Jun 11, 2012

Puteri Caroline juara Mentor ke 6 dan Najua Nasir kena lebih berhati-hati keluarkan statement


Assalammualaikum...

Tahniah kepada Puteri Caroline yang telah menang Mentor 6 dan tahniah juga kepada  mentornya  Ella yang telah pun merangkul gelaran juara Mentor 6 semalam. Seperti yang di jangkakan , Caroline pasti akan menjadi juara Mentor 6 berikutan persembahannya malam tadi memang super mantap.


Tahniah juga kepada Zatul protege kepada Kak Ogy yang dapat tempat ke 2.. Manakala Anaz protege Faizal Tahir dapat tempat ke 3..Bagi pusingan protege yang tak terpilih tapi buat persembahan semalam di menangi oleh Najua Nasir iaitu cucu kepada Tan Sri P. Ramlee. Tahniah semua..


Bercerita mengenai protege yang tak terpilih tapi buat persembahan semalam iaitu Najua Nasir , aku tidak setuju sama sekali dengan apa yang cuba di sampaikan olehnya.Statement yang mengatakan "Mugkin arwah ayah dan atok saya akan tersenyum di sana bila lihat dia buat persembahan".. serius aku sangat terkejut , masakan arwah ayah dan atok akan tersenyum sedangkan beliau hanya menyanyi di atas pentas tanpa menyumbangkan apa² kepada mereka di sana.. Lainlah kalau beliau masuk Tilawah Al-Quran ke ,  itu barulah boleh di banggakan dan mengembirakan arwah di sana..


Maaf sekiranya ada yang kurang setuju dengan apa yang cuba aku sampaikan ini. Mungkin boleh di terima bagi golongan dewasa tapi tidak bagi anak remaja yang sedang meningkat dewasa..Buktinya , gara² post aku di fb semalam , hari ini aku terima mesej dari orang yang tidak di kenali menyuarakan rasa tidak puas hatinya..


Hrmmm..Aku bukan nak busy body tapi aku memang x setuju. X ada apa yang perlu di banggakan. Jangan la terlalu nak mengejar nama di dunia sehingga terlupa di akhirat.so renung²kan la..

Note : x sempat nak reply mesej ni kerana tuan yang menghantar mesej tersebut dah block saya... huhu!








20 comments:

Sheherazade said...

setuju sgt dgn amy

Ckin Kembaq said...

gnas orang yang menegur tu...hmmm didiklah anakmu sejak dari kecil lagi..inshaAllah.. ^_^

aanie said...

sy pun terkejut dgr dia ckp camtu......sy pun pk benda yg sama mcm amy....

Kakcik Seroja said...

Bila kita ingin bercakap perkara yang benar, pasti ada yang rasa 'berpinar-pinar'. Hmmmm...

norhidana said...

huhuhui... kalu dh minat sgt or fanatik sgt gini lah jd nyer... bg mereka betul je apa yg org yg diminati tu buat...

Cik Sara said...

Perghhh...dasat betul orang tu ek..
Tapi memang pelik pun masa dengar ucapan dia.. Tertanya "apa yang nak disenyumkan?" eheh...

shuhadah Zainol said...

yerla..mana boleh dia cakap camtu..tol tak.. ermmm...dunia akhir zaman...:(

dear anies said...

x tgk pon cuma bukak tv time nk umumkan pemenang je...

mmmm pasti ramai yg perasan ttp x nk bersuara

eima said...

peminat anatik la tu ... klu aku dgr smlm pun kompom aku komen memacam ... tp rancangan reality seumpama ni, nyanyi2 retis2 ni mmg aku tak tgk ..aku tak suka..... pelik kan aku ni ....

Rosniena said...

me too..terkejut dgn statemment Najua..sebab itulah didikan agama amat penting kepada generasi sekarang.ibu bapa jgn terlalu dedahkan anak dgn hiburan dan hidup glamour.

Unknown said...

saya pun terkejut dgn statement najua tu.....maybe dia ter"excited" smapi tak dapat nak susun ayat yg lebih bijaksana......maafkanlah dia....

hana said...

btol2...
sgt2 stuju...
bkn dgn nyanyian, mnari2 atas stage yg akan buat arwah tenang di sana..
tp sedkah kn lah ayat Quran tuk mereka..
tu jauh lebib baik dan betol.

AzianKhalil said...

cara mengeluarkan kenyataan menggambarkan cara hidup seharian

Unknown said...

Hehe ramai yang x setuju ngn kenyataan die (najua) rupenye..ingatkan our family je yg emo tak memasal... :)

anyss said...

Assalamualaikum,
Nak buat lagu mana, dah gitu kekdahnya idup zaman lor ni...nak tak nak, kenalah kita terima pendapat dia tengah meroyan tu. Bukan semua orang boleh terima bahawa hiburan tu sikit je peratusan poeranan dlm hidup ni. Ramai yg agungkan benda tu & hidup yang sementara ni berbanding hidup selepas mati ----> pas ni, komen ni pulak kena block hu huhu

Asyiqin Haulisah said...

betul lah apa yg awak tuliskan tu, tersenyum mereka? itu kelakar.

Unknown said...

smoga dpt diambil iktibar

Panglima7 said...

Biarkan dia amy.....yg penting amy dah pun sampaikan apa yg benar. Banyakkan bersabar. manusia nie macam2 pail. Lamanya tak menjenguk amy....3 bulan. aduhhh.....Maafkan Panglima...sibuk angat. Blog dah bersarang sejak diangkat menjadi YDP Persatuan Penduduk, banyak masalah penduduk harus diselesaikan siang dan juga malam.

Cik Ecah said...

bila hiburan di agung agungkan ...mcm ni la jadinya...dorang ingat dgn nyanyian mereka disana akan tersenyum gembira...
apa la yg ada dgn nyanyi hiburan tu semua...

ayat2 al quran jer yg dpt tlg mereka kat sana...
percayalah...
al quran tu la kawan kita disana esok kalau kita xoernah miss baca n amalkan...:)

☾SHiemaCMa786☾ said...

mase tgh tuko channel trtgk gak mase najwa ni bg ucapan tu..ntah la..
menyanyi pakai seksi2 tersenyum gembirakah arwah datuk dan AYAHmu disana???
renung2kan dan selamat beramal :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign