Assalammualaikum....
Semalam baru buat post pasal penipuan online dan hari ini adalah pulak masalah kat aku! Aduhai sabar je la... Sejujurnya selama aku berniaga online , banyak perkara yang aku dah belajar. Belajar lebih banyak bersabar dengan kerenah orang , belajar lebih banyak beralah dalam pelbagai perkara even hal tersebut adakalanya bukan datang dari aku sendiri. Belajar lebih banyak memberi peluang pada orang lain sehinggakan aku ketepikan risiko.
Rasanya aku dah buat yang terbaik untuk semua customer aku di Beautiesecret E-Shop , door to door shopping , dac mobile shop atau di akaun personal aku sendiri atas nama amy syaquena... kalau masih ada lagi kekurangan , aku mohon maaf.. Aku x mampu nak puaskan hati semua orang...walaupun aku rasa aku dah buat yang terbaik untuk semua...
Oklah di pendekkan cerita pagi nie aku ada sedikit masalah dengan salah seorang customer aku. Last week beliau ada membeli satu set tablet andriod china. Bila sebut je barang china uolllsss kena la faham dan fikir sendiri kualitinya. Beliau beli atas kehendaknya sendiri dan tanpa sebarang paksaan langsung. Buktinya uollsss boleh lihat screenshot di bawah.
Tablet android itu di hantar sendiri oleh adik aku di kediamannya. Selalunya kalau hantar by hand aku akan ambil deposit , ye la kang datang dari jauh tiba² sampai cakap x nak pulak! x ke nanya... Tapi oleh kerana aku fikir dia rakan fb yang rajin bertegur sapa , maka aku tidak ambil sebarang deposit.
Perjumpaan sepatutnya tengahari kerana hari tersebut adik aku kena keje sampai kol 9 malam. So time rehat adik terus bergegas ke ampang dan separuh jalan menuju ke ampang , dia call bagitahu x jadi hantar di sebelah malam. Memang time tu adik dah kurang senang..ye la time rehat dia lari gi hantar barang dah separuh jalan cakap begitu pulak. Nak hantar malam faham² la dari bangi nak ke ampang , dah la dia pempuan. Minta jumpa kat area mane² x nak , alasannya x de transport.
Adik aku ni nak tak nak , lepas kuar keje terus menuju ke ampang...Dah la dia x tahu jalan , so uollsss banyangkan lah sepanjang menuju ke rumah customer tu aku guide jalan melalui talian telifon. Sampai di rumah customer dah tengah malam , tue pun kat pintu pagar je..Ucap terima kasih pun x..duit pun masuk akaun x by hand...lagi best kat rumah ada je kereta wiranya hrmmm...
Ok itu x pe la sebab biasa la berniaga so kena la berdepan dengan ragam manusia. keesokkanya dia mesej di fb mengatakan barang dah di terima dan siap nak beli lagi. Dua hari selepas itu dia bagitahu aku android tu mengalami masalah bateri. Lepas aku tanya supplier , aku mesej semula kepadanya minta sentkan tablet itu kepada adik aku untuk di tukar yang baru...Senyap x berbalas sehingga malam tadi aku text di hpnya minta dia sent kepada adik aku pun senyap.. Pagi ni buka fb sekali dapat la mesej² seperti dalam screenshot di bawah.
Dengan slumber dan tanpa rasa bersalah dia nak tukar android tue dengan hp atau ipad pula. wah senangnya la kan! dah pakai 5 hari than cakap nak tukar lain. Kalau beli di kedai dapat ke camtue.. Yang bestnya dia x nak duit dia dan dia x nak tablet tu , dia just nak handphone je.. Cara dia macam mengugut aku but sorry aku ikut cara berniaga yang betul .If hari ini aku berlembut x mustahil satu hari nanti dia akan ulangi lagi , tidak dekat aku mungkin dekat seller lain.
Uollssss boleh baca screenshot di bawah. Problem tablet itu hanya bateri , bila aku x kasi tukar pada hp maka keluar la pulak cerita lain. Hello dear , i got prove ok.. mesej di handphone dan mesej di fb..Xde pun tertulis sana rosak , sini rosak.. u just cakap nak tukar android sebab baterinya charge lame tapi pakai 2 jam dah habis... Aku pegang kata² tue...
Last kesudahannya , dia tetap x nak beralah dan memberitahu dia x nak tablet tersebut , dia just nak hp..if xde dia x nak duit dia..Baik punya ugut tue. Maaf aku x makan duit haram! Aku nak berniaga lame dan tidak sekali² aku tabur pasir dalam periuk nasi sendiri.So harap faham!
Cuba kalau beli di kedai , adakah anda sewenang²nya boleh tukar melainkan cina kedai akan cakap "lu tolak sama wa/ u boleh trackin lain tapi tablet tu dah consider secondhand dan harga dah sah² la jauh lebih murah dari harga beli.. Aku pun boleh buat camtue tapi jawabnya orang x nak beli la , apa la adoi...... macam ni punya orang pun ada ke..Sabar je la!
Kalau dia baca post ini aku nak dia tahu , aku x akan makan duit orang sewenang²nya..even orang masuk duit x tahu siapa tuannya pun aku dah mengelabah.. cari dan mesej sorang² tanya... Awak kasi tablet tu saya tetap akan gantikan dengan yang lain , samaada suka atau tidak.
Kalau dia baca post ini aku nak dia tahu , aku x akan makan duit orang sewenang²nya..even orang masuk duit x tahu siapa tuannya pun aku dah mengelabah.. cari dan mesej sorang² tanya... Awak kasi tablet tu saya tetap akan gantikan dengan yang lain , samaada suka atau tidak.
Note: Tolong la jangan amek kesempatan di atas kebaikkan saya.. Cuba kalau buat dekat cina atau tauke kedai dapat ke macam apa yang saya beri..ambil barang duit barang kemudian tapi kalau still nampak x elok lagi saya terima....
Tablet China memang tidak sesempurna macam tablet samsung so sebelum beli kena la fikir masak²..jangan dah terima ini yang saya dapat huhu! Blogger Lina Meya juga pernah berurusan dengan saya , kebetulan tablet yang di hantar mengalami kerosakkan...2 kali hantar barang yang sama than tetap prolem.. dan aku pernah poskan di entri INI..Tapi untuk kali ketiga alhamdulillah dah ok sehingga ke hari ini.
Adik peter nie dalam bulan lepas dah 3 tablet china yang dia beli dari aku. walaupun yang terbaru mengalami kerosakan di atas kecuaiannya sendiri tapi aku bantu dapatkan harga yang murah untuk repair.. kerana kerosakkan yang di alami tiada dalam warranty iaitu screen dan lcd touch screen pecah akibat tablet terjatuh..
Aku berusaha berikan yang terbaik tapi kalau masih nampak kekurangan juga , aku mohon maaf.. Cuma aku nak tegaskan aku tak makan duit HARAM! aku buat keje dengan jujur kerana aku nak lame berniaga lagi.
18 comments:
sabar sajalah sis..
kononnya aham adat org berniaga,,tpi ayat dia spserti org yg tak fhm2..
assalam amy..banyak dah amy lalui..setakat ini..dah 2 jali acik berurusan ngan amy..alhamdulillah tapi beli produk ndz je la setakat ini..insyaallah kalau ada modal nak jugak beli yang lain2
ignore je customer mcm neh.. geram pon ada jugak~ harap bertabah ye...
sabo je lah, mcm2 hal..
macam2 dugaan brbisnes ni..ragam customer macam2 kn..sabar je la..
nama pun barang cina..paham2 la.. kalau takde duit nak bergaya dgn android tak payah la beli.. pakai henset biasa je..gatal..
tu lah dia klu org yg nak mcm2..
sabar la amy..
mmg mcm2 ragam customer kan kak... kadang tu kite sampai serba salah... mcm kes akak nih, pyh betul, dia tak nk mengalah... pastu bt kite lak yg serba salah... mcm lah kite nih zalim sgt... aduh
leave it to allah..u r the best sis..
sabar ye sis...semoga bisnes sis berkembang maju...amin..
sabar ye sis..adat meniaga..mcm ni la
saya nak tny, kat mana boleh baiki skrin tablet china yg pecah?
Berapa kos nyer?
Hrp amy dpt bantu
spiderx_woman79@yahoo.com
adoiii hai
sabar lah amy
macam2 ragam org nie .. kita belajar dari semua ini
akk rasa dah macam2 amay alami .. kira amy ok layie .. kalau akk dah lama stop buat semua nie koot uhuh ..
sabar ye dik ..
entah ape2 lahh kastemer tuu huhu peliksssss
sabar lh kak amy , org berniaga kn :)
suka duka dan cabaran sebagai peniaga
ya Allah,kuatkan semangat ye Amy
semoga biz amy maju jaya
pia kagum dgn Amy,rajin dan bersemangat
mcm2 kerenah org sbr je la kak..sy penah berurusan dgn akk.. xde mslh pn kan :)
Assalamualaikum
nak tanya mana nak baiki android yang xleh on?
berapa kos?
hantar tempat yang beli dye kata 150 padalhal baru seminggu pakai
Post a Comment