Apr 16, 2012

Bob Kuman terlantar sakit dan tidak mampu bergerak



Kisah mengenai penderitaan pelakon  dan pelawak terkenal Bob Kuman yang di katakan sedang sakit teruk di kediamannya di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Beliau di katakan tidak mampu bergerak ke mana² sejak 8 April yang lalu.

Kisah Bob Kuman sudah mula tersebar di laman sosial facebook mahupun di belog². Sayu hati bila baca artikel INI..Mohon jasa baik rakan² untuk kongsikan artikel ini dengan harapan moga ada pihak yang sudi membantu abang Bob Kuman..Walaupun kita tidak mampu membantu dengan wang ringgit tapi cukup la sekadar dengan  menghebahkan dan mendoakan kesihatan abang Bob Kuman agar beliau cepat sembuh seperti sebelumnya.. 

Di bawah adalah penulisan penuh di blog Mazidul Akmal Sidik yang aku copy paste untuk bacaan anda.. Moga ada yang sudi membantu abang Bob Kuman.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Mungkin ramai pembaca mengenali wajah di atas manakala sebilangan lagi barangkali terkeliru. Namun bagi penonton filem tempatan dan televisyen, personaliti di atas tentunya tidak asing kepada mereka.
Cuma wajahnya berbeza berbanding ketika dia menghiburkan ramai peminat sewaktu berkarya di pentas seni.
“Bang, tolong datang ke rumah saya sekejap, boleh? ” soal Bob Kuman.
“Ada apa Bob?,” soal saya.
“Abang tolong datang sahaja,” pintanya.
Pada awalnya saya berasa agak hairan dan menjangkakan Bob hanya sekadar bergurau. Terfikir, jika dia berhadapan masalah, tentunya sebagai artis terkenal, dia mempunyai ramai kenalan bersedia untuk membantu.
Apapun, hati kecil mendesak saya memenuhi permintaannya lalu mengajak kru 666, Razali Harun untuk menemankan saya bertemu Bob.
“Itu gambar saya, sewaktu dirawat di Hospital Tawakal Kuala Lumpur. Malam tahun 2011 semasa sesi penggambaran ‘Jangan Pandang Belakang Congkak’, siri televisyen, saya terjatuh di Hulu Langat, Selangor. Wahid Senario dan Lan Pet Pet antara saksi kejadian itu. Dalam keadaan pening, semput dan sakit, saya terpaksa memandu kereta sendiri  ke hospital dan dibiarkan begitu sahaja. Masa keluar dari pusat rawatan itu, saya diberitahu, berhutang lebih kurang 7 ribu ringgit dengan hospital dan saya kena bayar sendiri. Itu saya tidak boleh terima. Penerbit tidak membantu sebab itu saya berasa kecil hati. Mujur selepas itu, dapat rezeki sikit dan saya menjelaskan sebahagian daripada caj hospital itu. Kini ada berbaki lebih tiga ribu enam ratus ringgit lagi,” ujar Bob.
Tambah Bob, dia dirawat di hospital terbabit dalam tempoh lebih 2 minggu.
Sambil berbual, saya perhatikan mesin oksigen dan wayar dimasukkan ke dalam hidungnya bertujuan untuk membantu pernafasan.
“Orang tidak cukup oksigen bang, tidak ubah seperti sayur layu. Kulit saya pun telah berubah warna,” celah Bob.
“Saya sudah tidak boleh bergerak sejak 8 April lalu dan kemudian memakai mesin oksigen ini. Sebenarnya saya bukan ingin menagih simpati masyarakat,” katanya biarpun kelihatan dalam kesakitan dan sukar menarik nafas.
“Kongsikan fakta, itu tidak salah,” celah saya.
“Setakat ini beberapa kawan membantu saya. Antara mereka, Adlin Aman Ramli. Dia bagi saya pinjam duit RM2,000 bang masa saya tengah susah, sewaktu dirawat di Putrajaya. Itu sahabat saya bang. Dalam keadaan begini, saya pun tidak boleh berkarya, tidak ada pendapatan. Mujurlah gerai Bawal Power saya kongsikan bersama rakan mendapat sambutan dan boleh membantu sedikit dari segi kewangan,” jelas Bob.
Sesekali sewaktu berbual, dia berhenti, diam untuk menarik nafas.
“Timbalan Presiden SENIMAN, Zed Zaidi, pernah menghubungi saya untuk menghulurkan bantuan. Saya memaklumkan wakil dia, bila simpati, dapat benda lain, dapat beras, dapat biskut. Siapakah hendak membantu menjelaskan bil hospital saya? Saya rasa macam malu,” kata Bob lagi.
Bob memaklumkan saya, dia kini amat memerlukan mesin dilengkapi tangki oksigen namun setakat ini tidak mampu untuk menyewa keperluan itu.
“Bang, sekarang ini saya hanya ada RM36 dalam akaun simpanan,” bisiknya.
Saya kemudian menghubungi Zed menggunakan telefon bimbit. Mujur dalam kesibukan dengan kegiatan seharian, dia masih berpeluang untuk mengangkat panggilan dari nombor tidak dikenali.
“Melalui SENIMAN, saya telah mengeluarkan surat sokongan kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di bawah Tabung Kebajikan Penggiat Seni tetapi setakat ini belum mendapat sebarang keputusan dan berapakah jumlah bakal diterima oleh Bob. Sebelum ini, beberapa artis seperti Nasir P. Ramlee dan Kamal Pendek telah menerima sumbangan dari tabung terbabit,” jelas Zed.
Selepas berhubung dengan Zed, saya kemudian memaklumkan kejadian menimpa Bob kepada Penerbit program Melodi, TV3.
Untuk pengetahuan semua rakan artis dan peminat, Bob sedang berada dalam keadaan lemah, tidak mampu bergerak, apatah lagi untuk keluar dari rumah di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.






13 comments:

Unknown said...

saya rs bob perlukan khidmat pakar pemakanan tu kurangkan berat die..;)

Anum said...

ya allah, kesiannya

Kakzakie Purvit said...

Besar ujian yg perlu ditempuhinya. Dimanakan saudara dan teman yg dulunya didampingi? Kesian dan simpati kakak melihatnya...

dear anies said...

sy igt kn dia da kembali sihat rupanya tidak..

me suya said...

sedih pulak baca ni.. insyaAllah akan cuba membantu ikut kemampuan..terima kasih sis sbb share.

☾SHiemaCMa786☾ said...

Simpati dgn keadaan dia.. :’(

tq for sharing

kurus said...

aduhh sedihnya
dia terlalu obes tuu sbb dia x dpt dan susah nak bernafas .. harap2 ada yg membantu dia utk belikan mesin dan ada yg sudi consult dia utk ringgan kan keadaan fizikal dia skrg..
aduhhh sedih lak akk baca amy ..

Unknown said...

sy ada bace iklan di majalah, bob ada mengambil pil kuruskan badan nur lizz. katanya dah turun berat dan dah tak semput lagi dan semakin sihat. tak sangka pulak begini.. semoga Allah beri kesihatan yang baik untuk bob.

qemaishak said...

Semoga bob cepat sihat & ada pihak yang tampil membantu..

azhariahzuber said...

pilih hidup sihat. bob boleh

Atie Zieya said...

ya allah.....sayunya hati bila bca

eelobor said...

semuanya ada hikmah.... semoga saudara bob cepat sembuh

Sheherazade said...

semoga bob cpt sembuh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign