Salam perkongsian untuk semua.
Semoga hari-hari yang kita lalui indah belaka seindah pagi Jumaat yang mulia ini.
Seorang pensyarah sedang menyampaikan kuliah yang bertajuk stress management. Dia mengangkat segelas air dan bertanya kepada para pelajarnya, berapakah berat segelas air pada fikiran anda semua ? Para pelajarnya menjawab, beratnya dianggarkan 20 – 500 gram.
Ini bukan masalah berat secara total tetapi berapa lama anda memegangnya. Jika kita memegangnya selama 1 minit, ianya bukanlah masalah yang besar. Jika aku memegangnya selama 1 jam, lengan aku akan berasa sakit, dan jika aku memegangnya sepanjang hari, berkemungkinan anda semua terpaksa memanggil ambulan untuk aku. Berat sebenarnya adalah tetap sama, tapi makin lama aku memegangnya maka makin terasa bertambah bebannya.
Begitu juga dengan hidup kita ini, jika kita terus menerus membawa beban kita , lambat laun kita tidak akan mampu membawa dan menanggung beban tersebut. Beban itu akan meningkat beratnya. Apa yang harus kita lakukan adalah dengan meletakkan gelas tersebut , merehatkan tangan kita sebelum kita mengangkatnya semula.
Kita seharusnya meninggalkan beban kita secara periodic agar kita lebih segar dan mampu membawanya lagi. Jadi sebelum kita pulang ke rumah dari pejabat dan sebagainya, tinggalkan beban perkerjaan yang ada. Jangan bawanya pulang ke rumah. Apa jua beban yang tergalas di bahu kita, cuba tinggalkan sejenak, setelah berehat, ambilnya kembali.
Note : Semasa entri ini di publish aku sudah pun dalam perjalanan ke Utara. Mungkin untuk beberapa hari aku tidak akan dapat membalas sebarang komen yang di tinggalkan. Insyaallah sekiranya ada masa terluang aku akan cuba balas perlahan'2.
17 comments:
yer, memang betul tuh amy. saya setuju sangat2
i like this entry!! =)
btol perumpamaan tu.
Jom Lawat: Blog Bardboo DAN Sweet Child
Hadiah Menarik Untuk Yang Tersayang
setiap kali berdepan masalah, selalunya MDT biarkan dulu, pelan2 baru pikir camne nak setel..kalau terasa berat baru refer pada org yg lebih arif, kalau biasa2 jer..malas nak pikir..haha! tapi awas! jangan sesekali lari daripada masalah sebab masalah tu takkan selesai tapi nanti bertambah rumit dan lagi buat diri tertekan
semoga Allah memudahkan urusan perjalanan Amy ..selamat pergi dan selamat kembali :)
ya dik .. ada beban yg boleh kita galas sampai bila2 .. tapi ada juga beban yg harus kita tinggalkan agar ia tidak membebankan kita sampai bila :)
setuju sgt :))
betul la amy..saya ni punya sorang kawan yg memang tengah mengalami tekanan kerja. saya tengah cari info2 berkaitan pengurusan stress nak bagitau kat member ni..takut keadaan makin teruk je..
salam kak amy yang masih dalam perjalanan agaknya :)
awe terpikir dengan membaca entri2 akak ni..mcm skunk memang awe ada prob tapi tak nak crita kat orang sebab org2 yang pilih utk dengar masalah awe sume tak leh harap...
betul tu..kita kene buat analogi ttg stress kita gar kita tahu utk melrelesknnya..
menarik !
Eh... apsal pualk ke utara? tak ke selatan lagi ke? Moga berjalan lancar ye...
As Salam Amy
thanks for the tips.
sy cube tinggalkan kjer kat pejabat tp kje tue yg nak ikut sy hehehheee
selamat berpergian..hati2 dalam perjalanan ya
betul tu...
sebab tulah walaupun saya SAHM, orang kata relax, sekali sekala perlu kuar segarkan minda, hari2 asyik benda yang sama boleh rasa terbeban kalau tidak pandai meneutralkannya semula...
thanks dear..InsyAllah
be safe ;)
owh...begitu caranya.. hati2 amy~
Segala masalah yg ada di dalam benak fikiran manusia haruslah dilepaskan. Jika tidak....kita akan stress dan lama kelamaan bersikap murung dan kebarangkalian untuk ditimpa penyakit kronik sangat tinggi.
setujuuuu.....
rumah adalah tempat terbaik utk kita merasa aman dan ringan dari segala beban..
Post a Comment