Setelah sekian lama menunggu akhirnya Bank Rakyat membuka kembali share keanggotaanya yang selama ini telah di tutup. Walaupun nilai yang di hadkan terlalu rendah sebanyak rm500 tapi aku tetap nak tambah share di situ. Dividen yang di berikan sangatlah lumayan , jadi rugi sekiranya aku lepaskan peluang ini.
Petang tadi en.hubby pulang dengan membawa borang Bank Rakyat. Nampak gayanya kena isi cepat-cepat nie takut terlambat. Bank Rakyat nie macam goreng pisang panas , pantang buka share je pasti berebut-rebut orang nak join..Jadi kepada sape-sape yang berminat nak menjadi ahli atau yang sudah menjadi ahli dan ingin menambah saham yang ada , boleh la mengunjungi cawangan-cawangan Bank Rakyat yang berdekatan anda..
Note : U all juga boleh menjadi ahli Bank Persatuan dan kini Bank Persatuan juga membuka untuk ahli baru dan juga ahli lame yang ingin menambah saham yang ada dengan nilai had sebanyak rm2000 seorang... Jadi jangan lepaskan peluang ini kerana dividen yang di janjikan sangat la tinggi.. Berbaloi-baloi...
24 comments:
baru tahu :)
TQ, Amy atas info ini
memang berbaloi melabur di BR ni
harapnya masih sempat lagi untuk menambah saham
Nak..nak...nak... tambah pelaburan. Jom esok berkejor ke Bank Rakyat. Thanks.
dah boleh tambah sekarang ye .. besok saya pergi bank caw putrajaya!
ish tak tahu pulak tnggi sgt yer..
Tingin nka melabur tp pulusnya macam terhad je..huhuu
salam kak amy,
tak pandai lah nak main saham ni..macam mana ek?
berita amat menarik nie. tadi terjumpa teman pejabat pegi ke bank rakyat gak. bila di tanya, katanya pasal dividen
Assalamualaikum Amy...terimakasih bagi info ini. Panglima memang dah lama mohon dulu..tapi hanya untuk gomen ajer....kalau Bank rakyat dah mula buka pada semua...Panglima pun nak turut serta la....Tq....kat Amy. ;)
nak jugalah tambah...
thanx so much for this info..baru start keje..da boleh fikir untuk melabur...heeee
Pulangannya berapa percent? more that ASB ke?
hubby kata: aishh..time xder duit ni ler dia bukak...
bini dia kata: kalau time gaji buka x terlayan ler kakitangan bank rakyat..hehehe..
Laki dia: diam jer..maner nak korek duit nak tambah nih..
Bini dia: kalau xder duit, x payah ler tambah dulu.
laki dia: rugi ler..potong elaun awak ler..
bini dia: oh no...kalau nak potong baik saya beli share tu utk saya.
hahahah..kesimpulannya, xtau beli ker x..
moh kita pergi bank rakyat sekarangggggg
tghari ni nk pegi la ... tak leh jd ni ...dah slalu tanya diorg kate tak de huhuh ... dah buka harus la join
TQ amy...good info
thanx tau bg infonie..nurul tak tahupun taw..mmg kena g tambah share=)eh nak kasi tau nie mummy mairalah..blog lama ilang..dok carik2 blog amy.sib jupa semula..nurul follow semula kay
tq...baru tahu..leh tanya bank ni..
ye ke??? trime kasih atas info..
kejor yop kejor
x pernah tahulak..info menarik ni..cer citer sket
Baik beli saham cara ini dari beli sistem cepat kaya tu kan. Hehehe....
nak g bank rakyat :)
owh,saham...
x reti la main saham...huhu...
Post a Comment