Dec 29, 2011

Suami buat isteri menangis atas katil


Ini entri lepas geram. Geram kerana semalam en.hubby sudah buat aku menangis di atas katil. Menangis betul aku semalam. Asal la dia buat aku macam tue , rasa nak tercabut jantung aku nie.. Aduhai sabar je la..

Malam semalam aku agak sibuk membalas mesej customer yang bertanyakan mengenai gadget dan beberapa produk lain. En.hubby pulak dok sibuk melayan bola di antara Kelantan dan Indonesia.. Aku tak layan pun bola semalam , macam x berapa menyengat je game semalam.. So lepas habis tengok bola , dia pun nak beradu la...

Masuk dalam kamar beradu aku bagitahu en.hubby yang aku x leh tido lagi..sambung layan fb sementara menunggu mata mengantuk.. Selalu aku online pakai laptop tapi semalam sebab nak bagi mata mengantuk maka aku layan pakai tab saja...

Bilik sudah bergelap hanya tinggal cahaya dari tab saja yang terang.dan sedang aku ralit membaca mesej serta komen yang di tinggalkan customer tiba² aku di sergah dari tepi cahaya tab..Gila kau dah macam hantu aku tengok...tiba² menyergah muka di tepi cahaya tab..ala macam video yang kita tengok ralit tiba² keluar muka yang mengejutkan tue... Apa lagi terkejut gila babas sampai aku menangis sambil peluk en.hubby.. En.hubby pulak bukan main sakan ketawakan aku.

Aku ingatkan dia dah tido rupa²nya cahaya tab tue buat dia x boleh lelap...sebab tu dia cari point nak kenakan aku supaya aku cepat tido.HUH! jahat sungguh en.hubby , dia tahu aku nie sangat penakut dan sensitif dengan bunyi serta sergahan..

Dalam dok menangis tue rasa lucu lak aku terkejut macam tue.Macam betul² di sergah hantu je mengelupor macam tue... Aduhai AMIRUL RIDZUAN next time please jangan buat macam tue lagi...buatnya terkejut sakan sampai kojol baru tahu. Tapi kan pelik selalu terkejut aku mesti melatah tapi semalam terkejut aku boleh menangis betul. rasanya tengok pada terkejut kot latah aku nie hahahahahaha..kalau terkejut takut latah air mata..boleh gitu..

Pagi nie sakan la en.hubby ketawakan aku sampai buat aksi terkejut aku semalam. hai la sementara x ada anak lagi nie menyakat la puas² nanti dah ada anak x sempat dah nak menyakat bagai hahahahaha....






Dec 28, 2011

Dapatkan handphone original dengan harga murah

Banyak respon yang aku terima berkenaan entri pagi tadi..Terima kasih di atas sokongan anda semua. Cuma aku ingin terangkan dengan lebih jelas mengenai device free tue.. Ada yang mesej cakap kalau x nak handphone dia nak barang lain boleh , ada juga yang nak tab dan model telifon terkini di pasaran...

Maaf ye , ingin aku jelaskan di sini. U all jangan la sampai fikir device tue yang mahal punya. Aku nie bergantung pada free gift yang supplier kasi...kalau lucky dapat la phone yang mahal kalau tak , dapat la yang ada saja....tapi tetap free kan hehe...

Ok jom lihat beberapa model device yang ada di jual di DAC MOBILE SHOP

SAMSUNG GALAXY S2 !!
Original set- warranty by Samsung
Price: RM1650 still can nego

Apple iPad 2 Wi-Fi + 3G 
Warranty by Apple
iPad 2 32gb wifi+ 3g black : RM1880 white add RM100
iPad 2 64gb wifi+ 3g black : RM 2290 white add RM100


                                                         BlackBerry Bold Touch 9900
warranty by Brighstar
Price: RM1850

Nokia N9
Warranty by Zitron/Nokia
Price: 16 gb : RM 1530 / 64 gb : RM 1950 


Sony Ericsson Xperia Arc
Warranty by SOny Ericson Malaysia/Midland
Price: RM1150

More product boleh lihat SINI







Wordless Wednesday : Free Handphone kepada meraka yang bertuah


Just nak promote page baru DAC MOBILE SHOP :P
kalau sudi like la page ini 
million thanks pada mereka yang sudi
dan berbanyak terima kasih di atas sokongan anda!! ;)



Note: akan datang kami akan buat satu segmen teka model hp
sekiranya anda berjaya meneka hp tue adalah milik anda dan sekiranya tidak
hp itu akan di jual seperti biasa...
jom like page ini pasti anda tidak rugi...












Dec 27, 2011

Ciri-ciri LELAKI KASANOVA


1. Di awal perkenalan, si dia menjadi insan yang paling mulia. Apa sahaja yang kamu mahu semuanya akan di penuhi. namun harus di ingat semua itu hanya mempu bertahan tidak lebih sebulan. sedikit demi sedikit di dia akan menunjukan taringnya

2. Sentiasa kemas dan perwatakannya seperti berada, tapi sebenarnya poket kosong. kalau ada pun cuma untuk buat pelaburan memikat kamu di awal perkenalan kemudian duit kamu pulalah jadi mangsa

3. Lelaki kasanova tidak pernah patuh pada janji, tengok sahaja setiap kali kamu keluar dating. siapa yang akan sampai dahulu.

4. Sering beri pelbagai alasan apabila kesilapannya dapat di kesan. lebih jelas lagi, dia juga sering mempersalahkan orang lain atas kesalahanya sendiri.

5. Mementingkan kekemasan diri dan pakaian yang dipilih juga bukan calang² jenama. Maklumlah nak memikat ramai mangsa.

6. Baru kenal tidak sampai seminggu sudah berani mahu sentuh² di bahagian yang sensitif. sengaja mahu mengoda kamu untuk pergi lebih jauh.

7. Apabila keluar dengannya, sia selalu tunjuk macho depan kamu. Ada masanya dia akan menegur perempuan lain dengan ramah di depan kamu. Kononnya mahu buktikan pada kamu si dia tidak curang di belakang kamu. tetapi dia memang peramah dengan semua orang.

8. Selepas sebulan berkawan, si dia berani mintak wang untuk di pinjam. tanpa segan silu si dia memintanya daripada kamu.. Ha... alasan yang diberikan untuk meminjam itu memang konkrit dan silap² hari bulan kamu akan termakan dengan kata² manisnya.

9. Lelaki kasanova biasanya mempunyai paras rupa yang agak tampan sebab itulah , perempuan muda cair dan jadi mangsa. jangan mudah percaya pada wajah tetapi percayalah pada hati.

10. Jarang bercerita tentang keluarganya apatah lagi mahu membawa kamu berjumpa ibu bapanya. Ini sememangnya perkara yang sering berlaku. tetapi harus di ingat juga ada kalanya mereka ada mengajak tetapi sekadar ajak² ayam sahaja. Mulut kata ya dalam hati tidak.

Untuk kaum perempuan, penilaian di minda anda. jangan kerana terlalu mencintai, anda kabur dalam menilai seorang lelaki yang hanya mempermainkan cinta dan kata².




Hidup kita cuma 3 hari


Sudah lama tidak mengupdate blog ini.Bersawangnya sudah berapa bakul yer?x pe lah, asal sawang² itu masih boleh di bersihkan dan di buang, walaupun terpaksa mengambil masa yang lama dan mungkin dah bercucu cicit dah si labah²...hehe..biarkan kerana kini aku sudah pun bersihkan dan buangkan si labah² ini serta sawangnya itu..

Siapa kata yang selalu di atas akan terus di atas? Siapa pula sangka yang memotivasi orang itulah yang kurang motivasi..aku sudah lama perasan perasaan ini..dan aku tahu, aku tidak punya waktu yang cukup , untuk buat semua benda! dan biar kini aku berbicara.pada diri...pada hati...pada sebuah takdir...aku ingin seperti apa yang aku kata. Beri aku masa..biar rindu jadi saksi...biar masa jadi taruhan.

HIDUP KITA CUMA 3 HARI iaitu semalam yang sudah menjadi sejarah hari ini dan apa yang sedang kita lakukan esok adalah hari yang belum pasti.Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama. Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua..renungkanlah...

Hari ini kita semakin hampir di penghujung tahun 2011. Cepat sungguh masa berlalu dan sedar tak sedar 2012 akan menjelma.Setiap kali datangnya tahun baru akan membuat aku risau dan resah kerana semakin singkat umurku, semakin dekat ajalku, semakin tipisnya waktu pengampunan Allah terhadapku, semakin dekatnya hari penghitunganku....Ya Allah berikan aku lebih waktu untuk aku perbaiki setiap kelemahan ini sesungguhnya aku hanya insan biasa yang tidak pernah lari dari melakukan kesilapan...

Note: Dahi yang menyentuh bumi lebih bermakna dari kaki yang menjejaki puncak dunia, tangan yang mengira tasbih lagi kaya dari tangan yang mengira harta...renung²kanlah...






Dec 22, 2011

Belum habis lagi kisah perang di antara Adlin Aman Ramli dengan Dato Chef Wan , kini ada pula yang berani mencabarnya

Foto

Semua sedia maklum akan peperangan di antara peserta MAHARAJA LAWAK MEGA yang tersingkir di minggu ke 8 iaitu Adlin Aman Ramli dengan juri tetap program tersebut iaitu Dato Chef WanAgak lucu pulak bila membaca kenyataan mereka berdua. Bagi aku la apa yang Chef Wan katakan itu ada banyak benarnya. Tapi x baik la kalau u all semua kata Adlin ni tak lawak. Actually dia ni lawak cuma lawak yang dia cuba sampaikan ini tidak kena dengan selera penonton. Rakyat kat Malaysia ni lain , so Adlin sepatutnya kena peka dan jangan sesekali menyentuh sensitiviti orang lain , termasuk la arwah ayahnya.. Sangat tak sedap bila di dengar.. Mungkin ada sesetengah pihak boleh terima dan mungkin juga tidak...

Sama juga seperti dia mengadili program realiti tv satu ketika dulu. Macam² bahasa yang di keluarkan tapi peserta masih boleh terima dan menganggap kritikan itu untuk membina diri mereka untuk masa hadapan. So sebagai seorang selebriti profesional , Adlin sepatutnya bersikap seperti mereka² ini. Tak rugi kalau kita menerima teguran , just be open dan terima semua itu untuk membina diri. Jangan la pulak pertikaikan kritikkan orang lain.. Kalau ikutkan peserta Indonesia la yang akan meroyan macam nie sebab dorang selalu kena kritikan pedas dari Chef Wan.tapi dorang ok masih boleh terima dan x de la nak menyalak macam anjing menyalahkan sana sini.

Tidak di nafikan Adlin memang seorang yang berkebolehan tapi sayangnya Adlin mempunyai sikap ego yang terlalu tinggi dan tidak boleh menerima teguran. Kalau dia terus besikap begini , aku yakin dia akan duduk di sini saja dan tidak akan pergi ke mana². Harapan aku semoga selepas ini Adlin akan lebih profesional lagi.

Di bawah ini ada satu komen peminat Adlin Aman Ramli yang aku copy dari beautifulnara.. Ini betul² marah siap cabar Adlin untuk berhenti dari bidang ni. Perghhh!!! panas... tapi aku suka ayat yang dia gunakan nie  berhenti memperbodohkan diri dan janganlah mencari publisiti murahan dengan bergaduh seperti budak² huhu...


Note : semoga kemelut yang melanda kedua mereka ini akan dapat di selesaikan dengan cara baik.. u all bergaduh bukan dapat apa pun..




Keputusan PMR 2011 keluar hari nie


Keputusan PMR keluar hari nie..
tiba² teringat masa lalu
serius rasa menyesal sangat sebab x dapat score 8A

Bila lihat keputusan en.hubby
lagi la buat aku rasa menyesal x sudah
tapi apakan daya masa sudah berlalu
dan tidak mungkin dapat di putar semula

Dulu time menduduki PMR , rasa ala x penting mane pun
SPM tue yang penting dan kena bagi lebih fokus!!
pastu ramai pulak yang kata , ala soalan PMR kacang je
tapi bila dah terima result
indah khabar dari rupa

Time tu barulah nak menangis dan menyesal bagai
tak guna dah derrr...

Jadi jangan salahkan cikgu mengajar
tapi salahkan diri sendiri yang tak mahu belajar..

kepada adik² yang bakal menduduki PMR akan datang
jangan jadi macam akak yang sambil lewa
nak menyesal pun dah tak berguna

Please think about it
Think about your future
kalau rasa nak GAGAL 
biarkan saja sifat malas tu menguasai diri
tapi kalau rasa nak BERJAYA
bangkitlah dan berusaha..


Note : Tahniah di ucapkan kepada pelajar yang dapat score semua A dan bagi mereka yang tidak berjaya , jangan sedih atau kecewa.usaha lagi .masih ada peluang untuk anda perbetulkan kesilapan anda...

Note sampingan : Sudi²kanlah diri anda untuk like page DAC MOBIL SHOP






Dapat hadiah dari blogger terkenal

Senyum..tak perlu kata apa²..senyum :P... 

Dari semalam hingga ke hari nie aku senyum je..Wah! hati banyak suka tambah adaq bunga² lagi..hihi.. semalam petang masa en.hubby pulang dari kerja , dia terus melulu ke dapur bagitahu aku ada rakan blogger telifon dia. Serius aku pelik juga , pasal apa ada blogger telifon dia dan macam mane pulak boleh tahu no telifon en.hubby.. Hrmm dalam hati aku mati²an ingat Eelobor , sebab dorang dah pernah sembang ( dalam fb je la) mungkin ada tukar² no ke ;)... 

Tapi sangkaan aku salah  apabila en.hubby mention nama TOM. Lagi buat aku blurr , tom mane la pulak... Serius x boleh fikir masa tue , sapa pulak tuan empunay nama tom ni. Bila en.hubby dah tengok aku terlebih blurr terus dia tunjuk sesuatu pada aku...Aku ambil dan baca siapakah gerangan yang menghantarnya:)

Terkejut kejap bila aku lihat nama Cik Tom terpampang pada nama pengirim. Eh ni top blogger tue , dengan gembira aku bagitahu en.hubby. tak de la orang call rupa²nya en.hubby nak menyakat aku saja hihi...pandai dia kenakan aku petang² ye;) ...

Selepas minum petang baru aku bukanya dan sekali aku lihat ala comelnya.. serius cute sangat dan aku suka..thanks ye cik tom di atas pemberian itu. Ada tulis nama AMY lagi dan siap ada kad ucapan.. Serius aku sangat terharu dan berterima kasih banyak² kerana masih ada lagi rakan blogger yang ingati pada aku , walaupun pada saat ini aku lebih banyak menyepi dari bertegur sapa dengan u all.. ini kerana aku agak busy menguruskan perniagaan aku sehingga tiada masa untuk aku singgah dan komen seperti dulu.Tapi aku janji masuk saja tahun baru aku akan aktif semula seperti dulu. Serius aku sayang sangat rakan² di alam maya nie...

Bukan itu saja , selepas menonton cerita Nada Cinta , baru aku masuk ke dalam bilik untuk bersihkan diri dan solat. Masa aku masuk bilik tue , en.hubby dah siap solat dan sedang sibuk mendowdload apa entah di bilik komputer. Mata aku pula terpandang sesuatu di atas katil. wah ada something lalu aku pergi kepada en.hubby dengan perasaan teruja dan gembira , aku bertanya itu untuk sapa pa?? Sekali lagi en.hubby menyakat aku.Itu untuk mak we papa..huh main² la :( sambil buat muka manja :) hahahaha..En.hubby jawab suka tak..bila dia cakap macam tu je terus aku cakap suka thanks papa hihi....konon romantik la haha..

Im so happy sebelum ni en,hubby dah kasi gelang tangan ni kasi lagi..so sweet la dearr next time bagi lagi deh hahahahahaha....



Thanks Cik tom...





Dec 21, 2011

Agent Dropship Handphone di perlukan


Surprise sangat..hari nie saja aku menerima 59 email yang ingin menjadi agen dropship DAC Mobile Shop. Wow semakin hari semakin ramai orang yang teruja dan bersungguh² untuk menjual gadget kegilaan ramai ini. Insyaallah aku akan cuba balas satu persatu email anda.Maaf sekiranya kelewatan , ini kerana masih banyak lagi email sebelum ini yang aku belum sempat balas...ambil masa sikit na...Kepada blogger milo ais minta sent kembali apa yang anda emailkan, email sebelum ni amy x dapat buka??

Apa itu Dropship

Mungkin ramai yang sudah tahu konsep DROPSHIP nie.Tapi bagi meraka yang masih belum tahu aku akan cuba jelaskan di sini secara ringkas. Dropship adalah satu konsep perniagaan yang mudah dan sangat sesuai bagi mereka yang menceburi perniagaan internet/online kerana perniagaan secara dropship tidak memerlukan anda mengeluarkan modal dan menyimpan stok. Anda cuma perlu dapatkan gambar dan maklumat produk dari pembekal/dropshipper. 

Sebelum nie aku sendiri pernah menjalankan perniagaan dropship.. Memang seronok konsep ini kerana anda tidak perlu susah payah nak bungkus barang..nak kejar ke courier kerana semuanya akan di lakukan oleh dropshipper anda.. Urusan pos semuanya akan di lakukan oleh dropshipper anda..  Tugas anda hanya perlu mengambil order daripada customer dan menghantar order tersebut kepada supplier anda..dan last sekali anda sudah boleh mendapat keuntungan tanpa perlu bersusah payah..itu sahaja!Mudah sangat kan..?? 

Selepas setahun menimba ilmu dan pengalaman menjadi agen dropship , sekarang aku sudah boleh mulakan bisness sendiri tanpa bergantung dengan sesiapa..Alhamdulillah dan di sebabkan itu kini aku juga menyediakan perkhidmatan dropship di mana anda hanya perlu memasarkan produk tanpa perlu mengeluarkan modal.

Keuntungan di sini , selain mendapat komisyen , anda juga boleh mark up dari harga agen yang di beri. Selalunya harga yang aku tawarkan lebih murah dari harga pasaran , agar kita sama² boleh memperolehi keuntungan.Mudahkan..so kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi ajen dropship DAC Mobile Shop boleh emailkan butiran lengkap di SINI..



Dua orang blogger ini buat air mata aku mengalir


Firstly aku nak ucapkan terima kasih kepada blogger Lindahery di atas kesudian beliau menyertai contest SR yang tak berapa nak jadi ini huhuhu...Sangat terharu dengan jawapan yang di berikan.Hampir ke seluruhannya betul.Tahniah dan terima kasih dearrr kerana bersusah payah membelek entri² lame SR.Terima kasih juga di atas kelapangan masa awak untuk menyertai contest ini.Thanks n thanks again.. Apa yang di tunjukkan di sini betul² buat aku terharu sehingga menitiskan air mata...

Kepada follower atau pembaca belog ini sudi²kanlah diri singgah dan bertegur sapa di belog beliau ini. Kalau  rajin follow la sama , blogger ni masih baru dalam penulisan di alam maya ini.Minta bagi support dan tunjuk ajar kepada beliau...

Di kesempatan ini juga aku ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada suami beliau yang tarikhnya sama dengan anniversary aku.semoga panjang umur , murah rezeki dan di beri kesiahatan yang baik bahagia di dunia dan akhirat..dan dengan ini juga hadiah yang di tawarkan berupa telekung sualaman akan menjadi milik rasmi Lindahery..Tahniah!minta tinggalkan nama , alamat dan no telifon di sini ye.TQ!

Klik SINI untuk melihat jawapan yang beliau berikan..

Secondly aku nak ucapkan terima kasih juga kepada blogger Wan Zulqhairi kerana sudi menyertai contest ini di saat² akhir. walaupun jawapan yang di berikan tidak berapa tepat tapi aku sangat hargai ucapan yang di berikan oleh beliau.terima kasih dik , coretan anda betul² buat hati akak tersentuh.nak tahu ucapan apa yang buat aku tersentuh sangat jom baca dekat SINI dan kalau sudi follow la sama ye...

Memandangkan contest ini hanya mencari seorang pemenang sahaja maka untuk wan zulqhairi Sinar Raudah telah putuskan untuk memberi wang tunai sebanyak RM50.tanda penghargaan aku di atas kesungguhan yang beliau tunjukkan...nanti minta tinggalkan no akaun beserta telifon number di sini , kalau boleh biarlah akaun cimb ye! hehe..Tahniah sekali lagi dan terima kasih....

Klik SINI untuk melihat jawapan yang beliau berikan..


Note: thanks all di atas ucapan yang di berikan semalam, serius aku sangat terharu dan menghargainya.. terima kasih di atas doa kalian semua...









Dec 20, 2011

Happy anniversary Amirul Ridzuan dan Amy Syaquena


Hari nie genaplah 3 tahun usia perkahwinan kami..Alhamdulillah dalam tempoh masa itu , pelbagai pengalaman pahit dan manis , suka dan duka yang kami lalui bersama.Aku bersyukur ke hadrat illahi kerana memberi aku peluang untuk merasa semua itu.Peluang , untuk lebih menghargai setiap masa yang ada dalam dunia sementara ini.

Perjalanan selama 3 tahun ini banyak mengajar aku erti kehidupan yang sebenar.Belajar erti kesabaran, pengorbanan , kesefahaman dan tanggungjawab bersama dalam melayari bahtera rumahtangga..

Untuk suami ku yang amat di cintai Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-3 sayang..Semoga Allah permudahkan semua urusan kita di dunia dan akhirat.Di beri kesihatan yang baik , di panjangkan usia , di kurniakan zuriat yang soleh dan solehah , bahagia dan  kekal hingga ke hujung nyawa..amin

Permohonan kami pada yang maha kuasa.jadilah kami suami isteri yang mencintai di kala dekat..saling menjaga kehormatan di kala jauh..saling menghiburkan di kala duka.. saling mengingatkan di kala bahagia..saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan..saling menyempurnakan dalam ibadah..dengan doa yang ikhlas di hati , kami kemudikan bahtera ini , moga bahagia kekal dan di berkati dan terus berkekalan hingga tersimpul mati..Semoga Allah swt sentiasa merahmati perkahwinan kita.amin



Contest Anniversary Sinar Raudah

** ENTRI TERBARU DI BAWAH !!!!

As'salammualaikum...

Seperti yang telah di janjikan , hari ini Sinar Raudah akan menganjurkan satu lagi contest bersempena dengan anniversary Amy Syaquena dan Amirul Ridzuan pada 20/12/2011 ini.Contest ini terbuka kepada semua , asalkan mempunyai belog u all dah boleh join.


Syarat contest ini mudah saja..

  1. Buat satu entri bertajuk Contest Anniversary Sinar Raudah
  2. Letakkan banner di atas pada entri anda
  3. Terpulang samaada nak follow belog ini atau tidak
  4. Terpulang juga samaada nak meletakkan belog ini di dalam bloglist anda ataupun tidak
( Di ingatkan ye! kelebihan bagi mereka yang follow dan meletakkan belog ini di dalam bloglist anda?? mudah untuk anda melihat update terkini dari sinar raudah ) tiada paksaan di sini

Beberapa soalan yang harus anda jawab?? bagi mereka yang rajin singgah ke sini , mungkin agak mudah untuk menjawabnya...

Soalan 1
Pada 20/12/2011 ini genap usia perkahwinan kami yang ke berapa???

Soalan 2
Pada anniversary sebelum ini kami pernah merancang untuk pergi holiday tetapi ianya terpaksa di batalkan berikutan cuti en.hubby di bekukan. Jadi sila nyatakan tempat percutian tersebut???

Soalan 3
Hadiah anniversary yang akan Amy Syaquena berikan pada en.hubby & hadiah anniversary yang akan en.hubby berikan pada aku nanti.

contoh jawapan # Amy Syaquena- jam tangan / Amirul Ridzuan - handbag

Soalan 4
Berikan nama belog kegemaran en.hubby # contoh benashaari.com

Soalan 5
Kalau sebelum nie kami beli kek black forest , agak² untuk tahun ini kek apa pula??

Akhir sekali
Buat ucapan ringkas , x kreatif pun x pe janji ianya ikhlas..

Tarikh tutup penyertaan pada 20/12/2011 tepat pada pukul 4.30 petang.( time masa nikah dulu hehe..)

**Hanya seorang pemenang sahaja yang akan di pilih oleh en.hubby..mengikut pada jawapan yang tepat dan kreativiti anda menjawab soalan tersebut.

( Di ingatkan setiap jawapan ada pada entri² yang telah lepas , kalau rajin buat la semakkan ye)

**Tiga pemenang saguhati akan menerima cenderahati dari SINAR RAUDAH.

Hadiah untuk pemenang anda boleh pilih salah satu daripada hadiah tersebut samaada AL QURAN bukan di gital ataupun TELEKUNG bersulam.( Pen Al Quran di gital masih tiada stock jadi ianya akan di keluarkan dari cadangan hadiah contest ini )


Good Luck All...



Note: tinggalkan link penyertaan anda di ruangan komen ini...




Dec 19, 2011

Blogger citarasa rinduan buat aku tidak keruan


Selamat malam...

Alhamdulillah lega sangat rasa , setelah seharian rasa tidak keruan akibat barang yang di pos tidak kesampaian pada tuannya..meeting petang tadi pun jadi tak boleh fokus sangat dik kerana masalah device rakan blogger.. Tapi alhamdulillah lewat petang tadi , aku terima satu panggilan yang cukup menggembirakan aku.Tuan empunya barang sudah terima device yang telah di beli dengan aku.syukur kalau tak , rasa nak meroyan juga la sebab aku guna pos laju.Aku dah fobia sangat dengan pos laju huhuhuhu...

Sapa blogger tu?? lihat gambar mesti u all kenal kan.Ini kak ayu citarasa rinduan. Salah seorang customer gadget aku selepas blogger eelobor. dan insyaallah Atuk PHD akan menyusur membeli device dengan DAC MOBILE SHOP..

Maaf kepada yang mesej di facebook berkenaan dengan device..buat masa nie aku masih close order untuk pre order items sehingga akhir bulan nie. Maaf sangat aku tak bermaksud buat orang tertunggu² tapi apakan daya masa tidak mengizinkan aku untuk fokus pada bisness gadget..huhuhuhu!

******************************************************************

READY STOCK ( original device )

Samsung Galaxy 7.0 plus
Samsung galaxy y
Samsung galaxy note
Blackberry torch
Blackberry 9780

Berminat boleh pm saya di SINI ....







Saguhati ke atau rasuah nie...

Baru balik dari out station , sangat penat dan meletihkan. Mabuk perjalanan masih terasa lagi di tambah pula dengan bau durian dan bau machang. Sabar je la! mujur bau udang tidak menyegat mane. Kalau tak confirm semakin teruk la mabuk aku nie..Sepanjang perjalanan semalam , aku diam je x lalu dowh dengan jalan yang teruknya , dengan bermacam jenis baunya , dengan aku semakin alah naik kereta..Baru naik kereta x sampai 1 km dah mabuk teruk.Pening mengalahkan orang naik bot pula.. macam orang mabuk laut huhuhu!

Tahun depan aku akan kurangkan aktiviti aku di luar. Nie salah satu azam tahun baru , harap aku mampu lakukan.Kerja bangla pun dah 80% settle.Tinggal lagi untuk kemasukkan baru je. Sepanjang menguruskan bangla , memang kerja yang sangat memenatkan.Dengan nak berdepan dengan imegresen lagi , gan polis , rela , majikan dorang dan yang paling aku tak suka ragam mat bangla..betul² menyenakkan otak...

Di sebabkan selepas ini aku akan kurang pergi side maka majikan bangla telah memberi aku sepeti udang. Gila kau makan seminggu pun x akan habis.Masa cina tue call bagitahu , mati²an aku ingat dia salah sebut .. tapi setelah berjumpa masa medical bangla baru nie , ternyata apa yang di katakannya betul. satu peti udang seberat 30kg.Habis satu taman bonda aku kasi..tak lalu dowh nak makan.

Inilah la yang best jadi ajen pekerja asing nie. Kalau aku ke cameron confirm berbakul la aku bawa balik sayur dan strawberry..begitu juga kalau ke kolam udang , ikan dan ladang... pasti ada je yang majikan mereka bekalkan.tapi yang mencuit hati aku baru nie , bila mat bangla serahkan udang tue sambil berkata , "kakak selamat hari lahir , kenapa kakak buka topeng muka" hahahahaha..lawak betul la.. esok anniversary aku tapi bukan hari lahir la.. dan topeng muka tu adalah niqab yang aku pakai. So dorang kasi udang sempena anniversary aku hahahaha..mabuk la makan udang banyak...mau tercabut hidung akibat resdung hehe..


Note: Perancangan nak ke Dhaka Bangladesh untuk pengambilan bangla baru tapi en.hubby macam x kasi je.. mula kata ada teman ok , ni macam lebih mengeleng je huhuhuhu...

Note²: Semua sedia maklum contest baru ini tidak mendapat sambutan dik kerana tuan empunya belog tiada masa di sinar raudah.maka pemenang aku akan pilih dari komen di entri atas. pemilihan akan di buat secara rendom atau cabutan nama..cabutan yang terpilih akan menerima hadiah yang di tawarkan itu...

Dua tiga hari nie asyik makan udang je jawabnya...







Dec 14, 2011

Entri protes suami


Tadi pagi sempat berborak dengan en.hubby berkenaan dengan kuda putihnya..Macam² perancangan yang dia buat terhadap kuda putih kesayangnya tue , sampaikan sakit telinga aku mendengar.. nak tukar cat la , nak pasang sticker dekat bonat la , dekat side merior la , nak tukar bumper la , nak tu la. ni la ..adoi sakitnya hati....

Cuba kalau perancangan tue kita yang buat , confirm di bantah habis²an. Alasannya membazir.. tapi yang dia dok membazir dekat kereta tue tak pe pulak kan..ish..ish..ish x faham sungguh la.. sayangkan kereta lebih dari sayangkan bini..cam ner..

Di sebabkan rasa panas sangat di telinga jadi aku pun mencelah la apa yang en.hubby cuba sampaikan..papa bawak² la sedar diri tue sikit..awak tu bukan bujang lagi dah kawen..x de maknanya nak membazir dekat kereta nie.. Dengan slumber je dia tersenyum dan menjawab jiwa muda maaa...adoi!!! x habis² nak perasan diri tue mudah padahal dah masuk 3 siries pun huhuhu...orang laki memang macam ni la kot , suka sangat membazir dekat kereta...

Aku ingat lagi masa aku nak minta izin beli sabun Eumora. Di bantahnya habis²an , katanya nak beli sabun muka sampai rm300 buat apa , membazir..so kita ni mengalah je la.. tapi semalam dia balik keje tiba² bagitahu yang dia dah tukar lampu kereta..x ke sakit hati dengar..lampu kereta elok lagi pergi tukar , tue bukan membazir ke namanya..kalau berpuluh ringgit harganya tak pe la lagi , masih boleh di terima..ini RM700 tak terkojut ke den dongar..

Bulan ni saja dah habis hampir 3 ribu dekat kereta.. beli adjustable dah 2 ribu lebih , tambah lampu lagi upah pasang lagi..aduhai!!! kalau dia tukar adjustable tue aku ok lagi la sebab aku selalu merungut x suka naik kuda putihnya , sakit² badan. tambahan pula rahim aku ni jenis lemah sangat..so memang kena berjaga². suruh bawa kuda merah x mahu , alasan kereta tinggi la , x sedap bawa la...kuda putih juga la yang dia nak bawa..

Susah kan kalau dah minat dekat kereta.habis beribu ringgit pun x pe asalkan kereta nampak cantik..pasni kalau aku nak beli pape , baik x yah bagitahu dulu..dah beli baru tunjuk , kita buat macam mane dia buat hahahaha... tapi kan sebelum en.hubby berlalu tadi sempat pulak dia buat aku tersenyum.. slow² keluar daripada porch dan dia menurunkan sedikit cermin kereta lalu berkata..cuba dengar lagu ni , biar reti etek... u all tahu lagu apa..lagu GADIS MELAYU longhat kelate punya..aduhai sabar je..



Dec 13, 2011

APPLE saman SAMSUNG , last² apple yang kena saman dengan Motorola..



Apple has been having a lot of legal headaches lately and now there's a new one. Now, it's Motorola that's causing the Cupertino-based company trouble as it won a preliminary injunction against several Apple products in Germany. It's not the first time either.

Anyway, today's injunction affects practically all Apple gadgets with GPRS connectivity - the iPhone, iPhone 3G, 3GS, 4, iPad 3G and iPad 3GS have been named, but the 4S is infringing on Motorola's patent as well (it came out after the suit was filed so it's not mentioned explicitly).

Motorola hasn’t won the case yet, but if they choose they can enforce that injunction in Germany. To do that, they need to provide a €100 million bond. That's a risk for the company that only recently stopped its decline - if they end up losing the suit, the money will have to be paid out to Apple. Also, Apple might appeal this decision and win a stay of the injunction.

It's hard to say how things will go. Motorola's patent is probably vital for GPRS and Apple can't do without it. Motorola might be forced to offer a license to Apple, but for now Moto's lawyers have managed to avoid that, at least until Apple pays for past damages (starting from 2007).

Apple doesn’t want to pay for past damages - that can turn out to be rather pricy - and is seeking to invalidate Motorola's patent and solve its problem (in this particular case) outright.

A second hearing is scheduled for February, we'll see how things progress then. By the way, Apple is sued for that exact same patent in the US, too, but things seem to be going better for the iPhone maker there (that case hasn’t been resolved yet, either).The world of patents is very complicated and often confusing. You can read FOSS Patent's blog post on the courts ruling if you have a head for such legal matters.



Credit : GSMARENA







Dec 12, 2011

Mulut puaka ke atau mulut longkang nie


Mulut puaka dan mulut longkang..

Mulut puaka nie ada dua jenis , satu jenis mulut yang berbau busuk bila bercakap dan satu lagi jenis mulut yang tidak bertapis.Kalau bercakap ikut sedap mulut je dan langsung x fikirkan perasaan orang lain. Mulut jenis ni orang lebih suka copkan mulut jahat atau mulut laserrr...Kedua²nya membawa maksud yang sama dan sangat tidak sesuai di praktikkan dalam kehidupan harian kita...

Kalau dulu gelaran mulut puaka atau mulut longkang ni hanya di berikan khas kepada para wanita sahaja. Konon mulut lelaki baik sangat la! ya ampun jangan nak perasan ye wahai kaum Adam.Kalau dulu mungkin iya tapi tidak lagi sekarang. Zaman sekarang nie banyak lelaki yang jenis mulut macam nie.Tapi tak semua la! harus faham di situ supaya jangan salah faham nanti..hihi..

Selalu kalau cakap saja lelaki mulut macam nie, dalam otak mesti fikir mesti Mak Nyah yang di maksudkan .. Tapi kita silap mulut puaka Mak Nyah x de la seteruk yang kita sangkakan..mulut dorang tidak akan jadi puaka kalau tidak kita yang menganggu atau mulakan sesuatu perkara yang boleh menguris hati mereka..Kalau kita x kacau x de la datangnya mulut puaka tue.Tapi berbeza pada lelaki yang normal..

Nie aku baru saja berdepan dengan mulut puaka sang teruna yang muka boleh tahan macho tapi mulut , ya Allah hanya tuhan je tahu.Kerja dia dok mengata dan mempertikaikan orang je..konon buat itu salah buat ini salah..lepas tue nak melaga²kan kita pulak! motif orang macam nie sebab tak boleh tengok orang lain lebih , ada je dia cuba untuk menjatuhkan orang lain...tak dapat dengan cara perbuatan , dengan cara percakapan pun jadi...kalah perempuan taw...serius sangat tak faham dengan orang seperti ini..

U all pernah berdepan dengan dua jenis mulut ni tak.....








Fesyen tudung terkini di SERI ZULAIKHA COLLECTION

Sekarang nie ada macam² jenis fesyen tudung kita dapat lihat. Ada yang jenis lilit² di kepala , ada yang main timbun² je atas kepala tue dan ada yang jenis sarung je, kemudian tambah sedikit dengan aksesori tudung.. Letak anting² ke , letak reban ke atau letak brooch yang cute².. memang cantik..Tambah tudung zaman sekarang nie dah x macam tudung zaman kita sekolah dulu..yang bila pakai nampak skema semacam je hehe.. Itu aku la ye bukan hang pa hihi...

Sebelum nie orang merugut x nak pakai tudung sebab fesyen tudung terhad tapi sekarang nie tiada alasan lagi untuk anda tidak bertudung.Selain ia menutup aurat , bertudung juga adalah perkara wajib yang harus di beri keutamaan.Terasa rugi sangat , kerana aku dah banyak membazirkan masa aku dulu dengan free hair.Rasa berdosa dan bersalah serta kesian pada ayahanda yang terpaksa menanggung dosa aku huhuhu! peringatan untuk diri...Mujurlah aku cepat tersedar , dan sekarang aku sangat suka dan selesa bila bertudung...

Kalau dulu masa sekolah aku sanggup letakkan surat khabar di atas kepala semata² tidak mahu pakai tudung. Alasan tak comei! alahai dah sah² muka x comei , pergi salahkan tudung pulak hehe..tapi sekarang tidak lagi , aku memang gila dengan fesyen tudung dan berani mencuba pelbagai style..Tak kisah la lawa atau tidak, as long as aku masih menutup aurat itu sudah bagus..

Di sebabkan kegilaan itu maka ke mana saja aku pergi , pantang melihat tudung yang cantik² di jual , aku pasti akan membelinya. Macam baru nie , aku , hubby dan umie membeli belah di Mydin , sekali terlihat satu booth tudung nie , serius semua cantik².. Juling kejap biji mata aku dekat situ hihi..En.hubby pun x melarang aku nak membeli..so dapat la aku sambar dua tiga jenis..

Bukan itu saja malah aku sempat juga berkenal²an dengan tuan empunya booth tue.Bertanya sedikit pandangan dan pendapat mengenai tudung yang di beli. Bukan tudung je lawa sampaikan baju yang di pakai tuan empunya butik pun aku terpikat hehe..siap cakap dengan hubby , cantik baju dia tambah warna hitam putih adalah warna kegemaran aku..sekarang ni pun aku sangat gilakan fesyen dress labuh atau jubah..

Sebelum aku beredar dari situ , sempat la aku bertanyakan lokasi kedainya. So bila dah tanya lokasi tue faham² je la , next time sure aku akan serbu kedainya pula.So kepada mereka yang tinggal di negeri Kelantan , jangan lepaskan peluang untuk singgah di SERI ZULAIKHA COLLECTION yang terletak di kubang kerian.pelbagai jenis tudung ada di jual di sana dengan harga yang sangat berpatutan..dan yang paling penting , semua jenis tudung yang di jual adalah fesyen² terkini yang di gilai ramai.Kalau ke Kelantan jangan lupa singgah ok..

Berminat anda juga boleh beli secara online di SINI

Pelbagai jenis tudung yang di jual..

Melayan kerenah ku hehe...

Me and owner butik SITI ZULAIKHA...




Penyakit hati yang bernama iri dengki


Salam hari isnin semua..

Sekadar berkongsi!! Bukan belog Eelobor ye tapi aku sekadar nak berkongsi cerita saja. DENGKI?? serius aku sangat x suka bila berdepan dengan orang seperti ini.Kalau boleh di elakkan , aku akan cuba elakkan diri dari bertemu dan berkawan dengan orang seperti ini. Serius , aku sendiri x faham apa masalah orang seperti ini ,  kenapa perlu iri hati dan dengki mendengki.Tak ada untungnya , menambah dosa lagi ada..

Ingat orang yang membiarkan dirinya di kuasai oleh iri dengki hidupnya akan menanggung beban berat yang tidak seharusnya ada. Bayangkan la , setiap kali melihat orang lain yang di dengkinya dengan segala kejayaannya, maka mukanya akan menjadi tertekuk , lidahnya akan sentiasa mengeluarkan sumpah seranah , bibirnya amat berat untuk tersenyum dan yang lebih bahaya lagi , bila hatinya semakin penuh dengan dengki , marah, benci, curiga, kesal, kecewa, resah, dan perasaan² negatif yang lainnya.

Nak ke kehidupan seperti itu? kehidupan yang menyesakkan. Bumi ini luas , jadi jangan di rasakan sempit hanya kerana sikap buruk ini. Seperti layaknya penyakit, ketika di pelihara akan mendatangkan penyakit lainnya. Demikian pula penyakit hati yang bernama iri dengki. Bila tidak di hilangkan , ia akan mengundang pelbagai penyakit lainnya. Tak guna berdengki kerana ia akan menyusahkan diri. Belajar la bersaing dengan cara yang sihat , jadikan kejayaan orang lain itu sebagai satu cabaran buat kita untuk turut sama berjaya.

Tidak sesulit mane pun untuk membuat kebaikan dan meraih kemenangan.Cuma jangan biarkan dengki menguasai diri tapi cubalah berlumba dalam keadaan kebaikan..Insyaallah semuanya akan di permudahkan..





Dec 8, 2011

Apa punya bangangnya BLOGGER nie!!!!????


Tajuk ada gempak so sudah pasti story pun ada hot n spicy... Serius aku sama sekali tidak setuju bila ada segelintir manusia macam nie dengan rasa tidak bersalahnya mengatakan orang lain itu BANGANG?? meh sini aku nak tanya , apa perasaan kamu kalau orang tulis macam nie.Ko mesti marah kan! so samalah juga macam apa yang kamu dah tulis tue.

Walaupun budak itu bukan sapa² dengan aku tapi sebagai manusia yang waras , baiklah berfikir dahulu sebelum berkata².Bukan niat aku nak menyebelahi budak yang baru nak mencipta nama tue tapi serius kalau rasa nak tegur , biarlah tegur dengan cara yang betul...Nie sesedap rasa je kamu nak cakap orang bangang , apa cer??

Memang la itu belog kamu , hak kamu nak cakap apa pun..setiap orang berlainan pandangan.. iya aku akui tapi yang aku sama sekali tidak setuju bila penggunaaan bahasa yang di gunakan sangatlah kurang sedap di dengar.. Sapa kita nak cakap orang macam tue , cuba kalau kamu di tempat dia orang mengkritik sedemikian rupa , apa perasaan kamu..mesti marah , sedih , semua ada kan..silap² haribulan nak kuar rumah jumpa orang pun x nak sebab malu....

Kok ia pun nak mengkritik , kritik la secara profesional..menggunakan akal yang waras sebelum berkata²..ini tak habis semua orang nak di bangangnya...Maaf la ini sekadar pendapat peribadi aku , kalau ada yang boleh terima ..alhamdulillah tapi kalau ada yang tidak boleh terima..ribuan maaf yang aku pohon..Kita manusia ni selalu lupa jadi x salah kalau kita saling ingat mengingati kan....

Entri dari seorang blogger yang aku rasa keterlaluan sangat...
Tajuk Entri : Nazmi ?? Fenomena TsuNazmi??Gila ke apa ??
kepunyaan belog tidak perlu di mention di sini , kalau aku mention nanti x pasal² traffic belog mencanak pulak kan...Baca entri yang telah aku copy paste dari belognya...




Akhir-akhir ini, negara telah dilanda semacam fenomena yang dipanggil TsuNazmi. Walaupun aku rasa sebenarnya takdelah gelombang mana pun. Biasa je. Apalagi kalau bukan gelombang yang dicetuskan manusia bernama Nazmi Faiz Mansur.

Umur baru 17 tahun tapi dah tunjuk belang kat abang-abang senior dia. Kalau kat asrama mahu kena orientate dengan senior sebab melebih-lebih.

Gol ke-7 tercantik dunia? Apa gila si analisis bola tu? Tak masuk website FIFA pun? Cuma masuk website bangang yang banyak sebar berita bangang.

Kemudian dia nak dibeli skuad ATM dengan bayaran gaji RM20,000 sebulan. ATM ni pun satu, punyalah budak lagi. Takkan nak diletakkan training ganas-ganas? Buat rugi je beli budak ni.

Tapi budak ni pun satu bangang. RM20,000 sebulan. Siapa nak bagi? Dahlah SPM tak ambik lagi. Orang lain degree hempas-pulas, takdenya dapat gaji macam tu sebulan. Bangang. Lepas tu sombong pulak cakap nak tunggu tawaran luar negara. Nak tunggu sapa beli? Barcelona? Baik mimpi jelah.

Yang menambah pelik, bila ada orang samakan si Nazmi ni macam Kaka. Janganlah jadi bangang wahai orang Malaysia. Park Ji Sung dah main berapa lama kat Eropah pun takde siapa kata dia macam Kaka. Ni kan lagi orang Malaysia yang tak tahu main bola. Main telur powerlah.

Sekarang semua orang, lebih-lebih lagi perempuan sibuk letak profil picture gambar budak tak mummayiz ni. Heh. Dasar perempuan. Bukan reti tengok bola. Tapi tahu nya tengok telur si pemain bola. Apesal tak letak gambar Tami Arasu?

Pada aku, Nazmi tak power mana. Sama bangang dengan player Malaysia yang lain. Cuma budak ni level bangangnya tak sama dengan Fakri. Lagi satu pada aku, budak ni satu lagi produk yang bakal gagal bila dah jumpa perempuan. Sama macam Zaquan, Zafuan, dan yang terbaru, si abang muka Jepun Kerol Fami.

Tak percaya? Tengoklah nanti kalau ada artis seksi maut nak ajak kapel. Ptuih!!!....

Komen daripada para pembaca..




Note: apa pendapat korang!! keterlaluan kan..kalau ia pun x support player Malaysia agak² la jangan la jadi mulut puaka ikut sedap je nak cakap orang...Serius aku n en.hubby minat gila dengan palyer yang baru nak mencipta nama nie..Dia ada potensi untuk pergi lebih jauh lagi..kita nie sebagai penonton kalau nak kritik tue biarlah kritik yang membina tapi bukan dengan cara macam nie...tak untung ke kalau kita ada player yang hebat seperti negara luar tue...x faham betul dengan sikap manusia macam nie..




Ulangtahun kelahiran suami tercinta Ziela Jalil


Salam pagi khamis..

Aku rindu sangat dengan Sinar Raudah. Tapi apakan daya semuanya harus di ketepikan dik kerana masa dan faktor kesihatan yang tidak mengizinkan. Hrmm..jangan risau ok aku sihat walafiat cuma sejak ke belakangan nie aku rasa agak pelik sikit pada diri. Nak mengadap lappy pun x boleh dan lebih ketara lagi bila naik kereta..sure aku pening teruk dan uweks²..terseksanya la... 

Ada setengah yang cakap itu sebab liquid dalam kepala aku x balance dan ada pula yang kata sebab tekanan darah aku rendah. Tapi apa yang pasti masa check darah hari tue doc kata darah aku ok.. Liquid tue x berapa pasti...tapi kenapa perlu pening macam nie huhuhuhu!Nak kata pregnant x de pulak! hai la awat ye!

Aku sekarang nie jadi fobia nak naik kereta dah.Naik kereta x sampai 5 km pun dah pening bagai. Segala isi yang ada dalam perut nie habis semua keluar.Hai la dulu masa pergi holiday di Langkawi , aku dah pernah kena macam nie lepas tu hilang..nie kena lagi! aduhai..sapa² pernah kena macam nie please share dengan aku boleh...


Ops! banyak pulak berceloteh sampai lupa topic asal. Cuba u all tengok gambar kat atas nun. Masih kenal lagi?? yap ! Itu gambar Puan Ziela Jalil dan Allahyarham suami nya. Tadi aku sempat lihat di facebooknya berkaitan tarikh hari ini. Menurut kata beliau hari ini adalah hari ulangtahun Allahyarham Megat Junid Megat Ayob..Marilah kita sama² sedekahkan al fatihah, moga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang² yang beriman... Al FATIHAH







Dec 6, 2011

James Bond mati di tembak




Hati memberontak nak update belog , nak aktif serupa dulu tapi akan daya ada perkara yang lebih penting harus di utamakan.Thanks kepada kak Liza kerana sudi promote contest Sinar Raudah. Walaupun aku sedar contest ini pasti tidak akan mendapat sambutan sepertimana yang di harapkan , memandangkan masa aku di belog terhad apatah lagi nak blogwalking pun terbatas.

Aku tidak terperanjat dengan apa yang berlaku , kerana sudah hampir seminggu lebih aku tidak blogwalking ke belog kawan² jadi kesannya traffic belog jatuh merundum..huhuhuhu! tak ku sangka tak ku duga , kalau dari awal lagi aku sedar yang jadual aku padat sebegini , sudah pasti aku tidak akan meneruskan contest itu.Tapi apakan daya aku harus teruskan juga...Hadiah tetap akan di beri walau contest terbantut di tengah jalan.....


Hrmmm... Actually di post nie aku bukan nak story pasal contest tapi aku just nak ucapkan terima kasih pada rakan blogger yang memberi support pada aku. Mood aku semakin hari semakin ke laut. Stress jangan cakap la sampai terbawa² dalam mimpi! banyak naw yang harus aku fikirkan tambahan pula akhir² tahun nie , banyak kerja bangla harus di selesaikan...huhuhuhu!

Bila dah terlampau stress sangat , aku serupa orang masuk ayor...macam blurrr² je...contoh macam semalam , aku dok khusyuk dan tawadhuknya membaca sebuah buku. Sambil en.hubby pula menonton tv yang di lakonkan oleh JAMES BOND. Dalam sedang membaca buku tue sempat juga aku lihat aksi² yang di lakonkannya.Tapi kejap je la than aku terus mencapai baju kerja en.hubby untuk mengosoknya. Selesai menggosok aku pun masuk ke dalam bilik untuk beradu..

Seperti biasa sebelum tido sarungkan stokin di kaki terlebih dahulu. Cuaca di pantai timur agak mendom dan sejuk je , jadi harus di sarungkan stokin pada kaki. Kemudian terlena la aku di buai mimpi...Sedang lena di buai mimpi tiba² aku sedar dan tersenyum..mimpi macam ni pun boleh ke. 

So pagi tadi masa breakfast aku story la kat en.hubby berkenaan mimpi aku tue. Habis suka en.hubby  ketawakan aku pagi nie. Mane taknya , aku leh mimpi tembak James Bond sampai mati. Yang kelakarnya dalam mimpi tue en.hubby pun ada sekali tapi time tue en.hubby tengah layan kaunter strike. Ala game yang tembak² tue. Aku pula dok menyorok belakang en.hubby sebab nak tembak James Bond. Akhirnya James Bond mati di tangan en.hubby... Dia guna senapang apa entah...siut betul mimpi tue! hilang stress aku , hari nie tersenyum je bila ingat balik mimpi tue...hehe..

Lagi parah bila tadi en.hubby mesej bagitahu aku stokin yang dia pakai sebelah lain sebelah lain.. hahahahahah! penangan bini yang blurrrr... tak pasal² laki jadi mangsa..tue la ketawakan aku lagi kan dah kena.. tapi yang pelik cam ner la aku leh kasi stokin sebelah lain , sebelah lain erk!. En.hubby pun satu , asal la x tengok betul² masa pakai tadi.. Aku memang x lihat la , pas bagi stokin padanya , aku keluar memanaskan enjin keretanya seperti biasa lalu membuka pagar....

Jangan terbawa² sampai ke petang sudah la huhuhu!





Dec 5, 2011

Shopping sakan di Car Booth London

As'salammualaikum...

Monday sudah dan bermula dari minggu ini aku akan membusykan diri kembali dengan berada di luar kawasan untuk beberapa hari.. banyak tempat kena settlekan keje tambah² dah akhir tahun nie makin bertimbun dan menggunung la kerja aku yang harus di selesaikan.huhuhuhu!

OMG!!! how about my contest??? Huwaaaaa!!! x ada sapa yang boleh handle contest aku , pasni even x de sambutan pun aku tetap akan berikan hadiah itu.. Tapi aku akan usahakan meluangkan sedikit masa di sini , agar contest ini akan dapat berjalan seperti yang di rancangankan..hopefully la ada masa untuk aku huhuhuhu!

Asyik huhuhu! dari tadi now stop cite pasal out station dan contest kerana nanti ia akan buat aku bertambah sedih...Jom kita cite pasal shopping pulak! akhir tahun mesti banyak sale kan , tambah nak krismas dan tahun baru cina mesti sale habat sampai juling biji mata nak pilih mana satu hehehehe....

U all pernah shopping dekat CAR BOOTH tak! kalau di luar negara memang banyak la kita dapat lihat tapi kalau di Malaysia nie aku tak berapa pasti. Lagipun aku tak pernah jumpa lagi. Kalau berniaga macam pasar malam tue ada la tapi di sebelah pagi punya.Bukan pasar tani tapi kalau di ipoh di panggil Pasar Karat. Banyak barang² dapat kita lihat di sana dengan harga yang sangat berpatutan. Barang² yang di jual selalunya barang² antik dan barang² yang sudah di pakai mahupun tidak....

Actually aku pernah sekali pergi shopping dekat Car Booth nie , masa tue brother in law bawakan. Serius first time tengok orang berniaga macam tue..memang happening.Barang yang berjenama kita boleh dapat dengan harga yang murah , cantik dan berkualiti kainnya sama macam di supermarket. Cuma bezanya , mereka ada jual barang baru dan barang yang sudah di pakai.Kebanyakkan barang yang sudah di pakai seperti pinggan mangkuk , handbag atau apa saja barangan untuk kebajikan punya.Means duit keuntungan dari hasil jualan akan di salurkan pada badan kebajikan.Lebih kurang macam tue la...

Ok jom layan gambar pula...

MIL yang busy mencari koleksi kucingnya..

Aku tak beli apa² pun saja tengok² je , 
kalau ada yang berkenan pun size x sesuai...

Masa ni tak ramai lagi dah nak balik tengok ramai gila orang datang 

MIL shopping sakan , ada barang yang baru dan direct dari kilang lagi..
Yang nie gerai barangan terpakai
Shopping shopping time..
baru habis pitih di sini belum tempat lain lagi hahaha..
Orang kuat merangkap pak mertua ku hehe...








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign