Jun 19, 2012

Scammer online terbaru bernama Jason , minta anda semua berhati-hati



Assalammualaikum....

Alhamdulillah hari nie blog aku dah boleh buka setelah beberapa hari di block... tak tahu apa sebabnya , bila nak log in je akan keluar amaran.. Gelabah juga la! Tapi aku biarkan saja , at last boleh buka juga.... Nak post pasal birthday aku baru nie pun x leh , sebab tu bila ada blogger buat entry aku x leh komen pape huhu.  sedis! anyway thanks kepada blogger citarasa rinduan di atas entry TERSEBUT.

Ok untuk post hari nie aku nak kongsikan dengan uollsss berkenaan dengan satu lagi penipuan online. Sejak kebelakangan ini terlalu banyak kes yang melibatkan penipuan online berlaku. Mengapa ianya boleh berlaku. Siapakah yang harus di persalahkan dalam hal ini... tepuk dada tanya la diri???

Perkara sebegini berlaku di sebabkan keghairahan dan keterujaan pembeli itu sendiri yang terpengaruh dengan harga yang di tawarkan oleh penjual , di mana harganya jauh lebih murah berbanding dengan harga pasaran dan seller lain.. Pembeli juga tidak mempunyai asas pengetahuan membeli secara online dan tidak membuat analisa atau research sebelum membeli Online produk sehingga mengabaikan aspek keselamatan dan ketelusan semasa urusniaga online.Kebiasaannya ia berlaku pada pembeli yang tidak mempunyai masa untuk pergi mencari sendiri produk di pasaran. Ini adalah salah satu kelemahan pembeli dan menjadi target utama kepada Scammer..

Serius aku betul² x faham , kes sebegini dah semakin berleluasa tapi kenapa tiada pihak yang mengambil serius berkenaan hal tersebut. Di sebabkan tiada tindakkan undang² la , penipu semakin berani melakukan aktiviti mereka... Bahkan mereka akan lebih giat melakukan kerja menipu kerana bagi mereka tiada sapa yang dapat menghidu aktiviti mereka..

Biasanya laman sosial seperti Facebook di jadikan tempat yang paling mudah dan praktikal untuk menipu mangsa² yang naif. Ini adalah antara kompilasi screenshot aduan penipuan yang di ambil daripada beberapa posts di Laman Facebook. Kesahihan penipuan benar² berlaku tidak dapat dipastikan namun eloklah kita berwaspada sebelum terkena.

Kepada anda yang membaca post ini , minta jasa baik anda semua untuk kongsikan bersama di laman sosial anda agar tidak akan ada lagi mangsa yang tertipu selepas ini..Berhati²lah dalam urusniaga Jual/Beli online, belilah daripada mereka yang mempunyai track rekod yang bersih dan mempunyai testimoni jual beli dan telah terbukti jujur dalam menjalankan perniagaan online. Jangan kerana terlalu inginkan harga yang murah akhirnya anda di tipu.



Scammer terbaru!!!

Karen, Danial, Kedai Samsung, Jason kedai gadget II
di syaki adalah individu yang sama ..lepas ni x mustahil dia akan create nama 
dan akaun yang baru ..

Scammer yang masih bebas di luar sana
Syarifah Nurzaihan Syed fisol


Dunia akhir zaman bukan setakat lelaki saja yang pandai menipu tetapi perempuan juga. terbaru ada 3 orang pelajar IPA tertipu dengan seller wanita yang di anggarkan kerugian sebanyak RM600 x 3 orang.. seminggu saje pendapatan dorang RM1800..Itu baru seminggu dan target 3 orang cuba bayangkan kalau lebih daripada itu. Kita nak mencari RM1800 tue pun punya la payah , sebulan punya penat lelah bekerja baru dapat taw.. So anda..anda semua fikir²kanlah , buka mata dan minda anda sebelum membeli sesuatu barang di online...







17 comments:

Unknown said...

ada banyak cara cari duit dalam dunia ni..yang haram jugak dipilihnya...

[sutera kasih] said...

mmg bahaya huhu..thanks sbb bgtau :)

Unknown said...

jahat la diorg ni!!!!

Unknown said...

Menakutkan sungguh dorang ni

eelobor said...

hadoiii la.... ini je ker kerja dia orang eh?

Kakcik Seroja said...

Hmmm... bilalah diaorg ni nak dapat pengajaran kan? :(

Kakzakie Purvit said...

Itulah Amy... kadangkala kerana satu-dua org seperti mereka ini menyebabkan org lain yg jujur susah nak business...

*SiRibenMerah said...

ok.. noted~

AzianKhalil said...

fuhhh....kain baju bawah 50 berani lagi nak beli online...gajet2 ni...macam tak berani

Sheherazade said...

menipu je keje!semoga jadi ikhtibar

☾SHiemaCMa786☾ said...

manusia klu nak menipu..alahai...tq for ur info dear!

Atie Zieya said...

kerana duit...gelap mata

Asyiqin Haulisah said...

thanks share. jadah apa lah diorang ni. haih.

norhidana said...

mcm2 betul org nk menipu zmn sekarang nih.... nmapknyer kite tak blh terlalu prcaya sgt n kene hati2 kalu nk bt pembelian secara online nih

Anonymous said...

tq for sharing this info.. akn lebih berhati2.. slm kenal n dah follow u 2580

kurus said...

kalau bangsa macam jason tuu bukan tahu haram halal dik .. huhuhu
nak2 dia siap cakap page babi melayu , fuck u mati u .. x tahan akk baca .. huhuh

DR. RINA PROPERTIES said...

Ya Allah,
nasib baik tak beli,
tp if nak beli nak COD..
tak nak pos..
takut..
huhu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign