Jul 31, 2011

Salam Ramadhan Al Mubarak


katun_Chomei

Sebak dan sayu je rasa hati nie bila mengenangkan Ramadhan yang akan tiba. Alhamdulillah bersyukur aku ke hadrat illahi kerana masih di beri kesempatan bertemu dengan bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga Ramadhan tahun ini akan memberi sinar baru kepada aku dan en.hubby.Insyaalllah-amin

Di kesempatan ini juga aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan buat seluruh muslimin dan muslimat , tidak kira di mana juga anda berada. Bersama²lah kita mencari keredhaan-Nya.-amin

Selamat menyambut puasa semua....


Jul 29, 2011

Buku bacaan para dewa


Berapa lame baru habis baca nie!!!



Jul 28, 2011

Walaupun kalah tapi aku tetap berbangga , tahniah harimau Malaya dan jumpa lagi abang singa!



Pada awal perlawanan tadi aku agak gusar juga , kalau² Khairul Fahmi Che Mat tak boleh perform dan fokus dengan game malam nie. Dik kerana masalah peribadi dengan tunangnya dan gosip skandal dengan perempuan lain. Tapi sangkaan aku meleset! Malam nie Apex berjaya perform dengan cemerlang sekali. Tahniah Apex kau memang hero kami.

Tahniah juga kepada Safi Sali kerana berjaya menjaringkan gol tunggal untuk Malaysia. Rasanya malam nie dua player nie nampak menyerlah tapi yang lain tak tahu la buat apa. Nampak macam tak ada kesungguhan je. Tak pe la nak buat macam mane kan! keputusan dah pun ada jadi kita terima je la seadanya.Walaupun kecewa tapi aku tetap berbangga. Mungkin Malaysia tak ada rezeki untuk terus berjuang ke Piala Dunia 2014. Mane tahu 4 tahun lagi rezeki berpihak kepada Malaysia pula , sapa tahu kan! Apa yang penting jangan putus asa dan tingkatkan lagi mutu permainan korang. Malaysia boleh cuma tak de rezeki je..

Kata² terakhir abang harimau "Jumpa lagi abang singa". sambil abang singa berkata "Apa boleh buat , taik kambing bulat² , gentel² buat ubat , barulah jadi ubat untuk kuat" pasni kena makan ubat cap kambing la pulak baru leh kuat huhuhuhu!

Note: Dari sakit perut terus jadi buasir tengok game tadi! Nie semua gara² abang K la ni!Malam nie confirm dia tido celik mata sebab kalah huwawawaawaaa...


Aduh aku di serang lagi



Good Morning Malaysia! walaupun dah nak masuk tengahari tapi aku tetap nak wish good morning. Sebab apa sebab aku baru bangun tidur.Tadi lepas breakfast dengan en.hubby dan en.hubby pergi kerja , aku sambung tido balik. Nie baru bangun! Hari nie no more work. Nak rest cukup²! Satu phone call pun tidak akan di layan hari nie. Samaada dari mat bangla ke , client ke atau pun customer butik.

Haip²! jangan cakap aku pemalas ye. Bukan selalu pun bangun lewat macam nie.Aku tido balik pun bersebab. Nak tahu apa sebabnya. Tueeee! tengok gambar kat atas tue. Korang tahu kan benda apa tue! Dik kerana terlalu ghairah makan semalam sampai di serang gastrik yang teruk. Habis semua ubat gastrik aku telan , aku minum tapi x ok jugak. Siap dah bertungku tapi x juga ok. Kalau tak ok jugak nie jawabnya ke klinik la cucuk.

Hari nie aku nak blogwalking je la umah korang. Nak update entri banyak² macam x de idea. Stuck ow bila badan tak sihat cam nie. Tapi kalau dok diam pun x leh macam melayan pulak sakit tue. So jalan² panaskan badan umah korang je la..Sapa nak join jom..




Jul 27, 2011

Benci! tak sukanya..blog buat hal nuffnang pun sama




Sorry hari nie x de mood lagi nak blogwalking.Tengok la petang sikit atau malam nanti ke baru aku blogwalking dan balas kunjungan korang. Komen pun aku biarkan dulu! x mau publishkan lagi takut nanti terlupa. Tak tahu la kenapa hari nie mood aku ke laut. Dah banyak kali aku seru pun tak juga mai. Nie semua gara² blog aku la.Blog buat hal lagi! Nuffnang pun sama! Hadoi frust betul la.. Ada banyak komen aku hilang. Lepas tue status aku di tarik lagi. Kali nie tak tahu pulak pasal apa. Sabarrr je la!

Ni pun mujur la aku dah siapkan entri semalam.Kalau tidak hari nie confirm kosong je la rumah aku. Hai la nasib badan! dah la blog baru kena hack pastu bertimpa² pulak la masalah yang melanda Sinar Raudah.Betul buat aku hilang mood la.Maaf la kepada mereka yang dah beberapa kali singgah dan komen.Aku masih x balas kunjungan lagi malah x blogwalking mane² blog pun. Frust punya pasal huhuhu! sorry mood sedih sob sob sob...



Lu langsi ! Lu mati



Kan aku dah pesan
jangan berlegar² di kawasan aku ni bersendiri
kau degil tak nak dengar cakap
dah la wang perlindungan kau tak bayar
sekarang macam mane
terima je lah padahnya

Lu langsi!
Lu mati!

Gambar Lisa Surihani dengan abang askar



Lisa Surihani
yang lengkap berpakaian seragam wataniah.
Shantik kan!

Maaf ye!
x ada gambar abang askar tue dekat sini
kalau korang nak tengok
boleh lihat di SINI










Hari konvokesyen nenek tercinta



Kita yang muda malas nak belajar
tengok nenek nie class kau!

Jangan tertipu dengan gambar di atas
menurut kata sumber
nenek ini hanya mengenakan pakaian ini
untuk mengambil gambar sahaja

Nenek pun teringin juga!

So konvokesyen ini
sudah tentu untuk cucunya..
nenek datang meraikan saja..

Terlepas hajat nenek nak pakai baju nie
gaya nenek pun dah ada
cayalah nek!
senyum..









Bos power tapi sengal





Bos power?

Ni kisah satu org makhluk yg dilantik menggantikan bos asal sebuah
company besar.

Disebabkan masalah pekerja² yang agak kurang motivasi
dan selalu cuai + pemalas,
jadi bos baru ni decide nak ajar mereka sikit
firstday dia dekat company tu. So, sape² yang dia nampak paling pemalas,
dia akan pecat on the spot.
Memang malang tidak berbau, dia ternampak
seorang pekerja yang sedang dok mennyandar kat tepi dinding.

"Yg berbaju biru tu" dia menjerit. Jeritan kuat menyebabkan semua perkerja
tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan. "Bape gaji awak?" dia
bertanya dengan nada yang agak keras "Dalam RM800" pekerja tu menjawab.

Bos tu membalas pula jawapannya,
"Nah amik ni Rm800,BERAMBUS DARI SINI. KALU NAK MALAS²
PERGI TEMPAT LAIN". Pekerja tu amik duit tu, lalu terus blah camtu je.
Bos tadi memandang kesemua pekerja ²nye, seperti mahu mereka paham,
sape malas, sure kene pecat!

Merasakan pekerja² memahami
maksud kejadian tadi, bos itu merasa puas.Sebelum bos itu masuk semula
ke dalam opis nye, dia bertanya kepada salah seorang pekerja
disitu,"Mamat tadi tu kerja department mana?"

Jawap si pekerja,"Owh, dia tu datang anto pizza, tak keje sini pun".
terdiam terus bos !!!!


Moral of the story : Jangan buat tindakan dan keputusan melulu tanpa usul periksa, kalau tidak beginilah jadinya..


Jul 26, 2011

Hadiah pemenang contest tak padan dengan baby


Selamat malam..

Sudah berapa hari aku menunggu pemenang baby contest menginform aku akan barang yang telah di hantar , sudah terima atau pun tidak. Aku hanya menerima maklum balas dari kedua orang juri je tapi untuk kedua orang pemenang masih tertunggu². Sampailah petang tadi aku membuka email dan melihat salah seorang daripada pemenang contest menghantar email dan menyatakan yang hadiah yang di hantar sudah pun di terima.

Jadi happy la aku dengar kalau tidak risau juga.Risau kalau barang tue x sampai je! Tapi ada satu perkara yang buat aku rasa macam x best sikit. Hadiah yang aku berikan itu tidak muat pada babynya. OMG! so sorry dear aku x sangka pula baju tue boleh tak muat. Sebab kalau ikutt pada detail hari tue babynya berusia 7 bulan dan hadiah yang aku berikan itu untuk 9 bulan. Aku sengaja mengambil size besar dengan harapan muatlah si comel untuk memakainya. Sekiranya besar pun still boleh di simpan untuk masa akan datang..

Baju untuk anak juri pun aku ambil size besar tapi alhamdulillah memang sesuai dengan dirinya. Aku harap pihak sana jangan ambil hati ye! kalau menurut pada size baju tue hanya ada size untuk baby berusia 9 bulan ke atas saja.Tak sangka pulak baju tue boleh tak muat. Sorry ok! Risau la takut orang cakap apa pulak. Macam aku bagitahu dekat blogger tue tadi dia boleh sent balik kepada aku dan aku akan hantarkan yang lain...Tapi sejujurnya aku tak tahu boleh jadi macam nie. So sorryyyy!!!

S - 9m (lenght 38cm)
M-12m (lenght 42cm)
L-18m (lenght 45cm)



Note: Boleh ukur pada baju itu mengikut size yang amy letak ini. Serius dan jujur amy katakan baju tue bukan seperti yang saudari katakan bersize 3-4 bulan. size yang ada hanya 3 size ini saja...Hope boleh pulangkan kepada amy asap! Maaf di atas kesilapan ini huhuhu...

Alhamdulillah tercapai juga hajat nak beli kereta ferrari



Alhamdulillah rezeki tahun 2011
Tercapai juga hajat nak beli kereta ferrari!!

Asyik naik Honda je
Bosan dah nak beralih angin pulak
Rasanya kalau aku bawa kereta ferrari smart tak!
hehehehe...

Tinggi betul angan² aku kan!
tapi ini bukan angan² tau tapi realitinya
mau tak tido malam macam nie
asyik dok ingat kat kereta ferrari yang aku booking tue
agaknya bila la nak sampai.

U all rasa aku booking warna apa!
cepat teka sapa jawab dengan betul
aku belanja bawa pusing satu kolumpur

Satu kolumpor besar dah tue
dari pusing satu Kota Bharu
hehehe..

ok la jom layan gambar kereta ferrari
yang aku dah booking tue!

Layannnnnn!!!!!!!!!!
ushar sampai bawah tau
sebab blog aku ada masalah sikit nie



































Amacam ok tak!
u all pun boleh beli tau
cuba baca tue..

*x perlu guarantor
*blacklist pun boleh beli
*kalau x de slip gaji pun boleh

So apa lagi jom kita booking
dan borong beramai² kereta ferrari nie
x dapat yang real dapat yang hiasan nie pun
jadi la hehehe..

jangan marah na!
tadi hot sekarang nak bagi cool
hehehehe...




Gambar perkahwinan puteri bongsu , anak kepada pelakon veteren Norlia ghani



Selamat pengantin baru buat sahabat ku
Emei Atkhasina Ramli
Aku doakan semoga perkahwinan ko ini
akan kekal hingga ke hujung nyawa..
amin

Emei @ mimi adalah
puteri bongsu kepada pelakon veteren
iaitu Norlia Ghani atau lebih di kenali
dengan panggilan mama, dan beliau juga merupakan
adik bongsu kepada pelakon Rusdi Ramli.

Hrmmm
Seronok kan
bila jadi anak seni nie
perkahwinan pun ramai la yang sponsor
bertuah badan
rezeki ko beb!

Beliau telah menamatkan zaman bujangnya
pada 23 julai 2011 , hari sabtu lalu
Sebelum nie aku pernah buat entri berkenaan diri beliau
kalau ada yang terlepas boleh baca di SINI

Ok jom layan
beberapa gambar sekitar perkahwinan beliau


Selamat pengantin baru
dan selamat menyambut ulangtahun kelahiran
mimi!

mimi dan acheng

Gambar selepas bernikah

Bergambar bersama puteri bongsunya..

serasi bersama

bergambar bersama ayahanda tercinta..

di hari persandingannya..





Blogger setahun jagung dah berlagak hebat




Aku tak kisah la kau nie hebat ke apa ke
tapi tolong la jangan berlagak.
Aku paling tak suka orang sombong dan bongkak.
Kalau setakat nak berbelog
famous hanya kerana orang lain
lebih baik tak payah.

Jujur aku katakan
sedikit pun aku tak heran.
Aku hanya akan salute
pada blogger² yang berusaha
dengan hasil dirinya sendiri
tapi bukan dengan hasil orang lain.
Sebab aku tahu betapa sukar
dan payahnya untuk membina belog agar di kenali ramai.

Biarlah pengikut aku x ramai
janji apa yang aku ada sekarang
semua tue hasil dari usaha aku sendiri.
Macam mane payahnya aku
menempuh segala suka dan duka
dalam berblogging nie.

Kalau setakat nama kau naik dan di kenali
hanya kerana di promote oleh orang lain
lebih baik tak payah la!
kau hanya mengambil jalan mudah untuk di kenali
tapi semua tue bukan dari usaha kau sendiri.

So tolong jangan nak poyo dekat sini!
ingat ramadhan dah semakin hampir
dari kau sibuk nak bongkak dekat sini
baik kau tingkatkan amalan kau
sekurang²nya bertambah la pahala dalam diri
dari kau menambah dosa kering







Rumah ku hampir terbakar dik kerana kelalaian sendiri



Morning..

Malam tadi adalah saat yang betul² mencemaskan aku. Tak tahu nak cakap macam mane. Tergamam! Terpaku! Tersentak! Mengelabah! semua ada. Denyutan jantung yang tadinya perlahan kini berdenyut laju seperti kereta F1 yang sedang berlumba di litar Sepang.Habis seluruh anggota badan aku jadi mengeletar seolah² baru di serang penyakit parkinson.Tak cukup dengan itu di tambah pula dengan jeritan suara en.hubby yang memecah sunyi malam memanggil nama ku yang sedang khusyuk dan tawadhu menonton tv.

Aku yang tersentak mendengar jeritan batin en.hubby sepantas kilat berlari menuju ke arahnya. Terkejut beruk , monyet , orang utan semua ada apabila melihat asap yang banyak di dapur. Ya Allah kenapa nie! En.hubby pun jawab x de pape papa saja main bakar² dekat dapur nie huhuhu.. Aduh awat dia perli aku lak nie. Aku pun melihatlah objek yang mengeluarkan asap tue.Eh! macam mane boleh terbakar lak nie sambil tangan nak menyentuh objek itu. En.hubby melarang kerana faktor kepanasan pada objek itu yang mencecah 360ºc..hehehe tipu je! ala objek kalau baru terbakar confirm la panas kan! kalau rasa jari manis yang runcing lagi halus nie nak rasa kenikmatannya memegang objek panas , di persilakan! Kalau tak hangus dan retung pun habis kuat melecur je huhuhu...

Bila lihat objek tu confirm la ianya memang ada kaitan dengan aku. Aku pun cakap la dekat en.hubby. Mama rasa mama lupa switch off kot pa.Tadi masa papa lihat switch nie on ke off. En.hubby jawab switch on. Aduh confirm mama lupa tutup..Sorry pa! so bermulalah babak cerita hindustan di antara Kajul dan Hrithik Roshan merayu meminta maaf dengan di penuhi asap² busuk berbau plastik terbakar.U all nak tahu apa yang terbakar. Rice cooker aku telah buat hal semalam. Bukan terbakar tapi aku yang lalai menyebabkan ianya terbakar.Nasib belum tamat riwayatnya lagi sebab masih boleh di gunakan.

Semalam selepas aku menggangkat periuk tu keluar dari badannya aku terlupa nak tutup switch! lepas tu tudung periuk tu pula aku tinggalkan di dalamnya. Akibat kepanasan yang melampau sehingga menyebabkan pemegangnya cair dan mengeluarkan asap hitam tanda mahu terbakar. Mujurlah pada waktu itu en.hubby ke dapur kalau tidak , x tahu la apa yang terjadi dengan kami. Sejak dua menjak ni aku lalai sangat. Hari tue masa goreng kepok lekor pun terjadi juga. Lepas dah angkat kepok dari kuali , aku terus berlalu. Sekali bila lihat kat dapur asap berkepul² , rupa²nya aku lupa nak tutup api dapur. Minyak yang tadinya warna jernih bertukar jadi warna hitam. Ada sekali tue pula aku panaskan sup tulang.Terlupa sup atas dapur sampai jadi rentung tulang tue. Periuk pun dah macam periuk zaman purba pulak.Hitam legam! Manelah en.hubby x marah.

Semalam kalau pintu dapur tu tak tertutup confirm leh bau.Nie sebab pintu dapur kering nak ke dapur basah tutup jadi x dapat di hidu la bau asap tue.Hai la! malang sungguh aku semalam. Dah la petang semalam kantoi dengan en.hubby makan cat eyes dalam bilik sebab terkantoi tangkai dengan bijinya sebijik. Konon nak menafikan sekali ada bukti huhuhu... Ni sekali lagi betul kata en.hubby , aku ni lalai sangat. Dik kerana kelalaian aku tu boleh mengundang padah.Nyaris la rumah aku tak terbakar kalau tak memang aku x maafkan diri ow huhuhuhu...

Lihatlah! tudung periuk nasi aku yang comel nie
sudah jadi apa?





Jul 25, 2011

Jom tengok gambar nie , pastu komen ok..



Boleh pecah kepala aku fikir gambar nie
pening dowh!!!
tak penat ke lelaki yang tengah ngorat pempuan tue???
botol air tue pula cam ner leh jadi cam tue..

Uishhhh!!!
kalau nak kata dia rotate gambar nie
tak mungkin
atau
ianya sekadar eyes trick
semata-mata..

Huhhh!!
apa pendapat u all..


Sukarnya hendak melupakan cinta lame , kepingin bangat untuk berjumpa dengannya



Orang sibuk nak lupakan cinta hati lame tapi beza pula dengan diri aku. Sejak kebelakangan ni aku asyik dok teringat dekat cinta hati lame aku. Tak tahu lah kenapa. Pernah sekali tue aku menyuarakan hasrat hati aku kepada en.hubby, tapi sikit pun en.hubby tidak endahkan. Katanya yang sudah berlalu biarkan berlalu! jangan di kenang lagi nanti merana diri.huhuhu! sedih ow..

Serius aku teringin sangat nak jumpa cinta hati lame aku nie. Banyak kenangan yang telah kami ciptakan bersama. Pada saat cinta hati aku ingin pergi amat sukar untuk aku melepaskannya. Bukan mudah untuk menerima cinta hati yang baru. Semuanya memakan masa.Maaf kan aku en.hubby sekiranya kata² ini akan menguris hati mu. Tapi aku percaya dan yakin diri mu juga cukup mengerti akan apa yang aku rasai.Tak tertahan rasanya menahan rindu , tambahan pula bila mengenangkan kenangan lame.Ia cukup bermakna sekali.

Sedih memang sedih tapi apa kan daya! Kerana en.hubby aku terpaksa melepaskannya. Kadang pernah juga aku berasa menyesal kerana melepaskannya pergi. Aku tidak sanggup untuk berpisah dengannya.Hari² yang aku lalui menjadi suram apabila tidak melihatnya. Untuk melupakannya sangat mengambil masa.Tapi aku cuba juga demi kerana cinta hati ku yang baru..

Alhamdulillah dengan izin Allah akhirnya aku di ketemukan dengannya. Walaupun pertemuan itu hanya pandangan dari jauh tapi ia amat bermakna sekali. Gembira sungguh aku bila en.hubby menunjukkan cinta hati yang aku cari selama ini. Sepantas kilat aku menoleh muka ku! Alangkah terkejutnya dan teruja bila melihatnya. Masih kacak seperti dulu tapi sayangnya ada parut² pula di muka.En.hubby mengajak aku menghampirinya. Pada mulanya aku menolak tapi setelah di pujuk akhirnya aku akur.

Aku menghampiri cinta hati lame ku dan tanpa di sedari tangan aku mula mengapainya. Masa tu x tergambar perasaan gembira aku. Banyak juga perubahan padanya tapi aku lebih suka melihat dirinya yang dulu. Kacak dan bergaya! Tapi harus di ingat semua itu hanya tinggal kenangan saja. Kini diri mu sudah menjadi milik orang. Tapi cinta dan kasih ku akan sentiasa tersemat sampai bila² walaupun diri mu sudah ada pengantinya.Oh kuda biru ku...

Inilah kereta kesayangan yang banyak berjasa kepada aku dan en.hubby..
memory bercinta dulu nie hehehe...

Kuda biru semasa bersama kami..

Inilah cinta hati yang baru.
Walaupun yang baru lagi cantik
tapi tidak sama dengan yang lame yang banyak mencipta memory.


Gambar sekitar majlis perkahwinan Nik Nor Asyikin


Morning..

Pagi nie aku agak kesibukkan sikit.
Jadi u all layan gambar la ye!
Gambar sekitar perkahwinan
sepupu en.hubby baru² nie.
Insyaallah tengahari nanti
Aku update yang lain!

Ok Layannnnn...

En.Hubby dan cousinnya Nik Nor Asyikin

En.Hubby dan kakak pengantin ( kak Aida )


Menemani Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat Makan


En.Hubby dan Tok Guru


Hantaran dan pelamin

Hantaran sebelah perempuan

Meja santapan pengantin

Pintu masuk ke pelamin

Me and en.hubby dah nak pulang
kekenyangan & keletihan

Teratak pengantin yang tersergam indah

View dari parking kereta
pulang sudah!


Jul 23, 2011

Makan gulai orang kahwin



Tatkala kita mencongak hari untuk di datangi bulan ramadhan tapi masih ada lagi undangan perkahwinan. So hari nie aku bercuti dari memasak. Aku dan en.hubby akan menghadiri perkahwinan sepupunya di sekitar Kota Bharu. Hadiah sudah di baluti , baju juga sudah di siapkan.Cuma tunggu lagi untuk bersiap dan pergi santap saja.Tak sangka pulak di saat bulan puasa yang semakin menghampiri , termakbul juga hajat aku nak menikmati gulai orang kahwin. Alhamdulillah rezeki hehehe...

U all apa program hari nie ye!

Note : Hadiah peserta contest telah pun di hantar pada hari rabu lepas , sekiranya pemenang sudah terima minta update kepada SR.TQ!





Jul 22, 2011

Gambar terbaru Jimmy Shanley bersama puterinya



Ala tomei'nya dia!
Sweet sangat puteri sulung Jimmy Shanley nie
yang di beri name Zahrah Shanley.
Ada iras² Jimmy kan!
Semoga dengan kehadiran Zahrah
ianya dapat menyatukan kembali
hubungan di antara suami dan isteri ni
yang sudah retak menanti belah!

Kesian kepada si kecil ini
dia sangat memerlukan kasih sayang
seperti bayi lain
kasih sayang dari seorang bapa dan ibu
apa salah anak kecil ini
dia pun punyai hak seperti anak kecil lain

Jadi marilah kita sama² mendoakan
agar hubungan Jimmy dan Nursuhaila
akan kembali bersatu
seperti sebelumnya.

siapa yang salah dan siapa yang betul
itu tidak penting
tapi apa yang penting
buangkan sikap ego masing²
demi kerana anak
Zahrah memerlukan anda berdua!






Bila suami mula mengangkat tangan beginilah jadinya


Cinta Hati Aku dunia dan akhirat..


As'salammualaikum...

Lewat pagi nie aku update entri! Nie semua gara² kejadian malam tadi la.Huwaaa!! aku sedih korang bangun pagi nie pun mata aku bengkak akibat terlalu banyak menangis semalam. Tak tahu nak cakap macam mane dan tak tahu juga macam mane nak meluahkan. Tapi serius apa yang terjadi semalam sedikit sebanyak mengganggu emosi aku.

Sudah hampir 2 tahun lebih aku mendirikan rumahtangga bersama en.Amirul. Selama tempoh masa itu tidak pernah sekali pun en.hubby memukul aku , apatah lagi meninggikan suara. Kalau setakat marah² manja tue biasa la. Selalunya en.hubby seperti air mudah sejuk dan aku pula seperti api murah terbakar dan panas. Tapi berbeza dengan apa yang terjadi semalam.Aku di pukul! di pijak sampai badan aku jadi lemah tak bermaya. Darah mula mengalir dari hidung dan mulut aku. Apa salah aku sampai en.hubby buat aku begitu.

Aku tahu sejak dua menjak nie en.hubby terlalu sibuk dengan kerja sehinggakan hampir setiap hari dia akan pulang lewat ke rumah tapi jangan la sampai lepaskan tekanan tue kepada aku. Ibu bapa aku sendiri pun tak pernah buat aku macam tue. Di mana perginya kasih sayang dan cinta yang selama ini sering di ungkapkan di bibirnya. Ya Allah besar sungguh ujian yang Kau beri kepada hamba mu ini.

Air mata aku mula membasahi pipi! Mengalir deras seperti air terjun yang tinggi. Aku merayu dan terus merayu agar tidak di perlakukan begitu. Kalau perlu aku sujud aku sanggup sujud kakinya.Maafkan aku kalau ianya berpunca dari diri ku tapi jangan buat aku begini. Aku hanya insan lemah yang tidak mampu berbuat apa². Sambil teresak² dengan nada suara yang tersekat².En.hubby langsung tidak menghiraukan aku. Dia hanya bersuara sambil membelakangan aku.

Korang tau apa yang terjadi lepas dia balik kan muka kepada aku. Aku yang mengerang kesakitan tunduk dan terus merayu dengan tangan memegang kedua kakinya. Sebaik en.hubby memalihkan mukanya kepada aku. Sekali aku terpandang , Ya Allah sapa kamu! Terus aku tersentak dan terjaga dari tidur dengan air mata yang masih mengalir di pipi. Uish!! ngeri sungguh la mimpi aku nie. Kenapa tadi macam muka en.hubby sekali bila dah toleh nampak macam muka seekor binatang bertanduk.Terus aku terfikir akan gangguan telifon misteri baru nie yang membaca mentera tue. Subahanaallah x akan ada kena mengena pulak! Terus aku lihat handphone , ada tertera 2 missed call no yang sering menganggu aku tue. Now fikiran aku masih memikirkan mimpi malam tadi. Adakah ianya sekadar mimpi atau sebaliknya. U all rasa macam mane........


Note: Sian en.hubby macam mane boleh bertukar jadi garang begitu pun tak tau la hahaha.. Tapi x sesuai ok! dia seorang yang sangat cool , x pernah marah apatah lagi nak cari pasal dengan orang.Apa la punya mimpi lain kali pakai muka orang lain la. Saja mengusik dan memujuk diri agar tidak terlalu memikirkannya...Mood tonggang langgang..



Jul 21, 2011

Stylo habis!



Tengah layan bola sepak Malaysia vs Chelsea sekali terpandang gambar nie di facebook aku. Sila abaikan yang aku menonton tv sambil online ye! So apa pendapat korang tentang pic nie. Stylo tak! Kalau aku terserempak dengan mamat nie mau pengsan di buatnya.Silap hari bulan boleh masuk icu cam nie! huhuhu... Aku nie x boleh lihat benda yang pelik² dan anih , kalau tidak mau 44 hari dok terfikir dan terbayang² benda tue.. Korang lak kalau terserempak dengan orang macam nie ada berani ke....







Ben Ashaari mencari blogger baru je


Di lahirkan pada tanggal 21 July 2009 tepat pada pukul 12.46 tengahari.Di beri nama SINAR RAUDAH atas gabungan nama sepasangan suami isteri. Kelahiran tanpa di duga ini telah memberikan seribu makna kepada si isteri. Berjanji pada diri untuk menjaga ku dengan penuh kasih sayang. Dari aku tidak tahu apa² sampai la aku pandai menerap , merangkak , bertaktih dan berjalan. Tapi adakalanya susun atur langkah ku masih tidak betul.Jadi di usahakan juga agar langkah itu dapat di lihat dengan lebih kemas dan teratur.

Alhamdulillah kini usia ku sudah memasuki tahun ke 2. Berkat ketabahan tuan aku menempuh pelbagai suka dan duka dalam membesarkan aku. Walaupun aku tidak mampu berlari seperti orang lain tapi aku berbangga kerana aku mampu berjalan walaupun adakalanya terjatuh tapi masih ada tangan yang menyambut dan membantu aku. Terima kasih kawan² semua.

Selamat ulangtahun kelahiran Sinar Raudah



Nak join klik SINI

Memandangkan setelah sekian lame aku menyepikan diri dari menyertai mane² segmen dan contest. Maka hari nie aku ingin menjoinkan diri dengan segmen yang di anjurkan oleh uncle Ben hehehe jangan marah ye Abang Ben. Kalau dulu aku boleh di katakan kerap kali juga la join mane² segmen yang beliau anjurkan tapi sejak kebelakangan nie aku rasa lebih selesa menjadi tetamu dari jauh saja. Skodeng dari jauh tanpa bertegur sapa.Tapi sesekali tue aku bagi salam juga , iya la dah selalu sangat masuk rumah orang tanpa pengetahuan tuannya. Nanti di kira menceroboh pulak!

Segmen kali nie bertajuk Ben Ashaari Mencari Blogger baru je. Abang Ben kira kewujudan SR nie baru jugalah ye sebab baru masuk fasa kedua , jalan pun masih tak betul lagi , isi jangan cakap la masih cacamerba.Tapi jangan risau tak semuanya cacamerba ok kadang ada juga yang boleh di jadikan panduan untuk di kongsikan bersama.Tak caya! Kalau tak percaya boleh lihat sendiri. Setiap hari aku akan pastikan dua atau tiga entri update. Kalau rasa busy sangat satu entri pasti ada. Aku akan sentiasa pastikan yang aku tidak mengecewakan tetamu. Kalau aku mengecewakan juga meh aku belanja korang minum air cendol dekat cabang empat tue nak hehehe..gurau je.

Ok apa yang korang boleh dapat dekat sini! Tak boleh dapat aku ye sebab en.Amirul sudah ikat aku awal² hehehe x de la gurau lagi. Ok selalunya aku akan update entri berkisahkan apa yang terjadi dekat aku , orang di sekeliling aku dan tutorial yang telah aku praktikan di SR. Malah aku juga akan sentiasa kongsikan tips² yang berkenaan dengan Nuffnang. Selalunya kalau ada yang bertanya dan kena pula dengan masa aku. Aku pasti akan menjawab pertanyaan itu.Kalau perlu insyaallah aku akan tunjukkan dalam entri aku. So boleh la kita kongsikan bersama. Jangan ragu jangan segan! Jemputlah singgah di sini.Bukan kerana ada air cendol tapi kerana ada banyak info yang korang boleh dapat. Jemput ye!




Kehidupan ini bagaikan lampu dinding



Salam perkongsian untuk semua dan aku mendoakan agar hidup kita sentiasa diberkati dan dirahmati, InsyaALLAH.Aku tertarik dengan bait-bait kata lirik lagu yang disampaikan oleh kumpulan Hijjaz, menyatakan hidup ini ibarat lampu dinding.

PELITA HIDUP

Hidup ini bagai lampu dinding
Yang dinyalakan di malam hari
Apabila minyak sudah kering
Iakan pasti padam sendiri

Demikian juga hidup manusia
Selama hidup di dunia ini
Bila dah cukup umur usia
Putuslah hubungan di sana-sini

Setelah kita tinggalkan dunia
Alam yang lain pula menanti
Apakah kita dapat kurnia
Itu melihat amal dan bakti

Di sana insan cemas dan bimbang
Tak dapat lagi buat alasan
Buruk dan baik akan ditimbang
Kedua-duanya dapat balasan

Hidup ini bagai lampu dinding….yang dinyalakan di malam hari….apabila minyak sudah kering…..ia kan pasti padam sendiri…….

Begitulah hidup kita sebagai manusia…..selama hidup di dunia ini….buruk dan baik akan ditimbang…..semuanya pasti dapat balasan…selagi manusia masih mengingatkan….

Kadang-kadang……kita didatangkan dengan pelbagai perkara yang tidak disangkakan……apakan daya…..manusia kadangkala terlalu mudah lupa…….


Jul 20, 2011

Rapatkan header dengan content blog



So untuk hari nie aku akan tunjukkan pula cara untuk merapatkan header dengan content blog. Maaf kalau ada suara² merdu bak buluh perindu yang bersuara di belakang mengatakan aku berlagak pandai. Aku berkongsi tutorial di sini atas permintaan rakan blogger. So kalau rasa diri dah pandai dan x perlu nak belajar boleh la pergi main jauh² ye! Di tegaskan tutorial yang di hasilkan di SR hanya sekadar untuk perkongsian bersama sahaja tanpa ada perasaan riak atau bangga. Kepada yang terasa tue ku pohon maaf! tak nak la asyik di cop macam tue je sakit hati nie dowh..

Ok kita teruskan dengan tutorial. Di ingatkan nak buat tutorial ini kena ada header transparent. Kalau tak tahu header transparent tue macam mane boleh rujuk di blog NIE. Bila dah ada header transparent baru kita boleh mulakan tapi kalau tak menjadi , itu bukan berpunca dari aku ye tapi ianya dari masalah template. Setiap orang tak sama templatenya. Jadi hari nie aku akan cuba tunjukkan tutorial untuk beberapa jenis template.


Untuk Template Classic yang macam aku guna nie tapi sebelum tue korang download full template terlebih dahulu takut terjadi apa² nanti at least dah ada back up.Than pergi ke

Step 1

Dashboard > Design > Edit Html > Tick Expand Widget

Copy code seperti di bawah nie- bagi memudahkan pencarian klik ctrl+F secara serentak dan copy code di bawah nie di dalam kotak kecil sebelah kanan atas dan kemudian ENTER.

#header {


Bila dah jumpa korang lihat pula code di bawah code tadi ada tulis macam nie

border:1px solid $headerBgColor;

Dah siap korang preview dulu kalau tak ada sebarang masalah boleh la SAVE.



Step 2

Bagi mereka yang menggunakan Template Designer ~ Simple

Sama seperti step 1 , Dashboard > Design > Edit Html > Tick Expand Widget

kemudian korang kena buat header transparent. kalau tak tahu boleh tanya MDT.

Untuk step 2 nie korang kena pastikan ada background putih sikit di sebelah bawah header.Ok bila dah siap boleh la upload header seperti biasa.


Step 3

Bagi mereka yang menggunakan template Picture Window

Dashboard > Design > Edit Html > Tick Expand Widget

Copy code seperti di bawah nie

.header-outer {

Dah jumpa coding tue korang gantikan code tue dengan code di bawah nie

Coding yang berwarna merah tue korang tukar korang tukar mengikut size width dan heightheader korang.


Pastu dah siap korang nak rapatkan pula dengan content kan!Jadi korang kurangkan sedikit size width.Sebagai contoh size asal header korang 300 lepas tue korang nak adjust sikit bagi rapat dengan content. than korang kurangkan la size tue kepada 250 ke! ikut pada korang kemudian preview banyak kali. kalau tak ok jugak adjust lagi sizenya. confirm mesti dapat. Coding korang annti akan jadi sebijik macam coding di step 2.

Dah siap SAVE la. Selamat mencuba




Shamzy Fuzette abang kepada pelakon Shaheizy Sam di penjara



Bekas pelakon Samzy Fuzette iaitu abang kepada pelakon Zizie Ezette dan Shaheizy Sam serta anak kepada pelakon Khaty Fauziah Musa dan suami kepada Serinah Mohammad atau lebih di kenali dengan pangilan Diana. Kini berdepan dengan hukuman penjara dan juga sebatan kerana di percayai memiliki dadah 6 tahun dahulu. Hakim menjatuhkan hukuman itu pada hari Selasa lalu di mahkamah Majistret Ampang dan memerintahkan agar hukuman tersebut bermula pada hari itu.

Kalau aku yang membaca artikel berkenaan pun terasa sedih inikan pula ahli keluarganya. Tak dapat aku gambarkan bagaimana perasaan Kak D ketika ini. Manekan anak yang masih kecil lagi dan masih memerlukan perhatian kedua ibu bapa.Tapi di sebabkan kesilapan lampau anak yang masih kecil terpaksa di pisahkan dengan bapanya dalam tempoh 30 bulan. Kesiannya la pada abang , Cinta dan Arjuna.Ya allah besar sungguh dugaan yang Kau berikan kepada keluarga ini.Semoga kak D dan mummy Khaty tabah mengharungi semua ini dan apa yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya. Be strong ye sis and family!

Walaupun Shamzy Fuzette atau lebih mesra di panggil abang Ngah pernah melakukan kesalahan tapi itu mungkin kesalahan lame. Kita sebagai manusia tiada hak untuk menghukumnya. Jadi masyarakat jangan la menuding jari dan membuat spekulasi sendiri. Mungkin apa yang terjadi kini sebagai satu hukuman di atas kesalahan yang lepas. Ingat satu je! sekali kita buat salah bukan beerti salah selamanya.Tidak ada sapa pun yang sempurna di dunia nie dan terlepas dari melakukan kesilapan.Jadi beliau berhak untuk di berikan peluang ke dua.

Aku tidak la terlalu mengenali keluarga ini tapi pernah satu ketika dulu berurusan dengan kak D. Dan pernah juga beberapa kali ke rumah mummy Khaty kerana sahabat aku berkawan rapat dengan Sam iaitu Shaheizy Sam.So aku dapat lihat sendiri bagaimana kehidupan keluarga mereka. Sangat happening tapi apabila terjadi sesuatu yang menimpa ahli keluarga ini pasti keluarga turut merasakan juga keperitannya.Semoga kak D dan mummy Khaty tabah mengharungi semua ini.


Note : Alhamdulillah dapat juga aku mengatasi walaupun tidak pulih sepenuhnya. Ok la dari tadi kan.Naik juling jugak bijik mata aku lihat SR di serang virus ni.Mujurlah virus tue dapat di tepis kalau tak mahu masuk icu aku hari nie.huhuhuhuhu:(

Kejam betul! Blog aku kena hack habis semua hilang


inilah rupa masa aku buka tadi!
mau tak menangis huhuhuhu..


Maaf la kalau korang masuk blog aku ada kucar kacir sikit. Aku tak tahu sapa la yang tak puas hati sangat sampai sanggup hack blog aku. Habis semuanya hilang. Mujurlah entri masih ada kalau tak mahu berguling² aku menagis hari nie.Serius pagi nie manusia yang busuk hati mengalahkan loji najis tue berjaya buat air mata aku mengalir dengan derasnya apabila blog aku telah di ceroboh masuk orang mereka yang tidak berperikemanusiaan.

Geramm! Sakit hati! Semua ada tapi apa boleh buat semuanya sudah berlaku. Now aku terpaksa formatkan semula. Habis semua coding yang aku gunakan sebelum nie sudah tiada. Blog aku jadi kosong macam kertas kosong yang baru nak di tulis dengan pena. Mujurlah aku pantas kalau tidak mahu dengan entri² aku sekali hilang. Now masa untuk download semula template yang lame. Itupun kalau masih ada lagi di dalam lappy aku nie. Kalau yang aku back up template tue pun dah buang! Jawapannya kena buat semula la! Sial betul! Tak pasal² aku kena buat lain.Huwaaaaaaaaaaaa!!! sedih gile.......

Note : MDT sorry nanti amy dah settlekan blog amy nie , amy akan buatkan tutorial untuk akak ye..huhuhuhu!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign