Ikan di laut asam di darat
Dalam kuali bertemu jua
Hati terpaut janji diikat
Atas pelamin bertemu jua
Di tepi kuala airnya biru
Ucapan "Selamat Pengantin Baru"
Selamat menempuh hidup baru
Amacam ok tak! sesekali berpantun rasa best juga hehe.. Sebelum terlupa aku nak ucapkan selamat pengantin baru kepada kedua sahabat aku nie iaitu Ruziani dan Laily Qaisyirah rakan blogger MTT yang bakal mendirikan rumahtangga pada awal bulan depan.. Sorry sangat sebab tak dapat datang , clash date dengan kenduri kekanda ku huhuhu!
Bermula hujung bulan nie pasti banyak jemputan kahwin.. ye la asal ada cuti sekolah maka ada la kenduri kahwin.. kepada yang bakal bergelar raja sehari tue , time² gini dah x boleh merayau sangat dah.. Orang tua² kata tengah berdarah manis , so sebaiknya duduk di rumah je...
Bagi yang sedang merancang untuk mendirikan rumahtangga, di sini aku nak kongsikan sesuatu dengan uollss. Kebiasaannya perkara pertama yang sangat penting adalah memilih butik pengantin.. Maybe x semua orang fikir begitu tapi boleh di katakan majoritinya sangat menitik beratkan soal andaman. Kalau boleh nak pakaian yang cantik , pelamin yang grand , jurumekap yang profesional , hiasan bilik tido yang indah , hantaran yang kelas dan kalau boleh semuanya nak nampak sempurna.. ya lah kahwinkan sekali seumur hidup! kalau mampu apa salahnya..
Ok bagi mereka yang tinggal di pantai Timur , aku nak rekmen satu butik pengantin yang aku rasa sangat superb dari segi pakaian , pelamin dan terutama sekali make upnya.. 100% memang puas hati! aku berani bagi jaminan kerana time aku kahwin dulu , mak andam dari butik nie la yang make upkan.. Sebelah pempuan semua puji pandai mak andam nie make up sampai berubah habis muka aku , ahaks! perasan ahkak kejap hehe...
Butik nie adalah milik kakak saudara en.hubby. Nama butiknya HARHARAH BRIDAL. Bukan kerana ownernya saudara, sampai aku nak puji melangit ye tapi kerana hasil kerja butik ini sangat la puas hati.. bukan nak sembang kencang tapi uolllsss boleh lihat sendiri , dari segi pelamin , pakaian dan make upnya.. pergi mane² , bila sebut Harharah bridal pasti orang akan tahu , make up dia memang terbaik....
Ok now jom layan gambar. Cuci mata dulu , mane tahu kalau ada yang berkenan boleh terus hubungi owner Harharah Bridal iaitu Kak Jai di akaun FBnya di SINI.
Signboard HARHARAH BRIDAL
LOCATED
LOT 2044 TAMAN SARI,
JALAN HOSPITAL @ JALAN BAYAM,
KOTA BHARU KELANTAN BANGLO 2 TINGKAT
(CORNER LOT)
PAKAIAN PENGANTIN
Sebahagian pakaian yang ada di HARHARAH BRIDAL
MAKE UP
PELAMIN
HIASAN BILIK PENGANTIN
AMARAN
Tidak di benarkan copy gambar TQ!
Tidak di benarkan copy gambar TQ!
14 comments:
Assalamualaikum Amy
amboiiiii...cantik2 nya
terpegun tgk
canteknya pelamin
oooo....taman sari tuh kat kota bharu kelantan yer? huhuhuhu
best3, nanti balik kelatey bulih usha
Cantiknyaaaa rasa mcm nak bersanding balikk aje :-)
wah best nyer..cantik² bju pengntin... amy, sy nak mtk tlog la.. blog sy dah tak boleh nak update n3, gambar, dan header pon tak boleh tukar...favicon untuk apa ye.. harap amy boleh tolong sy..sy bdk bru bljar..
@ytekecik Favicon nie kira macam lambang untuk blog , contoh macam sinar raudah kat tepi tu ada lambang strawberry ke gitu la...problem tu amy x pasti sebab x berapa clear masalahnya..boleh sis jelaskan x dengan lebih terang tak???
wah..cantik dan menarik..nsb bek cma dah tawen...heheh
sy tak boleh nak update blog.. nnt ada arahan suruh tambah Megabat (MB).. tp kne byaran plak...sy pon tak tau nak wat cam ner lagi...
sy ada try nak tukar header tp tak boleh jugak...
arahan nyer :- Harap maaf, anda telah melebihi kuota muat turun gambar anda.
memang kelassss my..cantik sangat :)
lama sungguh amy menyepi, berjalan jalan lagi ye?
cantiknya. suka tgok.
berbakatnya kakak hubby amy..
terpegun kak layan hasilnya..
selamat pengantin baru buat teman2 blogger dan buat semua bakal2 pengantin
Post a Comment