Dec 12, 2011

Penyakit hati yang bernama iri dengki


Salam hari isnin semua..

Sekadar berkongsi!! Bukan belog Eelobor ye tapi aku sekadar nak berkongsi cerita saja. DENGKI?? serius aku sangat x suka bila berdepan dengan orang seperti ini.Kalau boleh di elakkan , aku akan cuba elakkan diri dari bertemu dan berkawan dengan orang seperti ini. Serius , aku sendiri x faham apa masalah orang seperti ini ,  kenapa perlu iri hati dan dengki mendengki.Tak ada untungnya , menambah dosa lagi ada..

Ingat orang yang membiarkan dirinya di kuasai oleh iri dengki hidupnya akan menanggung beban berat yang tidak seharusnya ada. Bayangkan la , setiap kali melihat orang lain yang di dengkinya dengan segala kejayaannya, maka mukanya akan menjadi tertekuk , lidahnya akan sentiasa mengeluarkan sumpah seranah , bibirnya amat berat untuk tersenyum dan yang lebih bahaya lagi , bila hatinya semakin penuh dengan dengki , marah, benci, curiga, kesal, kecewa, resah, dan perasaan² negatif yang lainnya.

Nak ke kehidupan seperti itu? kehidupan yang menyesakkan. Bumi ini luas , jadi jangan di rasakan sempit hanya kerana sikap buruk ini. Seperti layaknya penyakit, ketika di pelihara akan mendatangkan penyakit lainnya. Demikian pula penyakit hati yang bernama iri dengki. Bila tidak di hilangkan , ia akan mengundang pelbagai penyakit lainnya. Tak guna berdengki kerana ia akan menyusahkan diri. Belajar la bersaing dengan cara yang sihat , jadikan kejayaan orang lain itu sebagai satu cabaran buat kita untuk turut sama berjaya.

Tidak sesulit mane pun untuk membuat kebaikan dan meraih kemenangan.Cuma jangan biarkan dengki menguasai diri tapi cubalah berlumba dalam keadaan kebaikan..Insyaallah semuanya akan di permudahkan..





11 comments:

Anonymous said...

irihati, berdengki ni semua penyakit jiwa, selagi tak ubat, selagi tulah hati sendiri tak tenang

lieynanilaz said...

jangan biarkan perasaan dengki menguasai diri...merana nanti...:)

#iwrite said...

betul tu,..kenapalah mesti adayang iri hati...tak suka betul

Kakcik Seroja said...

Orang yang di hatinya ada penyakit dengki, sukar untuk melihat wajahnya berseri-seri...

*SiRibenMerah said...

ramai je camtuh skang.. dah tak takut ngan dosa pahala.. dengki memanjang.. adeshhh~!

eelobor said...

patut la rasa tak sedap hati jer selagi tak terjah sinar raudah..... ada orang memanggil kat sinih. patut la traffik mencurah2 masuk blog yg tak glamer nuh.... hihihi, thanx

Sheherazade said...

PHD

sucikan diri dan hati

me suya said...

sabar je lah kak kalau berdepan dengan org yg macam ni

nia marlissa said...

ramai org yg iri hati macam ni skg ni.

byakkan bersbr

Unknown said...

perkara biasa dalam masyarakt kita..apa lagi pada org mcm kak ida ni..ada saja yg dengki dn irihati..padahal kita tk usik pun hidup mereka...biarlah..hanya Allah yg tahu.

Semanis Rindu said...

itulah penyakit yang paling murbahaya sekali...sekali dah berpenyakit berkenaan, kalu tak diubati pasti melarat, pasti memakan diri kelak......jahuilah kita dari 'penyakit' itu.....apa kita dapat kalu nak dengki iri hati pada orang......daripada kita nak mengdengki, bukankah lebih baik kita berusaha ke arah kejayaan dan kebaikan itu...kan ke lebih baik..???tepuk dada, tanya akal fikiranmu..... (peringatan buat diriku jua)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign