Apr 19, 2011

Berusaha untuk mengubah nasib



Aku teringat satu cerita yang pernah aku dengar dari cikgu aku masa sekolah dulu. Kisah tentang seorang lelaki tua dan seorang anak lelakinya yang mempunyai kehidupan miskin. Mereka tersangat la miskin. Si bapa bekerja sebagai seorang buruh kasar di sebuah kilang. Gaji yang dia dapat pun sangat rendah. Kerjanya umpama kais pagi makan pagi. Begitu la keadaan mereka sejak dulu, tidak pernah berubah walau sekalipun.

Suatu hari, si bapa berfikir sudah sampai masanya untuk keluarga mereka menamatkan takdir yang buruk itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menyekolahkan satu-satunya anak lelakinya yang masih kecil itu agar dapat mengubah takdir yang telah menyelubungi keturunan mereka selama bertahun-tahun lamanya. Pada masa itu, ilmu dirasakan lebih berharga berbanding emas dan perak.

Hari pertama anak dia kesekolah, si bapa amat bersemangat kerana melihat anaknya bakal menjadi satu-satunya keturunan keluarganya yang berpendidikan. Dia sudah tekad. Demi pelajaran anaknya, dia sanggup melakukan apa saja. Duit simpanan dikeluarkan walaupun itu sebenarnya adalah duit untuk membeli sebidang tanah yang diimpikannya selama ini.

Setiap pagi, dia sanggup menghantar anaknya ke sekolah menaiki basikal sejauh dua puluh kilometer. Biarpun dia akan kepenatan selepas menghantar anaknya dan masih perlu bekerja lagi, namun semua keletihan itu tidak diendahkan kerana bagi si bapa tersebut, keringatnya itulah yang akan mengubah nasib keturunan mereka.

Si anak jugak mewarisi semangat yang dimiliki oleh bapanya. Walaupun dia hanya mempunyai sehelai baju sekolah yang hampir luntur warnanya dan sepasang kasut yang hampir koyak rabak kerana bapanya menjumpai kasut tersebut di tong sampah, semangatnya untuk belajar tidak pernah luntur sama sekali.

Pernah sekali si bapa terlambat menghantar anaknya ke sekolah kerana masalah basikal. Apabila telah sampai, kedengaran lagu Negaraku tanda waktu belajar telah habis sedang berkumandang. Lantas si bapa membawa anaknya untuk pulang kerana tidak mahu anaknya berasa malu. Tetapi si anak tetap bertegas untuk masuk ke sekolah, dan menghabiskan sisa lagu Negaraku tersebut.

Bila aku ingat balik cerita tu, aku rasa sedih. Bayangkan, betapa susahnya orang miskin berusaha untuk mengubah nasib mereka menjadi lebih baik. Setiap peluang yang ada langsung tidak disia-siakan. Tapi, orang zaman sekarang ni terbalik pulak. Semakin kaya, semakin pemalas jadinya. Ramai yang tidak tahu menggunakannya dengan sebaiknya. Walaupun peluang sudah ada di depan mata, namun masih ramai yang buta.

Aku tertanya, masih ada lagikah insan yang bersemangat kental untuk mengubah nasib hidup seperti si bapa dan anaknya itu? Mungkin kebanyakan daripada kita sekarang ni hidup dalam kehidupan yang sederhana. Tapi, adakah itu menjadi satu tiket untuk kita bermalasan dalam menjadikan kehidupan kita lebih baik? Adakah selepas itu kita tidak perlu lagi bersusah payah mencari ilmu kerana berasa yakin hidup kita akan baik selama-lamanya?

Tepuk dada, tanyalah ilmu.

Note : Kredit kepada yang menghantar email ini kepada aku.


22 comments:

::FAIZ:: said...

bila tgk pic Basikal tua tu, teringat naik masa kecik ngan Arwah atuk...

Sheherazade said...

msh ade rasenya

usaha tangga kejayaan

Hudalatip said...

ha, betul tu amy..saya memang ada kawan cam gitu dulu, jenis yang tekad nak mengubah nasib sampai sekarang dah berjaya..kadang-kadang pengalaman hidup boleh membuatkan orang tu mengubah nasib mereka.

azwa amani said...

sedih, terharu dan bangga bace entry ini.....:)

sarah-najwan said...

akak sgt yakin bhw
dgn ilmu dan taraf pendidikanlah
yang dpt mengubah taraf hidup kita

hal ini berlaku pada akak..
mak ayah akak keje kampung aje..
akak xnka mewarisi pekerjaan mereka atau paling baik sker keje kilang..sb itulah akak belajar rajin2..masuk U dan jadi cikgu..alhamdulillah..nasib akak dan keluarga akak berubah jadi lebih baik..

Nur Hawa Mohd Zin said...

ramai skunk ni dilahirkan dalam serba kemewahan dan kesenangan..kanak2 pun dah diajar guna hp,game, internet...memang kita tak nak ketinggalan dalam arus permodenan tapi kena tahu juga mengakis..bukan setakat menganga utk disuap jerk :)

zaidah said...

terasa diri kita nie memang masih kurang lagi ilmu n tak cukup lagi untuk memperbaiki hidup....

NM02 said...

zaman skang, balik umh, sampai kat ruang tamu, cuma tepuk tangan panggil bibik.

Kakzakie Purvit said...

Amy... kakak just drop by a while. Still in the seminar till now. Pls check your e-mail....

nurkass said...

mungkin ada individu yg sebegitu di luar sana..rajin berusaha ytk improve taraf kehidupan dan tak kurang sebaliknya..

Anonymous said...

semangat orang dulu2 dgn org skrg lain..sebab anak2 sekarang, celik2 jer kat dunia, dah pakai aircond.. :)

kasihibu said...

sekurang kurang ada usaha untuk mengubah hidupkan?

eima said...

budak2 skrg tatau cam org dulu2 susah... celik2 mata dah senang....

sahromnasrudin said...

harapan si ayah tue cukup tinggi agar anaknya mengubah nasib keluarga mereka kan

Ummi Danish said...

ramai org zaman skrg, da kaya trus lupa mak ayah. kecian mak ayah duduk dlm umah serba kekurangan dan masih bekerja keras. sdgkan anak yg kaya, ada rumah yg besar dan sgt selesa..
p/s:tiap kali tgk citer mak ayah yg miskin, sedih sgt...

Unknown said...

memang besar harapan si ayah agar nasib mereka berubah berbekalkan pendidikan yg baik untuk si anak...

mereka yg pernah susah ni biasanya mmg lebih menghargai apa yg mereka ada berbanding yg lahir2 dah senang lenang.

Sebab tu kita tak boleh terlalu manjakan anak2 dengan serba serbi lengkap mudah dapat, takut mereka mudah lupa diri kan.

Ati Masrif said...

sebab tu kak ati selalu
pesan kat anak2..
pelajaran sgt penting dalam hidup

☾SHiemaCMa786☾ said...

n3 yg bagus amy..
ramai anak2 yg dah lupa org tua bila dah kaya..hu~~`

ozzy said...

Assalam..

Filem yg paling menyentuh hati adalah filem 'Bacheca"..filem tentang kasut yg digunakan oleh dua beradik utk share ke sekolah (adik pakai pagi abg pakai ptg kasut yg sama),,sebuah filem iran.

p/s-pasal blog tu sila klik sini baca..
http://ozzy2u.blogspot.com/2011/04/notis-dari-google-blog-yang-tidak.html

ibuintan said...

Amy,

beruntung anak2 yang mempunyai ibubapa yang begitu menekankan kepentingan ilmu

cuma anak2 kini yang dilahirkan dalam kesenangan tidak berapa menghargai ilmu yang terbentang depan mereka

kurus said...

sedih bila baca .. kerana x semua impian kita jadi kenyataan .. tapi bila kita dah usaha dan menampak kan hasil pasti kita berpuas hati .. adakalanya juga segala usaha hanya sia2 kerana tidak mendatangkan hasil ..

jadi kita memang x leh cepat putus asa .. usaha itu tangga kejayaan :)

Bionic women said...

teringat kat basikal tua arwah atuk ler...ada palang kat tengah2..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign