Dec 3, 2010

PEREMPUAN TAK TAHU MASAK LELAKI TAK BOLEH JADI IMAM


As'salam..

Kalau perempuan tidak boleh memasak , di kutuk dan di suruh belajar tapi kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata ok je..Jadi jangan di perbesarkan nanti mereka terasa hati..


"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.

Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.

Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.

Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.

Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!


P/S : Kalau perempuan tak tahu masak..SALAH KE? tapi macam mane kalau lelaki tak boleh jadi imam????

12 comments:

apezs shah said...

Hehee GERUN!! Nanti kena jadi imam depan bakal mertua tu.. siapa yg xreti jangan mimpi nak kawen haha..;) *malu sendiri.!

aienda said...

stuju ngan apezs. haha.. btol tu.. hihi.. pandai2 sendiri la..

sarah-najwan said...

semua org kene beringat2..
jika tidak tahu
mmg wajib belajar
walaupun kita sudah berumur..

Penjejak Mimpi said...

Bese la.. pompuan ni slalu jd mangse.. tak tau masak kene sound tapi kalo lelaki tak leh jadi iman, ok jek ke?

Payah nak cari lelaki yang berkualiti skang nih... :)

SEEPOT SEEDOT said...

betol ni...
solat tu tiang agama...
lelaki pula tiang bg keluarga...
kalau lelaki tak boleh jadi imam,
seolah-olah runtuh institusi keluarga tu..

sbb mmg sah, lelaki takbleh jd imam seolah-olah solatnya tunggang-langgang.

jd...moh kita para lelaki belajar jd imam...bg yg taktahu tu...hehe.

Cyda Acme said...

yupp .. setuju. tak reti masak bleh belajo. tak bleh jd imam?? sndri mau ingatlah .. hu3

me? sejak beranak 2 nih my hubby take over keje2 dapo. sbb dia mmg suka memasak :D

AngahSayang2314 said...

angah rasa kalau perempuan tak tahu masak tak salah apa yg penting kemahuan belajar tue kena ada kan??

Sheherazade said...

salam

tak salah,blh belajar kan? :)

betul2,kadang jemaah juge dgn hubby

Lelaki Ini said...

btol2..
kah3..

cikpuanhady said...

btol2..patutnya saling perbaiki diri masing2..

Nik Black said...

aku xpnh komplen tp mak mertua aku yg komplen anak dia xpndai masak..tp xtau lak dia pandai masak ke x,yang aku tau kalu dia masak aku balun je smpai habis...nasib baek dia masakkan ape,kan,kan..hahahahh

Anonymous said...

For me, perempuan bile kene kondem tak reti masak tiba2 dia kaitkan dengan lelaki x leh jadi imam is A STUPID EXCUSE. "bz, tak sempat,atau ala kalo lelaki tak leh jadi imam org tak kondem pulak"- semuanya alasan bagi orang2 pemalas yang tak nak belajar dan mencuba.


p/s: jangan bagi alasan bodoh dgn mengkondem orang lain atas kelemahan diri sendiri. Cari kelemahan diri sendiri dan perbaiki. jgn asik cari salah org lain utk tutup kelemahan. Sekian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign