Oct 11, 2010

PERLU KE JEMPUT ATAU TIDAK??

Morning everyone....



Bulan November bakal menjelma.. kad jemputan pun dah mula kunjung tiba. Ramai yang akan naik pelamin November ni.

Dan ada sorang member ni, entah macam mana tengah borak2 ngan dia *online je pun* Dia tanya
dulu ko jemput ke ex-bf ko masa ko kawin?? Hah, amik ko, soalan cepu mas dia bagi. Kan bagus kalau soalan tu tak relevan untuk dibagi kat aku. Tapi nak buat camne, dulu aku kan agak gedik terlebih. Pastu sengal, perasan diri macam laku terlebih *yelah, dolu-dolu kan* Tapi bila usia mula bertambah, otak mula bertindak tanpa terlalu mengikut kata hati. Barulah pandai nak membuat keputusan bijak. Pilihan yang dibuat pun pastilah yang terbaik.

Dan disebabkan kesengalan dan ketidakbijakan membuat keputusan pada suatu masa dulu telah mengakibatkan kewujudan mereka-mereka yang dikategorikan sebagai '
ex-bf' sebagaimana yang dimaksudkan oleh rakan aku di dalam soalannya di atas. Tapi biaslah kan, tu namanya pengalaman. Kalau tak buat silap, kita tak kan belajar pape. Samalah kes nya kat sini, kita sebenarnya dah jumpe org yang sesuai untuk kita, tapi hati masih degil, konon akan ada yang lebih baik dari dia. Sekali dapat yang lagi teruk.. padan muka *kata kat diri sendiri*


Arrgghhh sudah... kisah lama semua tu. Sudah pun dikesali.


Kembali kepada persoalan asal 'perlukan menjemput ex-bf kamu ke majlis bersejarah kamu itu??' And for me, jawapannya adalah 'tak payah'
Lagi-lagi kalau ada urusan tak selesai antara kamu berdua. Kalau dulu tidak berpisah secara demokrasi. Ada perasaan tak puas hati dia terhadap kamu. Jangan carik masalah. Baik keluarkan nama dia dari senarai awal-awal. Sebelum dia buat majlis kamu huru-hara nanti. Tak terbayangkan beb...

Tapi itu kalau kamu ada masalah yang tak selesai lah. Kalau dulu kamu berpisah secara damai. Dua-dua pihak dah saling memaafkan dan menerima hakikat, tiada jodoh di antara kamu, dan menerima baik pengakhiran hubungan tu. Tak salah rasanya untuk menjemput. Walau belum tentu dia nak dtg, saksikan kamu cantik2 duduk atas pelamin ngan org lain. Agaknya kalau dia sudi datang pun, dia senyap2 je.

Hmmm..terserah lah. Kalau kamu rasa mengundang dia tidak akan mendatangkan masalah pada mana-mana pihak, teruskanlah niat tu. Takde sape rugi, tapi kalau ragu2, baik tak payah.Hubungan kamu dengan dia dah berakhir. Kamu dah jumpa pun orang akan hidup bersama kamu sampai ke hujung nyawa. Apa lagi mahu diambil pusing hal lama. Tinggalkan je lah.

Hidup baru yang akan ditempuhi akan lebih indah. Percaya lah.. dan akan lebih indah tanpa kehadiran unsur-unsur yang tak diingini..


p/s : thanks god coz menumakan aku dengan en.hubby, sangat bertuah.. dia sangat sempurna bagi aku...bodek lebih nie...ada pape ke heheheheh (",)

7 comments:

Unknown said...

meh join contest MORTAR BOARD..

http://danielzaidi.blogspot.com/2010/10/contest-mortar-board-beauty-in-ugly.html

Kak Amy said...

salam edy...

terima kasih di atas jemputan ye..

yanamib said...

klu nk jg ati psgn pun bek xyah jemput..anggap la psgn kita akn jeles bila ex-bf/ex-gf dtg time wedding...huhu~ shuuhh shuhh~ =)

Kak Amy said...

itu lagi bagus kan...

Kak Amy said...

itu lagi bagus kan...

Unknown said...

masa kite kawin dulu kite jemput .. nak datang ke tidak itu belakang kira .. tapikan tak sangka exbf dtg .. benda yg lepas tu lepas laa...

Kaseh NazLieza said...

lieza jemput ex.bf lieza n dye dtg taw kak...hubby memula sporting hbz tp biler dye tahu semua ex-boy lieza dtg haruslah dye merajuk sekejap..ala nk minta dipujuk manja2 la tu..ehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign