May 17, 2010

SELAMAT HARI GURU

Salam...

Rasanya masih belum terlambat
untuk aku ucapakan selamat Hari Guru
Kepada guru2 yang pernah mengajar aku
sama ada di sekolah rendah...
mahupun di sekolah menengah..
tak lupa juga kepada guru2 yang mengajar aku di tadika..
di agama rakyat..
di kolej dan di sekolah memandu..

"SELAMAT HARI GURU "

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Cikgu Zaileha guru sejarah

Cikgu Wan Maizawati guru pendidikan Seni

Cikgu Normazida guru sains

Cikgu Noraziah guru semasa di sekolah rendah

Cikgu Norsiha guru semasa sekolah rendah


terima kasih atas semua jasa baik cikgu selama mengajar saya dahulu..

jasa mu akan ku kenang hingga akhir hayat..amin...
sekali lagi saya ingin mengucapkan kepada

Guru,Cikgu cikgi, pendidik, pengajar, tuan guru, ustaz, ustazah,
pensyarah,mahaguru,tenaga2 pengajar AF, guru vokal guru tarian,
guru silat, gurunanak... gurukul... apa lagi guru yang ada... tambah2...
sempena hari guru ni..."SELAMAT HARI GURU"...

4 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Amy

Alhamdulillah
kerana mengenang jasa2 guru

Wassalam

Kak Amy said...

wasalam..terima kasih:)

Yaya said...

amy, tq for visiting my blog...nak follow blog amy gak ler..amy ni cantek orgnye yer..:))

Kak Amy said...

hai aleeya thanks coz sudi menziarah blog amy...wah u puji amy dah x senang duduk nie..anyway thanks dear...keep in touch ok

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign