Jul 5, 2012

Kejadian malam Nisfu Sya'aban, sapa-sapa jumpa bapak aku terajang je



Assalammualaikum...

Apabila masuk waktu Maghrib semalam kita telah memasuki pertengahan bulan Sya'aban iaitu bulan yang di kenali bulan Rasul..Ramai yang tak tahu apa erti Nisfu Sya'aban jadi di sini aku cuba terangkan secara ringkas apa erti Nisfu Syaaban....

Nisfu dalam bahasa arab beerti setengah. Nisfu Sya'aban beerti setengah bulan Sya'aban. Malam Nisfu Sya'aban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Sya'aban. Malam Nisfu Sya'aban juga merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr.

Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib. 

Beramallah mengikut kemampuan masing² seperti mengejar duit di dunia, begitulah kita mengejar pahala yang berganda pada malam Nisfu Sya'aban.. Kalau tak dapat semua,jangan tinggalkan semua..one is better than nothing..Rebutlah amal sebanyak yang boleh..moga di berkati oleh Allah.. 

Tapi ada juga yang tidak mahu mengejar pahala malah di saat catatan buku baru di buka , di saat itu juga ia melakukan dosa.. Adakah itu yang di inginkannya?? Serius menjadi satu tanda tanya pada aku apabila membaca status yang agak angkuh lagi bongkak itu.. Mane perginya nilai seorang anak kepada orang tuanya.. Adakah dia berasa bangga dengan apa yang ingin di sampaikannya itu...Nauzubillahiminzalik... Minta di jauhkan la pada diri kita..

Uollsss baca status di bawah ini, apa perasaan uollssss.... Bagaimanalah perasaan ayahnya bila terbaca status tersebut..pasti hancur lulurkan... Bukan sahaja menghina malah menjatuhkan lagi maruah seorang bapa secara umum...Sedih betul! Hari baik bulan baik macam tue dia buat.. aduhai...








18 comments:

Anum said...

sedih

RamRamCute said...

budak-budak zaman sekarang...memang kurang adap...bahasa kasar aje

Cik Aien said...

Mudah untuk kita menutur 'Salam Nisfu Syaaban' tapi mcm mana dengan makna nya pula? :)

Like entry anda mengenai Nisfu Syaaban.. Semoga kita memperbaharui amalan, upgrade keimanan dan install lebih ketaqwaan..

ZULHILMI TEMPOYAK said...

ni la manusia.. ble xde nnt mgila nk ad kat sisi balik... hmm...

dunia2..

kurus said...

budak cetek akal
sbb tu ayah dia sepak dia
sooo padan lah ngan dia kan ! ..

Azlan Strider said...

sape yang komen "giler gangster" tuh..itu bukan gangster..itu bingai namanya..hehehehe

Regards,
-Strider-

Kakzakie Purvit said...

Ya Allah... kau bukakanlah hati anak ini jadi menajdi baik.

Kesian pada ibu-bapanya:(

bunga_rose said...

sesetengah budak2 zaman sekarang takde rase hormat langsung pada orang tua diorang, tu yg byk jd kes tgl mak pak kat tepi jalan tu..

moge kita semua dijauhkan daripada sifat2 buruk camtu..

Bionic women said...

cuma berdoa agar anak saya dijauhi dari perangai macam ni...itu ajer termampu nak cakap

UMMI YL said...

memang le kurang ajar tapi bukan nak kata zaman sekaran ni anak jadi kurang ajar sebab mak ayah terlebih dulu kurang ajar dengan anak-anak...

minta2 allah beri kebaikkan pada anak, ayah dan ibunya juga...

hati anak selalunya besar nak kasih sayang ayah dan ibu..mesti ada sebab anak jadi kurang ajar...

fuhh..takut memikirkan tanggungjawab ibu bapa yang besar ni...

Unknown said...

astaghfirrullah... ada ke anak gitu?...

kasihibu said...

dunia ke akhir zaman bila si ibu lahirkan tuan

Unknown said...

astafirullah...

moga budak itu dibuka hatinya.. berkat bulan syaaban.. harap budak tu memuliakan ayahnya sendiri

eima said...

tah la ape nk jd ngan budak2 la ni ....sabo je la ,,,,

Nadyahoney said...

mmg dah xcukup ajar...

anyss said...

Assalamualaikum,
Dia jadi ayah nanti, dia akan tahu macam mana perasaannya ada anak mcm tu ;)

Misz-ella said...

Ya Allah .. knp la budak ni camni?

Sheherazade said...

risau la ;(,Semoga dijauhkan.Amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign