Dec 12, 2011

Fesyen tudung terkini di SERI ZULAIKHA COLLECTION

Sekarang nie ada macam² jenis fesyen tudung kita dapat lihat. Ada yang jenis lilit² di kepala , ada yang main timbun² je atas kepala tue dan ada yang jenis sarung je, kemudian tambah sedikit dengan aksesori tudung.. Letak anting² ke , letak reban ke atau letak brooch yang cute².. memang cantik..Tambah tudung zaman sekarang nie dah x macam tudung zaman kita sekolah dulu..yang bila pakai nampak skema semacam je hehe.. Itu aku la ye bukan hang pa hihi...

Sebelum nie orang merugut x nak pakai tudung sebab fesyen tudung terhad tapi sekarang nie tiada alasan lagi untuk anda tidak bertudung.Selain ia menutup aurat , bertudung juga adalah perkara wajib yang harus di beri keutamaan.Terasa rugi sangat , kerana aku dah banyak membazirkan masa aku dulu dengan free hair.Rasa berdosa dan bersalah serta kesian pada ayahanda yang terpaksa menanggung dosa aku huhuhu! peringatan untuk diri...Mujurlah aku cepat tersedar , dan sekarang aku sangat suka dan selesa bila bertudung...

Kalau dulu masa sekolah aku sanggup letakkan surat khabar di atas kepala semata² tidak mahu pakai tudung. Alasan tak comei! alahai dah sah² muka x comei , pergi salahkan tudung pulak hehe..tapi sekarang tidak lagi , aku memang gila dengan fesyen tudung dan berani mencuba pelbagai style..Tak kisah la lawa atau tidak, as long as aku masih menutup aurat itu sudah bagus..

Di sebabkan kegilaan itu maka ke mana saja aku pergi , pantang melihat tudung yang cantik² di jual , aku pasti akan membelinya. Macam baru nie , aku , hubby dan umie membeli belah di Mydin , sekali terlihat satu booth tudung nie , serius semua cantik².. Juling kejap biji mata aku dekat situ hihi..En.hubby pun x melarang aku nak membeli..so dapat la aku sambar dua tiga jenis..

Bukan itu saja malah aku sempat juga berkenal²an dengan tuan empunya booth tue.Bertanya sedikit pandangan dan pendapat mengenai tudung yang di beli. Bukan tudung je lawa sampaikan baju yang di pakai tuan empunya butik pun aku terpikat hehe..siap cakap dengan hubby , cantik baju dia tambah warna hitam putih adalah warna kegemaran aku..sekarang ni pun aku sangat gilakan fesyen dress labuh atau jubah..

Sebelum aku beredar dari situ , sempat la aku bertanyakan lokasi kedainya. So bila dah tanya lokasi tue faham² je la , next time sure aku akan serbu kedainya pula.So kepada mereka yang tinggal di negeri Kelantan , jangan lepaskan peluang untuk singgah di SERI ZULAIKHA COLLECTION yang terletak di kubang kerian.pelbagai jenis tudung ada di jual di sana dengan harga yang sangat berpatutan..dan yang paling penting , semua jenis tudung yang di jual adalah fesyen² terkini yang di gilai ramai.Kalau ke Kelantan jangan lupa singgah ok..

Berminat anda juga boleh beli secara online di SINI

Pelbagai jenis tudung yang di jual..

Melayan kerenah ku hehe...

Me and owner butik SITI ZULAIKHA...




9 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kakak suka yug simple aje Amy... tapi kalau anak kakak memang tak boleh nampak. Hari itu ke T'ganu kakak rasa satu plastik beg penuh dgn tudung mereka saja...

Unknown said...

klu la wife sy ada kt sini.........

norhidana said...

wah2... geram tgk tudung banyak2...
seronoknyer akak bersupink2 tuh...

JunAina said...

jauhnya Amy nak gi kelantan tp kalau terlanjur kesana boleh le singgah...

miloaiskurangmanis said...

wow... banyak pilihan tu....

Hudalatip said...

sapa tak gila beli tudung kan, kalau lawa dan berpatutan harganya..

Qhaifa Nur said...

betul tu macam2 fesyen tudung ada..
rambang mata dibuatnya..

Sheherazade said...

ooo tidakkkkk,hehehe

pia mmg PANTANG!pantang nmpk tudaung baju cantik2 ni hehe

xpe dear,insyAllah kita same2 berubah ke arah kebaikkan

pia pon menyesali kejahilan lalu

missdicup said...

eh eh..ini member saya ni...

keciknya dunia :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign