Dec 23, 2012

Entri terakhir untuk tahun 2012


As'salammualikum w.b.t...

Sumpah!!! rindu gile dowh nak membebel dan merapu kat sini.. Lame sungguh aku menyepi.. Bukan x nak update tapi apakan daya sejak di serang penyakit alah cahaya, maka terpaksa la aku membawa diri ke dunia baru.. Kembali ke zaman batu, tiada handphone, tiada lappy mahupun televisyen.. tapi kalau aku teruskan juga maka seharian la aku akan pening kepala.. Mata ni dah rosak agaknya..hurmmm..

Pada 20/12/2012 baru nie adalah hari ulangtahun perkahwinan aku yang ke 4. Alhamdulillah.. Syukur kehadrat Mu Ya Allah, Kau panjangkan jodoh kami..Walau pelbagai dugaan & rintangan telah kami lalui.. Alhamdulillah.. Kami menjadi semakin kuat & dekat pada Mu.. Kami menjadi semakin mengenali diantara satu sama lain,menerima Qada & Qadar Mu dengan redha & sabar.. Terima kasih jua diatas rezeki yang tidak pernah kurang tuk kami dan Aku bersyukur kerana Kau telah kabulkan segala doa-doaku.. Amin...

Tahun nie, buat pertama kalinya aku sambut anniversary berjauhan dengan en.hubby.. x de apa-apa sambutan seperti tahun-tahun sebelumnya.. cuma aku berhajat akan mengadakan kenduri doa selamat/ sembahyang hajat pada hujung bulan ini. Jadi segala hadiah bagai memang x terlintas di fikiran aku untuk minta kepada hubby.

Alhamdulillah tahun 2012 adalah tahun rezeki bagi aku.. Dari awal tahun hingga hujung tahun , rezeki aku x pernah putus.. Walaupun aku di uji dengan pelbagai dugaan tapi alhamdulillah rezeki aku sentiasa ada..Syukur, alhamdulillah terima kasih ya Allah..

Rasanya dah hampir 4 bulan aku berehat dari menguruskan bangla dan hampir 4 bulan juga aku kurangkan aktiviti perniagaan online.. semua aku serahkan kepada adik aku. Tapi sepanjang waktu berehat alhamdulillah, masih ada lagi rezeki buat ku..

Terbaru rakan niaga ku menawarkan pakej untuk mengerjakan UMRAH pada bulan 4 nanti.. separuh daripada harga pakej di tanggung sepenuhnya oleh company.. Alhamdulillah rezeki yang tidak di sangka. Sumpah! aku memang dah lame sangat berhajat nak pergi ke sana. Tapi apakan daya aku terpaksa menolaknya di atas sebab-sebab tertentu hu hu... Mungkin belum rezeki aku lagi untuk ke sana..

Selain itu, aku juga ada menerima present sempena anniversary aku baru ni dari seorang kenalan rapat yang tinggal di Singapore. Serius pada awalnya aku sangkakan ianya sekadar melawak tapi apabila barang yang di berikan sampai ke tangan aku.. Terkejut dan x sangka sangat..ianya benar-benar di berikan.. En.hubby pun sukar untuk mempercayainya.. Mana mungkin orang boleh berikan hadiah semahal itu. tapi tuelah bak kata orang rezeki jangan di tolak , x gitu ekekeke....





# Sejak mengenali diri beliau pada 2001 sehingga kini dah pelbagai barang berharga yang di hadiahkan pada aku. Siapa sangka perkenalan biasa di sebuah hotel boleh kekal sehingga kini. Ingat lagi time tue aku baru habis SPM dan bekerja partime di salah sebuah hotel sebagai housekeeping..beliau pula pelanggan tetap hotel berikutan suaminya seorang jockey kuda.Alhamdulillah , dia sangat baik dengan aku walaupun kami berlainan agama... Doa ku moga persahabatan kami akan kekal hingga ke hujung nyawa...

Sekian , post terakhir untuk 2012...









Oct 24, 2012

Apa motif kakak ni call aku cakap camtue


Assalammualaikum w.b.t

Nak luah perasaan sikit la. Dah cuba cari motif sebenar tapi masih x jumpa lagi so di harap rakan-rakan boleh tolong buat kesimpulan di atas story aku nie...

Macam nie, beberapa hari lepas ada seorang akak ni call aku. Rakan FB tapi x de la kenal mane, just beramah mesra dalam FB je.. Beliau juga merupakan seller online.. Hurmm.. yang menjadi persoalannya bila dia call mengarahkan aku berbuat sesuatu yang aku sendiri rasa macam x masuk akal je..

Aku rasa dah lame aku x berapa aktif menjual di FB gara-gara faktor kesihatan aku. Tapi mungkin sekali-sekali tue aku nak melepaskan gian, aku upload la gambar juga.. SO gambar yang aku upload buat dia x puas hati makanya dia pun call la aku...

Bunyinya lebih kurang macam nie, " Amy sihat and bla bla bla....akak rasakan amy x payah la upload gambar-gambar sangat sebab nanti orang kata macam nak menunjuk-nunjuk pulak".. Aku terdiam seketika...

Menunjuk maksud akak... takde la amy upload gambar-gambar oversea tu nanti orang ingat amy saja nak menunjuk... Aku jawab dengan tenang, lar tue kan barang berniaga saya x kan saya x boleh nak upload.. Gambar bercuti ke apa ke x de dah saya nak upload.. susah la macam nie kalau orang fikir macam tue... Kalau sebab gambar saya kat Palembang tue buat orang x senang ok saya delete...( padahal gambar sekeping je dah kecoh )

Aku pun terus delete gambar tersebut dan si akak ngok ngek tu x de dah nak komplen lagi.. Aku ada upload gambar clock station dari London , aku upload untuk buka order pada yang berminat bukan nak menunjuk..kalau nak menunjuk baik aku ambil gambar yang dah sedia di pasang kat rumah kan...

Inilah gambar yang di maksudkan...

Persoalannya , dia baik punya upload gambar set pinggan mangkuk baru, gambar makan apa semua upload, makanan dari pagi sampai ke malam, gambar bercuti, beli apa semua upload dalam fb..tapi x de pulak aku nak meroyan sampai call dia cakap gitu. Adeh sungguh x faham kenapa erk ada orang camni...

Ada satu part tue buat aku rasa geli hati sangat, katanya akak dah malas nak berniaga online and bla bla bla.. Tapi aku tengok rancak je. Adakah apa yang di katakan tue minta aku stop atau apa erk! serius x faham sehingga hari ini aku masih x dapat jawapannya lagi....

Apa kata uollsss....
Kesimpulannya please....


# jangan ada yang salah faham lagi, hari tue aku cakap kat orang lain tapi orang lain pulak yang terasa hati.. Sedap hentam aku padahal kita x de cakap kat dia pun. Bila aku tunjuk bukti perbualan terus diam, x reti la nak minta maaf sebab dah burukan nama aku.. X faham la manusia nie..







Oct 23, 2012

Bila saya dah mula mengidam


Drama bersiri Adam & Hawa.

Sebelum nie x tahu pun pasal drama tersebut. Selalu nampak orang update tapi x de pulak nak ambil tahu sehinggalah satu hari tue. Bila dah bosan tahap gaban, asyik terbaring dan tidur je. Nak layan Fb x larat , nak berbelog x de mood jadi godek punya godek terjumpa la satu link nie. Link tue aku dapat dari belog abang Nara. So klik punya klik, tercampak la aku di page Tonton Drama Adam dan Hawa Secara Online  di mane ada video drama bersiri Adam & Hawa.. Jadi terlayan la tanpa di sengajakan...

Bermula dari episode pertama sehingga la episode ke 30. Dari x nak tahu terus jadi nak tahu. Dari x suka terus jatuh cinta. Ahaks! auwww....

Memang satu kerugian besar bagi aku sebab x mengikuti drama ini dari awal. tapi mujur juga la ada KLHIVE.COM penyelamat aku hik hik..;) kalau x aku x kenal sapa itu Adam , sapa itu Ain dan sapa itu Johan. Harus di beri highlight pada nama Johan kerana aku telah jatuh cinta padanya.Opsssss! jangan nak menggatal boleh x???

Now aku dah mula mengikuti drama bersiri ini di kaca tv. Baru 3 kali tengok kat tv dah kecoh ha ha.. Harus di beri pujian ok sebab bertambah lagi sorang pengikut drama bersiri nie he he...

Suka tengok Adam dan Ain tapi lagi suka tengok Johan. mengidam tengok muka johan. Erk boleh camtue.. Setiap hari mesti nak tengok muka Johan. Dasyat sungguh penanggan Johan huk huk...

"Sorry ini bukan mengidam namanya tapi lebih kepada menggatal" sian en.hubby setiap kali tengok Adam & Hawa , perkataan pertama yang akan keluar dari mulut aku adalah..suka tengok Johan.. Muka macam korean... Auwwww...

'En.Hubby buat muka toya malas nak layan bini yang mabuk dan angau dengan si Johan ha ha ha.. Harap jangan muntah kuning ye, iyakan saja okiesss...' Now dah mula mengumpul gambar-gambar si Johan aka Dazrin Kamarudin. Sangat suka tengok muka ala-ala korean nie..peace papaboo.. jangan jeles okies;)

Hurm, ok la kan en.hubby sibuk dengan Mat Gaddarnya dan aku pulak sibuk dengan Johan. Ala sekadar meminati x lebih dari itu. Tapi ada terfikir jugak , kalau la ianya lebih kepada mengidam.. kes nanya ow , sok kuar anak ada sikit muka cam Johan, ada sikit muka cam Mat Gaddar dan ada sikit muka cam papanya ha ha ha...Wei jangan buat pasal.. So harus di buang perkataan mengidam itu dan di gantikan kepada admire..

Dah..dah.. jangan nak melalut ok amy syaquena.. kejap mengidam sambal udang la , mengidam itu la, ini la..sebenarnya lebih kepada mengada-ngada je ni. Ye la kalau sorang-sorang taw dok diam-diam. Tapi asal nampak muka en.hubby je datang la mengada-ngadanya., Nak itu la , ini la.. nasib kau la Amirul oi dapat bini loghat gini, sakit sikit ngada-ngada je lebih hu hu hu...

Pape pun nak cakap sekali lagi suka tengok muka Johan ha ha ha! sengal punya amy ;)

Jom like page DAZRIN

Mat Gaddar OH Tidakkkk!!!

Papaboo tetap di hati ku..
sama x adinda ku dan suami ku ha ha..
ada la sipi-sipi he he..



Sekian..

Entri sengal dari minah sengal ha ha ha ..

Bye!!!
















Oct 18, 2012

Menguji kesabaran sehingga hilang pertimbangan


Assalammualikum w.b.t

Hurmm rasanya dah lame aku x buat post pasal hal nie. Bukan apa rasanya dah bosan asyik bercerita benda yang sama. Tapi tue la, kita rasa bosan nak menjawab tapi mereka-mereka tak pernah rasa bosan, malah mengajukan dan terus mengajukan soalan-soalan yang menyentuh sensitiviti seseorang.

"Bila nak kawen? Bila nak dapat anak? Bila nak tambah lagi?"

Perkara ni bukan baru lagi dalam kehidupan kita malah ianya dah lame berlaku. Yang kesiannya pada mereka yang berada di situasi itu. Memang agak stress. Kalau soalan tue di ajukan sekali dua x pe lagi tapi kalau dah di ulang banyak kali, x ke berapi telinga.. sakit hati dibuatnya dan dengan x sengaja kita mula membenci mereka." itu aku la x tahu pulak kalau orang lain"..

Kalau yang baru kawen x sampai 3 bulan dah boleh merungut, bosan, x selesa dan sakit hati. Apatah lagi yang dah bertahun menunggu. Kalau aku rasa dah senak otak bila dengar soalan-soalan cepungmas gitu apatah lagi mereka yang jauh lebih lame dari aku. Confirm dorang dah malas nak layan dan dengar kan.

Beberapa bulan lepas aku hampir-hampir nak lempang mulut puaka sorang mak cik ni. Serius betul-betul menguji kesabaran aku sampai aku rasa hilang pertimbangan dengan dia. Time tue wedding abang aku. Kenduri kahwin sure la busykan. Tapi dalam kesibukan aku cuba puaskan hati semua orang. Mane tetamu yang aku kenal, aku beramah mesra tapi ada sorang tetamu nie buat aku hilang sabar.Tetamu nie kira ada bau-bau kentut je gan family aku. tapi mulut dia , ya Ampun macam memang x de insurans punya.

Masa aku tengah sibuk layan rombongan belah perempuan tiba-tiba tangan aku di tarik tengah-tengah orang ramai lalu dia bertanya " Dah ada isi belum??" Dalam hati aku berkata, lar tarik tangan aku semata-mata nak tanya tue je.. Aku pun jawab dengan baik.." Insyaallah doakanlah ye"..

Aku x tahu pulak jawapan aku tu buat dia x puas hati. Dia terus bertanya tanpa melepaskan tangan aku. Bayangkanlah dengan tetamu yang ramai dia boleh tanya soalan camtue. Memang berapi aku time tue, malu , sakit hati semua ada. Cara dia buat aku rasa nak lempang je muka dia tapi sebab aku fikirkan kedua orang tua aku dan aku hormati kenduri abang aku.. Maka aku mengalah dan berkata, x de lagi ha! Terus dia lepas tangan aku sambil tersenyum....

Masuk dalam rumah, datang seorang lagi. Mak janda! jiran lame mak aku. Dia pun tanya soalan yang sama.. The best part aku dah jawab " belum ada rezeki lagi cik".. aku ingat jawapan aku tue boleh buat dia sedapkan hati aku, tapi sebaliknya..boleh dia jawab " Sian kau na, laki hensem, ada kerjaya tapi x ada anak.. x usaha pergi berubat ke"

"Perghhh! sekali lagi telinga aku berasap.Aku x jawab pun aku blah camtue je.."

Nak kata bodoh dah besar panjang x kan la orang duduk diam saja. Orang lapar pun tahu cari nasi.. Sakit pun tahu cari ubat inikan pulak benda camni...Habis kenduri aku terus cakap gan mak aku, mulai dari hari ni aku x kan jejak kaki aku di rumah si polan dan si polan.. Mak akur je sebab dia faham anaknya ini malu dan tertekan dengan soalan-soalan maut nie..

Lepas kejadian tue, buat aku berfikir balik. Buat apa aku nak sakit hati, buat apa aku sampai nak membenci orang. Redhakan saja. Ini semua dah di tentukan oleh Allah. Kalau mereka masih mempertikaikan sama seperti mereka tidak percaya pada rukun iman ke 6. Sehingga kini bila orang tanya aku hanya akan jawab.. "tanyalah Allah kenapa DIA x nak bagi lagi." confirm orang tue akan malu dan mengalah...Penat dah , so rasanya itu jawapan terbaik kerana aku tahu mereka x akan bertanya lagi.

So pada rakan-rakan yang sering di ajukan 3 soalan seperti yang aku sebutkan di atas, Just abaikan saja..x perlu nak serabutkan otak. Sebenarnya kita bertuah kerana Allah memilih kita untuk di uji sedemikian rupa, itu tandanya Allah sayangkan kita. Dugaan yang di beri akan buat kita lagi kuat dan tabah.. percayalah kerana itu yang aku cuba lakukan sekarang...









Oct 16, 2012

Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri


Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah, kalau sebelum nie badan aku lembik x bermaya,tapi hari nie aku rasa ok sikit berbanding hari-hari sebelumnya. Harap ianya akan kembali normal seperti biasa. Mudah-mudahan , amin ;)

Hampir 2 minggu lebih aku di uji dengan kesihatan yang tidak mengizinkan. Bermula masa ke Palembang lagi aku sudah menunjukkan tanda-tanda moody sehinggalah pulang ke Malaysia. Aku demam beberapa hari dan selepas dari itu aku langsung tiada selera makan sehingga la ke hari ini.

Mungkin di sebabkan terlalu aktif dan banyak travel, Allah menarik nikmat kesihatan dan memberi aku sakit sehingga tiada selera makan. Alhamdulillah semoga ia menjadi kifarah dosa dan menyuruh aku untuk slow down...

Hari ini dengan berat hati, aku terpaksa melepaskan beberapa projek yang aku sudah tandatangani. Walaupun berat untuk melepaskan tapi demi kesihatan aku, aku terpaksa lakukannya.. Sampai bila aku sendiri tidak pasti.. Aku harap ianya akan kembali seperti biasa dalam masa terdekat ini.

Aktiviti online juga terpaksa di kurangkan. Banyak panggilan telifon dan mesej yang aku tidak dapat jawab. Kalau aku jawab pun akan mengambil masa yang lame.. Maaf sangat bukan aku sengaja tapi kesihatan aku yang membataskan semua itu.

Agak stress juga sebab aku seorang yang sangat aktif tapi sekarang aku terpaksa terlantar di atas katil tanpa boleh melakukan sebarang pekerjaan. Dugaan besar bagi aku. Pernah sekali tue aku merungut pada en.hubby tapi jawapan yang aku terima buat aku tersedar, aku x sepatutnya merungut tapi aku harus bersyukur.. ya mama harus bersyukur.. Kata-kata itu yang sering en.hubby ungkapkan pada aku.

En.hubby banyak bagi semangat pada aku. Di saat aku terlantar begini dialah yang mengambil tugas aku. Dia jugalah yang memujuk aku agar aku melepaskan semua kerja yang ada sekarang. Thanks papaboo di atas apa yang papaboo lakukan. Appreciate sangat :)

Pada rakan-rakan blogger, silent reader blog sinar raudah dot com, aku selaku owner blog ini , dengan rendah diri memohon maaf  pada anda semua sekiranya sepanjang aku menulis di blog ini ada kata-kata yang menguris hati kalian semua.samaada di sengajakan mahupun tidak di sengajakan. Yang baik itu datangnya dari Allah dan segala keburukan, kesalahan dan kesilapan datangnya dari diri saya sendiri. Maaf sekali lagi..















Oct 5, 2012

Percutian di Kampung Talang Balai Palembang, Indonesia

Assalammualaikum w.b.t

Sapu-sapu sikit habuk dan sawang.. dah clear semua baru boleh bercerita. Ok aku just nak kongsi sedikit pengalaman percutian aku baru-baru nie. Destinasi kali nie ke Palembang Indonesia. Percutian yang bagi aku lain daripada yang lain, berbanding percutian-percutian sebelum ini. Sebab itu wajib adakan entry he he...

Satu pengalaman baru bagi aku apabila bercuti jauh di luar kota. Kami menginap di rumah Pak Helmi di kampung Talang Balai, Palembang Indonesia iaitu kira-kira 60 Km dari airport Sultan Mahmud Badaruddin II Palembang, Indonesia dan mengambil masa lebih 2 jam perjalanan untuk sampai ke rumahnya. Kira macam perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur la tapi yang membezakannya, kita ada highway tapi di sana tak ada highway. Hanya ada satu laluan sahaja..Struktur jalannya pula tersangatlah kecil, betul-betul muat untuk kereta saja. Kalau ada yang naik motor, berbasikal atau berjalan kaki memang sangat merbahaya.

Sesampai di Palembang cuaca agak panas dan berjerubu kuat. Sehari saja dah buat aku rasa kering dan perit tekak seperti nak demam. Bayangkanlah dari bulan puasa hari itu sehingga sehari sebelum kami pulang ke Malaysia baru hujan. Tanaman habis mati. ye la x cukup air kan.. Kalau kita manusia ni pun x tahan apatah lagi tumbuh-tumbuhan yang sentiasa berjemur. Pape pun kita patut bersyukur kerana kita x rasa seperti mana apa yang mereka rasa di sana.

Ok masa sampai di rumah Pak helmi, kami di sambut dengan cukup meriah sekali. Tapi x de la kompang ke apa ke ye. Cuma kedatangan kami turut di sambut oleh jiran tetangga. Di hidangkannya kami pempek @ empek-empek iaitu salah satu makanan popular di tempat mereka. Setibanya kami di rumah Pak helmi, jiran tetangga tidak henti-henti datang berkunjung untuk berkenalan dengan kami yang datang dari Malaysia. Sesuatu yang sangat luar biasa. Kalau tempat kita, orang luar datang x de pun jirang tetangga nak bagi penghargaan kan.. Beza sangat di sana..

Keesok harinya.. Pukul 5 pagi dah terang menerang seperti pukul 9 pagi di Malaysia. Time tue baru masuk sembahyang subuh.Terangnya bukan seperti di sini. Ya lah di sanakan kemarau tambah jerubu, jadi paginya kita dah dapat rasa bahang panasnya. Masa malam tue pun aku sempat lihat bulan yang merah... Pukul 5.30 pagi anak-anak kecil dah mula ke sekolah. Kalau tempat kita pukul 5.30 tue masih dalam selimut lagi. Padahal beza masa kita dengan di sana hanya lewat Indonesia 1 jam je tapi rasanya seperti banyak bezanya. Rasa macam malamnya singkat je.

Rumah Pak Helmi bersebelahan dengan sekolah rendah. So pagi tue sempat la aku lihat keadaan sekolah di sana. Sekolah x de pagar tapi di sekeliling sekolah tue ada gerai orang menjual. Kalau tempat kita tue sure kena saman, ye la sebab dah ada kantin mana mungkin di benarkan orang menjual lagi. Betul tak. x sama..

Sepupu kepada Pak helmi merupakan kepala sekolah aka pengetua sekolah.Sempat juga aku bertanya berapakah gaji untuk kepala sekolah di sana. Ibu Rodhiyah sudah berhidmat lebih 30 tahun sebagai kepala sekolah. Gajinya baru dekat 3 juta iaitu kira-kira RM900 duit kita. Sikit sangat kan, kalau tempat kita pengetua sekolah tue gaji lebih dari 3 ribu.Tapi kalau di sana nilai 3 juta tu dah cukup besar..

Petang tue ada keramaian di mana Pak Helmi ada buat sedikit upacara di mana penduduk kampung di jemput hadir. Siap ada khemah kau. Makanan yang di hidangkan untuk para tetamu adalah Bonggor x pasti betul ke x ejaannya tapi kalau tempat kita panggil laksei. Makanan yang popular di pantai Timur. Ramai kau yang hadir dekan lebih 100 orang. Dari ketua kampung, ketua istiadat dan macam-macam lagi yang berpangkat datang. Mereka suka dengar kita bercerita tentang negara kita, Malaysia. Tapi dalam banyak-banyak negeri dekat Malaysia ni, hanya negeri Kelantan saja yang mereka tahu, berikutan kes Manohara. Mereka mengikuti perkembangan Manohara dan Tengku Fakhry.

Pelik masa di sana betul-betul mencabar. Tekak rasa nak makan macam-macam. Ada ke aku minta benda yang pelik-pelik.. ais krim la.. itu la.. nie la.. Tapi alhamdulillah apa yang aku nak semuanya dapat. Thanks pada Adik Padi dan Uci kerana bersusah payah memenuhi permintaan aku.

Boleh di katakan sepanjang kami di sana, rumah Pak Helmi x henti-henti di kunjungi jiran tetangga. Ada yang bawakan makanan, cenderahati kepada ayahanda dan bonda. Best sebab aku x pernah lagi merasa layanan dan percutian sebegitu. percutian yang betul-betul jauh daripada bandar dan dapat merasa suasa kampung. Masa nak balik tue, semua bagi penghormatan pada kami. Anak-anak Pak helmi siap menangis, mungkin bagi mereka tidak akan jumpa kami lagi. Insyaallah aku akan kembali lagi di sana. Thanks pada penduduk kampung Talang Balai di atas layanan yang di berikan. Ianya akan jadi satu kenangan terindah bagi aku sekeluarga.

Lapangan Terbang Sultan Mahmud Badaruddin II

Waktu pagi di sana dah macam tengahari kan..
Muka baru bangun tido terus ambil gambar.
**Baru sehari muka dah sunburn 

En Hubby depan kompleks Ramayana di bandar Palembang...
**Muka sunburn teruk hu hu...

Ok tak!
Kalau bawa balik Malaysia kan best..
tapi yang x tahan kalau time parking kena bawa baterinya
Tumporrr wei, bateri dah rope bateri kereta tue..berat dowh!
**Nak balik dah nie, muka dah sunburn teruk

Kena banyak makan vitamin lagi nie...
Tunggu lagi 2 minggu pasti kembali normal.
sempat lagi promote he he..

Seronok makan camni dengan masakan kampung.. memang terbaik
En.Hubby siap bertambah-tambah lagi..

Gambar nie pinjam dari uncle google 
sebab gambar yang di ambil masih x transfer  lagi
yang ada ni , ambil dari hp

Ok ini la gambar Pempek aka empek-empek
Kalau lihat sama macam keropok lekor rebus

Di buat dari ikan + sagu , ada 2 jenis 
satu kosong dan satu lagi di dalamnya ada telur..
Cicah dengan sos kicap , ada cili dan campuran cuka
Best sangattttt!




















Sep 23, 2012

Tingkatkan usaha untuk dapatkan iman & amal


Assalammualaikum w.b.t

Aku yakin hari ini pasti ramai yang memahami akan kepentingan dan kelebihan DUIT...Tak kira la samaada yang dewasa mahupun kanak-kanak, semunya faham akan perkara tersebut.. Kita sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya kerana kita tahu Nilai duit untuk kita guna di dunia yang sementara ini...

Tapi ada satu perkara yang lebih bernilai dari duit iaitu IMAN & AMAL.. yang mana perkara ini sering di pandang remeh, sedangkan inilah yang kita akan bawa di alam yang kekal abadi nanti (Akhirat)...

Sama-samalah kita tingkatkan usaha untuk dapatkan IMAN & AMAL sebagaimana kita usaha untuk dapatkan perkara-perkara yang kita akan tinggalkan, supaya diri kita, keluarga, rakan-rakan, jiran-jiran & seluruh umat Nabi SAW dapat selamat dari Neraka Allah SWT dan masuk Syurga Allah SWT..

Allah SWT berfirman:
"Oleh itu, orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepada (ajaran Al-Quran) ini, maka Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmatNya (yang khas iaitu Syurga) dan limpah kurniaNya (yang tidak terkira), dan Allah akan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus (jalan ugama Islam), yang membawa kepadaNya." (An-Nisa' 4:175)

Nabi SAW Bersabda yg lebih kurang maksudnya:
"Tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri" (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Wallahualam.....


Note: Semakin hari, aku semakin suka dan cintakan buku ini.. banyak perkara yang aku belajar dan secara x langsung aku semakin dekat denganNya...









Sep 12, 2012

Syukur alhamdulillah, akhirnya...


Assalammualaikum w.b.t

Hai la blog, apa la akan jadi pada kau nanti. Semakin hari, semakin malas nak update.. Mood berblogging dah lame tiada dalam diri. Nak di buang sayang, nak kembali aktif, waktu pula terbatas...Blog rakan-rakan dah lame x singgah. Entahkan ada entahkan tidak orang nak baca blog aku nie.. hu hu! kalau x ada, kira kes syok sendiri la nie ha ha ha.. Alhamdulillah masih ada yang sudi singgah dan baca blog berhabuk aku nie, walaupun x seramai dulu tapi tetap bersyukur..

Actually aku happy sangat hari nie coz apa yang aku cari dah dapat. Sebelum nie aku cari kat area sini x jumpa. Lastnya aku kirim pada adik ipar dan biras untuk membelinya..Nak tahu apa dia.. Ha! Ianya something yang sangat berharga buat aku. Bila pertama kali terdetik di hati aku untuk mengetahui tentangnya.. aku terus jatuh cinta. Really love it!

Jatuh cinta yang aku maksudkan adalah jatuh cinta pada sebuah buku.. Buku yang sangat bermakna dan berharga bagi aku. Sejak aku membaca buku nie, aku rasa lebih dekat padaNya.. dekat dengan maha pencipta ku..

Semuanya bermula dari perbualan biasa sehinggalah terkeluar cerita mengenai buku tersebut. Masa mula-mula membacanya, aku tak ada rasa apa-apa pun melainkan perasaan ingin tahu. Bila dah beberapa hari, baru aku dapat rasakan satu perasaan yang aku sendiri x tahu nak ungkapkan. perasaan yang bercampur baur , takut , sedih , semua ada..

Sejak dari itu, aku cuba praktikkan ia dalam kehidupan aku. Alhamdulillah ia sesuatu yang cukup menenangkan jiwa, buat aku sentiasa ingat dan dekat padaNya.Kalau sebelum nie, selepas solat aku terus melakukan kerja lain tapi tidak lagi sekarang. En.hubby pun begitu selepas solat kita akan adakan satu majlis kecil yang di panggil majlis taklim. En.hubby akan membacakan buku tersebut dengan lantangnya.. Di ulang beberapa kali supaya ianya masuk ke dalam jiwa kami. Serius ia sesuatu yang sangat luar biasa...

Mungkin yang sering melakukannya, ia sesuatu yang biasa tapi tidak bagi aku yang baru ni. Aku sangat teruja sehinggakan setiap waktu yang ada , aku akan habiskan dengan membaca buku tersebut. Malah kalau setiap hari en.hubby adakan majlis taklim pun aku x kisah, aku suka sangat.

Inilah buku yang di cari...

Yang ini pula, buku yang saya baca sekarang.. 
Really love it!




Note# Teringin sangat nak mengikuti majlis taklim di luar rumah pulak! moga satu hari nanti ianya menjadi satu kenyatan..~ amin



Sep 8, 2012

Nak berjaya kita perlu mempunyai minda dan mindset yang positif




Assalammualaikum w.b.t

Berjaya??? Semua orang nak berjaya, walau dalam apa jua yang di ceburi dan tidak ada seorang pun yang tidak mahu berjaya dalam hidup. Begitu juga dengan aku, x pernah rasa puas selagi apa yang aku inginkan tidak tercapai. Aku juga ingin berjaya seperti orang lain yang tidak pernah kenal erti putus asa. Cuba dan terus mencuba..Tak kaya raya pun x apa asalkan hidup lebih selesa dan impian aku terlaksana.. Itu lebih dari cukup!

Nak berjaya kita perlu mempunyai minda dan mindset yang positif. Jangan sesekali menyerah kalah sebelum mencuba.Itu satu contoh sikap yang x patut ada dalam diri kita. Bila mindset sudah negetif maka segalanya akan menjadi negetif dan tidak akan ada satu pun yang positif. Jadi untuk memperolehi minda dan mindset yang positif, kita perlu banyak bergaul atau networking dengan orang-orang yang positif. 

Insyaallah, bila kita positif segalanya akan menjadi lebih mudah. Kita yakin dengan apa yang kita buat dan  kejayaan pasti milik kita. Jika kita ingin memiliki minda yang super positif, kita bina pula hubungan rapat dengan Allah. Jangan sekali-kali mengabaikan networking kita dengan PENCIPTA kerana ALLAH SWT adalah sumber dari segala yang positif...

Kita semua the best...

# Motivasi untuk diri sendiri...Aku sudah berlari jauh dan sudah semakin hampir di garisan penamat. Jangan kerana aku berhenti keletihan, maka aku tidak mahu teruskan lagi sedangkan aku yakin kemenangan itu milik ku.. teruskan amy syaquena pasti kejayaan menanti mu....Chaiyokkkkkkk!







Sep 7, 2012

Indeks jenayah menurun tapi jenayah semakin menjadi-jadi



Assalammualaikum w.b.t

We live in a very cruel world..people has gone mad.. anything can happen anytime, walaupun kita sendiri rasa benda tu x mungkin akan terjadi kepada diri kita.. we are not safe even dalam rumah kita sendiri..apatah lagi keluar berseorangan..

So please, jangan keluar rumah bersendirian and ALWAYS BE CAREFUL.. Kalau ada ahli keluarga yang nak keluar, x kira lah lelaki atau perempuan, pastikan dia berteman.. dunia ni dah tak selamat seperti yang kita sangka..jangan terlalu selesa dengan apa yang kita ada sekarang..bad things can happen anytime.. please take care of each other..

Kawasan sekitar rumah aku kerap kali di pecah masuk..start dari bulan puasa hari tue sehingga semalam, ada je rumah yang menjadi mangsa. Bukan setakat rumah , sampaikan motor yang tinggal kejap pun habis di sapu. Rumah ada alarm pun x guna, dorang still boleh masuk. 

Masa bulan puasa hari tue habis kiri kanan depan belakang rumah kena pecah. Belakang rumah aku nie, pukul 10 pagi dorang jalankan aktiviti. Yang sebelah rumah pula pukul 2 pagi. Time tu aku dengar orang menjerit, ku sangkakan anak jiran sebab dia ada anak istimewa tapi rupanya rumahnya di masuki orang.

Rumah aku dah 4 kali dorang masuk. Last akhir tahun lepas habis barang kemas sampaikan kereta en.hubby pun dorang selongkar dan larikan radio. Serius kawasan nie memang black area. Kat rumah sendiri pun dah x selamat apatah lagi kalau nak keluar rumah. Macam-macam kes, terbaru perempuan kena ragut sampaikan pergelangan tangan hampir putus. Ngeri betul dengar..

Sekarang nak keluar sendiri pun en.hubby tak benarkan, risau kalau terjadi pape..Mertua pun begitu, yela aku kan sering buat keje sorang-sorang kecuali time en.hubby x keje ada la teman. Kalau dok sorang-sorang memang bertambah cuak la! nak menjerit orang kat kawasan ni waktu pagi bukannya ada.. 

Pelik juga kerajaan kata indeks jenayah semakin menurun tapi apa yang aku baca dan lihat jenayah semakin berleluasa.. Bakar, bunuh, rogol, ragut dan macam-macam lagi. Sampaikan aku rasa negara kita nie semakin hari semakin x selamat. Bayangkanlah rumah yang dulunya kita rasa selamat kini tidak lagi. So please guys jaga diri dan jangan sesekali ambik mudah perkara sebegini. Hari nie mungkin terjadi pada orang lain dan x mustahil satu hari terjadi pada diri kita....



Aug 29, 2012

Sistem poslaju bermasalah




Lepas cuti raya nie, aku lihat sistem poslaju macam bermasalah je. Barang yang sudah di pos tapi x masuk dalam sistem.. Lagi buat aku pelik, kejap ada dalam rekod dan kejap x keluar apa-apa... Kenapa ye?? Anybody know apa masalahnya...

Record not found??? apa masalahnya ye..


Perkara ini sedikit sebanyak mendatangkan masalah pada seller online seperti aku. Ye la barang sudah di pos tapi bila tracking number customer x boleh nak check, mesti akan mendatangkan masalah.

Sebagai contoh macam pagi ni.. Awal pagi lagi aku dah terima mesej daripada customer berikutan tracking number x ada dalam sistem.. Bila call pejabat pos macam-macam la alasan dorang bagi.. call balik , aku salah bagi tracking no la.. aduhai padahal sah-sah slipnya ada dengan aku, x kan salah lagi kan... hrmmmm...

So aku cuba lagi check melalui online.. Satu dah boleh trace, tinggal satu lagi yang x ada dalam sistem.. kenapa boleh jadi cam nie.. ada sapa-sapa pernah mengalami macam nie tak?? Atau ada sapa-sapa yang bekerja di pejabat pos, boleh terangkan sikit untuk di kongsikan bersama-sama yang lain di sini. Terima kasih ;)










Aug 28, 2012

Blogger JM tolong delete gambar tersebut


Sapa blogger JM nie..
Ya Allah dugaan apakah lagi ni.
Serabutnya..Apa masalah dia pun x tahu la..

Mane mungkin aku x kenal rupa sendiri
Ini kali pertama orang kata itu bukan aku
Aku bugget perasan
Tang mane perasaannya
Kalau dah terang2 itu gambar aku

Ya Allah..
Segala macam rasa ada nie
Nak marah, geram, sakit hati
Semua ada..

Kuatkanlah hati aku
untuk melawan perasan ini
Aku mohon tolong delete gambar tersebut











Tindakan blogger ini benar-benar mengaibkan saya


Assalamualaikum w.b.t 

Hari ini 10 Syawal. Namun Syawal itu tetap tidak sama dengan Ramadhan. Hari-hari yang berlalu dalam bulan Syawal, terasa lebih pantas berbanding bulan Ramadhan. Mungkin kerana ada 'keberkatan masa' pada bulan Ramadhan. Wallahu a'lam.

Bermula dari minggu lepas sehingga hari ni, ramai yang post gambar raya masing-masing. Meriah je lihat!  macam-macam tema color ada.. ada color biru , purple , hijau, kuning , oren dll.. Tema aku tahun nie color oren, uolllssss pula color apa???

Mesti semua sibuk memenuhi udangan rumah terbuka saudara mara dan rakan-rakan.. Aku tidak ke mane-mane, just menyiapkan kerja yang ada sebelum bercuti ke luar negara pada hujung september nie.. Keadaan diri pun masih blurrr lagi nie kerana dah lame sangat bercuti, sampaikan x tahu nak mulakan yang mane satu. Pape pun kerja bangla memang banyak belum settle lagi.. 

Partner aku pula masih di Betong Thailand, so agak tergendala kerja dik kerana tiada kata putus yang dibuat oleh kedua belah pihak. Once dapat keputusan baru lah aku akan out station di beberapa tempat. Moga segala uruskan ku di permudahkanNya.. Amin :)

Pasti ramai yang sudah mula puasa 6, bahkan mungkin ada yang dah selesai pun. Kalau ada yang belum mula? Jom sama-sama kita mula esok..Pada yang sudah selesai alhamdulillah dan bagi yang baru nak mula , selamat berpuasa sunat saya ucapkan....


********************************************


Note# Ramadhan baru berakhir dan kita masih lagi di bulan syawal..so saya x mau marah or gaduh-gaduh tapi please, saya mohon pada blogger tersebut.. turunkan gambar saya itu kerana saya tidak akan pernah izinkan sesiapa untuk memaparkan gambar saya yang tidak berhijab.. So please minta jasa baik anda buang gambar tersebut dan saya tegaskan di sini saya langsung tidak mengenali awak.. macam mane awak boleh katakan yang kita bersahabat.....




Aug 16, 2012

Ustaz Azhar Idrus di fitnah di bulan Ramadhan




Assalamualaikum w.b.t

Astaghfirullah al'adzim.. Di bulan Barakah, Bulan Ramadhan yang mulia ini, masih ada lagi manusia yang berani sebar fitnah sampai macam tue sekali..Sepatutnya di bulan Ramadhan ini, kita berlumba-lumba buat amal ibadah tapi ini tidak..Terbaru penceramah popular Ustaz Azhar Idrus di fitnah..

Tak takut sungguh dengan dosa fitnah hamba ALLAH ni..hebat sungguh sampai boleh buat fitnah di bulan Ramadan..Syaitan tentu respek punye kan..Habis bangga la kau ye!grrrr... Inilah dunia dah akhir zaman, ulama di fitnah...Nabi pernah bagitahu akhir zaman fitnah akan bermaharajalela.. yang benar di hina, yang fasik di sanjung...Semua nie keje syaitan...Nauzubillah min zalik.

Ya Allah hentikanlah fitnah-fitnah sebegini dan berikanlah petunjuk MU kepada mereka-mereka yang menyebar fitnah-fitnah ini....hanya Engkaulah yang lebih berkuasa ke atas segala sesuatu...Amin~








Aug 15, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri Ikhlas Dari Sinar Raudah Dot Com



Assalamualaikum w.b.t

Pejam celik , pejam celik , dah lame x jumpa.. pejam celik , pejam celik , dah 30 hari puasa..  Makin di pejam celik , makin banyak salah & dosa.. Sementara masih celik , banyak-banyaklah buat pahala.. Sebelum pejam tak celik-celik , Harap maaf andai tersalah kata..

Di kesempatan ini, saya dan juga suami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca Sinar Raudah dot com, samaada yang mengenali diri saya secara benar ataupun alam maya.  Beribu-ribu kemaafan andai ada tersasul kata ketika menulis, terguris kata , tersilap , terkerek, terover, terkurang, terpoyo  mahupun apa saja yang membuatkan anda terasa, Ku pohon ampun dan maaf dari diri yang khilaf ini..

Salam Aidilfitri , 
Ikhlas daripada Amirul Ridzuan & Amy Syaquena...


Nak duit raya jemput datang rumah ye!















Aug 5, 2012

Congrats Datuk Lee Chong Wei you are always our hero



Selamat Malam..

Sunyi dan sepi belog dan facebook aku dua tiga hari nie.. Ada perkara yang lebih penting yang harus di beri keutamakan.. Doa ku agar semuanya berjalan dengan baik.. amin

Malam nie aku cuba luangkan sedikit masa untuk menonton perlawanan badminton di antara Malaysia dan China..Walaupun Malaysia kalah di tangan China tapi aku tetap berbangga dengan apa yang di tunjukkan oleh Datuk Lee Chong Wei.. Kalah bermaruah beb! Chong Wei dah lakukan yang terbaik cuma kemenangan lebih berpihak kepada Lin Dan..


Anyway tahniah Datuk Lee Chong Wei! Jangan bersedih kerana tak dapat meraih emas. Ini juga di kira satu kejayaan, sekurang-kurangnya masih ada pingat.Setakat aiskrim percuma yang orang dok perkata tue , apa lah sangat kalau nak dibandingkan dengan usaha yang telah diberikan...

Kepada mereka yang x tahu apa erti perjuangan better duduk diam, x payah nak banyak bunyi..X perlu nak cakap Chong Wei sedih sebab x dapat duit 4 juta tue.. Bukan duit yang di kejar tapi beliau berjuang untuk negara... Sekurang-kurangnya dia telah berusaha untuk mengharumkan nama negara.. dari kita jangan kata nak dapat perak, nak dapat wakil negara ke Olimpik pun entah bila..

Jadi tak perlu nak tulis sesuatu yang boleh buat Chong Wei rasa bersalah..Kalau dia baca, pasti dia akan rasa lagi sedih.. Berbangga la, walaupun cuma perak, namun ia tetap bermakna buat Rakyat Malaysia.. pingat pertama buat Malaysia tue beb!


Note # Jangan jadi manusia yang cetak akal! x payah la sampai nak mengeluarkan kata-kata kesat di page Lin Dan..Serius bikin malu Malaysia saje.. Terimlah kekalahan dengan hati terbuka! uollsss buat macam tue akan menambahkan lagi kesedihan Chong Wei.. So please buka mata dan minda anda.. sebelum buat sesuatu perkara , fikirkan orang lain same.

Sekian...






Aug 2, 2012

Tersentap bila ada perempuan call mencari suami



Tersentap betul bila terima panggilan telifon dari seorang perempuan sebentar tadi.. Suara lembut tak hingat, sopan je tapi yang x bestnya dia call mencari AMIRUL RIDZUAN.. Agak pelik di situ, kalau nak call atas tujuan promosi atau sebagainya pasti dia akan terus call ke handphone en.hubby tapi nie sebaliknya pula dia call handphone aku...

Rasa curiga pula apabila aku jawab 'He's not around' , lalu perempuan itu minta no handphone en.hubby untuk di hubungi tanpa dia memperkenalkan dirinya terlebih dahulu..Panas juga hati sebab kalau dia ada tujuan lain why not dia cakap dengan aku, saya dari bla bla bla nak hubungi En.Amirul berkenaan dengan bla bla bla bla.... Nie x cakap apa, tiba-tiba nak no handphone.. sapa x fikir bukan-bukan..Mujur aku x melatah lebih hu hu hu..

Aku just cakap saya isterinya, anything u boleh cakap dengan i.. dengan tegasnya kau ha ha ha..perempuan tu jawab 'oh isterinya ke..kalau puan free boleh bercakap sebentar'. Than baru la dia nak bagitahu dia call dari mane...Lepas dengar je dia call dari celcom.. lega hati aku ha ha ha..lawak betul padahal 24jam laki tu ada depan mata..kalau tak de just time keje je, selebihnya dia terperuk dekat rumah..lagi mau jeles-jeles.. Ceit! nyenadei amy sejak bila pandai cemburu pulak nie ha ha ha..

Budak tu call dari celcom sebab nak promosi insurans.. Sebelum dia terangkan dengan lebih panjang lebar lagi , aku terus bersuara..dik saya sebelum ni keje di syarikat insurans dan rasanya dah cukup insurans yang ada..lalu perempuan itu ketawa besar dan berkata, saya salah call orang la nie.. Aku just jawab, x de la begitu, x salah nak promote mane tahu saya mampu, boleh ambil lagi tapi buat masa ni saya rasa dah cukup dengan insurans yang ada... 

Sebelum letak telifon aku sempat bertanya, u call dari celcom tapi macam mane u boleh x tahu number husband i sedangkan number i sub line dari number hubby... terus x terjawab aweks tu. X nak malukan dia aku cepat-cepat jawab , ok la saya ada keje anyway thanks ya..

Kebetulan masa perempuan tue call, aku tengah berwhatsapp dengan kak Ayu Citarasa Rinduan..Terhenti la seketika! Lepas habis perbualan baru sambung balik whatsapp dan cerita kat kak ayu..suka akak kita tue dengar adiknya hampir-hampir nak sembur orang..gara-gara tercemburu..ha ha ha..

Note # saya bukan jenis cemburu punya kaki tapi entah kenapa hari nie saya tercemburu pulak ekekeke.. sekali sekali pasti perasaan itu pertandang kan he he :)







Bolehkah membaca Al Quran digital tanpa berwudhuk



Aku ada satu pertanyaan dan memerlukan jawapan.. Di harap uolllsss sudi berkongsikan jawapan. Actually aku just nak tahu bolehkah kita membaca Al-Quran digital samaada yang ada dalam smart phone, tablet atau sebagainya tanpa berwudhuk?

Harap boleh kongsi jawapan.

Terima kasih :)





Aug 1, 2012

Perselisihan faham dengan pihak Netkl Network kini sudah selesai




Sejak kebelakangan ini aku kerap menerima email daripada pihak Netkl Network berikutan peringatan pembaharuan domain sinarraudah.com...Setelah berfikir panjang, aku bersetuju untuk renew domain tersebut di Netkl tapi seperti biasa pihak Netkl terlebih dahulu menghantar email peringatan berkenaan dengan tarikh expired domain aku. So setelah beberapa kali menerima email tersebut maka aku putuskan untuk membuat pembayaran.

Sebelum membuat pembayaran, aku just lihat folder netkl di email saja amount yang harus aku bank in. Tak terlintas langsung di fikiran aku untuk double check di akaun netkl...So di sebabkan kecuaian itu, maka berlaku la perkara yang tidak di sangka dan memalukan diri sendiri...

Semalam aku terima lagi email dari pihak netkl minta aku buat pembayaran berikutan tarikh expired domain aku tinggal beberapa hari saja lagi iaitu pada 3hb Ogos 2012..Lepas baca email tersebut, timbul rasa tidak puas hati.. Dah la semalam seharian aku moody.. manakan en.hubby demam, mak di kampung x sihat.. bangla pulak buat hal di tambah pula payment aku di netkl x di terima hu hu hu...

Malam tadi aku sent satu ticket di netkl dan pagi nie aku terima jawapannya yang aku rasa seperti nak lari keluar rumah , gali lubang dalam-dalam.. masuk kepala dalam lubang kemudian kambus kerana rasa malu x hingat dengan tindakan sendiri...

Amount yang harus aku transfer adalah RM35 tapi entah macam mane, dengan rasa x bersalah dan confident yang tinggi.. aku telah bank in amout sebanyak RM31.60.. Ha! mane la pihak netkl nak renew kalau ongkosnya tidak cukup buk! malu wei... 

Selepas terima email tersebut, aku terus buka email dan lihat folder netkl.. Baca punya baca, rupanya jumlah tersebut hanya untuk permulaan kita melanggan domain sahaja.. Untuk tahun seterusnya, haruslah ikut pakej yang telah di ambil iaitu sebanyak RM35...

Lantas aku transfer balancenya hari ini.. Nak balas email tersebut terasa macam x de kekuatan nak menaip betapa malunya saya...Mesti pihak netkl yang terima email aku tue, panas hati je.. Ada banyak soalan yang aku ajukan, lastnya kesilapan datang dari diri sendiri..hu hu hu!

Moral of the story: Next time kena lebih peka dan jangan ambil sambil lewa..kalau tidak hamek kau, malu yang dapat...







Jul 31, 2012

Saya risaukan mereka


Tak de apa yang nak di kongsikan hari ini..Fikiran bercelaru , jasad ku saja disini tapi hati dan fikiran aku di kampung.Risaukan keadaan bonda.. Tekanan darah Mak naik mendadak..Sedih bila call, Mak bagitahu x larat sangat! Ya Allah sayunya hati aku dan tanpa di sedari air mata berjujurai jatuh...Mak jarang mengeluh sakit tapi kali ini, Mak benar-benar tidak larat... Selalu kalau sakit macam mane sekali pun, Mak akan tetap bangun dan gagahkan diri untuk masak tapi kali nie Mak cakap Mak x larat tapi Mak tetap berpuasa juga.

Serba salah nak balik kampung. Hubby pulak x sihat, demam..x kan aku nak tinggalkan hubby bersendiri dengan keadaan dia macam tue tapi dalam masa yang sama aku juga risaukan keadaan Mak. Ya Allah Kau sembuhkanlah penyakit kedua-dua orang yang aku sayang ini.Moga keadaan Mak dan hubby cepat sembuh. 
Amin~  







Jul 28, 2012

Peristiwa 2 tahun lepas..suami pegang-pegang tangan...


Salam 8 Ramadhan...

Pantasnya masa berlalu, sedar x sedar dah 7 Ramadhan berlalu.. Lagu raya dah mula berkumandang di corong radio. Ya Allah, sedihnya. Sungguh, aku belum bersedia untuk berpisah denganmu ya Ramadhan. Serius agak kurang berakhlak untuk memainkan lagu raya pada awal Ramadan. Separuh Ramadhan pun belum habis lagi , stesyen radio dah sibuk pasang lagu raya.. uish..uish..uish..

Tapi mungkin juga mereka sedang menghayati dan berimaginasi matlamat akhir mereka dalam bulan Ramadhan ini iaitu merayakan kejayaan mereka dalam Ramadhan, supaya mereka jadi lebih bersemangat mengerjakan Ramadhan.Wa'allahualam...

Aku rasa Ramadhan tahun ni ada sedikit perubahan pada diri aku. Di mana aku tidak seboros tahun-tahun lepas.. Kalau tahun-tahun sebelum nie, asal pergi PARAM je , apa yang aku nampak depan mata semua aku nak beli tapi berbeza sungguh tahun nie.. Pergi PARAM beli apa yang aku rasa nak makan je, selebihnya aku tengok je.. Nafsu makan pun tidak seperti sebelum nie.. Tak tahu la, mungkin kejutan puasa kot tapi yang pasti buat masa nie aku memang x de rasa nak makan apa-apa kecuali solok ike..

Ayam golek ke, ayam percik ke, kuih muih ke semua takat pandang je.. Mata lihat makanan dan mulut berkata sedapnya tapi tekak x de rasa nak makan..Mungkin baru lagi kot atau mungkin ini satu perbuahan pada diri aku tahun ini.Tapi apa yang pasti sepanjang 7 Ramadhan berlalu, tidak ada lagi aku membazir pada makanan...alhamdulillah :)

Baru dua kali aku pergi PARAM dengan En.Hubby dan semalam juga mengingatkan aku akan peristiwa 2 tahun lepas.. First puasa tahun 2010 pergi PARAM x beli apa-apa pun tapi cari en.hubby yang hilang... Walaupun time tue,aku rasa nak marah, sedih, sakit hati.. semua ada tapi bila di ingatkan balik rasa lucu sangat...

Masa turun dari kereta semalam, hubby pesan..jalan dekat-dekat..Masuk je Bazar Ramadhan terus hubby pegang tangan..dah serupa budak kecik ikut bapanya berjalan.. Alasan hubby, kang hilang satu kerja pulak nak cari hahahahaha...senyum aku dengar bila hubby berkata begitu. Mungkin masih segar dalam ingatan dia berikutan kejadian 2 tahun lalu..


Moral of the story # Kalau nak pergi PARAM, make sure bawak handphone. Kalau terpisah boleh call, x de la sampai pusing keliling cari...














Jul 23, 2012

Ramadhan pesta ibadah atau pesta makanan... gambar yuyu zulaikha di laman page yang berunsurkan seks


Salam 3 Ramadhan...

Thanks uollsss , alhamdulillah keadaan aku dah semakin ok.. Walaupun masih terasa sakit lagi tapi x de la seteruk semalam.. Kalau sakit gini insyaallah boleh tahan.. harap x de la kena macam semalam lagi huhu!

Pejam celik pejam celik, dah 3 Ramadhan. Cepat sungguh masa berlalu. Kalau zaman kanak-kanak dulu, nak tunggu time berbuka punya la terseksa.. rasa lame sangat masa tue tapi tidak sekarang nie. Nak berbuka rasa kejap je..

Ok cite pasal Ramadhan, aku nak sentuh sikit beberapa perkara antaranya mengenai makanan, pakaian dan kesederhanaan.. Aku rasa dah macam satu trend sekarang nie , sebelum dan selepas berbuka pasti ramai orang akan upload gambar juadah berbuka.. Dah macam pesta makanan pun ada! Uollsss rasa sesuai tak...

Pendapat aku la kan... x ada masalah tapi kalau kita share something yang lebih ke arah keagamaan itu lebih baik kot.. at least kita dapat berkongsi ilmu..mengingatkan antara satu sama lain..Ini sekadar pendapat aku je k..

Mengenai pakaian pulak! teruatama bagi kaum hawa.. Jangan la upload gambar yang berpakaian menjolok mata.. Hormat la ini bulan Ramadhan.. Kalau bukan bulan Ramadhan sekali pun, ianya x sesuai di pakai.. Aku bukan nak berlagak baik atau nak jadi ustazah menegur orang tapi as a umat Nabi Muhammad dan sedara seislam, rasanya x salah kalau aku menengur.. Dalam masa yang sama aku juga turut mengingatkan diri aku..

Kesian la pada orang lain sama, dorang nak mengejar dan perbanyakkan amalan sedangkan kita mengurangkan lagi amalan mereka dengan memaparkan gambar yang kurang enak untuk di lihat...Fikirkan orang lain sama.. Jangan kerana kita, orang lain turut menjadi mangsa..Tak perlu nak salahkan orang lain kerana melihat, benda free, di tambah pulak lelaki memang suka benda macam tue.. Sepatutnya kita la yang cuba elakkan tapi bukan galakkan.. Maaf kalau bahasa agak kasar..

Sambutlah Ramadhan penuh KESEDERHANAAN! Kalau mengenai makanan tue aku setuju tapi kalau sebaliknya aku x berapa setuju.Ye lah masyarakat melayu Islam kita, bila Ramadhan je SEDERHANA, tapi bila Raya macam tak ingat Tuhan.Ramadhan adalah bulan yang Allah turunkan pelbagai ganjaran buat hamba-Nya yang tak terhitung dan hanya diberikan pada bulan Ramadhan. Jadi waktu Ramadhan lah umat Islam kena berlumba-lumba merebut sebanyak mane ganjaran yang boleh. Bukannya terlalu sederhana dan sambil lewa. Maaf , minta betulkan saya kalau salah..

Ayuh jom sama-sama kita merebut ganjaran di PESTA IBADAH ini tapi ingat bukan PESTA MAKANAN ok.. sekian...


Note : Kenapa aku sentuh bab pakaian sebab aku nak minta tolong sangat-sangat pada anda-anda semua tolong jangan upload pic yang ala-ala hot gitu...nak bermuncung-muncung ke , nak ala-ala manja ke tolong sangat,JANGAN! sebab semalam aku di beritahu oleh seorang rakan ada satu page ini akan ambil pic-pic yang dia rasa hot dan manja-manja gitu di letakkan di dalam page yang ada unsurkan seks.. memaparkan gambar-gambar hot beserta gambar yang tidak berpakaian... Salah seorang mangsa adalah Blogger Yuyu Zulaikha... Terkejut siut aku tengok malam tadi...hati-hati ok









Jul 22, 2012

Perkara yang sama terjadi setiap kali datangnya Ramadhan



Salam 2 Ramadhan,

Seperti tahun² yang lepas, aku di duga lagi..Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk mengharungi semua  ini.. Kurangkanlah kesakitanku ya Allah, agar aku dapat menjalani ibadah puasa seperti para muslimin dan muslimat yang lain..Amin..

Setelah sekian lame aku tidak di serang sakit seperti ini, hari ini Allah menarik nikmat kesihatan aku dan memberi aku sakit. Alhamdulillah semoga ia menjadi kifarah dosa dan menyuruh aku untuk lebih menjaga kesihatan..

Hari pertama Ramadhan, alhamdulillah sempurna puasa ku.Tapi lepas berbuka puasa semuanya bertukar menjadi mimpi ngeri.. Dari niat nak pergi terawih bersama hubby lastnya hampeh.. Lepas berbuka, aku dah rasa kurang enak.. Solat maghrib dan terus baring di atas katil..Time nie x rasa sakit sangat tapi lepas solat isyak baru aku rasa semakin kuat sakitnya.. 

Inilah yang aku alami setiap kali datangnya Ramadhan. Minggu pertama puasa pasti aku akan di serang gastrik yang teruk.. Even makan ubat pun still x jalan.. Badan jadi lesu dan lembik kerana x cukup tido dan asyik muntah² sehingga x ada apa yang nak di muntahkan lagi.. Kira apa yang aku makan masa berbuka semuanya habis keluar balik...

Semalaman aku x tido menanggung kesakitan. Minyak panas dah habis satu botol aku sapu seluruh badan.. Di sulam pula dengan gaviscon dan eno halia still x jalan.. Last telan ubat gastrik yang dosnya paling tinggi pun x jalan... Sahur tadi gagahkan diri untuk masak dan makan untuk alas perut.. Lepas solat subuh, aku cuba untuk lelapkan mata sebentar tapi tetap x boleh.. Habis satu badan menyucuk², sakit ulu hati sampai nak bernafas pun x boleh.. Dari baring, aku mengering.. dari mengering, aku menerap pun tetap sama...Kaki tangan habis sejuk...

Now masih terasa sakit.. Aku hanya mampu sapu minyak panas dan menahan diri daripada muntah.. Moga Allah permudahkan urusan aku hari ini. sob sob sob...







Jul 19, 2012

Renovate bilik mandi ala-ala hotel gitu


Ini gambar lame yang aku ambil dari entri INI

Selamat petang..

Hari ini busy sangat! nak online pun x sempat.. Busy mengemas apa yang patut.. dah nak puasa kan, nanti dah puasa x larat pulak nak buat keje lebih...So settlekan la apa yang patut sebelum puasa ni..

Selain operasi mengemas , hari ni juga operasi menambah tangki air lagi satu. Ini kerana sejak kebelakangan ini rumah aku sering saja mengalami gangguan bekalan air.Mujur ada 'AIR BORING' so x de la teruk sangat.. Kalau x mau jadi kambing aku, mandi sehari sekali huhu...

Tapi ada air boring pun masalah juga sebab sebelum nie x buat direct terus ke dalam rumah.. Just untuk siram pokok bunga dan cuci kereta di luar je.. So hari ini abang tukang akan datang pasang satu lagi tangki.. Satu tangki air kerajaan dan satu lagi tangki air boring.. Bila air kerajaan x ada boleh pakai air boring begitulah sebaliknya.. So harap x de la masalah lagi selepas ini..

Alang-alang dah pasang tangki baru, hubby nak tambah shower dan curtain dalam bilik mandi.. Hand shower yang lame dah x boleh guna so nak pasang la yang baru..Kalau sebelum ini rupanya seperti gambar di atas.. x de tutup-tutup tapi lepas ni nak buat ala-ala hotel gitu.. Dalam bath tub ada shower dan siap ada curtain lagi untuk tutup..

Asal la hubby x nak buat jacuzzi terus , kalau x boleh la aku bermanjakan diri seperti di spa hahahaha....Bilik air sekangkang kera ada hati nak beli jacuzzi..dah la harganya mahal gila babas.. paling kecik pun dekat 6k... gilak! baik aku simpan duit dari membazir begitu saja...

Petang ni hubby ke G Orange beli shower dan curtain.. Di sebabkan ini idea dia , so 100% aku serahkan padanya dan ikut citarasa dia..Kalau ikutkan aku, aku bukan minat sangat nak mandi pakai shower ni, baik la pakai gayung lagi puas kan...






Jul 18, 2012

Wordless Wednesday : Duit baru berunsurkan politik



Suratan atau kebetulan 

RM20 = Duit BERSIH
RM10 = Duit DAP
RM1 = Duit PKR
RM5 = Duit PAS
RM100 = Duit BN

Jangan marah na, sekadar gurauan semata-mata..jangan ambil serius ok.. NO POLITICS here TQ!






Beraya di rumah baru



Baru dapat kunci dan dalam proses renovation


Sukur alhamdulillah urusan Along di permudahkan. Akhirnya kunci rumah dapat juga sebelum hari raya. Dan tahun ini kami akan beraya di Teratak Bonda yang baru . Rumah lame abang no 2 akan tinggal bersama isterinya. Kira balik kenduri baru ini adalah yang terakhir aku tido di rumah tersebut lepas ni mungkin aku tidak akan merasa lagi seperti sebelumnya kecualilah kalau aku tumpang tido di rumah angah hehe...

Tahun ini juga kekanda aku Shaiful Jeffri sekeluarga akan beraya bersama kami.. Alhamdulillah hubungan kekeluargaan semakin erat setelah terpisah dengan bonda hampir 30 tahun..Berharap agar adik beradik yang lain juga akan balik beraya bersama.. Insyaallah.. amin




Rumah jiran sebelah..









Jul 17, 2012

Tektik penipuan online banking



Assalammualaikum....

Di saat aku menulis entri ini , hati aku masih x tenang lagi.. Tadi pagi aku merima 2 panggilan telifon secara berasingan dari pihak yang mengaku dirinya dari Maybank...Panggilan pertama dari seorang lelaki dan panggilan kedua dari seorang wanita... Tawaran yang di berikan berlainan tapi apa yang cuba di sampaikan lebih kurang sama.. Tapi bila aku ajukan beberapa soalan , wanita itu seperti mengelak dan meletakkan panggilan telifon.

Aku tak sedap hati kerana dalam perbualan tadi dia ada menyatakan mengenai duit keluar masuk aku. Agak pelik kerana macam mane pihak Maybank boleh dedahkan maklumat mengenai akaun bank aku. Serius lepas pada itu aku terus check akaun Maybank , risau kalau ada duit yang hilang... Alhamdulillah amount masih sama dan x de yang berubah...

Tapi hati aku tetap x tenang kerana ada satu cek akan clear atas akaun Maybank. Wah kalau hilang duit tue mau menangis tak berlagu aku. Mujur juga la cek tu mengambil masa untuk clear.kalau tidak, lagi bertambah meroyan la aku..

Aku terus menghubungi hubby bagitahu dia.. Tambahan pula hubby bekerja di bank , so sudah pasti dia tahu apa yang patut aku buat. Pada mulanya hubby suruh aku abaikan saja tapi setelah berkeras risau akan duit yang ada di akaun tersebut hilang.. baru hubby suruh aku menghubungi Maybank Kota Bharu.. Selepas bercakap dengan pihak Maybank baru lega sikit hati.. Pihak Maybank minta aku jangan dedahkan apa- apa mengenai akaun terutama sekali nombor pin dan minta aku menukar no pin dengan kadar segera..Mungkin ini salah satu cara mereka ingin menceroboh online banking.

Macam-macam hal la sekarang nie orang nak menipu. Tapi agak pelik macam mane orang lain boleh tahu maklumat akaun aku. Pasti ada orang dalam yang menjual atau mendedahkan maklumat tersebut..maaf la kalau aku katakan , kalau betul memang x amanah la pekerja Maybank.. Bukan semua tapi segelintir..








Jul 10, 2012

Bunyi suara mengerang dan muncul satu lembaga hitam


Assalammualaikum....

Aku nak share something dengan uollsss mengenai kejadian malam tadi. Serius perkara nie bukan main-main dan bukan juga lawak jenaka.. Habis lemah longlai seluruh anggota badan aku dan aku cuba menjerit sekuat hati memanggil hubby dan terus melulu berlari ke arahnya.. Muka hubby agak panik time tue.. Aku pulak menangis sehingga x keluar suara.. Semuanya berlaku begitu pantas..Dan kerana kejadian itu aku jadi takut nak masuk bilik komputer lagi. Serius bukan main-main punya takut nie.

Malam semalam aku just lepak dalam bilik komputer dan hubby pula menonton tv. Tengah ralit menulis senarai order tiba-tiba, aku terdengar bunyi something. Kebetulan malam tadi aku x buka radio.So segala bunyi bagai di luar aku boleh dengar. Hujan pulak time tue renyai-renyai.. Perghh!! meremang bulu roma aku nak cerita nie.

Masa bunyi tue aku buat bodoh je, dalam hati aku berkata.. bunyi kucing tue.. tapi semakin lame bunyi tu semakin menghampiri aku. Aku pun fikir, eh bunyi apa nie?? Cuba amati bunyi tersebut.. Kedengaran seperti bunyi mengerang dan semakin lame semakin kuat kedengaran.  Bunyi mengerang tue x seperti bunyi biasa  dan aku sendiri x mampu nak jelaskan tapi yang pasti bunyi tue betul-betul buat aku takut.

Bila aku cuba nak pastikan bunyi tersebut tiba-tiba bahu aku di cuit orang. Baru nak toleh kebelakang , kira baru hujung mata sekali aku nampak benda hitam lalu aku menjerit sekuat hati dan terus menangis sampai x keluar suara. nak berlari dekat en.hubby pun aku x mampu, rasa lembik kaki aku. Bulu roma meremang dari tengkok , tangan sampai la kaki aku rasa semacam. Aku peluk hubby sekuat hati dengan keadaan badan aku yang menggigil. Hubby suruh aku mengucap dan istighfar banyak-banyak sambil mengusap rambut aku. Time tue x leh kata apa-apa lagi.dengan jantung berdegup kencangnya. dengan menangis x keluar suaranya..dengan takutnya...Serius aku x tahu macam mane nak ceritakan bila dengar dan lihat benda tersebut...

Bila hubby dah baca ayat Al Quran pada aku dan cuba tenangkan aku.. Baru aku rasa kuat sikit dan hubby bertanya.. Kenapa?? Aku cerita kat hubby apa yang aku dengar dan apa yang aku nampak.. Hubby cakap perasaan aku saja tapi serius mane mungkin itu satu perasaan sedangkan time tue aku x berfikir apa-apa pun..Aku dok sibuk menyalin alamat dan membalas email customer dan agent.Tiba-tiba je bunyi tue kedengaran dan lembaga hitam tu pun aku x taw apa..takut aku nak tengok , mau pengsan pun boleh....

Persoalannya benda apakah itu??? Hari nie perasaan aku jadi takut je, habis beberapa bahagian anggota badan aku lebam-lebam.. Aku pun masih terbayang-bayang apa yang didengar dan lihat semalam... Hubby pesan banyakkan baca ayat Al Quran. So sepanjang hari nie aku just pasang ayat Al Quran yang hubby download dalam handphone je... Tapi perasaan takut aku masih belum hilang lagi...


Ada sapa-sapa pernah alami macam nie tak..please share dengan amy..





Jul 6, 2012

Grand Opening dan cabutan bertuah bersempena dengan pembukaan Malaysia Online Wholesale Mall2u



Assalamualaikum....

Alhamdulillah! bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan izinNya juga maka lahirlah satu lagi page perniagaan online saya. Mungkin ada di kalangan uollsss dah mengetahui akan hal ini dan mungkin juga belum. So bersempena dengan hari jumaat yang mulia ini , dengan lafaz 'Bismillahirrahmanirrahim' saya merasmikan pembukaan Malaysia Online Wholesale Mall2U dan selaku owner page saya ingin menjemput rakan-rakan semua untuk bershopping secara online di E-Shop saya...

Dan bersempena dengan pembukaan page baru ini, saya bercadang untuk memberi hadiah kepada anda yang sentiasa memberi support kepada saya..Hadiahnya berupa produk yang saya jual di E-shop tersebut. Tapi tidak untuk semua orang ye! saya hanya akan pilih 20 orang yang bertuah sahaja..Caranya mudah saja anda hanya perlu LIKE page tersebut dan tinggalkan komen anda beserta no like, sebagai contoh AMY SYAQUENA like ke 36 # saya hanya akan buat cabutan base kepada nama yang komen dan meninggalkan no like sahaja..selain daripada itu saya tidak layan..

Hadiah yang ditawarkan adalah seperti yang disenaraikan di bawah ini :-

1) Handphone - Samsung Coconut E1195
2) Tablet - 2.2 android Froyo
3) Glutacol Drink
4) Thanyaporn
5) Natural bamboo slimming produk - size L/XL sahaja
6) Trial set Glutahione + Cathy Magic Cream
7) Vitamin E Soft Gel 20 butir
8) Ramping Balm
9) Magic Repairing & White Cream
10) Japan Germa Shape-Up Camisole
11) Mask Collagen
12) Breast Collagen
13) Gluta 20000
14) Contact Lens - boleh pilih color apa
15) Meizitang Strong Version A1
16) Kids fashion
17) Radiant Glow Whitening Body Lotion
18) Shoes
19) Aksesori Iphone
20) Japan Cogit Cellulite Pants - size L

Saya akan buka page LIKE ini sehingga Ahad ini.. Isnin saya akan umumkan siapa yang bertuah...
THANK YOU FOR YOUR SUPPORT!!






Jul 5, 2012

Kejadian malam Nisfu Sya'aban, sapa-sapa jumpa bapak aku terajang je



Assalammualaikum...

Apabila masuk waktu Maghrib semalam kita telah memasuki pertengahan bulan Sya'aban iaitu bulan yang di kenali bulan Rasul..Ramai yang tak tahu apa erti Nisfu Sya'aban jadi di sini aku cuba terangkan secara ringkas apa erti Nisfu Syaaban....

Nisfu dalam bahasa arab beerti setengah. Nisfu Sya'aban beerti setengah bulan Sya'aban. Malam Nisfu Sya'aban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Sya'aban. Malam Nisfu Sya'aban juga merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr.

Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib. 

Beramallah mengikut kemampuan masing² seperti mengejar duit di dunia, begitulah kita mengejar pahala yang berganda pada malam Nisfu Sya'aban.. Kalau tak dapat semua,jangan tinggalkan semua..one is better than nothing..Rebutlah amal sebanyak yang boleh..moga di berkati oleh Allah.. 

Tapi ada juga yang tidak mahu mengejar pahala malah di saat catatan buku baru di buka , di saat itu juga ia melakukan dosa.. Adakah itu yang di inginkannya?? Serius menjadi satu tanda tanya pada aku apabila membaca status yang agak angkuh lagi bongkak itu.. Mane perginya nilai seorang anak kepada orang tuanya.. Adakah dia berasa bangga dengan apa yang ingin di sampaikannya itu...Nauzubillahiminzalik... Minta di jauhkan la pada diri kita..

Uollsss baca status di bawah ini, apa perasaan uollssss.... Bagaimanalah perasaan ayahnya bila terbaca status tersebut..pasti hancur lulurkan... Bukan sahaja menghina malah menjatuhkan lagi maruah seorang bapa secara umum...Sedih betul! Hari baik bulan baik macam tue dia buat.. aduhai...








Jul 4, 2012

Suami buat muka ketat bila sebut malam Jumaat


Assalammualaikum.....

Tersenyum seketika apabila teringatkan kejadian siang tadi. Kalau pagi lagi aku dah sengal habis satu hari aku terserlah kesengalannya...Pagi nie aku agak sibuk memproses order customer.. Bila dah siap packing barang, aku pun keluar untuk pergi menghantar.. Selalu kalau nak keluar rumah aku akan terus sarungkan kasut.. Dan kebiasaanya kalau memandu sendiri aku akan pastikan memakai kasut high heel atau wedges. Al maklum la aku nie terlebih tinggi sangat hahahahaha.Tapi tadi lepas kunci rumah aku terus angkat barang masuk ke dalam kereta dengan pakai selipar biasa..Lepas panaskan enjin kereta , buka pagar dan berlalu begitu saja.. Mujur juga bukan selipar en.hubby kalau x confirm jadi badut kejap..

Sampai tempat yang nak di tuju , time nak keluar kereta baru aku perasan aku pakai selipar biasa..Patut la dari tadi aku rasa x selesa bawa kereta.. rasa macam terlebih depan pulak aku duduk hahahaha.. Tapi buat muka slumber dengan harapan orang bukan nak tengok aku pakai kasut apa pun kan..Dah settle semua, baru terasa perut lapar dan terfikir nak makan mee kari Hayaki..So menuju la aku ke Hayaki.. Hari nie aku memandu agak kekok sikit..asyik kena hon je dengan orang , ye la selalu kalau nak bagi signal belah kanan , nie tiba-tiba belah kiri..Bila sampai simpang nak bagi signal , wiper yang berfungsi.. Dua tiga kali juga kena.. dah set dalam otak pun jadi jugak..camner huhuhu....

Ok abaikan pasal signal tue..Dah sampai tempat yang aku nak makan tue sekali aku boleh lupa pulak..Yang best aku leh fikir asal aku ikut jalan Wakaf Mek Zainab pulak..Nak beli makanan kat Zakini semalam dah beli so aku pun terus ikut jalan belakang , ikut Taman Tengku Anis..Dah sampai kat Jalan pegkalan Chepa baru aku teringat, ya Allah aku nak pergi Hayaki tadi nak makan mee kari..Hrmmm..camner la boleh lupa! malas nak pusing balik , dah la jauh tambah jalan jem lagi, ye la time budak balik sekolah...

Ok bila dah sampai dan dah parking kereta tiba-tiba fon berbunyi.. dah la time tu aku lapar tambah hangin lagi sebab terlupa..ye la dah macam orang hilang arah tuju je tadi huhu! Angkat fon tengok client call... Tujuan call just nak dapatkan no telifon partner aku.. So aku dengan confident kasi la no yang di minta.. lepas je habis perbualan aku pun nak ambil la barang lain sekali berbunyi pulak hp lagi satu.. yang bestnya aku boleh x perasan no yang call tue dan terus jawab dengan slumber. Sekali cina tadi yang call dan jawab hei amoi ini nombor you , apasai u kasi no you..i mau no telifon kawan u la..Aku terdiam seketika sambil ketawa kecil , dalam aku nak kasi nombor partner aku tue tiba-tiba cina tu tanya aku.. amoi u pening ke?? Aku ketawa besar sambil berkata sorry i tersilap la hahahahaha......

Ok settle kejadian sengal aku..Petang masa hubby nak balik aku dok sibuk basuh pinggan mangkuk. sebab semalam x de air..hubby pulak sampai terus ke dapur sambil bertanya pada aku.. " mama malam nie malam apa , wah dengan confident aku jawab.. malam jumaat sambil buat muka gatai hahaha..." padahal malam nie malam khamis hahaha...sengal x hingat :) hubby tanya lagi malam ni malam apa?? 3 kali dia repeat dengan buat muka seriusnya.. dalam hati berkata dia ni nak bergurau ke apa ni....Terus terfikir malam nie malam nisfu syaaban.. baru hubby senyum haaa malam nisfu syaaban kena buat apa.... x sempat aku jawab dia yang terangkan apa yang patut buat...excited sangat nak ingatkan bini sampai-sampai je rumah terus kasi tahu..

Lepas solat maghrib tadi kami sama-sama baca yasin..berdoa dan mohon agar apa yang kami hajatkan di makbulkan olehNya.. So di kesempatan ini aku dan juga suami ingin memohon maaf kepada rakan blogger mahupun pembaca blog SINAR RAUDAH..sekiranya ada salah silap samaada di sengajakan mahupun tidak..Semoga mendapat rahmat dan keberkatan dariNya..amin





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign