Salam 3 Ramadhan...
Thanks uollsss , alhamdulillah keadaan aku dah semakin ok.. Walaupun masih terasa sakit lagi tapi x de la seteruk semalam.. Kalau sakit gini insyaallah boleh tahan.. harap x de la kena macam semalam lagi huhu!
Pejam celik pejam celik, dah 3 Ramadhan. Cepat sungguh masa berlalu. Kalau zaman kanak-kanak dulu, nak tunggu time berbuka punya la terseksa.. rasa lame sangat masa tue tapi tidak sekarang nie. Nak berbuka rasa kejap je..
Ok cite pasal Ramadhan, aku nak sentuh sikit beberapa perkara antaranya mengenai makanan, pakaian dan kesederhanaan.. Aku rasa dah macam satu trend sekarang nie , sebelum dan selepas berbuka pasti ramai orang akan upload gambar juadah berbuka.. Dah macam pesta makanan pun ada! Uollsss rasa sesuai tak...
Pendapat aku la kan... x ada masalah tapi kalau kita share something yang lebih ke arah keagamaan itu lebih baik kot.. at least kita dapat berkongsi ilmu..mengingatkan antara satu sama lain..Ini sekadar pendapat aku je k..
Mengenai pakaian pulak! teruatama bagi kaum hawa.. Jangan la upload gambar yang berpakaian menjolok mata.. Hormat la ini bulan Ramadhan.. Kalau bukan bulan Ramadhan sekali pun, ianya x sesuai di pakai.. Aku bukan nak berlagak baik atau nak jadi ustazah menegur orang tapi as a umat Nabi Muhammad dan sedara seislam, rasanya x salah kalau aku menengur.. Dalam masa yang sama aku juga turut mengingatkan diri aku..
Kesian la pada orang lain sama, dorang nak mengejar dan perbanyakkan amalan sedangkan kita mengurangkan lagi amalan mereka dengan memaparkan gambar yang kurang enak untuk di lihat...Fikirkan orang lain sama.. Jangan kerana kita, orang lain turut menjadi mangsa..Tak perlu nak salahkan orang lain kerana melihat, benda free, di tambah pulak lelaki memang suka benda macam tue.. Sepatutnya kita la yang cuba elakkan tapi bukan galakkan.. Maaf kalau bahasa agak kasar..
Sambutlah Ramadhan penuh KESEDERHANAAN! Kalau mengenai makanan tue aku setuju tapi kalau sebaliknya aku x berapa setuju.Ye lah masyarakat melayu Islam kita, bila Ramadhan je SEDERHANA, tapi bila Raya macam tak ingat Tuhan.Ramadhan adalah bulan yang Allah turunkan pelbagai ganjaran buat hamba-Nya yang tak terhitung dan hanya diberikan pada bulan Ramadhan. Jadi waktu Ramadhan lah umat Islam kena berlumba-lumba merebut sebanyak mane ganjaran yang boleh. Bukannya terlalu sederhana dan sambil lewa. Maaf , minta betulkan saya kalau salah..
Ayuh jom sama-sama kita merebut ganjaran di PESTA IBADAH ini tapi ingat bukan PESTA MAKANAN ok.. sekian...
Note : Kenapa aku sentuh bab pakaian sebab aku nak minta tolong sangat-sangat pada anda-anda semua tolong jangan upload pic yang ala-ala hot gitu...nak bermuncung-muncung ke , nak ala-ala manja ke tolong sangat,JANGAN! sebab semalam aku di beritahu oleh seorang rakan ada satu page ini akan ambil pic-pic yang dia rasa hot dan manja-manja gitu di letakkan di dalam page yang ada unsurkan seks.. memaparkan gambar-gambar hot beserta gambar yang tidak berpakaian... Salah seorang mangsa adalah Blogger Yuyu Zulaikha... Terkejut siut aku tengok malam tadi...hati-hati ok
9 comments:
Selamat Berpuasa Amy. Dunia skrg mcm2, kan.
Alamak... Sis pun dok tayang mknn sejak 2hari lepas..
thanks amy bkongsi dan sama2 menegur kearah positif
bab yuyu tu.. Sis pun tkilan ssgt
geli plak aku nk letak pic gitu ...sbb aku pun tak penah amik ...
yg psl web tu, klu x salah page facebook mencari jodoh.mmg die amik pic2 awek2 yg hot2 ni pastu upload dan buat lelongan..aduh..xde adab sungguh.
Salam Ramdhan Amy
Alhamdulillah
dah beransur sihat
mcm2 pesta boleh jadi.... huhuhu
macam macam jenis kejahatan la sekarang ni...ade ajer...setiap kali nak melangkah kena pikir2 dulu buruk baiknya..
salam ramadhan...
saya mmg tak suka bergambar muncung2 ni... :)
selamat berpuasa dear,pia pon 2 hari demam
mintak dijauhkan
Post a Comment