April Fools !!
Ada apa dengan April Fool..Selain dari birthday anak , hari nie juga mengingatkan aku pada satu kejadian yang terjadi tahun lepas. Di sebabkan April Fool ada salah seorang sahabat aku sanggup menyebarkan berita yang kononnya aku sudah meninggal dunia. Walaupun ia hanya satu gurauan untuk mengenakan sesama kawan-kawan tapi serius aku katakan ia sangat tidak masuk akal. Sebab ia melibatkan perasaan orang...
Bagaimana kalau Bonda dan Ayahanda serta ahli keluarga aku dapat tahu. Tidak ke ia boleh mendatangkan masalah kepada mereka..Terutama dari segi kesihatan , bonda dah la ada lemah jantung. Tak dapat aku bayangkan kalau perkara itu terlepas di telinga Bonda. Di sebabkan gurau itu aku sudah tidak berkawan lagi dengan sahabat aku itu. Bukan aku yang pilih jalan begitu tapi dia sendiri memilih untuk tidak mahu menegur aku lagi gara-gara aku menegur tindakan dia.. Tapi serius untill now aku masih terasa ngeri sangat dengan gurauan yang keterlaluan itu.
Note : Jangan la bergurau melampaui batas kerana kadang kala gurauan itu boleh mengundang padah...Renung-renungkan la...
26 comments:
iyer ke? sampai cam gitu sekali? hmm..tak patut sungguh la..
Melampau tul bergurau camtu. Agak2 ar...
tak payah la sambut april fool ni. melalut je
melampau
cube cari sejarah april fool,kita umat isalam xpayah sampai mende2 tak berfaedah mcm ni
uish ! smpi mcm tu skali ke gurau ? mmg tak patut.
nak bergurau pun biar kena pada tem[pat...kena juga jaga sensitiviti.. kalau saya.. mesti dah hangin satu badan..
nak bergurau pun biar kena pada tem[pat...kena juga jaga sensitiviti.. kalau saya.. mesti dah hangin satu badan..
btol..
lagipun x elok kn smbut april fool ni..
subhanallah..
kenapalah cetek sgt pemikiran sampai perkara tu pun di buat gurauan..nauzubillah..
tak dpt bayangkan kalau terjadi apa2 kat keluarga kita..haihhh..
Bergurau tak salah tapi kalau melibatkan ajal maut nie mmg takleh terima la.. Mmg kalau ibubapa dengaq takke risau depa...
alahai guraunyer..serius sgt tu..huhu
betul tu. Memang tak patut bergurau pasal mati ni. Lagipun kenapa kita pun nak turut sama ber April Fool? Tak baik semua tu...
gila la gurau sampai mcm tu sekali...ish...april fool x boleh disambut..
selamat hari lahir utk anak u sis...semoga dia menjadi anak yg soleheh...amin...
ya allah. kenapa sampai mcm tu sekali gurauannya? tak perlu ada kawan mcm tu. menyusahkan hidup aje T__T
serius, gp yg baca pon seriau! jgnn la merepek sgt ikut bnda2 yg x elok cam tu.. hmm.. xtau la nak cakap cam ne..
setakat ni mmg takde pengalaman april fool dan tak pernah ingatt pasal april fool.. melalut je kan~
gurauan itu sangat melampau..
la..asal dia melampau sgt grau giut.haish~
org xde keje nak piki mende lain...
sakit jiwa org tu ghamaknye...
sabar ye amy...
Kalau nak bergurau pun patut-patutlah ...kan Amy? Ini gurau kematian. Kalau panglima..Panglima dah sekeh kepala dia. Org mcm tu...memang patutlah tidak dibuat kawan...kerana tidak sensitif dgn sahabat sendiri. Org mcm ini....hanya berfikir keseronokkan bagi dirinya sahaja.
Opis mama...takda saper pun kesah pasal April fool nih. Semua serius pagi2 wat kerja nak siapkan paper meeting...sehari suntuk semua staff serius moncong no jokes sebab nak kejar date line. heeee
adeh...mmg xpatot..
sronok ke buat mcm tu..ish2
jangan main-main tentang ajal dan maut.. :)
sangat melampau gurau tetang kematian..
mujur ayu buka jenis pandai bergurau...walau ayu suka berjenaka..
wahhh...giler kentang dia punya gurauan
memang tak patut sgt gurauan yg macam tu..
Post a Comment