Mar 12, 2012

Mimpi pelik tanda ajal dah tiba



Uolllssss pernah mimpi buruk tak! Aku sejak kebelakangan nie selalu sangat mimpi buruk.. Bila bangun pagi perasaan aku jadi takut. Breakfast pagi mesti story dekat en.hubby rasa macam ada yang x kena je.. Nak kata sebelum tido tak basuh kaki , x jugak sebab setiap malam aku mesti basuh kaki dulu.. Nak kata sebelum tido tak baca doa , setiap malam aku mesti baca doa terutama sekali dua kalimah syahadah sebab aku takut kalau meninggal dalam waktu tido at least sempat mengucap...

Tiga hari lepas aku mimpi di datangi seorang wanita tua.Wanita tua itu menghampiri aku lalu berkata kepada aku "kalau kamu nak anak kamu kena cari kain batik kepunyaan ibu mengandung lalu memakainya"...Mimpi nie agak kelakar lalu aku x de la amek pusing sangat...aku anggap sekadar mainan tidur saja..

Dua hari lepas pula aku mimpi wanita yang sama datang kepada aku , lalu mengingatkan sesuatu kepada aku tapi apa yang cuba di pesankan aku tak berapa ingat.Pastue tiba² sebatang daripada gigi aku patah.. tak terasa sakit cuma sepanjang berdepan dengan wanita itu aku just tutup mulut je..

Mimpi semalam pula , aku berjumpa sekali lagi dengan wanita tua itu lalu nenek tua itu membawa aku di sebuah kampung. Di kampung tue nampak damai je , rasa tenang jiwa.. Aku pula just memerhatikan penduduk kampung yang sedang sibuk menguruskan seorang lelaki yang baru saja meninggal dunia.Masa orang ramai sedang memandikan jenazahnya tiba² lelaki tue bangun dan berdepan dengan aku. Lalu berkata Nak bersiap sedia la.. memang terperanjat habis la aku. Hanya aku sorang je lihat begitu sedangkan orang lain x nampak apa²..

So pagi nie hati mula rasa x tenteram..En.hubby pesan next time kalau mimpi macam tue , tersedar je terus amek wuduk dan sembahyang..

Uollsss pernah tak mimpi pelik² camnie tak?...

Tadi story gan kawan , ada ke patut dia suruh aku bersiap sedia mungkin itu tanda² aku dah nak pergi.. siut je lagi buat aku cuak....





26 comments:

Anum said...

ANUM BELUM PERNAH MIMPI PELIK2

Kakcik Seroja said...

Kakcik pula malam tadi mimpikan satu2nya bapa saudara yang kakcik masih ada. Dalam mimpi yang sama juga, kakcik seolah2 bertemu semula dengan adik kakcik yang menghilangkan diri itu. :(

M Fizan said...

mimpi tu mainan tidur jer.. tanya lar orang yang arif dalam mentafsir mimpi...

cheqna said...

mimpi mainan tidur..tapi wallhualam la...
sebab 3 malam mimpi makcik yang sama kan???
Allah maha mengetahui segalanya...

chocolate.aholic said...

uh..pelik2 lak mimpi2 tu..cube google tafsir mimpi...moga Allah pnjangkn umo akak..aminn..insy xd pape...

Unknown said...

berserah pd Allah dan mohon doa moga2 dijauhkan dr segala bala bencana

Kakzakie Purvit said...

Bab ramalan mimpi kakak memang tak pandai tapi kadang memang kita akan bermimpi yg pelik dan tak terfikir di otak kita benda itu boleh terjadi....

lieynanilaz said...

err...alamat apa yerr...saya pun cuak gak ni...

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Assalamualaikum...
Ada pun saya ni bukan la arif dlm mentafsir mimpi, tp berdasarkan pengalaman sendiri...

Mimpi gigi tanggal bermakna akan kematian org2 terdekat.

Wallahualam.

zaidah said...

mungkin amy boleh rujuk kepada mereka yang pakar macam ustaz dan sebagainyer mintak pendapat kekadang mesej tu ingin Allah sampaikan melalui mimpi....sebagai petunjuk...better jumpa ngan mereka yang berkenaan...

Salina@IbuAqil said...

Uishhhhhh!!
Seriau akak baca dik..
Meremang bulu roma ni..
X pnah lak mimpi2 mcm ni..

Azuan said...

selalu mimpi kena belit dan telan dek ular...hehee

AiniHalim said...

xtau apa tafsiran mimpi akak. harap2 bende itu cuma mainan tido dan xde apa yg akan berlaku.. bykkan beristighfar..

BE penah mimpi gigi semua tercabut, tak sakit..bila sedar rs kelakar pun ada..

kurus said...

benar mimpi mainan tidur .. tapi adakalanya mimpi mengandungi maksud sebaliknya .. apa2 pun berbalik lah kepada asal .. agar tidak mempercayai perkara2 karut macam nie .. betul cakap suami amy
ambil wuduk dan sembahyanglah .. mohon pertunjuk dengan allah .. insyaallah dik ..

bunga_rose said...

kalau sekali je mimpi tu datang takde la rase ape sangat, tapi sampai berkali2... ermnnn agak menakutkan disitu amy... tanya la pendapat yg lebih arif

☾SHiemaCMa786☾ said...

Salam Amy..

Mimpi tu mainan tidur..
Tp tula kan.. bila dpt mimpi mcm ni ssh hati dibuatnya..
Betul jgk kata en asben amy tu..bila tersedar di sepertiga mlm,buatla solat sunat.

Dan ada yg mengatakan kadang2 mimpi itu pengatara..Cuba amy buat solat hajat @ istikarah mudah2an diberi petunjuk oleh allah..

☾SHiemaCMa786☾ said...

Salam Amy..

Mimpi tu mainan tidur..
Tp tula kan.. bila dpt mimpi mcm ni ssh hati dibuatnya..
Betul jgk kata en asben amy tu..bila tersedar di sepertiga mlm,buatla solat sunat.

Dan ada yg mengatakan kadang2 mimpi itu pengatara..Cuba amy buat solat hajat @ istikarah mudah2an diberi petunjuk oleh allah..

hana said...

mati tu pasti tp x tau ble..
erm..
selalu je mmpi pelik tp doa agar d jauhkn dr sesuatu buruk..
=D

hana said...

mati tu pasti tp x tau ble..
erm..
selalu je mmpi pelik tp doa agar d jauhkn dr sesuatu buruk..
=D

eelobor said...

Nabi mengajar kita, jika bermimpi yang buruk, ketika tersedar, bacalah "A'uzubillahi minas syaithanir rajiim", kemudian isyaratkan meludah ke kiri sambil berdoa, moga Allah jauhkan apa-apa yang buruk.

Myra Jay said...

Mimpi itu mainan tidur, tapi kalau ianya kerap dan mengganggu kita, lebih baik refer dengan mana2 Ustaz.

mamashikin said...

tak pernah la pulak mimpi macam ni..mcm serius jer mimpi..heee..sb klu sy, slalu mengarut ngarut mimpinya..hee

Panglima7 said...

Assalam Amy. Mimpi amy ini diakhir dengan mimpi yang buruk. Mimpi gigi patah bermakna saudara terdekat meninggal dunia. Kalau gigi depan..orang yg punya pertalian darah yg sangat rapat dgn kita. Kalau mimpi bertemu org yg sama tiga kali berturut2, ada alamat yg hendak disampaikan pada kita. Benar kata eelobor, kalau mimpi buruk..ludahlah sebelah kiri dan ucapkan ayat mohon perlindungan dari syaitan. Sebaiknya selepas solat Maghrib....amy bacalah doa ini, Bismillahillazi laa ya durru maasmihii syaiun filardi walaa fissamaa ie wa huwas sami ul alimm.
Doa ini power...InyaAllah...Dengan Nama Allah, biarlah kejahatan turun dari langit atau yang keluar dari bumi tiadalah ia dapat memudaratkan melainkan dengan izin Allah jua. InsyaAllah amy akan dilindungi Allah hingga ke subuh keesokan harinya. Dan bacalah di waktu subuh/pagi dan amy akan dilindungi Allah hingga ke waktu petang/maghrib berikutnya. Sekadar berkongsi ilmu dan amalan.
Wassalam.

adda syuhada said...

sy pun slalu gk mimpi gigi nak tercabut..tp sy slalu rasa mcm separuh sedar..sbb bila rasa gigi tu nk tercabut sy xkan bg dia tercabut sbb malu bila rongak..ehehhehe...

serikapas said...

Saya google mimpi buruk sbb sejak hamil ni kerap
Mimpi buruk. Cerita tak sama. Tp yg pasti bgn tdo
Mesti berdebar2. Saya bertambah risau baru 4 hari lps
Kawan saya meninggal dunia akibat penyakit cancer
Yg dia sendiri tk tau. Bila rujuk status dlm fb dia
Yg lps saya ada terbaca status tanda2 ajal
Tiba. Salah satunya... Dia mimpi ngeri di awal subuh srhingga
Ayahnya memgejutkannya dari tdo. Bila tanya dia kata
Rahsia dan tk nk bgtau mimpi tersebut. Dia mengalami mimpi tu sebulan sebelum meninggal. Skg saya plak yg risau sbb asyik mimpi buruk.

Mohamad Hafiz said...

Mimpi yang buruk datang dari syaitan.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign