APABILA mendapat tahu Aida iaitu isteri kepada Ady Putra hamil kembar tiga Ramadan lalu, bukan saja Ady teramat gembira dan bahagia mendengar perkhabaran itu, malah rakan wartawan dan artis pun turut mendoakan Aida serta kandungannya selamat.
Bagaimanapun, harapan Ady dan isterinya untuk menyambut kelahiran bayi kembar tiga itu tidak menjadi kenyataan juga kerana beberapa hari lalu Aida keguguran. SS dapat memahami perasaan Ady dan Aida yang lama menunggu tangisan anak kecil di rumah mereka. Namun apakan daya, kandungan itu tidak dapat diselamatkan. Sesungguhnya Allah swt lebih tahu apa yang baik untuk hamba-Nya dan siapa tahu Allah sudah menyediakan yang lebih baik daripada itu.
SS harap mereka berdua banyakkan bersabar, usia pun masih muda dan boleh mencuba lagi untuk mendapat zuriat. Pasangan suami isteri itu kuat bekerja dan kedudukan ekonomi mereka sudah mantap kerana selain berlakon, mereka juga ada perniagaan sendiri. Jadi sememangnya mereka sudah bersedia untuk menambah ahli keluarga.
Insya-Allah peluang untuk mereka mendapat cahaya mata masih terbuka luas. Teruskan berdoa kepada Yang Maha Esa kerana Dia sentiasa mendengar permintaan dan doa setiap hamba-Nya.
Dalam pada itu, SS juga mendapat berita yang isteri Ahmad Idham iaitu Amy selamat melahirkan anak keempat mereka, seorang bayi lelaki. Amy bersalin di Hospital Glean egles, Ampang.
P/S : di petik dari metro hari ini.
6 comments:
Tumpang simpati. Belum rezeki. Ada hikmahnya tu nanti...
salam azie...
ya mungkin belum rezeki lagi...
semoga mereka tabah...kena prgi check, mungkin rahim tak kuat...sebab sepupu ipar awe ada gak macam tu..rahim tak kuat nak tampung bby...3 kali gugur satu ujian Allah...mesti sedih..awe bace pun sedih
sedihkn..xpe..insyaAllah akan da rezeki nanti..
ada hikmah di sebaliknya
belum tiba masanya..
Post a Comment