May 28, 2012

Suami dapat mms isteri dengan lelaki lain



Tajuk tersangat la hot! tapi di sebalik tajuk tue ada cerita yang melucukan antara pasangan suami isteri nie iaitu aku dan hubby hehe... So sweet la! tapi dalam sweet² tue aku kena jaga juga , jangan sampai yang sweet jadi pahit.. masa tue apa pun x boleh huhu...

Al kisah masa aku out station baru nie. Serius memang aku bz x hingat , kuar lepas subuh malam kol 10 x sampai rumah lagi. Tapi hubby x de la risau mane sebab aku di temani oleh ayahanda dan bonda. Tapi aku tetap ada rasa bersalah , ye lah hubby dah nak tido aku masih atas jalan lagi. Lagi touching bila hubby mesej cakap sian mama... Oh terasa dowh! sayangnya la hahaha....

Habis kerja kat Ipoh aku ke kl. Di sebabkan takut naik bas aku ambil train dari ipoh ke kl sentral. Sampai di kl aunty hubby dah menunggu. So petang tue aku bersama dengan aunty je la sehingga sebelah malam baru aku bersama adinda ku.

Keesokan paginya , aku hantar adik ke tempat kerja sebab aku nak guna keretanya. Settle semua aku ke Imegresen Putrajaya. Tunggu partner dan runner sampai.. Agak sesak jugak la dengan jalan banyak tutup dan jem di sebabkan sambutan hari Belia. Setengah hari aku di sana , janji nak pergi rumah rakan pun x sempat. Settle di putrajaya aku terus menuju ke kl. Urusan di kl pula agak lewat settle sehinggakan janji aku bersama 2 rakan untuk singgah di ofis mereka terpaksa di tangguhkan ke sebelah petang.

Bayangkan betapa sibuknya aku , sampai dah lewat petang baru boleh makan. Di sebabkan perut dah kelaparan maka aku berhenti makan dekat salah satu cafe berhampiran tesco pandan. Makan pun cepat² sebab nak kejar adik balik keje. Pick up adik terus menuju ke South City Plaza..

Di sebabkan x sempat nak ke ofis rakan maka kami berjanji bertemu di SCP dengan di temani oleh adik  aku. Borak punya berborak sampai handphone berbunyi pun aku x sedar. Serius aku kalau dapat bersembang , especially bab bisness memang kusyuk x hingat la. Dekat sejam lebih juga la aku di sana dan dah nak maghrib baru gerak balik.

Masa otw nak balik , aku ambil handphone nak call hubby bagitahu dah otw nak balik sekali terpandang missed call dan sms dari hubby. Aduh! camner la boleh x dengar nie..Aku pun dail no hubby , belum sempat cakap pape tiba² hubby tanya , pergi mana..asal x angkat fon , sms x jawab..ni papa dapat mms mama dengan lelaki lain?? sapa??? hujung ayat ada bunyi gelak....

Perghh!! Sound macam nak serius tapi x jadi , aku santai je jawab dengan Mr.Z , adik pun ada sekali. Rasanya dah bagitahu sebelum ni kan. terus hubby jawab mujur jawab confident , mana ada saja nak trick je.. Adik aku kat sebelah bukan main lagi ketawakan aku... Bukan apa aku kenal hubby macam mane , dia bukan jenis cemburu.. So aku x de nak amek port sangat! x ada gaya langsung dia marah , lagi nak ketawa ada la....sebab lepas dia cakap terus dia ketawa camner tue x sempat nak gabra dah suka hahahaha....

Sweet la bila hubby buat camtue..tue tandanya dia sudah hilang sabar..call dan sms x di layan last bila cakap camtue baru nak jawab! sian hubby.. now nak minta izin kuar out station lagi , macam dah susah lak! dia x nak di tinggalkan lame² lagi... Aku faham , rindu sebab aku pun merasainya.. Pape pun saya sayang suami saya , hubby banyak berkorban untuk saya dan sangat memahami karier saya. Insyaallah sampai masa saya akan lepaskan kerjaya ini.Itu janji saya padanya :)




20 comments:

myraVea said...

Alahai memang sweet kak. :)

Mekz's! said...

ahahah..sgt comel. didoakan semoga berbahagia hingga bawa ke jannah. amin. :D salam bahagia. assalamualaikum.

Unknown said...

untung dapat suami yang memahami. sporting pulak tu..hehe..

Sheherazade said...

so sweet!!!kunun nak garang dah gelak2 hihi

t.care ya,all the best

Unknown said...

best nya dpt hsubnd yg sporting

Puan Eka said...

sweetnyer hubby akak..suka..hehehe

untung akak dapat suami yang memahami......

Hudalatip said...

sweet!! you are loving couple ok..harap jodoh terus kekal berpanjangan ke akhir hayat..

Ayuni said...

cute...sis, nk mintak tlg bleh x? bleh x tlg komen di http://ladygreen3011-ayuni.blogspot.com/2012/05/jawi-malaysia-heritage-treasure.html tentang kepupusan tulisan jawi, hanya utk tujuan pembelajaran, lecturer sye nk tgk pendpt bloggers, thanx...

AzianKhalil said...

belum pernah outstation...husband pernah la..tupun dulu2 jer...

biela bell said...

wahh! bertuahnya akak!! :)

anyss said...

Assalamualaikum,
Mmmmm masih terpikir2 lagi kisah apa la sepasang suami isteri lagi tu? pasangan mana lak?

Hu hu hu ni mesti xcited dok menulis sampai tak perasan bahawa SEPASANG tu maknanya memang dah 2 hu hu hu

Unknown said...

aminnnnnnnnnnn

teringin nak temu kamu dengan amirul...

Kakzakie Purvit said...

Amirul dah arif benar dgn isteri dia. Bersyukur Amy sebab setiap langkah Amy ada redha darinya... tapi kalau boleh jgn selalu tinggalkan dia kesian juga...

☾SHiemaCMa786☾ said...

hehehe..senyum2 baca n3 ni..sweet ke amy ngan asben...
sentiasa berhati2 tau..
semoga berjaya dlm kerjaya n kehidupan :)

zura_habibhaariz said...

alhamdulillah..semoga bahagia selamanya:-) bertuah amy

sahromnasrudin said...

assalamualaikum

hanya suami yang tahu akan isterinya kan....suka lihat kebahagiaan awak berdua

ct rahani said...

sweetnya.. semoga kekal bahagia ye dear.. :)

munna said...

hehehe.... sweetnya.... perangai suami mesti kita tahu kan dia marah atau gurau je...

Intan SRM said...

salam Amy,so sweet,baca tajuk memg suspends :)
memang letih kan kalau out station ni.pengertian dan sokongan suami kita itu sebenarnya kunci kejayaan kita dalam kerjaya,kan?bagi saya sendiri, kadang2 memang letih dan sayu bila berjauhan dengan suami tapi dek dah tanggungjawab/tugas, terpaksalah ditelan itu semua,yang penting suami redha pada kita.

kurus said...

suspenn aje kan ekkee ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign