Mulut puaka dan mulut longkang..
Mulut puaka nie ada dua jenis , satu jenis mulut yang berbau busuk bila bercakap dan satu lagi jenis mulut yang tidak bertapis.Kalau bercakap ikut sedap mulut je dan langsung x fikirkan perasaan orang lain. Mulut jenis ni orang lebih suka copkan mulut jahat atau mulut laserrr...Kedua²nya membawa maksud yang sama dan sangat tidak sesuai di praktikkan dalam kehidupan harian kita...
Kalau dulu gelaran mulut puaka atau mulut longkang ni hanya di berikan khas kepada para wanita sahaja. Konon mulut lelaki baik sangat la! ya ampun jangan nak perasan ye wahai kaum Adam.Kalau dulu mungkin iya tapi tidak lagi sekarang. Zaman sekarang nie banyak lelaki yang jenis mulut macam nie.Tapi tak semua la! harus faham di situ supaya jangan salah faham nanti..hihi..
Selalu kalau cakap saja lelaki mulut macam nie, dalam otak mesti fikir mesti Mak Nyah yang di maksudkan .. Tapi kita silap mulut puaka Mak Nyah x de la seteruk yang kita sangkakan..mulut dorang tidak akan jadi puaka kalau tidak kita yang menganggu atau mulakan sesuatu perkara yang boleh menguris hati mereka..Kalau kita x kacau x de la datangnya mulut puaka tue.Tapi berbeza pada lelaki yang normal..
Nie aku baru saja berdepan dengan mulut puaka sang teruna yang muka boleh tahan macho tapi mulut , ya Allah hanya tuhan je tahu.Kerja dia dok mengata dan mempertikaikan orang je..konon buat itu salah buat ini salah..lepas tue nak melaga²kan kita pulak! motif orang macam nie sebab tak boleh tengok orang lain lebih , ada je dia cuba untuk menjatuhkan orang lain...tak dapat dengan cara perbuatan , dengan cara percakapan pun jadi...kalah perempuan taw...serius sangat tak faham dengan orang seperti ini..
U all pernah berdepan dengan dua jenis mulut ni tak.....
18 comments:
hikhikhik..manusia ni kadang-kadang bercakap tak selalu berfikir..main bedal aje tala apa yang dia fikir dia betul tanpa mengira perasaan dan hati orang. :)
ade,merata2 huhu
jauhkan diri je dr orng yg sebegitu..
ada juga ye amy lelaki yg mulut puaka. nak kata pernah berdepan ngan org macam ni... tak pernah jugak. sipi2 tu adalah... itupun dah rasa skit hati sgt.
kaum adam pun tak terkecuali yer,sya tak penah jumpa lagi spesis macam ni
Adehhh, macam2 perangai orang kan..
Myra penah jumpa gak sorang laki mulut puaka nie.. Memang sakit hati..
Apapun banyakkan bersabar ye kak..
Amy, mulut kite leh tahan gak, so, jgn cari gado dgn saya yea, hehehee... saya tak kacau kamu, kamu jgn kacau saya.... Mak saya cakap, saya tak reti berkawan, betul la tu...saya ade jenis mulut yg saya suka...mulut peramah..mmg kawan saya... mulut laser leh kawan dgn saya, kite lawan laser, heheheheh...
saya mmg hati2 pilih kawan, tgk mulut dowang camner, heheheh....
ada jugak ya...
longkang lg wangi dr spesis camnihkan sis.. huhu..
kesimpulannya, kepuakaan & kelongkangan mulut tidak mengenal jantina....selagi dia ble bercakap, selagi tu la mulutnya berisiko menjadi puaka & berbau longkang....
salam..
confirm mamat yang
bermulut longkang tu
spesis GAY..tak caya
cuba tanya dia..?
he he...cepattt larikkk!
longkang lagi wangi dari orang yang bermulut longkang hehe......tetibe jeh
amy..acik selalu..diopis..tak tau lah apa yang tak kena..semua orang tak betul..dia sorang je betul..
Benar amy, lelaki sekarang banyak yang mulut puaka....habis dilaga-lagakan orang hanya kerana iri hati dan bagi mendapatkan sokongan dan pengaruh di kalangan penduduk. Panglima terpaksa cantas mereka-mereka ini.
huhu..penah2..
nasib bek cma pun x jadi spesis cam dua2 mulut ni..
...bukan kdg2 lagi tapi ada lelaki yg pangainya mmg pempuan pun kalah!
kerna mulut badan binasa nnt....jaga jaga che salmah....
mulut longkang ni mau bagi tapak kasut betul2 dkt mulut dia baru best..
Post a Comment