Hey..
Time tengah free nie baik aku gunakan masa yang ada nie untuk review blog 3 peneka terpantas bagi segmen yang aku buat baru-baru nie. Sorry aku terpaksa buat review 3 dalam 1 coz memandangkan masa terlalu mencemburui aku. Tinggal sehari saja lagi than aku akan berlepas ke luar negara untuk beberapa hari.. Sorry ok! Aku nie kan hard worker a.k.a pekerja berdedikasi , so banyak komitment yang aku kena bereskan dulu. Hope korang faham erk! Aku bukan sengaja but serius dua tiga hari nie aku memang busy sangat... Hrmm , ok la dari aku melalut lebih jauh lagi better aku mulakan dengan review blog2 terpilih nie...Moga kita dapat mengenali antara satu sama lain.. Kalau masih belum mengenali mereka jemput la terjah ke blog mereka ye....
My Real Fairy Tales
Nama penuh puan empunya blog nie Hurin Adawiyah atau lebih mesra dengan panggilan Pia. Beliau salah seorang blogger yang terpantas di Sinar Raudah , bukan saja dari segi penglihatan meneka malah dari segi komen juga. Boleh di katakan setiap entri yang di postkan setiap hari , baik siang atau pun malam pasti beliau adalah salah seorang pengomen terpantas. Bukan senang tau nak dapat pembaca setia macam beliau nie. So tak rugi untuk korang mengenali blogger nie. Selain pantas , beliau juga seorang rakan di alam maya yang boleh berkongsi cerita. Kadang kala kalau aku ada masalah beliau la yang menjadi pendengar setia aku. Mungkin kerana situasi kami yang sama membuatkan kami faham antara satu sama lain...Untuk mengenali blogger nie boleh terjah di SINI...
Warna warni kehidupan
Nama penuh puan empunya blog nie pula Eily Md Rozali atau lebih mesra dengan panggilan Eily.Salah seorang blogger yang rajin singgah dan komen di Sinar Raudah. Even beliau mempunyai masalah internet dan tidak dapat meninggalkan komen tapi beliau still singgah dan baca entri di sini. Macam mane aku tahu! Aku tahu berdasarkan komen yang beliau tinggalkan di facebook , di bawah setiap entri yang aku publishkan..Setiap kali beliau komen , beliau akan sertakan alasan mengapa beliau tidak dapat komen di Sinar Raudah. Hargai sangat usaha beliau. Lagi bertambah hargai , bila aku dalam tertekan dengan masalah yang di lemparkan oleh orang sekeliling. Beliau cuba berusaha untuk memberi semangat kepada aku. Semua itu aku dapat lihat dari entri yang telah beliau hasilkan khas buat diri aku. Thanks Eily! Tak ada lagi blogger yang buat aku menangis selain diri beliau. Menangis bukan kerana sedih tapi kerana terharu dengan usaha beliau.. Thanks again dear.. Untuk mengenali blogger ini boleh terjah di SINI...
Sayang sayang Ibu
Name penuh puan empunya blog nie masih dalam pencarian.. hehehehe~ Aku just mengenali SS Ibu melayu blog saja berbanding dengan dua blogger di atas.Di awal aku mengenali beliau , aku memanggilnya dengan panggilan IBU tapi panggilan itu tidak kekal lame. Mungkin kerana aku rasa tidak sesuai kerana kebanyakkan blogger memanggilnya dengan panggilan kakak. So untuk lebih selesa aku panggil dengan panggilan Sayang Ibu. Sedapkan! SS Ibu juga salah seorang blogger yang kerap singgah di Sinar Raudah. Boleh di katakan beliau salah seorang blogger yang mengikuti perkembangan Sinar Raudah. Terima kasih SS Ibu. Bukan senang nak buat orang suka dengan apa yang kita tuliskan.So untuk mengenali blogger ini boleh la singgah di SINI...
Review Khas Bicara Ozzy
** Firstly aku nak ucapkan terima kasih kepada tuan empunya blog Bicara Ozzy iaitu Encik Ozzy kerana menyenaraikan blog aku *Sinar Raudah* sebagai salah sebuah blog yang kerap di lawati 2011. Memang tidak di nafikan apa yang beliau katakan itu banyak benarnya. Sejak dua menjak nie aku tak dapat menghasilkan entri yang betul-betul boleh buat para pembaca aku suka dan puas hati. Kebanyakkan entri yang di hasilkan lebih kepada emosi aku je.. Di tambah pula dengan faktor kesibukkan yang melampau , membuatkan masa di SR sangat terhad. Sorry!! Insyaallah setelah semuanya selesai , aku akan cuba mencuri kembali hati-hati para pembaca aku..Ok tak mau cite panjang , kang tak pasal-pasal u all boring lak tengok entri yang menjela nie so nak tahu apa yang en.ozzy katakan pada aku boleh lihat di SINI....**
20 comments:
wahhh semua ada la... hehehee
Kerja tu kerja juga, tapi jangan lasak sangat ya Amy.. kesihatan kena jaga. Semoga Amy sihat dan sejahtera walau di mana berada. :)
terima kasih Amy..review blog yg simple but kiut dan padat..
Kalau kita ikhlas mencari kawan, keihlasan tu insyallah akan nampak, asalakan hati mau baik..hehe.
selamat bekerja Amy...take care ek..
seamat pergi dan pulang.
jaga kesihatan jugak.
waaaaa .. nak gi oversea. take cre ye amy. jaga diri ..
Amy pergi sendiri tu kena berhati-hati. Amierul tak ikut kan.... masih kena banyak jaga makan ingat pesan akak nie....
salam,
untungnya blog2 yang mantop tu =)
...bye ayu,take care & enjoy yourself!
mantop tu dari segi traffic/UV/income Nuff/no of followers?
rajin amy buat review
wow!! rajinnya review...ingat nak terjah la sayang2 ibu tu...
wah...top 4 tu...
Amy nanti kat obersea sambil bekerja tu boleh le makan angin...santai2...
apa pun selamat pergi dan selamat kembali ya...
dear,take care ya xoxo
thanks so much,terharu
Selamat berangkat Amy....semoga kembali dengan selamat. nanti Panglima terjah 4 blog ini. Have a nice working day.
wow!best nye blog kena review..menarik!
Assalam..
Semoga selamat pergi dan balik & enjoy urself..
Terima kasih kerana menyelitkan juga blog saya bersama review blog mereka yg mantop tu ye..blog saya jauh lagi nak capai taraf mantop tu..
leh melawat gak ni.
baru sempat blogwalking. busy sgt. bleh terjah blog2 ni nanti. hihihi
jom kiter terjah blog depa...meriahkan member2 kita punya blog
bile nak review sy lak kak amy..(pengsan)..hehe dan (prasan)
terima kasih amy....
walaupun akak terasa segan jugak, ialah blog akak tu...erpp
sesaja sesuka je tu ;p
Post a Comment