Dec 28, 2010

LELAKI TAKUT BINI



Al kisahnya pada zaman dahulu kala.. seorang raja yang takut bini telah memerintah sekelian rakyatnya, LELAKI sahaja untuk berkumpul di suatu tempat seumpama stadium zaman sekarang.

Titah Raja : Wahai sekelian rakyat beta , sesiapa yang takut pada bini sila berkumpul di sebelah kanan beta dan sebaliknya di sebelah kiri beta..

Tanpa berlengah kesemua yang hadir berkerjaran ke sebelah kanan Baginda..kecuali seorang lelaki yang sedang memeluk sebatang tiang..

Titah Raja ( dalam hati ) : hari nie aku dapat ilmu tak takut bini..

Titah Raja : Kamu kemari mengadap beta..

Lelaki : Tuanku la ke mari ke tempat patik..

Titah Raja : Eh! kamu la ke mari..

Lelaki : Tuanku la kemari.

Titah Raja : Heh! aku raja kamu jadi kamulah ke mari..

Lelaki : Tuanku la ke mari..

Titak Raja ( dalam hati ) : Tak apa ilmu punya pasal aku pergi..

Lalu Baginda pun mencemer duli ke tempat lelaki tadi .. sesampai saje di tempat lelaki tadi , Baginda pun bertanya..

Titah Raja : Apakah rahsia sebenar kamu tidak takut pada bini?

Lelaki : Sebenarnya tuanku , Patik lah orang yang paling takut pada bini..

Titak Raja : Kan tadi beta telah arahkan , sesiapa yang takut pada bini ke sebelah kanan beta.. kenapa kamu tidak menurut perintah beta?

Lelaki : Sebenarnya tuanku , ISTERI patik telah berpesan kepada patik supaya ' Tunggu di tiang ini dan jangan sesekali ke mane2 sehingga dia datang '

Mendengarkan jawapan lelaki tadi , Baginda teramat murka mengarahkan pengawal membunuh lelaki tersebut..


Moral Of The Story :

Kalau takut bini sekali pun jangan la sampai memeluk tiang , kan x pasal2 mati katak hehehe(",)


p/s : Ada ke lelaki macam nie zaman2 sekarang nie erk????






23 comments:

me suya said...

ahaha..lawak2.. akak ni, ade ke org gitu gaya eyh?

hehehe pasal contest tu.. simple dimple je kak :p.yeay akak dah balik.. mesti bnyk update ^^

white rose said...

ade2...
ramai kak...

jangan disangka laki ni dluar bukan main lagi berapi balik umah kena buli...

kekekekeke...

white rose said...

ade2...
ramai kak...

jangan disangka laki ni dluar bukan main lagi berapi balik umah kena buli...

kekekekeke...

eelobor said...

takut tu tidak cuma "malah nok basso"

Misz-ella said...

ada lagi kot?? hihi ..

Abd Razak said...

Assalamualaikum..

Keredhaan suami perlu dan sangat kritikal untuk melayakkan isteri masuk syurga. Di sinilah bezanya antara taat dan takut antara suami kepada isteri dan isteri kepada sang suami.

Namun, ketaatan isteri pada suami terbatal andai suruhan suami itu ada kaitan dengan perkara haram.

ieda said...

adehhh dikk ... gelak guling2 nieee hahahhaha sabor jerlahhh

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

hahhaha..sbr je le..ada ke lg org cm tu..hikss

munna said...

ingatlah betul lah lelaki tu tak takut langsung kat bini dia ... rupanya lagi paling takut bini...

sahromnasrudin said...

hahahah..tergelak sy bacer kisah nie...kalau ada laki yg takut bini, itu tandanya kiamat hampir tiba

atuk said...

Assalamualaikum Amy

sesekali kena takut juga
he he

Wassalam

apdm said...

salam

kak,

syira memang tak suka lelaki yang terlalu tunduk kat perempuan :P

AngahSayang2314 said...

kah..kah..kahhhh apa pun angah bukan jenis macam tueeeee

Anonymous said...

sekarang susah nak cari laki takut bini..yg ade..bini tak takut laki..lalalalala...

MY HEART said...

saya takut mr laki. amacam? ok x? ahaks!

Sheherazade said...

salam

erk,ade kot

kan suarat penah lapor kes isteri dera suami

Ati Masrif said...

janganlah jadi cam tu sekali...ahaks!

ibuintan said...

janganlah takut-takutkan laki..tak baik tu

ana said...

hahahaha...mcm ni punya org pun ada ka?

IMANSHAH said...

macam2 ragam orang dah berbini ya..hehe

Kakzakie Purvit said...

takut tak bertempat. ini bukan takut, tapi dungu. Kesiah pulak kalau ada lagi di zaman secanggih dan dakwah merata sana-sini.

noor said...

lawak lah..
tp rasanya ada kot

yanamib said...

klu ada pon zmn skrg maybe dlm nisbah 1:sejuta kut..ngee~ =P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign