Oct 17, 2010

MINTA DI JAUHKAN DARI KEHIDUPAN KITA SEMUA



Layan Nur Kasih tadi dalam you tube membuat aku sgt geram. Sangat geram ngan watak Sarah itu. Perempuan pemusnah kebahagiaan orang lain. Gunakan org sekeliling nak puaskan diri sendiri. Lantak lah, ko tergolek, tertonggeng ke, yang penting aku dapat apa yang aku nak. Benci siot manusia jenis gini.

Tapi tahniah kat Umi Nazira, lakonan dia sgt menjadi.

Dan bila difikir-fikir, sangat takut kalau ada manusia (atau secara tepatnya perempuan) jenis macam ni muncul dalam hidup aku. Uiiihhh, tak terbayangkan beb. Musuh dalam selimut. Depan kita nampak suci murni, kita tak sangka jahat langsung kat dia sebab kita percaya kat dia. Tak terpikir yang dia akan sanggup buat benda jahat kat kita. Tapi tanpa kita sedar, dia peralatkan kita. Dan aku paling tak x suka kalau ianya melibatkan kehidupan rumahtangga. Ohhh, sangat mintak dijauhkan.

Mengapakah perlu wujud golongan yang sebegini??? Dan persoalannya, sampai hati eh korang buat perangai gini..cuba letak diri ko kat tempat orang yang teraniaya tu?? Sanggup?? Sangat mulia lah kalau ko boleh tutup mata je..terima segala apa yang jadik. Letak kesilapan semua kat diri sendiri. Konon apa yang terjadi, mungkin kamu puncanya. Ye, kamu akan dtg dengan pelbagai alasan. Tapi sila lah terima kenyataan, segala alasan yang kamu bagi itu sgt tidak akan boleh diterima oleh org sekeliling.

Kenapa aku emo tiba-tiba?? Takde sebab.. cuma lately terlalu banyak tengok citer/talk show pasal kecurangan. So aku jadik macam takut. Takut nanti benda2 yang aku tgk dalam tv je selama ni, akhirnya jadi kat diri sendiri. Kalau tahu takut kena kat diri sendiri, pandai2 lah amik langkah berjaga-jaga kan. Tapi bila difikirkan unsur luaran yang mcm ni, serius.. takut sangat.

Dah lah, tak mahu cakap lebih-lebih , nanti panjang pulak aku melalut..pape pun jaga je laki tue baik2 sudah hehehehe...peringatan pada diri sendiri , nie la akibatnya kalau terpengaruh dangan cerita tv huhuhu...sush2 pergi jauh2!!!

4 comments:

Nur Azila Ismail said...

cemburu dgn apa yg org lain ada
bg die , kalau dia x dapat , org lain pon x leh dapat

Kak Amy said...

salam azila..

setuju dengan adik

Illiana Hidayah said...

saya pernah lalui benda ni...
even bukan masa pegang status isteri..tapi sakitnya hati masih terasa sampai skrg..
terus terang cakap, biarpun saya tahu benda dah lama berlalu, tapi hati saya masih tak dapat maafkan mereka berdua..kejamkah saya?

Kak Amy said...

banyakan bersabar ye, apa yang terjadi pasti ada hikmah...percayalah, jangan simpan perasaan dendam x baik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign