- Dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah, iri hati juga bergaduh terutamanya dengan ibu mertua. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak.
- Dilarang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan.
- Dilarang keluar rumah pada waktu petang atau senja kerana dikhuatiri hantu akan menggusiknya.
- Hendaklah menjauhi pergaulan dengan orang yang tidak jujur atau rendah maruahnya, kerana dipercayai ini akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir.
- Dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap.
- Dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak.
- Ibu juga dilarang memikul batu kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lumpuh. Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan perbuatan ini boleh menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa.
- Ditegah menyusun tempurung kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan akan botak kepalanya.
- Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan anak-anak melangkah perut kerana dikhuatiri anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan.
- Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir akan menjadi besar.
Selain pantang larang yang dinyatakan di atas terdapat beberapa pantang larang lagi yang bersangkut dengan suami kepada ibu mengandung:
- Suami kepada ibu mengandung pula dilarang meniup seruling atau alat bunyi bunyian kerana dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa menangis.
- Suami juga dilarang menyembelih ataupun pergi memburu binatang kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir cacat anggota badannya.
- Suami juga dilarang memukul, membunuh binatang seperti ular dan sebagainya kerana dipercayai anak yang lahir akan cacat atau kenan binatang tersebut.
18 comments:
amy maaf lambat bagi.. gi tengok alamatnya.. kat FB angah dah sent
kalau ada apa2 bagi tahu yeee
Mana yang elok dan sesuai, wajar diikut. Kalu tak pasti bertanya-tanya pada yang arif, seperti Ustaz or Imam.
Yang baik diikut...
salam angah...
thanks sangat2 ye..
salam azie...
betul setuju sangat..
yang penting..selalu beringat..itu shj..jaga solat, tingkahlaku, dan byk berdoa..
wah..cm byk je..huhu..:P
salam sarah...
betul cakap cikgu kita nie...
salam put3..
hehehe...kena beljar jugak nie
dik..selagi tidak bercanggahan dengan ajaran islam
itulah yg di amalkan.
salam ibu...
amy setuju dengan ibu..
Hehehehe~
saya masih blom boleh praktik kan sbb belum pregnant..anyway thanks for the info
salam linda...
same lah kita..
uihs..amy dok cite psl pantang larang nie..da berisi ke..alhamdulillah..
mmg byk kn pantang larang ibu preggy ni..mende ni utk kebaikn kita gak sbnrnya..jd mana yg rasa mcm pelik tu rujuk lah dgn org yg lbh arif kn =)
salam aini...
ahai doa2kan la untuk amy ye...
salam y@N@...
setuju dengan yana...
amy jgn sedih2 tau cuba dulu apa2 hal tengok dalam 1 @ 2 bulan nanti tanya angah yeee
salam...
ok tahnks ye angah...
Post a Comment