Jan 21, 2013

Doakan agar ada rezeki buat kami.. perkhabaran kurang baik bila keguguran


As'salammualaikum w.b.t...

Camner nak cakap erk! Hurmmm.. Macam nie la, rasanya benda nie dah banyak kali sangat aku cite kat sini..  kalau ada yang mengikuti perkembangan aku pun pasti dah rasa loya, meluat dan menyampah.. ye lah asyik dok ulang benda yang sama je kan..

Sejujurnya aku x marah pun tapi sebaliknya, aku berterima kasih sangat sebab ada yang sudi bertanya khabar dan ini menunjukkan masih ada orang yang ambil berat tentang diri aku. Aku hargainya sangat!

Cuma buat masa nie apa yang boleh aku katakan hanyalah, doakan saja agar ada rezeki buat kami untuk menimang cahaya mata tahun nie..Siapa x nak anak kan! Tambahan pula, bila usia perkahwinan sudah memasuki tahun ke 4..

Bukan uolsss je x sabar nak dengar berita gembira nie malah kami lebih dari itu.. Jadi doakan yang baik-baik buat kami.. In Sha Allah kalau sudah sampai rezeki buat kami, akan aku kongsikan bersama teman-teman dan saudara mara di sini... Cuma buat masa nie, tiada apa yang aku ingin kongsikan di sini..

Ok bercerita mengenai zuriat, hari nie aku dapat perkhabaran yang kurang baik. Kakak ipar aku mengalami keguguran. Takziah pada abang dan kakak ipar aku. Aku faham perasaan dia ketika ini, tambahan pula ianya adalah cahaya mata pertama bagi mereka.. Harap abang dan kakak ipar aku tabah menghadapi dugaan ini. In Sha Allah lepas nie pasti ada rezeki lagi...


Note: " Baru nie fil ada minta seorang ustaz dari masjid Taman Uda untuk datang melihat keadaan rumah aku.. Ini kerana selepas kejadian tue, aku jadi lemah semangat sangat.. takut, mudah terkejut sampaikan terbawa-bawa dalam tido... Selepas di lihat ternyata ada benda yang cuba menganggu tapi bukan sihir atau apa cuma benda yang nak menumpang.. Menurut kata ustaz tersebut, rumah aku nie adalah laluan benda halus.. Kebetulan di belakang kawasan rumah nie , ada sekolah agama. dan sekolah tersebut sering berlaku gangguan2 jin nie...Harap pasni x de la , lagi gangguan seperti itu..."









16 comments:

Karisma Izzah said...

Semoga dipermudahkan... mungkin juga ada yang menumpang dalam badan. baik pergi berubat.

Cuba tengok Pusat Rawatan Islam Terapi Bil Quran

http://www.facebook.com/pages/Pusat-Rawatan-Islam-Terapi-bil-Quran-Malaysia/317221618308827

Kakzakie Purvit said...

Moga semuanya dipermudahkan Amy. takziah buat kakak Amy juga. Belum ada rezeki. Perancangan Allah kita tak tahu kan...

Chenta said...

semangat yaaa

JunAina said...

Bersabarlah Amy...rezeki Allah yg tentukan. Saudara akak 11 tahun kahwin, berkat sabar akhirnya depa dapat juga anak sendiri tanpa rawatan2 kaedah moden. Semulajadi.

Benda-benda halus ni tak dinafikan memang ada dimana2 sahaja. Kalau dapat tiap2 malam bacalah Al-Quran kat rumah. Kalau tak mampu pasang ayat2 Quran. Sekarang zaman serba canggih, download je dalam hp.

ibuintan said...

Insya Allah Amy.... jgn putus asa, ada sbb maka Allah belum beri tu... kita tak tahu perancanganNya

Doa jgn putus

Wonderful Life with Mary Kay said...

Sabar yer my. Inshaa Allah ada rezeki bbuat Amy nanti.

che mid said...

Take care dear..

Niza Romli said...

In syaa Allah...ada rezeki tu nanti, bersabarlah. Sy pun dah 3 tahun menanti :)

norhidana said...

dana doakan semoga ada rezeki akak utk dpt bby thn nih insyallah...

semoga lps nih takde gangguan lg kt umah akak tu ek, kalu tak pyh jugak akak, tkt menganggu jd benda lain lak

eima said...

semoga amy sentiasa dilindungi ye ... amy take care tau .... jg diri elok2

munna80 said...

insyaallah ada rezeki buat amy nanti.... kak munna doakan... salam takziah buat keluarga abang amy....

Anonymous said...

Hi Raudah :)

Salam daripada Zalora Malaysia.

Kami sangat meminati blog anda dan cara penulisan anda menarik perhatian kami.

Kami ingin bertanya adakah anda pernah membeli-belah di www.zalora.com.my sebelum ini? Kami berminat untuk tahu pengalaman anda dengan kualiti perkhidmatan yang diberikan dan menjalinkan kerjasama bersama anda.

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam amy..
huhuh..semoga rumah amy selamat dari gangguan makhluk halus..

takziah utk abng amy sekeluarga..
InsyaAllah..ada rezeki utk amy x lama lagi..amin..amin..amin...

azieazah said...

Jangan pernah rasa putus asa untuk mengharap, berdoa dan berikhtiar.

Pasti ada jalan keluar kerana DIA Maha Mendengar...

Queenie said...

salam amy....jangan tunduk ngan benda tu ya, kita makhluk lebih mulia dan lebih hebat dari dia, kena beranikan diri baru dia lari...

aunty pun sering kena ganggu, duliu2 puaslah jumpa org tu org ni berubat, duit habis ntah riban2, benda tu tak pi jugak maklum khabarnya berjuta sejak zaman Nabi Adam lagi... akhirnya aunty lawan sendiri, kuatkan hati sebab kalau jumpa mana2 imam atau ustaz, ayat itu jugak yg depa pakai, so biarlah kita amalkan sendiri, free...

Cikrosecute said...

Sabar yer Amy. Inshaa Allah ada rezeki bbuat Amy nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign