Oct 16, 2010

TIPS MENGATASI TIDUR BERDENGKUR

Salam..

Pernah tak korang tido atau dengar orang lain tido berdengkur , kalau diri sendiri tido berdengkur x de hal punya sebab itu tandanya kita tido dengan nyenyak tapi kalau orang lain tido berdengkur, pernah x korang rasa macam nak ambil air satu baldi dan siram je kat muka...baru padan mukanya tapi apakan daya nak x nak kita kena la bersabar , tutup la telinga dengan bantal , besok bangun pagi tengok muka sembab je silap2 hari bulan mata pun boleh bengkak dik kerana x cukup tido , kesian kan...


Pernah x korang tahu atau ambil tahu apakah sebab kita tido berdengkur...ramai orang di luar sana menganggap salah satu sebab kita tido berdengkur kerana terlalu penat bekerja..mungkin boleh terima juga tapi hari nie aku nak kongsi sikit apa yang aku tahu mengenai sebab2 kita tido berdengkur...

1 - Tisu tekak yang besar dan tebal

2 - Berlebihan berat badan dan mempunyai leher yang pendek dan besar

3 - Batang hidung yang bengkok , polip dan jangkitan sinus

4 - Hidung yang tersumbat dan sukar untuk bernafas

5 - Lemah otot-otot pada lidah , lelangit lembut dan tekak

6 - Berlaku semasa waktu tidur yang nyenyak


Cara untuk mengatasi masalah tido berdengkur nie...

1 - Kurangkan berat badan sekiranya korang mengalami masalah berat badan berlebihan

2 - Kurangkan pengambilan ubatan yang mempunyai kesan mengantuk

3 - Elakan pengambil makanan berat atau ringan 3 jam sebelum tido ( berehat )

4 - Amalkan tido pada waktu yang tetap setiap hari

5- Utamakan tido mengiring daripada posisi melentang

6 - Tido dalam keadaan posisi kepala tinggi lebih kurang 4 inci ke atas supaya lebih tinggi dan lidah tidak bertolak ke belakang...

Info ini aku amek secara ringkas dari Web Kementerian Kesihatan Malaysia..


Aku juga ada cara yang aku amalkan semasa zaman aku tinggal rumah bujang dulu , salah sorang rakan bilik aku tido berdengkur yang sangat kuat jadi aku suka amalkan cara nie...

- meletakan sedikit garam di bibir si pendengkur , tunggu sehingga dia menunjukan tindak balas seperti mengerakan mulutnya...kemudian tambah sedikit lagi sehingga garam itu meresap ke dalam mulut...kesanya korang dapat lihat si pendengkur akan senyap apabila garam tadi sudah meresap ke dalam mulutnya..bile dia dah terasa masin tue senyap la hahahahahahaha.....

- inilah kaedah sengal yang aku sering amalkan , alhamdulillah sangat berkesan...so korang pun boleh cuba juga sekiranya korang mempunyai masalah nie..

selamat mencuba...




9 comments:

::FAIZ:: said...

haha letak garam.... nanti kene lempang... hehe

Kak Amy said...

salam...

sebelum buat tue bagitahu la dia awal2..maksudnya time dia x tido la, cakap ko selalu tido dengkur payah aku nak tido..meh sini aku hilangkan dengkur ko tu...

sure x marah punya..

MR. SYAH said...

tips yg berguna terutama garam tu..

Kak Amy said...

salam syah...

thanks ye..

atuk said...

Assalamualaikum Amy

dia lena..
kita merana mendengarnya..

Wassalam

mrnoble said...

haha! boleh pulak ye letak garam :p

alfa juliet said...

org ckp kalau letih sgt pun leh berdengkur kan

sukemakan said...

kalu letak gule ade kesan x?
hehe~

Anonymous said...

@~SukEMakAn~kalau taruk gule lagi sedap la dia berdengkur

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign