Jul 14, 2011

Isteri lewat sebulan kena potong..



Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, ” ayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor.”

Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gumbira ini sehingga ianya benar2 pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka.

Pegawai TNB tu pun berkata ” ini rumah En. Mahpus ker?” “iya, saya ni isterinya. ada apa encik”

Pegawai TNB tu pun berkata, ” Puan, ni dah lewat sebulan, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah.”

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu.” APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni lewat sebulan???”


Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab ” ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online”

Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut.
“APAAA????Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? ”

Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan” Relek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan”

Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun
berkata, nanti saya bincang dengan suami saya..lalu pegawai TNB tu pun beredar dari situ..

Keesokkan harinya, selepas si Mahpus ini di beritahu oleh isterinya,dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg berdekatan..

Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata “Apa korang ni, isteri saya lewat sebulan pun nak heboh2 kat dalam internet. Awak ni semua yang berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat niii?? nak kena saman kerr???

Lalu pegawai yang datang kerumah si Mahphus ni berdiri dan mententeramkan keadaan. “sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je…” kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si mahpus naik berang. “APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh….” Lalu pegawai TNB tu pun cakap ” kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik punya…………”

Si Mahpus mencelah ” apa??? potong??? abih tu isteri saya di rumah nak pakai apaaaaaa???

Pegawai TNB tu pun jawab ” nampak gayanye...

ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN AJERRRLAAAAAAAA”???????? ……… …….


Note : Moral of the story …. bayarlah semua Bil anda setiap akhir bulan.



21 comments:

Sarah Syazwani said...

mcm2 hal..hahaha

Kakzakie Purvit said...

Amy.... kakak pun ada dapat email ini tau. Kelakar sebab masing-masing punya pengertian berbeza....:)

Hudalatip said...

macam dah pernah baca lawak ni..tapi still baca lagi pasal memang lawak dan boleh buat tersenyum pagi2 ni..selamat pagi amy..

Chekgu Azrine said...

hahaha..lawaks sangat Amy

Unknown said...

hahahaha.....amy ni buat lawak pagilah...:)

kurus said...

aloor aahahhahaha bengong .. upsss .. salah situasi nie ekekek :)

syuwai said...

hahaha... bil air punya pasal XD

Mrs.fRss said...

hhahahhahaha sagt lawak.. td tgh mudy bile bace ja story ni terus gelak.. hahahah

RHI said...

hihihihi....tak tahan nak gelak ni...adoiiiii, suami isteri tu, betul betukllaaaahhhh.....lambat betul tangkap

arituarini said...

hehe..tk penah bc entri yg pnjang smpai abis.. kih kih kih..

klau nk pkai lilin pun bukn lilin putih tu.. pkai la lilin merah yg buat perhiasan tu lg hebat..kih kih kih...

Hanis Azla said...

aduhai.. bila salah faham, gitulah jadinya kan.. he..he.. yg penting kena amalkan moral of the story tu..

aanie said...

wakaka..salah paham punye pasal...

IMA SALSUZAIMA said...

ish ish..kalau ada betul terjadi?? hehe

eima said...

hahaha sabo je la ... lilin ??hahaha

Far8 budak baik said...

hahahaahahahaahahha
adoyaiii isteri encik mapus
tuuuuu sumpahhh sengalll...
dah klo pakcik TNB dtg
sah sah lah bila api...
akakakaka...
suami dy lakk serbu tak pakai helmet..
hahahahaha

Messy Girl said...

hahahaha...
mmg gila...
cer jelaskan ...
ni tak ayat sume separuh - separuh..
mknanye fhm pun separuh la..hahahah

Anum said...

hahahhahha
kelakarnya

pena rozie said...

hi..hi..hi....

Bionic women said...

hahhaha lucu..bingai jugk isteri en mahfus itu, dan ngan dia2 skali jadi bingai..hahahhaa...
org tnb t pun 1, selalu guna ayat x abis..haha

Anonymous said...

haha..macam2 hal

Sheherazade said...

keh3,tak fhm2 lagi ke..byr la bil :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign