Apr 8, 2011

Renungan dan ikhtibar di pagi Jumaat yang mulia ini


Salam Jumaat semua..

Aku ingin berkongsi satu cerita yang aku rasakan amat menarik dan boleh dijadikan renungan dan teladan untuk diri kita.

Di suatu zaman terdapat sebuah kerajaan yang ganjil di dalam sebuah kota yang tertutup. Di luar kota itu hanyalah kawasan kering kontang dan dipenuhi binatang buas.Tiada siapa berani keluar dan menjengahkan diri daripada kota itu. Jika keluar juga, alamat menempah mautlah jawabnya.Mungkin di baham binatang buas.Mungkin mati kebuluran makanan dan kekeringan air.

Kerajaan ini ganjil kerana mempunyai peraturan yang ganjil.Setiap 5 tahun sekali satu pilihanraya untuk melantik Perdana Menteri di adakan.Yang ganjilnya,apabila tamat tempoh 5 tahun pemerintahan Perdana Menteri tersebut, beliau akan dikeluarkan dari kota itu bagi menunggu kematian akibat dibaham binatang buas atau mati kehausan.Bermakna kota itu hanya dibuka 5 tahun sekali untuk menghumban Perdana Menteri itu ke luar kota.

Justeru tiadalah siapa yang berani menjadi Perdana Menteri mengenangkan nasib yang bakal menimpa mereka setelah habis tempoh pemerintahan 5 tahun. Melainkan seorang pemuda yang bersedia menawarkan diri. Apabila ditanya oleh Ketua Tentera, betulkah keputusannya itu dan sanggupkah dia menerima risikonya, pemuda itu menjawab dengan yakin,’Betullah!”.

Dipendekkan cerita, jadilah pemuda itu Perdana Menteri.Beliau seorang yang pintar.Dikelilingi pula oleh menteri-menteri yang pintar-pintar.Pada setiap malam tanpa disedari oleh penduduk kota itu, mereka membuka pintu kota itu dan membawa keluar segala peralatan dan jentera pertanian. Bermakna mereka menjalankan kerja-kerja pertanian dan perladangan di luar kota itu sebagai sumber makanan.

Apabila tiba tempoh 5 tahun, sekali lagi Ketua Tentera bertanya kepada Perdana Menteri tersebut, “Sekarang sudah sampai tempohnya, sudahkah kamu bersedia untuk dihumban keluar dari kota ini”. Jawab pemuda itu dengan yakin dan gembira, “Ya, aku sudah bersedia”.

Kehairananlah Ketua Tentera dan rakyat jelata akan sikap Perdana Menteri itu yang sangat berbeza dari PM-PM yang lama,yang mana akan pucat dan gementarlah mereka apabila tamat tempoh 5 tahun tersebut. Apabila dibuka pintu kota tersebut, terjawablah kemusykilan penduduk kota tersebut apabila dilihat diluar kota tersebut terbentang sebuah taman dan ladang yang indah dan subur.Bermakna tiadalah akan mati bekas Perdana Menteri tersebut diluar sana akibat kehausan dan kebuluran(InsyaAllah!)

Apakah pengajaran yang kita perolehi daripada cerita tersebut?

kota yang tertutup itu ibarat dunia ini dan Perdana Menteri itu adalah diri kita sendiri. Keadaan diluar kota itu adalah ibarat kematian. Tempoh 5 tahun diibaratkan tempoh kita akan menemui kematian. Taman yang indah dan ladang yang subur adalah ibarat bekalan dan persiapan kita. Orang yang bersedia menemui kematian dengan bekalan amalan kebaikan dan kebajikan akan berasa gembira dan seronok untuk bertemu Tuhan. Sementara orang yang tiada bekalan dan hidup dalam kemaksiatan dan kemungkaran, akan takut menghadapi kematian dan tidak bersedia menemui Tuhan.

Sudahkah kita bersedia untuk menempuh kematian?

18 comments:

Sheherazade said...

thanks for sharing dear

ytekecik said...

Amalan yang ada belum tentu cukup& belum tentu diterima Allah.
Semoga Allah mempermudahkan urusan kita di dunia & diakhirat..
Semoga Allah mempermudahkan lagi timbangan kita nanti..
Semoga Allah mempermudahkan perjalanan kita diakhirat kelak..
Semoga Allah merahmati seluruh umat islam..

Hudalatip said...

tq for the good info..kena banyakkan amalan lagi ni..

Mas said...

satu renungan @ peringatan untuk kita semua renung2kan....
harus dibaca oleh semua...

Lieya said...

utk renungan kite bersama2.

Kakzakie Purvit said...

Kakak nak ambil iktibar lain. Kalau negara kita buat cara itu jangan kata nak jadi PM takut nak jadi TPM pun tak mahu. Heee....

Bionic women said...

nice sharing, Amy..
semoga semua kita mendapt iktibarnya..

atuk said...

Assalamualaikum Amy

cerita lojik akal untuk menerangkan kpd mereka yg selalu menggunakan lojik, tidak berpandukan kpd Al Quran dan Sunah

Wassalam

~ AppLe BLosSoM ~ said...

salam..nice sharing..tq..

nurkass said...

salam amy..
nice n3..
thanks for sharing..

me suya said...

Kematian tu pastikan kak.
tp tu la.. makin dititikan perjalanan makin jauh dengan persediaan.. Semoga kita dalam hidayah Nya kan Kak :)
thnx for share this

☾SHiemaCMa786☾ said...

amy kalo buat n3 mesti penuh is & makna..ni yg cma suka dtg cni..ada je info2 terkini n menarik..
psl cerita kat atas tu sduah buat mata cma terbuka luas..memula x fhm..jenuh jgakla memahamo..dn cma faham dah..

huhu..kematian ituu sgt menyakitkan n menakutkan..~

Fazleyatul Aini said...

thanx sharing cerita ni. sama2 ambil pengajaran sempena hair jumaat ni

Yasminhamid said...

bagus... sanagt bermakna..

aza ni said...

alhamdulillah.

eelobor said...

renungan.....sangat mendalam

lalink7 said...

sbnrnye belum sedia ke arah tue..hmmm

hezrina83 said...

tazkirah jumaat=)tq sharing..kekadang perlugak tazkirah nie kalau tak lupa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign