Apr 21, 2011

Dapat juga aku lihat dengan mata aku sendiri



Yeahhh!!! Finally dapat juga tangkap sendiri nombor nie 1345. Sekiranya 1 tue di tukar kepada 2 kan best lagi cantik nombor tue hehehe~ tamak'2 !! Papepun terima kasih kepada semua yang sudi follow blog aku nie. Walaupun aku tahu ada di kalangan mereka sekadar follow dan kemudian terus menghilang entah ke mana tapi aku tetap berterima kasih juga.

Kalau di lihat pada angka tue mungkin dah cukup ramai bagi aku. Aku pun tak pernah mengimpikan follower beribu'2 tapi cukup la sekadar yang ikhlas follow blog aku nie je. Orang kata jangan pandang kuantiti tapi pandanglah kualitinya. Kalau follower ramai tapi yang datang singgah baca entri kita seorang dua pun tak guna juga kan. So better follower sikit dan dah pasti jumlah follower tue seiring dengan jumlah yang datang membaca ke blog kita. Itu baru satu kepuasan. So kepada blogger'2 baru , tak perlu la mengejar follower. Kalu orang minat hasil tulisan kita orang pasti akan follow. Dan follower itu bukan sekadar berhenti berehat saja tapi sentiasa kerap datang singgah di blog kita.

Sebagai contoh lihat saja blog KAK CIK followernya tidak la seramai mane tapi kunjungan setiap hari ke blognya memang meletop walaupun hanya sekadar entri pendek tapi orang tetap akan singgah dan komen. So dapat lihat di situkan.Orang bukan pandang seramai mana follower blog itu tapi orang akan pandang betapa menariknya hasil penulisan yang di hasilkan.Tapi jangan pula ada yang terasa hati dengan kenyataan aku nie. Bukannya aku tak hargai setiap follower yang follow blog aku . Aku hargai sangat! Tapi aku lebih hargai kalau seseorang tue benar'2 ikhlas follow. Ikhlas yang aku maksudkan , ia follow kerana ia minat dengan blog aku tapi bukan kerana untuk menambah follower dia.Seperti yang sering kita lihat ' follow you follow me back'...

Terima kasih juga kepada blogger yang kerap berkunjung di teratak aku nie. Boleh di katakan setiap hari mereka tidak akan jemu singgah di sini.terima kasih kepada semua. Inilah tandanya mereka ikhlas follow sinar raudah. Blogger yang aku maksudkan seperti di bawah..

Azwa amani , Pia , Kak Munna , en.eelobor , Sarah-najwan , Kak Diana , Kak Ayu Citarasa Rinduan , kak zakie , Cma Sheima , En.sharomnasrudin , Eima , Panglima 7 , Nur Hawa , Faiz Farish , Kak Zaidah , Sarah Sazwani , Missbby , Kak Cik Ella , Atuk Phd , Sayangsayang ibu , En.ozzy , ibu intan , Lya Colour , kak yus , me suya , kak Yasminhamid , Angah Sayang , Kak Eida , Nurkass , Nmo2 , Kak Cik , Dni , Azzey , Eily , Aanie , Tuan Din , Bani , Apezs , Ummie Danish , Niesz dan beberapa orang blogger lagi ( kalau tak sebut nama jangan berkecil hati ye kadang'2 aku terlepas pandang. Terima kasih sekali lagi....



32 comments:

mummyrinazone beauty said...

yup toll tuh..nurulpun ciputjer..tapi malas pk followerlah..janji nurul suke tulis aper yang rasa nak tulis.n bg info2 berguna kalu ada.

Hudalatip said...

terima kasih amy..betul apa yang amy cakapkan tuh..saya pun tak kisah bilangan follower, sikit lagi senang..:) by the way saya seikhlas hati datang ke blog amy..suka baca kisah amy..:)

Bionic women said...

ramai tu follower amy, eily punyer ciput jer..tapi xper, eily ikhlas berblog, so xnak mengejar follower sangat, yg nak dikjear ialah kepuasan diri dan kawan2 yg ikhlas berkawan..

Kakzakie Purvit said...

Kena selalu singgah sebab nak tahu cerita baru....:)

Tak turun Johor lagi ke?

Kak Amy said...

kak zakie > esok amy akan ke ipoh dulu than baru ke johor..

nurkass said...

of kos lah ikhlas dear..
walau pun sibuk, kass ttp luangkan masa jengah blog amy..
kdg2 tu sempat baca tak sempat komen..masa tak menentu..huhu..

so, sekarang ni curi2 masa dptlah tinggal komen..sukenyer..hehe

harap satu hari nanti dapat jumpa amy..

Unknown said...

sebenarnya bila kita follow dgn ikhlas, orang pun akan ikhlas baca blog kita kan...

eima said...

org folo sbb rasa ape yg amy tu tulis nih ber info tau...

zaidah said...

zai tidak jemu2 berkunjung ke blog amy...walaupun tak selalu...hehehe

Yasminhamid said...

memang ikhlas singgah ke sini.. wlau kadang2 tak komen... tapi baca tetap baca..

Ummi Danish said...

adakah itu nama saya?..huhuhu.. singgah sbb nak tgk update terbaru. selalu ada je citer.. besh

wahida said...

saya pun tak kejar follower..saya pentingkan komen yg masuk...sbb setiap komen membuatkan saya ceria sepanjang hari...

norhidana said...

wahhh mmg ramai pengikut2 blog mu dik...
seronok ada kwn ramai2 nih walaupun di alam cyber...

munna said...

eh...ada nama kak munna lah.. sama2 Amy...

kurus said...

akak pun suke kalau kawan2 masih ingat kat kita dan balas kunjungan kita .. ermm eratkan ikatan tu lebih penting ..
tapi tulah kalau ramai follower pun x semua kita boleh terjah kan .. x sempat tu lah .. lebih2 lagi org mcm akak nie .. kerja siang malam huhuhu :)

harap semua boleh memahami .. akak singgah dan suke balas kunjungan , bila org x balas kunjungan kita tu rasa sedikit terkilan lah .. tapi duk fikir2 apa salah kita kan .. so akak diamkan diri .. dan fikir mgkin kita sahaja yg nak berkawan dgn dia tapi dia x sudi .. so senang citer senyapkan aje..
sbb akak berblog bukan nak cari lawan tapi nak cari kawan :))

aza ni said...

salam amy
blog klas, ramailah yang paut..
kan?

Wonderful Life with Mary Kay said...

Liza pun tak pikir sgt follower. yg penting, blog ni adalah tempat release tension dan berkongsi cerita dan info...

azwa amani said...

amani selalu sebab amani dah jatuh hati mase fisrt time lagi dtg sinar raudah...sampai sekrg..bukak blog. mesti bukak blog akak....atie2 yer outstation...jgn keje kuat sangat...jaga kesihatan.. :) sayg akak

me suya said...

betul tu kak.
xpe kurang follower janji sekali datang melekat. hehehe.. TQ listkan my name :)

Izyan Masri said...

AAH KAN.KALAU SATU TUKAR KE 2 MESTI CUTE JE XD

Cik Pulau said...

waahhh.. tahniah..
dah makin ramai follower...
cik pulau pun ikhlas je follow blog akak.. hehe

eelobor said...

terima kasih kerana berada dalam senarai. apapun tak perlu lah berencik2 yer amy. huhuhuhu, formal sangat la pulak rasanya....

Sheherazade said...

Asalammualaikum

tahniah dear!!!

:),xoxo

ibuintan said...

as salam Amy,

yang penting sama-sama ikhlas dan jujur dalam bersahabat walaupun di alam maya

Panglima7 said...

yup...betul tu Amy...hari2 Panglima bertandang ke blog Amy.

Kamsiah yusoff said...

akak tak suka bila org follow...then cakap follow me back..huh mcm paksa pulak..

Rizziela said...

kita pun selalu singgah kat sini :D

AngahSayang2314 said...

eh nama angah pun tersenarai gak ye...tak la selalu tapi kan??sekali datang imbas2 yg lepas tueeeee hehehee apa pun thanksssss

sahromnasrudin said...

sama2...semoga ia dijadikan motivasi utk sdri terus berkarya lg...

aanie said...

hehe, thanx...rasa dihargai...^_^

sy pun teringin nak rasa follower ribu riban dan komen puluh2 cam amy....tp wpun skrg x seramai mana, tp tetap bersyukur ada gak yg sudi singgah...hehe...

Myra Jay said...

1st, tahniah kak sebab dapat capture no cantik tuh :) harap2 nanti akak daapt capture 2345 plak..


Dan kedua sokong ngan pendapat akak psl keupayaan entry kita untuk menarik pengunjung :)

☾SHiemaCMa786☾ said...

betul tu amy..
apepun,cma x jemu2 mai cni...
mesti nk dtg hari2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign