Ada seorang lelaki yang hidupnya bekerja sebagai penjual belon di funfair. Setiap hari, jika jualan belonnya kurang, dia akan melepaskan satu belon helium, belon itu akan terbang ke atas, kanak-kanak yang melihatnya akan mahukannya dan secara tidak langsung jualan belon akan meningkat.
Suatu hari, bila jualan belonnya berkurangan, dia melepaskan satu belon merah, tiba-tiba jaketnya ditarik dari bawah..Bila dia pandang ke bawah, terlihat seorang budak lelaki.
Budak kecil tu bertanya,”kalau pakcik lepaskan belon merah yang lagi satu tu, adakah ia akan terbang ke langit juga?” Dengan ringkas pakcik belon tu menjawab,” adik, ia bukan sebab warna belon tu membuatkan ia akan terbang, tapi apa yang terkandung di dalam belon tersebut yang membuatkan ia terbang ke langit.”
Apakah kaitan cerita di atas dengan kehidupan kita ? Sedar atau tidak, prinsipnya adalah sama dengan kehidupan kita. Apa yang terkandung di dalam belon tersebut yang boleh buat ia terbang ke atas? Dan apa yang terkandung dalam diri kita yang boleh buat diri kita berjaya ? Setuju tak kalau saya katakan ianya adalah sikap kita ?
Teringat kata-kata my ex boss, katanya dalam segala hal, apa yang paling penting value on you. Kalau nilainya kaca, simpan dan letak kat mana sekali pun, nilainya tetap kaca tapi kalau nilai kita adalah permata, kat ceruk mana sekalipun orang akan berlumba-lumba untuk mendapatkannya. Sama-samalah kita fikirkan.
13 comments:
nice analogy..
Permata lebih berharga dari kaca...
Ya betol.. setuju ngan moral of this story.. tp manusia ni selalu lupa & ingat dia tu macam permata.. tapi hakikat nya kaca yang melukakan orang yang berada disekeliling dia..
setuju sangat...
betui tu ...
kite yg patut ubah diri kite...
salam kak..
tapi ada juga yang berjaya bukan kerana isinya tapi kerana warnanya..contoh orang yang tak amanah dan guna jalan singkat utk berjaya.. :)
amani setuju kak...apa yg penting ialah dalaman kita...
Assalamualaikum...
hhmmm...betul jugakk...apa yg ada dlm diri kita tu laa yg ada nilai..
happy blogging :-)
regards,
BLADE EDGE
Lamanya Amy....outstation. Semoga selamat kembali.
Setuju kak..
Fikirrkan boleh.. insyaALLAH.. my last paper gonna be on 28hb. wish me luck.. Me gonna back to Kelantan on dat day gak.. Sebab ada sumthing yg sgt merisaukan.. Tapi need to stay for the exam.Huhuhu
alahai... suke ngn cerita tuh... mmg betul kan... kt mana pun sume isinyer yg bermakna....
sbb value diri kte selalunyer tak sama ngn org lain nyer...
tak pernah terfikir mcm ni
thanks dear,good one
huhu..setuju ngan kata2 ex bos tu...terharu~
Post a Comment