Oct 21, 2010

MACAM NIE PUN ADA KE

KUANTAN – Misteri kehilangan bakal pengantin yang dijangka berkahwin 12 November ini, Rozaliya Mat Lazim, 20, akhirnya terungkai apabila dia ditemui bekerja di sebuah kedai serbaneka di Changkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur petang semalam.

Gadis itu bekerja di situ sejak dua hari lalu dan menyewa rumah bersama beberapa rakan berhampiran kawasan Bukit Bintang.

Sebaik sahaja polis Kuantan menerima maklumat awam mengenai kehadirannya di kedai itu, mereka menghantar beberapa orang anggota untuk menahan gadis itu dan membawanya pulang ke Kuantan malam tadi.

Rozaliya memberitahu Kosmo!: “Saya tidak mungkin bersama dia lagi (tunangnya, Mohd. Helmi Mohd. Noor). Saya ingin bina hidup baru, apa yang sudah berlaku biarlah berlalu.’’

Gadis yang berasal dari Kemaman, Terengganu itu kini mahu menenangkan fikiran dan tidak berhasrat memikirkan mengenai majlis perkahwinannya yang telah sedia diatur pada 12 November ini.

“Kalau diberi peluang jumpa tunang pun saya tidak mahu.

Hati saya sudah tertutup,’’ katanya.

Rozaliya mengakui perhubungannya dengan Mohd. Helmi begitu singkat dan terburu-buru.

“Saya hanya kenal dia kira-kira empat bulan dan terus bertunang sebelum merancang untuk berkahwin,’’ katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan malam tadi memberitahu, ketika ditemui, Rozaliya tidak lari sebaliknya bersetuju untuk dibawa pulang.

“Kes ini tiada unsur jenayah dan kepada kami, siasatan telah selesai,’’ ujarnya.

Ditanya kaitan dua khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima oleh Mohd. Helmi pada hari kehilangan Rozaliya yang berbunyi: ‘Ada dua lelaki sedang mengekori’ dan ‘abang datang cepat, saya takut’: beliau menjelaskan, ia mungkin rekaan gadis itu.

Katanya, Rozaliya sendiri mengaku menaiki bas ekspres ke Kuala Lumpur seorang diri pada hari kejadian.

Isnin lalu, akhbar melaporkan kehilangan Rozaliya semasa keluar membeli barang keperluan perkahwinan di Kuantan pada 13 Oktober.

Sementara itu, bapa mangsa, Mat Lazim Mat Ismail, 52, lega melihat anaknya selamat dan akan berbincang dengan keluarga bagi menentukan sama ada perkahwinan yang dirancang pada 12 November ini akan diteruskan.

Menurut Mat Lazim, Rozaliya mengenali Mohd. Helmi selama empat bulan sebelum mengikat tali pertunangan selama setahun.

“Bagaimanapun, selepas Rozaliya mengenali hati budi Helmi, dia sudah berubah sikap,’’ jelasnya.

Mat Lazim mendakwa, sikap Helmi yang pemarah, mengongkong dan sukar diajak ke mana-mana tidak disenangi oleh anaknya itu.


sumber dari kosmo

12 comments:

Ayu said...

Salam Pagi Amy~
Ish2..wat saspen jek budak ppuan 2.. tapi syukur la juga sekurang2nye dia x kena culik @ jadi apa2 yg buruk kat dia....

Kak Amy said...

salam ayu...

tue la kan asal la di buat macam tue, kan dah menyusahkan semua orang.. siap masuk paper lagi tue..uat malu betul la..

buzzy said...

mesti kes merajuk..jauhnye merajuk

Fieza79 said...

jnji tk kena culik ke ape kan..? suma dh selamat...

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

tu la...x kenai hati budi lg kan...tp kalu x mau gtau le...jgn la larikk..dia takut kena marah ngan tunang dia kut...mcm2 kan...naseb baik semua slmt...huhu

Cik Liyana said...

manusia..manusia.. bila mabuk cintan tuh, 4bulan pon rasa mcam 4tahun lamanya dah kenal. takdan kenal molep2 lagi dah ajak nak bertunang, dah tu bila da bertunang nak kawin baru la kenal pe'el sebenar tunang tuh. Mula la sibuk nak reka crita..sian polis dik oit...byk lg kes nk kena selesai bukan nak cara kes dia jek... hahahha budak2

Sidratul Muntaha said...

macam - macam hal!

Lieya said...

Kot ye pun xmo kawin, bg la tau family. Ini tidak melarikan diri pastu x bg tau keluarga sampai kuar paper. Haiskkk mcm2 je budak2 zaman skang nie.

aibaks said...

uih..nape la agaknye kan..

AngahSayang2314 said...

amy angah rasa di tertekan kottt kan???

Anonymous said...

adoi adoi adoi, jgn susahkan satu malaysia bole tak? cakap je lah taknak kawen senang siap nk buat telenovela. tak psl2 skang everytime kuar I bwk kwn I konon takut kena culik. HAMPEH!

Thomas Lee said...

mcm2 pun ada,tapi kalau dah tak serasi baik jgn diteruskan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign