May 10, 2012

Tolong berhenti menfitnah saya



Salam pagi khamis...

Sebelum nie aku dah pernah buat post mengenai fitnah dan hari nie sekali lagi aku nak postkan berkenaan hal tersebut. Fitnah?? Apa yang uollsss tahu pasal fitnah. Orang yang suka membawa mulut dengan mereka-reka atau mengada-adakan cerita serta melaga-lagakan orang sehingga kisah pendek menjadi panjang.  samaada dengan niat mahupun tanpa niat. 

Sikap sebegini akan merosakkan sesuatu kebahagiaan orang lain dengan menceritakan keburukan orang kepada individu tertentu dengan tujuan menimbulkan kebencian dan permusuhan terhadapnya. Antara faktor yang menimbulkan fitnah adalah terdorong oleh perasaan iri hati , dengki dan gila kuasa..

Hari ini medan menabur fitnah terlalu banyak. Dengan perkembangan teknologi sekarang, semakin mudah pula orang mengadakan berita palsu dan fitnah dengan cepat tersebar sehingga boleh mengaibkan dan menjatuhkan maruah seseorang.. Apa untungnya manabur fitnah??? Mereka akan mendapat kepuasan dengan menjatuhkan pihak lawan... 

Tahu ke apa hukumnya menfitnah orang?? Orang yang menyebar dan menabur fitnah ini , dirinya sama sahaja seperti membunuh malah mungkin lebih besar bahayanya dari pembunuhan yang di buat. Kenapa ianya lebih kejam dari pembunuhan kerana fitnah sama seperti melakukan pembunuhan terhadap karektor seseorang..

Saat datang ujian Allah, iman boleh ke tepi. Tak kira siapa pun kita. kadang² orang yang marah dengan si polan kerana tak tahan ujian Allah.. Cuba tengok bila saat dia pulak yang terkena nanti, jika kukuh iman dia amat bertuahlah dia kerana zaman ni iman seperti belon , boleh meletup bila² masa.

Saya pinjam satu ayat dari seorang ustaz , dalam hadis sahih pun jelas dinyatakan tempat seseorang ke syurga atau neraka ketika ia masih dalam rahim ibu nya. Mungkin golongan suka memfitnah ini memang menunjukkan ciri² ahli neraka.. Ia menunjukkan jika kita suka memfitnah, ia tanda kita ahli neraka. Nauzubillah minzalik minta di jauhkan la...

Orang yang menghadapi fitnah perlu ada kesabaran dan kesedaran yang tinggi.. Moga Allah S.W.T sentiasa melindungi orang yang di fitnah. Nasihat saya kepada mereka yang suka menfitnah orang , terutama sekali pada mereka yang suka menfitnah saya.. tolong hentikan perbuatan tersebut kerana ia akan merugikan diri sendiri...Walaupun di dunia anda terlepas tapi tidak di sana... Jadi fikir²kan la.. keputusan ada di tangan sendiri samaada anda memilih untuk menjadi ahli syurga ataupun ahli neraka...





9 comments:

eelobor said...

bersabar & pertahankan diri....

Sheherazade said...

berdosa pada Allah ,Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang

kalau dosa dgn manusia kena mintak maaf dgn org tu,kalau orang tu tak maafkan...pk la sendiri

dear anies said...

biar kn je..yg penting kite jgn wat cm tu

norhidana said...

bile kite terlalu suke amik tau hal tepi kain org lain, itu yg kadang blh terpitnah tu... pastu org lain yg jd susah

me suya said...

mohon Allah perkuatkan hati akak dan sentiasa tabah facing all these.. Take care sister

munna said...

buat apalah nak menabur fitnah ke org lain..... semoga org yg suka buat fitnah ni dapat hidayah dari Allah SWT

AzianKhalil said...

takut dengan fitnah...

☾SHiemaCMa786☾ said...

sedih baca cerita amy ni..sabar ye amy..manusia yg berhasad dengki ni mmg xkan diam selagi xtgk kita jatuh tersungkur..

Kakzakie Purvit said...

Amy pun kena kuat dan mohon pada Allah diberi perlindungan sentiasa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign