Jul 28, 2012

Peristiwa 2 tahun lepas..suami pegang-pegang tangan...


Salam 8 Ramadhan...

Pantasnya masa berlalu, sedar x sedar dah 7 Ramadhan berlalu.. Lagu raya dah mula berkumandang di corong radio. Ya Allah, sedihnya. Sungguh, aku belum bersedia untuk berpisah denganmu ya Ramadhan. Serius agak kurang berakhlak untuk memainkan lagu raya pada awal Ramadan. Separuh Ramadhan pun belum habis lagi , stesyen radio dah sibuk pasang lagu raya.. uish..uish..uish..

Tapi mungkin juga mereka sedang menghayati dan berimaginasi matlamat akhir mereka dalam bulan Ramadhan ini iaitu merayakan kejayaan mereka dalam Ramadhan, supaya mereka jadi lebih bersemangat mengerjakan Ramadhan.Wa'allahualam...

Aku rasa Ramadhan tahun ni ada sedikit perubahan pada diri aku. Di mana aku tidak seboros tahun-tahun lepas.. Kalau tahun-tahun sebelum nie, asal pergi PARAM je , apa yang aku nampak depan mata semua aku nak beli tapi berbeza sungguh tahun nie.. Pergi PARAM beli apa yang aku rasa nak makan je, selebihnya aku tengok je.. Nafsu makan pun tidak seperti sebelum nie.. Tak tahu la, mungkin kejutan puasa kot tapi yang pasti buat masa nie aku memang x de rasa nak makan apa-apa kecuali solok ike..

Ayam golek ke, ayam percik ke, kuih muih ke semua takat pandang je.. Mata lihat makanan dan mulut berkata sedapnya tapi tekak x de rasa nak makan..Mungkin baru lagi kot atau mungkin ini satu perbuahan pada diri aku tahun ini.Tapi apa yang pasti sepanjang 7 Ramadhan berlalu, tidak ada lagi aku membazir pada makanan...alhamdulillah :)

Baru dua kali aku pergi PARAM dengan En.Hubby dan semalam juga mengingatkan aku akan peristiwa 2 tahun lepas.. First puasa tahun 2010 pergi PARAM x beli apa-apa pun tapi cari en.hubby yang hilang... Walaupun time tue,aku rasa nak marah, sedih, sakit hati.. semua ada tapi bila di ingatkan balik rasa lucu sangat...

Masa turun dari kereta semalam, hubby pesan..jalan dekat-dekat..Masuk je Bazar Ramadhan terus hubby pegang tangan..dah serupa budak kecik ikut bapanya berjalan.. Alasan hubby, kang hilang satu kerja pulak nak cari hahahahaha...senyum aku dengar bila hubby berkata begitu. Mungkin masih segar dalam ingatan dia berikutan kejadian 2 tahun lalu..


Moral of the story # Kalau nak pergi PARAM, make sure bawak handphone. Kalau terpisah boleh call, x de la sampai pusing keliling cari...














9 comments:

Sheherazade said...

Selamat bersahur,berbuka berpuasa,berbuka puasa dan menjalani ibadah dear

sweet la,mau nya xpanik kan kalau hilang

btl,kena bwk hp penting

Alhamdulillah,kami pon beli sikit je,xnak membazir

azieazah said...

Mesti
param yg U pegi tu besar, luas dan panjang sampai bleh hilang
tercari-cari. Kalu Kak Azie jadi gitu, biasanya kami sama-sama faham
iaitu mesti tunggu kat jalan masuk tadi. Gerenti jumpa, hanya lambat
cepat jer. Kalu bawak anak tu lain citer, memang kena pegang sentiasa...

eelobor said...

kalau tak nak pegang tangan pun boleh.... tapi ikat ngan "tali rapia". huhuhuhuhuh

Mawar Berduri said...

hehe.
bhya tu sis.
nsib bek dpt jumpa balik :)

Unknown said...

Kalau pi bazar. Selalu sorang2. Sbb en zalie xsuka pi tempat sesak. Dia selesa tggu dlm kereta. Hehe

Unknown said...

klu hilang ngan anak2 ..lgi kacau wo..apa pon hubby syg ler tu hehe

kindergartenlibrary said...

kih2.mesti kelakar ! hahaha

takpe , sweet namanya ,:p

☾SHiemaCMa786☾ said...

alhamdulillah..semoga kita dineri kesempatan utk menghabiskan ramadhan ini... :)

hihih..lawok pun ado..tp teringat pulak kenangan seri ilang kat pasar dulu..fobia.. ;(

Myra Jay said...

Mesti sorang ke hulu sorang ke hilir, almaklumlah selera tekak lain2 :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign