Salam perkongsian untuk semua.
Aku tertarik dengan kandungan email yang baru aku terima. Meskipun tidak dapat di pastikan dari manakah sumber ini diperolehi. Namun ulasan mengenai penghujung usia kita memberi kesan yang mendalam dalam diri dan aku kongsikan untuk korang semua di sini.
Apa perasaan kita apabila mendapat perkhabaran mereka yang begitu dekat dengan kita ditimpa musibah ? dan apa pula perasaan kita jika tiba-tiba dimaklumkan kita menghidap penyakit kronik, yang tidak mempunyai peluang untuk hidup lebih lama?
Atau mungkin kita dapat terus menghirup udara segar, namun sudah tidak berupaya dan berdaya untuk bergerak bebas, segalanya perlu dibantu, dan hanya menanti keajaiban untuk sembuh. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui penghujung usia kita. Setiap detik berlalu bermakna kita makin dekat menghampirinya. Setiap majlis hari lahir yang disambut bermakna kian singkatlah umur kita. Walaupun angka usia kita akan meningkat dari masa ke semasa hakikatnya usia kita semakin berkurang, bukan bertambah…
Sakit merupakan peringatan, mengingatkan yang lupa, menyedarkan yang leka, dan juga satu cara ALLAH meningkatkan martabat seseorang jika setulusnya reda dengan ujian itu… …
Pun begitu berapa ramai di antara kita yang disuntik kesedaran mendalam, keinsafan seikhlasnya, hanya setelah melalui sakit dan derita berpanjangan. Tidak kurang yang mengucap syukur kerana nyawa tidak di rentap dengan tiba-tiba, tetapi di dahului dengan peringatan sakit, membuatkan kita sempat bertaubat, sehingga mampu merencana hidup baru dengan usia yang berbaki…
Mengapa hati ini terlalu keras untuk memerhatikan kejadian dan gerak alam untuk kita mengambil manfaat daripadanya, sebelum segalanya sudah terlambat apabila roh dicabut dari jasad ?…
Kerdilnya diri ini mengenangkan dosa demi dosa, sambil membilang sekelumit jasa yang ditinggalkan … alangkah kecilnya. Jika kita dapat berhenti sejenak, dan sempat bermuhasabah tentang erti hidup yang makin hilang, mungkin ia seperti satu kurniaan nikmat yang begitu hebat…
“ buatlah satu kebaikan yang akan terus hidup walaupun selepas kita mati ”
19 comments:
hanya amal jadi bekalan kita ke sana
Hanya allah yg tahu setakat mana kita hidup....
thanks for sharing ye
ya Allah ampunkanlah dosa2 aku dimasa lalu.. amin
muhasabah diri..
nice entry kak.... bak kata lya, muhasabah diri
moga amalan kite di dunia diterima Allah....moga jiwa kite sentiasa dekat dgn Nya.
cuba untuk jadik insan yang lebih baik..
sentiasa ingat mati..
muhasabah diri di sini
Sebenarnya, bagi mereka yg mendapat diagnosis penyakit kronik membawa maut seperti kanser tu semua, lebih beruntung...beruntung dari segi dah boleh agak bila Allah akan menjemput pulang..dan dah boleh tingkatkan amalan sebagai bekal ke SANA. Kita yg sihat walafiat ni, entah bila, boleh tiba tiba sahaja ditarik nyawa
bila dah sakit barula nak merubah diri... semoga kita sentiasa bersedia menghadapi apa jua musibah yg akan Allah duga kita semua
assalamualaikum...
trime kasih atas perkongsian ini...semoga kita terus istiqamah dalam beribadat kpd-Nya..
trime kasih sekali lagi..
Assalam..
Manusia mudah leka..ada juga yg dah sampai peringkat usia senja masih belum mahu berubah mungkin juga dia redha akan nasibnya nanti... wallahualam.
Ermmm.. Manusia kalau ditimpa masalah baru nak ingat Allah.. Kadang2 diri ini pun selalu camtu.. Huhh! Sedang cb memperbaiki diri dan mempertingkatkan lagi amalan..
Entry Terbaru : Happy Birthday ; Tiket Free Untuk Blogger
semoga kita sentiasa dibawah lindungan-Nya..
setiap permulaan ada penghujung.. muhasabah diri dan harapkan penghujung cerita kita nanti pun adalah yang baik2 hendaknya :)
tq for sharing..
amalan yg kita bawa bilad ihidupkan kembali..
tertarik dengan ayat terakhir iaitu buat kebaikan yang mana ada orang akan mengingati kebaikan tersebut. setuju sangat2.
p/s: saya ada hantar email kat akaun yahoo amy, blh reply tak bg jwpn
Mudah-mudahan kita sentiasa meningkatkan amalan yg baik dalam diri kita. Amy ...Panglima nak tanya...Bank Rakyat tuu offer pelaburan dividen 15% pada semua, sampai berapa haribulan? Adakah hanya di Kelantan ajer?
Post a Comment