Dec 14, 2010

MENOLONG SALAH DAN TIDAK MENOLONG PUN SALAH


Alhamdulillah selesai juga satu masalah.. sekarang baru sempat nak buka pintu rumah.. thanks all di atas pendapat dan pandangan korang.. memang tidak di nafikan masalah ini terlalu berat dan kalau boleh aku x nak mencampurinya.. apa yang di katakan oleh en.hubby ada kebenaran dan aku telah memutuskan untuk tidak memberi bantuan kewangan.. sebelum aku menceritakan masalah ini kepada kedua ibu bapanya aku mengambil keputusan untuk bertanyakan dengan orang yang lebih arif bab2 agama...

Setelah menceritakan hal ini kepada seorang ustaz aka my uncle.. dia menyarankan aku supaya cerita kepada ahli keluarganya itu adalah jalan terbaik.. kadang niat kita nie baik nak menolong tapi pertolongan yang kita hulurkan itu pulak untuk perkara yang x baik , jadi orang yang menghulurkan bantuan pun di anggap berdosa kerana bersubahat.. jadi pertolongan yang sewajarnya adalah dengan memberi nasihat dan mencari langkah untuk menyelesaikan masalah mereka sekali gus tidak menjerumuskan mereka lagi dengan perkara yang tak baik tue...

Ustaz mengatakan kepada aku...

"niat kamu baik hendak membantu tapi kamu juga kena lihat bantuan macam mane kamu nak hulurkan.. bantuan untuk mengugurkan itu berdosa besar kerana kamu akan di kira bersubahat tapi sekiranya kamu tidak membantu kamu juga akan di kira berdosa kerana kamu sudah mengetahui tapi kamu tidak berbuat apa2 sedangkan mereka tetap dengan niat untuk mengugurkanya.. jadi langkah terbaik kamu nasihatkan la dia dan cakap baik2 tambahan dia lagi tua pada kamu , kemudian baru ceritakan kepada ahli keluarganya.. selebihnya kamu x perlu ambil tahu lagi kerana kamu sudah menjalankan tanggungjawab kamu.."

Syukur alhamdulillah dapat juga aku atasi masalah ini biar pun lepas nie dia nak bermusuh dengan aku2 x kisah janji aku dapat halang dia dari terus menambah dosa.. semoga allah membukakan pintu hati mereka.. amin!!!



13 comments:

Sheherazade said...

Salam

InsyAllah..Amin

Kak Amy said...

wa'salam..

alhamdulillah pia amy rasa lega sangat.. tue la kita yang nak anak nie punya la berusaha tapi mereka yang dah di beri rezeki macam tue pula..dunia2...

Kakcik Seroja said...

Amin...

semoga mereka tidak menambah dosa yang ada.

Kakzakie Purvit said...

Salam Amy,

Langkah bijak Amy berjaya selamatkan dia terus bergelumang dgn dosa. Ajak dia mendekatkan diri dgn Allah....

sahromnasrudin said...

as salam ziarah..semoga amy terus diberi kekuatan dari Ilahi untuk menghadap masalah dari sahabat amy ini ya

eiela said...

bagus lah camtu, saya pun pernah berada dalam dilema nih beberapa thn lps dikira bersubahat sebab menyembunyikan kelahiran, tapi akhirnya member tu dah khwin pun. rasa tak sedap mtk nasihat ustaz jugak dulu.

Latest Entri :
Pertandingan Pantun Paling Menarik

Ayu said...

Assalamualaikum amy..
emm..betul 2 amy..yg xde rezeki nak dapat anak mcm2 usaha buat nakkan anak..yg dah diberi nikmat mengandung mcm 2 pula..
baca paper hari lagi sedih,marah n geram..kisah buang baby lagi..
kenapala baby 2 dibuang2 mcm sampah...hmm..

ibuintan said...

as salam amy,

betul tindakan amy tu, tolong mereka jangan menambahkan dosa lagi

ada juga manusia yang tidak serik dengan pengalaman pertama

eima said...

tindakan amy tu betul ....

Cik Su Life Cycle said...

tersepit antara dua kan.. biar la..hilang sorang kawan je..

Abd Razak said...

assalamualaikum...

Tak payah layan, serahkan masalah ini kepada kauselor yang ada kat Majlis Ugama Islam, biar mereka selesaikan masalah ini.

tiefazatie said...

alhamdullilah..btol la teu sis..biar la hilang kwn pun..tp janji kte xbersubahat..berdosa tue..

yanamib said...

tindakan akak adalah sangat tepat! kalo sy pn takkan setuju bagi pjm duit utk kegunaan jijik mcm tu..astaga...sis doa je lah hati dia terbuka utk bertaubat...sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign