengan pasukan kegemaran mereka telah bertikam lidah gara-gara si isteri menyokong pasukan Perak dan si suami menyokong pasukan Kelantan.Pasangan yang di maksudkan adalah Amy Syaquena dan En. Amirul Ridzuan :). Lagi bertambah terbakar bila salah seorang staff kepada En.Amirul Ridzuan @ lebih di kenali sebagai seorang blogger HISBANI Che Mansor telah menghantar kiriman sms berbaur hinaan kepada penyokong Perak di mana beliau begitu confident bahawa kijang akan menumpaskan seladang malam tadi. Tapi setelah beberapa minit perlawanan berlangsung berlaku sebaliknya pula. Dan di sebabkan itu dua penyokong fanatik Kelantan ini telah mengambil langkah mendiamkan diri kerana terasa terbakor dengan kata-kata aku. hahaha~:P

En. Amirul Ridzuan a.k.a En.hubby membisu seribu bahasa , manakala staff kesayanganya pula yang sama-sama bersetongkol untuk membakor aku juga mengambil langkah menuding jari kepada bosnya hahahah~:) dan di sebabkan peristiwa ngeri ini , mereka tido dalam keadaan kepanasan walaupun penghawa dingin sudah di pasangankan ke tahap max tapi still rasa panas. Sebab apa sebab terbakorrrr dengan orang perak hahahahah~:P

Sekian dulu berita tak rasmi untuk hari ini. Berita ini di tujukan khas buat dua penyokong fanatik Red Warriors.......Apa macam ok tak ! Jangan marah na gurauan semata-mata hahahaha.......;)



26 comments:

eima said...

tu la pasal ...
aku suka razali tu .. semangat ok .. taktikal ok ... tp displin je ..
games smlm besh .. hehehe

org kelantan ngamuk sbb org perak yg nganjing diorg ...

ahmad humairi said...

tahniah pada kelantan yang menguasai permainan. Kalah bukan sebab fahmi tak hebat....tapi nasib tak menyebelahi mereka.

Hudalatip said...

saya pun tak tau kenapa saya nak sokong kelantan, tapi saya kecewa pasal kelantan kalahhhh...huhuhuh

Bunga said...

hahahhaha..hanya sebab bola..haha..tapi bunga tetap sokong kelantan..eheheh..

Kakzakie Purvit said...

Bangun pagi mesti menggigil sebab aircond dan letak kat mininum....

Nur Hawa Mohd Zin said...

kak amy : tu lah kalu taksub ngan sesuatu susah jugak..huhu..macam en hubby awe gak dia kalu kelab bola dia kalah emosi betul..huhuhu

azwa amani said...

huuhuhuhuhuhu..lawak lah akak ni...

lalink7 said...

kak amy fanatik dengan yg tmptn saye lak fanatik dengan EPL..hehehe

best jugak Perak menang..asik Kelantan jee..baru menguji kehebatan pemain klntn trutamanya si apek tuee..hahahaha...

kite sokong perak gak..kejorrr yob kejorrr..hehehe

farahshahirah said...

kesian Khairul Fahmi

Mek Rose said...

keh keh keh
sib baik den tak fanatik bola..if tak mmg haru la..eheheh

Bionic women said...

Walaupun hubbyku ore kelantan tapi seb bek ler x fanatik ngan liga malaysia..hhuhu..kalau x malu aihh nak berbeting, Pahang dah terjun ke laut lama dah..bila nak bangkit x tau ler

sahromnasrudin said...

hahahahah..sape yg untung..pastilah selangor kerana berjaya menduduki carta liga heheheehehee

aanie said...

sokong kelantan!!!bagi menang je tu....

sarah-najwan said...

akak kureng bola ni..hehe
smlm hubby tgk ngan geng ngeteh dia kat luar...bole la akak layan kum kum..hehe

**bole jadi pengulas bola amy nih..:)

manggosteen said...

akmal rizal dah kenakan kelantan balik..hehe..

azzey said...

yeay2....bangga perak menang, kejor yeop kejor...:)

klik HB

syazai86 said...

hahaha...sokong perak...kejor yob kejor...nasib baik hubby org kedah...xla nk gaduh sgt...hehehe...

ibu qaleesya said...

HAHAHA KITO BAKORRR JE KITA BAKORRR

ieda said...

tahniah pada pasukan perak .. ekekek dik sib baik akak laki bini x berapa minat bola .. kalau idokk akak punn buat laporan ekekke

aah lah ape cerita ngan HERO kebangaan semua tuu khairul fahmi tuu ekekekek

Anonymous said...

hehe bola punya pasal =)

sokong kedah walaupun asik kalah je

ozzy said...

ore kelate kene gomo..hok aloh guano mu awe hehe..(gelak jahat gak tu)

Anonymous said...

haha! kita bakor..kita bakor!

kejor yop kejor! [padehal tak tengok pung!] :P

eMMe said...

rezeki Perak pulak, Okey la tu Kelantan selalu menang, kasi can la yea, hehehehe...

Ummi Danish said...

Huhu kelakar cite pasangan amy - amirul ni... sy tak tgk..and tk pasti minat pasukan mana. ape ape pun tahniah yer perak...
amy n hubby kene la wat sesi pujuk memujuk balik.. he hee

Sheherazade said...

hihi,comel je suami isteri ni

munna said...

nasib baik kak munna dgn en. abg x minat bola.. klu tak bertikam lidah juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign