Hati memberontak nak update belog , nak aktif serupa dulu tapi akan daya ada perkara yang lebih penting harus di utamakan.Thanks kepada kak Liza kerana sudi promote contest Sinar Raudah. Walaupun aku sedar contest ini pasti tidak akan mendapat sambutan sepertimana yang di harapkan , memandangkan masa aku di belog terhad apatah lagi nak blogwalking pun terbatas.
Aku tidak terperanjat dengan apa yang berlaku , kerana sudah hampir seminggu lebih aku tidak blogwalking ke belog kawan² jadi kesannya traffic belog jatuh merundum..huhuhuhu! tak ku sangka tak ku duga , kalau dari awal lagi aku sedar yang jadual aku padat sebegini , sudah pasti aku tidak akan meneruskan contest itu.Tapi apakan daya aku harus teruskan juga...Hadiah tetap akan di beri walau contest terbantut di tengah jalan.....
Hrmmm... Actually di post nie aku bukan nak story pasal contest tapi aku just nak ucapkan terima kasih pada rakan blogger yang memberi support pada aku. Mood aku semakin hari semakin ke laut. Stress jangan cakap la sampai terbawa² dalam mimpi! banyak naw yang harus aku fikirkan tambahan pula akhir² tahun nie , banyak kerja bangla harus di selesaikan...huhuhuhu!
Bila dah terlampau stress sangat , aku serupa orang masuk ayor...macam blurrr² je...contoh macam semalam , aku dok khusyuk dan tawadhuknya membaca sebuah buku. Sambil en.hubby pula menonton tv yang di lakonkan oleh JAMES BOND. Dalam sedang membaca buku tue sempat juga aku lihat aksi² yang di lakonkannya.Tapi kejap je la than aku terus mencapai baju kerja en.hubby untuk mengosoknya. Selesai menggosok aku pun masuk ke dalam bilik untuk beradu..
Seperti biasa sebelum tido sarungkan stokin di kaki terlebih dahulu. Cuaca di pantai timur agak mendom dan sejuk je , jadi harus di sarungkan stokin pada kaki. Kemudian terlena la aku di buai mimpi...Sedang lena di buai mimpi tiba² aku sedar dan tersenyum..mimpi macam ni pun boleh ke.
So pagi tadi masa breakfast aku story la kat en.hubby berkenaan mimpi aku tue. Habis suka en.hubby ketawakan aku pagi nie. Mane taknya , aku leh mimpi tembak James Bond sampai mati. Yang kelakarnya dalam mimpi tue en.hubby pun ada sekali tapi time tue en.hubby tengah layan kaunter strike. Ala game yang tembak² tue. Aku pula dok menyorok belakang en.hubby sebab nak tembak James Bond. Akhirnya James Bond mati di tangan en.hubby... Dia guna senapang apa entah...siut betul mimpi tue! hilang stress aku , hari nie tersenyum je bila ingat balik mimpi tue...hehe..
Lagi parah bila tadi en.hubby mesej bagitahu aku stokin yang dia pakai sebelah lain sebelah lain.. hahahahahah! penangan bini yang blurrrr... tak pasal² laki jadi mangsa..tue la ketawakan aku lagi kan dah kena.. tapi yang pelik cam ner la aku leh kasi stokin sebelah lain , sebelah lain erk!. En.hubby pun satu , asal la x tengok betul² masa pakai tadi.. Aku memang x lihat la , pas bagi stokin padanya , aku keluar memanaskan enjin keretanya seperti biasa lalu membuka pagar....
Jangan terbawa² sampai ke petang sudah la huhuhu!
Jangan terbawa² sampai ke petang sudah la huhuhu!
17 comments:
pia jarang mimpi,kalau mimpi mmg pelik2 hihihi
lucu la u oll ni,sweet
xtahan gelak
hehehe..kelakarlah amy ni. tajuk entry boleh thn...mimpi rupanya. kesian plak en hubby pakai stokin sebelah lain...sebelah lain...
Amboiii.. baekkkk punya mimpi tu Amy. Gara2 letih sangat, mimpi pun entah apa2 agaknya... :)
Mimpi awak nie betul2 bt sy ketawa tengahari nie. Mcm ne la si James Bond ley bertandang dlm mimpi awak eh? Siap mimpi temka James Bond g? Hahahaha! Dasat!
Ni mesti xuas hati hubby x teman tido sal bond tu..
ratu pun slalu mimpi cmtu...yg tak masuk akal.kelako pun ade kdg2...yela kite ni kalau hati ngah celaru atau tak sihat mmg camtu kan...mudah mudahan kite sama2 dikurniakan kesihatan yg baik hgga ke akhirnya...
samapi terbawak2 bawak ke dlm mimpi hehe
Ayarkkkkk!! Amy, indahnya mimpi mu itu.. Hik3!!!
...ha ha ha..lawak2....
ermmmmmmmmmmm
Amy..he he..ke sebelum tidur amy ada tengok filem jamesbond
eB elmau cgl .kalo x musti nk join :)
Assalamualaikum,
Hu hu hu kesian james bond...yang hensem (Brosnan) ke yg dlm gambar nih?
x pernah lagi mimpi artis luar negara..artis malaysia byk..yg paling best mimpi jupe faizal tahir..hohoho..mmg terbaikkk!!
hehe..kdg2 mimpi buat kita jd tersenyum bila bgn pagi...reda stress
tp klu mimpi yg sedih2..x bes kan
terbawa-bawa n terpikir-pikir jgk jdnya..wpun hanya sekadar mimpi
amy ni selalu mimpi pelik2..
kali ni tembak james bond plak..
hehe..
nak join contest tu..tggu..
kelakarlah mimpi Amy... kak munna plg takut klu mimpi pasal berkaitan kematian
Post a Comment