Peperiksaan utama seperti UPSR,PMR dah tiba,dan juga SPM akan tiba. Adakah adik2 sudah bersiap sedia sepenuhnya untuk menempuh peperiksaan? aku sediakan 5 tips sehari sebelum menduduki peperiksaan yang patut adik2 pratikkan.
1. Cuti dari belajar.
Banyak penyelidikan telah menunjukkan bahawa apapun yang anda belajar sehari sebelum hari peperiksaan mungkin lansung tidak akan membantu anda. Mengapa hal sebegini terjadi? Kerana maklumat terkini yang anda belajar, masih bermain-main di memori jangka pendek anda dan akan mengganggu anda untuk mengingati maklumat yang anda belajar semalam,minggu lepas,serta bulan-bulan yang lepas.
2. Lakukan sesuatu yang menenangkan fikiran atau minda anda.
Ajaklah teman anda untuk membuat sesuatu aktiviti yang dapat merehatkan minda. Aktiviti lasak yang berisiko tinggi amat tidak digalakkan. Ini kerana,jika ada sesuatu yang buruk menimpa diri anda,sudah tentu lah akan menggangu proses anda untuk menjawab peperiksaan. Anda digalakkan untuk melakukan aktiviti seperti melukis,melihat gambar-gambar keluarga serta rakan,mendengar muzik yang berharmoni,serta bermain alat muzik yang anda gemari.
3.Hati-hati dengan pengambilan kafein.
Anda tidak perlu mengambil apa sebarang minuman yang mengandungi kafein semata-mata untuk berjaga sehingga lewat malam atas tujuan untuk membuat ulangkaji pelajaran.Ini adalah suatu tindakan yang akan memakan diri anda sendiri. Cuba bayangkan apabila jika anda tidak dapat tidur semalaman, sudah pasti pada hari tersebut anda akan mengalami pelbagai masalah seperti mengantuk,sukar untuk berfikir secara rasional,gugup serta berbagai-bagai lagi.
4. Sediakan segala persiapan seperti pakaian dan alat tulis.
Persiapan awal adalah amat penting bagi memastikan tidak terjadi kelam kabut di pagi hari. Pastikan pakaian telah digosok kemas. Personaliti yang kemas dapat membangkitkan semangat untuk lebih berani dan berkeyakinan semasa menjawab peperiksaan.Alat tulis adalah umpama senjata di medang perang. Anda perlu menyediakan alat tulis yang lengkap kerana sebarang peminjaman semasa peperiksaan adalah dilarang sama sekali.
5. Berdoa dan minta restu Ibu dan Ayah.
Setiap agama mempunyai amalan yang tersendiri. Kepada para penganut agama Islam anda diharuskan untuk berdoa serta membaca ayat suci Al-Quran. Anda juga boleh melakukan solat hajat dan solat istiharah bagi dimudahkan semasa menjawab soalan peperiksaan. Anda juga hendaklah mendapatkan restu dari ibu dan ayah. Restu ibu dan ayah amat penting bagi menghasilkan keputusan yang cemerlang.
Aku berharap agar segala 5 tips ini dapat membantu adik2 semua.Selamat berjaya.
p/s : kalau nak keputusan seperti dalam pic di atas kena la rajin sikit ye adik2 ku...
8 comments:
zila spm taun nie . tq akak utk tips tu :)
Salam zila..
most welcome dear n good luck ye..
mek.. awat kopi pes tip2 tu dua kali? hehe..best gak ni.. nti klu de xm terdekat aibaks nak try la..
Results sape tu?
Meletup..
Cayalah..
rasa macam nak ambik upsr ,pmr dan spm semula
salam kak amy
awe PMR cemerlang, SPM jatuh...sambung STPM..cemerlang dah terus masuk u...awe ada gak buat tips akak bagi..heheh
Assalamualaikum Amy
macam saya boleh belajar lagi ke
he he
i hate exams! haha! :p
Post a Comment