Jul 25, 2011

Sukarnya hendak melupakan cinta lame , kepingin bangat untuk berjumpa dengannya



Orang sibuk nak lupakan cinta hati lame tapi beza pula dengan diri aku. Sejak kebelakangan ni aku asyik dok teringat dekat cinta hati lame aku. Tak tahu lah kenapa. Pernah sekali tue aku menyuarakan hasrat hati aku kepada en.hubby, tapi sikit pun en.hubby tidak endahkan. Katanya yang sudah berlalu biarkan berlalu! jangan di kenang lagi nanti merana diri.huhuhu! sedih ow..

Serius aku teringin sangat nak jumpa cinta hati lame aku nie. Banyak kenangan yang telah kami ciptakan bersama. Pada saat cinta hati aku ingin pergi amat sukar untuk aku melepaskannya. Bukan mudah untuk menerima cinta hati yang baru. Semuanya memakan masa.Maaf kan aku en.hubby sekiranya kata² ini akan menguris hati mu. Tapi aku percaya dan yakin diri mu juga cukup mengerti akan apa yang aku rasai.Tak tertahan rasanya menahan rindu , tambahan pula bila mengenangkan kenangan lame.Ia cukup bermakna sekali.

Sedih memang sedih tapi apa kan daya! Kerana en.hubby aku terpaksa melepaskannya. Kadang pernah juga aku berasa menyesal kerana melepaskannya pergi. Aku tidak sanggup untuk berpisah dengannya.Hari² yang aku lalui menjadi suram apabila tidak melihatnya. Untuk melupakannya sangat mengambil masa.Tapi aku cuba juga demi kerana cinta hati ku yang baru..

Alhamdulillah dengan izin Allah akhirnya aku di ketemukan dengannya. Walaupun pertemuan itu hanya pandangan dari jauh tapi ia amat bermakna sekali. Gembira sungguh aku bila en.hubby menunjukkan cinta hati yang aku cari selama ini. Sepantas kilat aku menoleh muka ku! Alangkah terkejutnya dan teruja bila melihatnya. Masih kacak seperti dulu tapi sayangnya ada parut² pula di muka.En.hubby mengajak aku menghampirinya. Pada mulanya aku menolak tapi setelah di pujuk akhirnya aku akur.

Aku menghampiri cinta hati lame ku dan tanpa di sedari tangan aku mula mengapainya. Masa tu x tergambar perasaan gembira aku. Banyak juga perubahan padanya tapi aku lebih suka melihat dirinya yang dulu. Kacak dan bergaya! Tapi harus di ingat semua itu hanya tinggal kenangan saja. Kini diri mu sudah menjadi milik orang. Tapi cinta dan kasih ku akan sentiasa tersemat sampai bila² walaupun diri mu sudah ada pengantinya.Oh kuda biru ku...

Inilah kereta kesayangan yang banyak berjasa kepada aku dan en.hubby..
memory bercinta dulu nie hehehe...

Kuda biru semasa bersama kami..

Inilah cinta hati yang baru.
Walaupun yang baru lagi cantik
tapi tidak sama dengan yang lame yang banyak mencipta memory.


15 comments:

abah khalisha said...

Banyaknya kereta..leh lah bagi abah satu..

Diana @ BKKC said...

wat suspen jek...

Unknown said...

betul la amy..
macam suami akak la..
dia tetap sayang kereta iswara dia dulu..
sebab tak meragam..
masa nak jual dulu dia ambik gambar kereta dia banyak2..
hahah...
sekarang pun dok sebut2 lagi..

kurus said...

kereta lama value dia tinggi dikk .. kualiti pun terjamin bukan mcm kereta skrg .. langgar sikit dah kemikkk .. kecewa banyak huhuhu

Cikrosecute said...

Kereta biru tu...tengok kat umah Amy masih segak lagikan....Dengan orang lain hilang segaknya...hihihi

Barang lama memang susah nak di lupakan...banyak kenangan mengusik jiwa...

Anonymous said...

nasib baik kereta.. :D

Anum said...

ye la selalu yang lama tetap di kenang

eima said...

aku dah agak dah ...keta ..sbb aku pun slalu rindu keta pertama aku ...huhu

besar nye umah ko amy .... suka bath tub ...

azwa amani said...

huhuhuhu...baiknyr abg mirul tak jeles dengan cinta lama akak....rupenye2 kete

Hudalatip said...

dulu abah kita nak jual kereta, kita sampai cium2 kereta tu..sedih sangatt..

Rosniena said...

teringat cinta hati saya..si biru juga..banyak kenangan susa senang bersama,tapi dia dah hancur lebur kerana terbakar..akibat pekerja bengkel cat kereta punya angkara bakar kereta customer..kini si putih setia bersama sebagai pengganti

mesuya said...

terkejut kot baca cerita akak kali ni.. tapi, main2 je rupanyer. Aisey man..akak ni.. buat suspen je~

Panglima7 said...

Amy....amyyy....pekena kan org yg membaca yer.....huhuuhu.

Farihan said...

xpe..cipta memori yang baru pula lepas ni

Sheherazade said...

btl tu,kete pertama mcm cinta pertama walaupon kete biasa2 je

heheh,kretif btl u ni dear

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign