Happynya bila lihat angka follower belog aku semakin hari semakin bertambah..Dalam kegembiraan tue , aku tetap rasa bersalah sebab x dapat nak luangkan masa di belog macam dulu..Tapi aku janji hari nie aku akan cuba balas balik kesemua follower belog aku nie.. baru fair kan! moga persahabatan di alam maya nie akan dapat mengeratkan lagi hubungan kita sesama insan...
Im still waiting another follower untuk genapkan angka 2500.. So kepada follower yang ke 2500 , minta tolong print screenkan untuk aku ye.. kalau sudi jutaan terima kasih aku ucapkan...
Ok berbalik kepada tujuan asal.. Aku nak meluahkan sedikit rasa hati. Actually benda nie dah berlaku lame hampir 6 tahun gitu.. Aku xde lah nak berdendam ke apa? cuma aku masih x dapat nak maafkan sepenuhnya dengan apa yang telah dia buat pada aku.Walaupun pada awalnya, suami pernah melarang aku untuk tidak berdendam dengan orang apatah lagi bermusuhan.Tambahan pula ianya ada hubungan kekeluargaan tapi tue la aku lemah dengan pujuk rayu syaitan..maka aku biarkan saja api kemarahan itu membara sampai ke hari ini..
Jujur aku katakan, walaupun mulut aku sering berkata sudah memaafkan tapi hati aku sikit tidak pernah merelakan kemaafan itu. En.hubby dah banyak kali menasihati aku agar melupakan apa yang pernah terjadi sebelum ini tapi aku degil..depan suami aku anggukkan saja tanda aku sudah memaafkan tapi hakikatnya , kemarahan itu sikit pun tidak pernah pudar..
Hidup aku tidak pernah tenang selagi aku terus menyimpan perasaan dendam dan kemarahan ini. Sehinggalah semalam , segala persoalan , segala kemarahan , segala teka teki selama ini telah terjawab.. Barulah aku tahu cerita yang sebenar tapi yang membingungkan aku kenapa baru sekarang nak jelaskan kenapa tidak dari dulu.. Tapi aku percaya mungkin dia mempunyai sebab dan alasan tersendiri, kenapa dan mengapa dia berbuat begitu..
Semalam dengan hati yang rela, aku sudah memaafkannya..Ikhlas dari hati aku! Aku buang jauh² perasaan dendam itu..Serius selepas aku memafkannya terasa lapang je dada.. Kalau sebelum nie , dengar nama je aku dah hangin apatah lagi kalau melihat dirinya di kaca tv..Perghh!! terbakar je hati..Tapi hari nie aku cuba buang segala yang keruh sebelum ini dan aku cuba jernihkan kembali..walaupun ada satu pihak lagi yang masih tidak mengaku kesilapannya.. Aku tidak pernah pinta untuk dia memohon maaf kepada aku tapi yang aku harapkan moga satu pihak lagi tue akan sedar akan kesilapannya sebelum semuanya terlambat...
Now im so happy!! artis yang mempunyai ramai peminat dalam pelbagai golongan, kini mampu berubah ke arah yang lebih baik..kini barulah boleh di jadikan contoh kepada masyarakat.. apa yang di katakan dengan apa yang di lakukan sama dan tidak seperti dulu hanya pandai berkata² dan tidak pernah melakukan.. Tahniah!! im proud with you bro.. Moga dirinya akan terus berpegang teguh dengan agama ISLAM! insyaallah...
Note: Mungkin kak zakie dan panglima tahu akan kisah ini..Mereka berdua banyak memberi nasihat pada aku sebelum ini..Thanks sangat...
21 comments:
memaafkan memang sangat melegakan
hanya org yang mengalami sahaj yang tahu perasaan itu
bgs la kalu begitu..bimbang nnt kalu ajal dtg men jemput x sempat plak kite nk minta maaf..ye dak?
mengucapkan kata maaf memang senang, tapi memaafkan dengan hati yang ikhlas sangat susah rasanya
betul kata orang kemaafan adalah dendam yang terindah
mmg kemaafan itu dendam yg terindah...mesti rasa legakan ;)
memaafkan itu lebih indah kan..
Mungkin itu yang dikatakan kemaafan dendam yang terindah. Semoga Amy terus bahagia dengan kehidupan yang Amy lalui. :)
Salam..semoga hati lebih tenang selepas ini.. :)
assalam amy..memang kadang2 kita syusah nak memaafkan..kalau pun mulut berkata hati tetap tak rela..alhamdulillah amy dah pun memaafkan dan beroleh ketenangan
Alhamdulillah Amy... akhirnya dia sedar akan kesilapannya. Itulah hikmah dari kesabaran yg tinggi Amy. Kakak terharu juga bila setelah sekian lama kegelapan itu menyelubungi akhirnya ada cahaya diperolehi...
sapakah agaknyer artis tu yek...
tp memang menyimpan dndm tu bt kite rasa tak tenang... syukur lah akak dh memaafkan dia tuh
dendam terindah-kemaafan
pasti tenang dan tenteram jiwa selepas ni....
huu. alhamdulillah. akhirnya dimaafkan..=)
jom tmbah ilmu.=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/03/turunnya-nabi-isa.html
salam
baguslah tu...semoga hati lbh tenteram...semoga mampu mengukir senyuman...
sedangkan nabi pun ampunkan umatnya Amy.. mgkin kita bkn nabi..so kita tidak terlepas drp menympan dendam yg terlalu lama.. alhamdulilah.. terbuka juga pintu hati amy utk memaafkan insan itu.. syukur..
xtau ape yg berlaku...
apepun..memaafkan dgn hati yg ikhlas mmg dpt membantu diri kita jadi lebih tenang..
alhamdulillah... ^^_
kemaafan ...adalah satu nikmat
bagus lah...
akhirnye x de dendam..
=D
Assalamualaikum Amy.
Panglima ingat lagi siapa artis yg dimaksudkan itu. Amy dah lakukan yang terbaik kerana Allah, walaupun terpaksa bersabar dan melawan perasaan sendiri. Bukan senang memaafkan orang dan bersabar dengan perbuatannya. Balasan bagi orang yang sabar dan memaafkan orang lain ini di sisi Allah adalah "Syurga Tanpa Hisab". Semoga Amy dirahmati Allah hendaknya. aaminn.
memang berat nak maafkan pd kesalahan2 tertentu & amy dpt juga buat akhirmya. ingatkan nak unfoloow tadi supaya dpt jadi yg ke 2500... dah terlebih rupanya.. he..he..
Post a Comment