Jul 17, 2012

Tektik penipuan online banking



Assalammualaikum....

Di saat aku menulis entri ini , hati aku masih x tenang lagi.. Tadi pagi aku merima 2 panggilan telifon secara berasingan dari pihak yang mengaku dirinya dari Maybank...Panggilan pertama dari seorang lelaki dan panggilan kedua dari seorang wanita... Tawaran yang di berikan berlainan tapi apa yang cuba di sampaikan lebih kurang sama.. Tapi bila aku ajukan beberapa soalan , wanita itu seperti mengelak dan meletakkan panggilan telifon.

Aku tak sedap hati kerana dalam perbualan tadi dia ada menyatakan mengenai duit keluar masuk aku. Agak pelik kerana macam mane pihak Maybank boleh dedahkan maklumat mengenai akaun bank aku. Serius lepas pada itu aku terus check akaun Maybank , risau kalau ada duit yang hilang... Alhamdulillah amount masih sama dan x de yang berubah...

Tapi hati aku tetap x tenang kerana ada satu cek akan clear atas akaun Maybank. Wah kalau hilang duit tue mau menangis tak berlagu aku. Mujur juga la cek tu mengambil masa untuk clear.kalau tidak, lagi bertambah meroyan la aku..

Aku terus menghubungi hubby bagitahu dia.. Tambahan pula hubby bekerja di bank , so sudah pasti dia tahu apa yang patut aku buat. Pada mulanya hubby suruh aku abaikan saja tapi setelah berkeras risau akan duit yang ada di akaun tersebut hilang.. baru hubby suruh aku menghubungi Maybank Kota Bharu.. Selepas bercakap dengan pihak Maybank baru lega sikit hati.. Pihak Maybank minta aku jangan dedahkan apa- apa mengenai akaun terutama sekali nombor pin dan minta aku menukar no pin dengan kadar segera..Mungkin ini salah satu cara mereka ingin menceroboh online banking.

Macam-macam hal la sekarang nie orang nak menipu. Tapi agak pelik macam mane orang lain boleh tahu maklumat akaun aku. Pasti ada orang dalam yang menjual atau mendedahkan maklumat tersebut..maaf la kalau aku katakan , kalau betul memang x amanah la pekerja Maybank.. Bukan semua tapi segelintir..








16 comments:

hazanis said...

bahaya nya dgn jenayah skrg..mcm2 diorng boleh buat...haishhh

No name said...

Aku percaya, kalau dengar betul2 slang dia, mesti ada bunyi endon skit. Sebab aku pernah kene lebih kurang mcm tue. Tapi terus letak, cakap tak berminat,and tengah bz. Aku cakap, nanti aku g sendiri dekat bank, kalau ada apa2 hal. :(

dear anies said...

sy buat langkah berhati2..no yg x de dlm hp sy trus sy x angkat hehehe

eelobor said...

mungkin dia x de kerja skrg.... suh dia dtg repair paip kat umah saya sekarang. tersumbat nih...susah nak buat kerja

Sheherazade said...

bahaya kan sekarang ni
setuju,siapa lagi yg buat kalau bkn org yg keje or tau "line" nya

anyss said...

Assalamualaikum,
Sila hati2. Baru minggu lepas saya terima call, tapi bukan dari bank. Offer mcm2 produk pelancongan. Bila tanya dari mana dpt nombor, dia bagi tau "dari karnival & roadshow yang kami buat".

Malangnya, daku bukan kaki karnival atau roadshow. Jadinya, nak tipu apa lagi? tak sempat promosi barang dah kena TUTTTTTTTTTTTTT, terus dia putuskan talian hu hu hu

Unknown said...

kalau jenis call macam ni memang kena hati hati kan.. klik klik pun bahaya dah skang ni..mcm2 cara diorang nak menipu..

MISS Z BERCELOTEH said...

kerana duit, sanggup buat apa saja...

http://misszberceloteh.blogspot.com/

ozzy said...

ramai yg x tahu yg skrg bank menggunakan pihak ke-3 utk kejar payment atau apa2 urusan melalui phone call & pihak ke-3 ini mmg blh access semua maklumat pelanggan bank (sbb rakan saya pernah bekerja di sana)...biasanya yg call kita bukan dari bank tapi mrk iaitu pihak ke-3 yang diupah oleh bank utk mengejar customer

Gadis Kampung said...

ada daftar online banking ker?kadang kala hacker boleh tau pasal maklumat kita melalui online banking juga..

Anonymous said...

tak payah bg info apa2 psl account kita...just ckp tak berminat...

AzianKhalil said...

bahayanye...yale skang nak buat apa2 suh enclose statement bank. ntah2 dibuat kertas recycled

Fiza Rahman said...

Bahaya nih, kena hati².

Unknown said...

Hati2 ya dik.....

Perkongsian dr kamu mmg mbuka hati dan akal. Lepas nie kompom tak layan panggilan dr pihak y tiada kaitan

Cyda Acme said...

Sblm nih selalu gak dpt call mcm tuh. Nak2 kalo dia tanya psl kredit kadlah bla bla bla .... biasanya akan tanya dorg balik, mana dpt details kita nih. kadang tuh dorg acuh tak acuh jek jwb. so kita pun apa lagik ... acuh tak acuh jugaklah layan. bg alasan tgh bz, lenkali jeklah call. tgk2 takde call lgsg dah ...

~ Huda Qamar~ said...

penah gak bank call (tp bank lain) kata suh beli insurans la mcm2 la pakejnye..sbb mmg ada sstgh bank mmg ada insurans takaful la mcm2 kan..

mula2 ye2 kan aje..then ada ke mintak no ic dgn alamat..bank mesti dah ada detail pasal penyimpan kan..lagi mau tanya ka..lagipun akaun tu buat kat seri kembangan..pehal pulak kata cawangan damansara (no tepon caller damansara)..nampak beno nipunya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign